Bab 7

Disebalik Mekap Si Badut

  Jia mencebik bibir sambil menghentak meja makan dengan geram,wajahnya berkerut-kerut dengan beberapa lapis kedutan diatas dahi,wajahnya tersangatlah tidak comel sekarang ini.Sungguh hatinya terasa panas dan geram sekarang ini,bagaimana dia yang lawa dan sempurna ini dijadikan tukang kebun? Mengapa? Sekurang-kurangnya stylist atau pengawal peribadi yang mampu menjaga rupa paras Sehun.Jia tidak sanggup berhadapan dengan tanah,ulat dan seangkatan dengannya.

  “Tak sukalah!,”Jia mencebik bibir sambil menyilang tangan,Puan Kim sedang menongkat dagu sementara Naeun menggigit bibir bahagian atasnya.

  “Ibu,adik pergi sekolah dulu,”Naeun mengucup tangan ibunya setelah melihat jarum jam yang berada di angka tepat tujuh pagi.Jia sekadar melirik kearah gadis tersebut yang berpakaian seragam sekolah dengan kemas.Sekurang-kurangnya Jia tidak terkurung didalam penjara bernama sekolah,dimana begitu banyak kerja sekolah dan manusia jahat,namun,itu lebih baik dari menjadi tukang kebun.

  “Makcik,kenapa Makcik setuju aja dengan idea Frankestein gila itu? Hidup kita dah sengsara sekarang ini,”Jia menggeleng kepala dengan riak wajah tidak setuju,Naeun mungkin tidak membantah memandangkan statusnya yang paling tinggi sekarang ini.

  “Biarlah,Sekejap aja,tiga hari,kesian dekat dia”

  “Makcik! Serius,apa yang hendak dikesiankan pada budak lelaki itu?,”Jia meraup wajahnya,tidak puas hati.Bibirnya diketap geram,dahlah dia terpaksa disuruh memakai pakaian buruk ini.

  “Kesianlah..Jia,cuba jadi manusia ada perasaan”

  “Ugh,sebab Jia cuba jadi manusia ada perasaanlah macam-macam benda buruk berlaku,macam Ibu,Jia tak nak,”Jia menggeleng kepala.

  “Jia..”

  Tiba-tiba bunyi hon kereta memecahkan suasana sunyi di pagi hari,terus dua makhluk Allah itu bergegas ke hadapan pintu rumah,bagi menjemput tetamu,seperti yang dirancangkan semalam.

  “Kenapa Jia berdebar pula,Makcik?,”Jia mengusap dadanya,terasa bagai ingin menjemput Perdana Menteri Malaysia pula,dahlah dia berpakaian buruk sebegini,bagi menaikkan lagi rupa tukang kebun yang berwibawa serta tidak mencuri tulang.

  Selang beberapa saat,Jia dan Puan Kim dapat lihat seorang lelaki yang keluar dari perut kereta,dia adalah orang pertama yang menjejakkan kaki diatas lantai selepas Sehun dan Joonmyeon,Jia terkebil-kebil dengan mata terbuntang.

  “Makcik,ini model majalah mana pula yang datang ni?,”Apabila Jia berkata begitu,lantas Puan Kim menyiku Jia supaya menutup mulut dan mengukirkan senyuman yang ikhlas dan sempurna,bak menjadi model yang menghiasi kaca TV bagi iklan ubat gigi.

  “Makcik,ini kawan saya,Tao”Sehun tersenyum lebar sekaligus terdapat garis kekok diwajahnya,bukan garis kedutan menandakan usia sudah lanjut atau sebagainya.Puan Kim tersenyum mesra,wah! Puan Kim memang pandai berlakon,dah macam rupa pembantu rumah yang lemah-lembut dan berhati penyayang!

  “Who’s that?,”Soal Tao dengan jarinya menunding kearah Jia sekilas lalu pandangannya jatuh kewajah Sehun yang tersenyum sinis.

  “Dia? Dia tukang kebun,”Jia berdesing telinganya mendengar pengenalan yang tidak sempurna mengenainya terhadap lelaki ala-ala penghias muka depan majalah tersebut.Jia mencebik bibir dan merenung Sehun lama,matanya dijegilkan,bercampur perasaan geram.Sehun pula hanya tersenyum gembira dan menjelir lidahnya.

  “Makcik,mamat gila itu jelir dekat Jia,Makcik tak nampak ke? Apa kata kita hentikan permainan bodoh dia sekarang?,”Jia berharap Puan Kim termakan umpannya,namun umpan Jia terlampau kecil untuk Puan Kim melihat dan menelannya dengan berselera sebelum ditarik dari air ke udara.

  “Dia comel apa? Kan?,”Puan Kim mengerdipkan matanya.

  “Mari saya memperkenalkan kawan saya ini,nama dia Huang Zhitao,umur dia sebaya aja dengan saya dan dia dari L.A”

  “Hello”Tao tersenyum dan melambai tangannya,ingat dia ratu Englandkah?

  “Kenapa macam gedik semacam aja,tengok muka aja rasa macam nak tumbuk”Detus hati Jia,apalah dosa Tao terhadap Jia sehingga dikutuknya sebegitu.

  “Heh,tak reti kasi salam ke? Heh!”Jia mendengus dan menyilang tangannya.Karakter Cik Tukang Kebun telah hilang ke Amazon.

  “Er..Assalamualaikum..”Terketar-ketar nada Tao.

  “Waalaikummusalam! Hah,pandai pun! Ingat duduk negara luar tak reti nak kasi salam!? Ini makan nasi guna tangan reti ke tidaklah gayanya,ya?,”Segala kata-kata terlintas diminda Jia,ditempiaskan pada lelaki tersebut tanpa simpati,lelaki itu kelihatan terkedu dengan kata-kata ‘mesra’ sambutan Cik Tukang Kebun.

  “Sehun,kenapa kau punya tukang kebun gangster semacam?,”Bisik Tao pada telinga Sehun dengan wajah yang gusar.

  “Dia nampak aja gangster,tapi sebenarnya bodoh dan lembab”Jawab Sehun dengan riak wajah yang jahat,Jia langsung tidak tahu apa yang mereka berdua bisikkan.

 

***

 

  Tudung Bawal yang dipakainya dikemas elokkan,dia tersenyum sendiri melihat dirinya didalam pantulan cermin dan mengangguk.

  “Ibu! Jia bersedia nak jenguk Ibu!,”Jia mengukirkan senyuman yang lebar pada wajahnya sejurus itu dia menyarung beg sandang pada bahu kanannya lalu berjalan keluar daripada bilik,Tao mungkin hairan,bagaimana tukang kebun duduk dibilik tingkat atas? Senang alasan yang diberi kepada Sehun oleh kerana tiada bilik di tingkat bawah,senang bukan?

  Jia menunggu kehadiran Puan Kim yang mungkin sedang bersiap,suasana diruang tamu agak lengang dan sunyi.Jia menggeliat dan menguap besar.

  “Kau nak pergi mana?”Dengan tiba-tiba Sehun muncul dengan kening yang terangkat.Jia menoleh ke belakang dan mencebik bibir.Dia tidak menghiraukan soalan yang diberi.

  Sehun mengetap bibirnya,sakit hati apabila dia tidak diendahkan sebegini.Selang beberapa saat,Puan Kim muncul dengan wajah yang bersahaja dan berdiri dihadapan Jia dan menarik tangan gadis tersebut,menandakan mereka perlu pergi sekarang.

  “Haih,serius,mereka nak ke mana?,”Sehun mengusutkan rambutnya.

  “Tidak,kenapa aku nak menyibuk?,”Dia menggeleng laju.Dia bercekak pinggang dan menuju ke meja makan,termenung disitu.Tao mungkin sedang berehat didalam bilik buat ketika ini,terlalu penat agaknya,jika tidak,dia pasti merengek seperti anak kecil untuk memaksa Sehun tidur disebelahnya sekarang.

  “Mana kawan tu?,”Soal Joonmyeon yang sedang melintasi Sehun dan menuju ke dapur,sekarang dia memegang tugas sebagai seorang pemandu yang berwibawa.

  “Tidurlah tu,aku nak tanya sesuatu,mana Jia dengan Mak kau pergi?,”Soal Sehun sambil menongkat dagu malas.

  “Hospi-

  “Hospital? Siapa yang sakit?,”Belum habis Joonmyeon berkata-kata,laju aja mulut Sehun menyambar perkataan.

  “Melawat”

  “Siapa? Beritahulah aku? Atau aku akan ganggu kau sepanjang hari,”Ujgut lelaki itu dengan riak wajah yang serius,membuatkan Joonmyeon menghela nafas panjang.

  “Hurm,Ibu Jia”

  “Dia sakit apa?,”Sesungguhnya Joonmyeon penat untuk menjawab soalan dari Sehun seperti peluru.Mengapa lelaki itu terlalu sibuk untuk mengetahui hidup Jia?

  “Maaflah,tapi aku tak boleh beritahu kau,”Joonmyeon menuang air kosong ke dalam cawan dan meneguknya dengan rakus dek terlalu penat menjawab soalan seperti ingin ditemu duga itu.

  “Tak nak beritahu,aku boleh tahu sendiri,tak perlukan bantuan dari kau,”Bisik Sehun sendiri,amboi,senangnya dia berkata,dari siapa dia nak bertanya soalan sebegitu?

  Sehun bingkas bangun dari kerusi dan mengatur langkahnya menaiki tangga,perasaannya dipenuhi dengan pelbagai jenis soalan.

  Sementara itu,dihospital,Jia dan Puan Kim berjalan seiringan menuju ke sebuah bilik,hati Jia berdegup laju setiap kali melalui laluan ini,walaupun ini bukan kali pertama dia menjejakkan kaki.Perasaannya tetap sama,bukan berdegup dengan cara yang romatis,namun dengan cara yang menakutkan dirinya.

  “Ibu”Jia mengukirkan senyuman kelat dan nipis apabila melihat seorang wanita tua yang berambut panjang sedang menyikat rambut anak patung dengan wajah yang teruja dan bahagia,pipinya cekung dan badannya agak kurus.

  Puan Kim menekup mulutnya dan menahan sebak di dada,Jia tahu akan perubahan drastik dari Ibu saudaranya itu,dia tahu,wanita itu tidak dapat menjangkakan keadaan sebegini yang dihadapinya pada petang yang damai itu,kepala wanita itu mendongak dan melihat papan tanda Wad Pesakit Jiwa.

  “J-Jia?,”Puan Kim menjegilkan mata,ada kaca disebalik anak mata tersebut.

  “Makcik tak payahlah buat muka bersalah bagai,”Jia tersenyum pahit dan berlari anak kearah Ibunya dan memeluk wanita itu dari belakang.

  “Ibu!,”Jia mengucup pipi wanita itu dengan lembut.

  “Ehh..Milah!Aku dah cakap,jangan cium aku!Nanti apa jiran cakap!,”Wanita itu menjuih bibir dan menggeleng kepalanya,dia terus terleka pada anak patung yang didukungnya.

  “Apalah Ibu ni,Ibu,Ibu tahu tak yang Jia sekarang tinggal dengan Makcik Kim!?,”Wanita itu memandang Jia dengan pandangan yang pelik.

  “Milah,kamu curang dengan suami kamu,ya?,”

  “Haih..,”Jia mencebik bibir dan tersenyum,mengusap kepala wanita tersebut.Puan Kim hanya memerhati dengan wajah yang hiba dan sepi.

  “Ya Allah,apa yang kami sekeluarga telah lakukan…Berdosanya kami”Puan Kim berbisik sendiri dan mengetap bibirnya.

  Sesungguhnya Puan Kim tidak berdaya untuk membuka mulutnya untuk berborak dengan wanita tersebut,apa yang dia buat sepanjang berada di situ hanyalah mengamati setiap tingkah laku Jia dan wanita tersebut yang mengundang perasaan bersalah yang menggunung,kini,Puan Kim terasa gugup setiap kali memerhati.Hatinya seperti ditikam dengan tangan miliknya sendiri,dan dia tidak mengawasi akan perkara tersebut.

  “Kenapa Makcik senyap aja dari tadi?,”Soal Jia sambil menyedut Milo sejuk dengan dahi yang terangkat.Soalan tersebut kelihatannya,mengerjutkan wanita tersebut hanyut dari lamunan yang diciptanya sendiri.Jia sendiri tidak tahu,mengapa wanita tersebut berkelakuan begitu.

  “Jia..Kenapa Jia tak beritahu langsung pada ahli keluarga yang lain,tentang apa yang terjadi dengan Ibu Jia?,”Soalan yang keluar dari bibir wanita tersebut membuatkan Jia terkedu dan mengalihkan pandangannya.Raut wajahnya turut berubah.

  Lama Puan Kim menunggu,namun tiada sebutir perkataan keluar dari bibir tersebut.Puan Kim menundukkan wajah dan merenung tas tangannya.Mungkin anak saudaranya itu tidak mahu memberi sebarang jawapan atas apa yang ditanya.Dia tidak mampu memaksa,yang dia pasti,pasti ada jawapannya.

  “Tak payahlah Makcik susah-susah nak tahu hal itu,Ibu bercerai dengan Abah pun dah cukup buat Jia lega,Jia..Cuma minta Makcik tolong jaga-jagakan Ibu aja..Kalau Jia tak ada nanti”

  “Jia tak ad-ada? Jia nak pergi mana? Jia jangan takut-takutkan Makcik,Jia ada sakit kronik ke?,”Puan Kim kelihatan cemas dengan matanya terbeliak luas.

  Chanyeol berpaling kebelakang,Jia? Seperti pernah didengar nama tersebut,Chanyeol mengerutkan dahi,ya,benarlah,Jia,gadis yang tinggal bersama keluarga Puan Kim,dan juga Sehun.Chanyeol membuntangkan matanya,apa yang dimaksudkan tadi? Chanyeol menekup mulutnya.

  “Hah? Apa maksud Jia tak ada tu,”Chanyeol menjegilkan matanya.Dia ingin mencuri-curi perbualan dua manusia tersebut namun segera dibatalkan apabila Joonmyeon menelefonnya.Dia terus beredar pergi.

“Haha,”Gadis itu ketawa sekilas dan tergeleng,entah apa yang lawak di telinga anak gadis tersebut,yang nyata,Puan Kim sudah kecut perut mendengar tuturan dari Jia awal tadi.

  “Makcik ingat Jia nak buat suspen sakit nak mati keapa? Jia sihatlah! Yalah,nanti Jia pergi belajar jauh-jauh,siapa nak jaga Ibu?,”Jia mengerdip-ngerdipkan mata.Puan Kim menarik nafas lega,menakut-nakutkan dirinya aja.Jia masih tersengih,dia sengaja nak berbunyi ala-ala dramatis sedikit,tak sangka berjaya,haha..

 

 

***

 

  “Beritahulah aku..Okay?,”Sehun mengerdip-ngerdipkan matanya.

  Joonmyeon mengeluh panjang,bersedia untuk memberitahunya setelah dipaksa oleh Sehun banyak kali.

  “Seben-

  Naeun muncul dengan tiba-tiba dan menekup bibir Joonmyeon,gadis itu masih lagi berpakaian seragam sekolah dengan beg galas Fila digalasnya.Dia menghalang lelaki itu daripada berkata-kata.

  “Hai,Abang Sehun,maafkan Naeun,Naeun pinjam Abang sekejap,”Sehun terjongket kening mendengarnya lalu mengheret Joonmyeon pergi dari dapur ke tingkat atas.Joonmyeon meronta-ronta meminta dirinya dilepaskan.

  “Abang,jangan pernah cerita,Kak Jia akan mengamuk dan rupa Kak Jia menakutkan”

  “Okay,huff,”Joonmyeon menyapu bibirnya dan menuju ke tingkat atas.Dia tidak faham akan perangai Naeun yang semakin hari semakin aneh.Mungkin dia terlampau menghafal nombor ganjil disekolah,adakah dia dipengaruhi?

  “Hai,Ops,Assalamualaikum”

“Er..Waalaikum-musalam,”Naeun terketar-ketar untuk menjawab soalan dari Tao yang sedang tersenyum sambil bercekak pinggang.

  “Jadi,awak ini tunang Oh Sehun,hurm,paling muda setakat ini,”Tao mengurut dagunya,sebenarnya dia kurang percaya akan perkara ini.

  “Ya,sudah semestinya”

  “Saya tak nampak sebarang cincin di jari,”Tao tersenyum senget,Naeun mendeguk air liur,adakah rahsia sebenar akan terbongkar?

  “Oi,panda sesat,kenapa? Kau nak usha tunang kawan baik kau ke,hah?,”Jia bercekak pinggang,tiba pada waktu yang tepat sekali.Tao terbeliak mata.Tidak sangka,rupa si tukang kebun ini berbeza sekarang,rupanya seperti remaja perempuan kebiasaannya berbanding awal pagi tadi.

  Dikesempatan itu,Naeun terus beredar menaiki tangga,meninggalkan Tao dan Jia,berlawan mata,hidung dan mulut.Jia mencebik bibir dan ketawa sinis.

  “Wah,kalau nak mengorat tunang orang pun,pakai cerminlah,walaupun kau macam artis sekalipun gayanya,”Jia berjalan pergi,hendaknya panda sesat itu percayalah kata-katanya.

  “Kejap,kenapa aku nak mainkan peranan yang penting dalam penipuan yang bodoh ini?,”Jia menyoal dirinya sendiri didalam hati.Dia menarik nafas panjang dan menggeleng kepala.

  Sementara itu,Joonmyeon yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik merebahkan badan keatas katil dengan keluh-kesah dan kerutan yang jelas di wajah,apa yang diujarkan oleh Chanyeol awal tadi membuatkan hatinya remuk,dia menyiring dan merenung lantai dengan pandangan yang kabur.

  “Hei,aku nak beritahu kau sesuatu,”

  “Huh? Apa dia?,”Joonmyeon meneguk air sekilas melirik kearah Sehun yang masih merengek.

  “A-Aku tak sure lagi perkara ni..Tapi,aku ada dengar Jia dengan Mak kau borak pasal..Er..Ia berbunyi macam..Jia tak ada nanti..Aku dengar sampai situ aja,er..Sepupu kau sakit apa-apa ke?”.Joonmyeon mengerutkan mendengar apa yang diujar oleh Chanyeol.

  “A-Aku tak tahu pun,”Suara Joonmyeon agak pecah dan nafasnya turun naik dengan laju.

  “Uh..Aku rasa aku salah dengar,so aku nak tanya kau,tak tahu pula kau tak tahu..Er..Tapi,jangan beritahu mamat jambu dalam rumah kau tu,ek?”

  Joonmyeon meraup wajahnya dan menghela nafas panjang,Jia sakit apa? Mengapa gadis tersebut tidak pernah memberitahunya? Joonmyeon menggigit bibirnya,kemudian dia terkebil-kebil,mengapa Chanyeol melarangnya untuk memberitahu perkara tersebut kepada Jia? Apa kaitannya?

  “Hei,Joonmyeon,Makcik panggil,turun makan,”Jia mengetuk-ngetuk pintu,dia mengerutkan dahi,mengapa lelaki itu lambat benar untuk menyahutnya.Jia menggaru-garu kepala,malaslah dia nak layan,yang pasti,dia sudah memberitahu sepupunya itu,dia menuju kearah tangga dan dengan tidak semena-mena bertembung dengan Sehun.

  “Tepi,aku nak lalu,”Ujar Sehun dengan wajahnya yang penuh dengan kesinisan.Banyak makan Nisan a.k.a Gula Melaka agaknya.

  “Maaflah,tapi luas lagi kot kau nak lalu,”Jia menjulingkan mata keatas,sememangnya muat,tetapi haruslah dalam keadaan sedikit menyiring.

  “Weh,kau buta keapa? Kau tepilah”

  “Tak nak”

  “Tak nak? Aku teraba nanti kau marah pulak!Ouch!,”Sehun mengusap kepala lututnya yang sakit.

  “Maaflah,aku tersepak kau,aku bukan gatal sangat nak sentuh kau,tapi sebagai amaran buat manusia bergelar pencabul macam kau,heh!,”Jia mengipas-ngipas wajahnya dengan bangga dan menuruni tangga.

  Sehun menggigit bibirnya dan mengintai dari atas,Jia yang sedang menyanyi-nyanyi menuju ke dapur,lantas sebuah senyuman terukir diwajah anak muda tersebut.Namun senyumannya mati tatkala matanya bertembung dengan Joonmyeon.

  “Er..Jomlah turun makan,”Ajak Sehun.

 

***

 

  Sehun terkebil-kebil apabila melihat meja makan dipenuhi oleh semua penghuni didalam rumah ini,tukang kebun,pemandu dan juga pembantu rumah,okay,Tao tidak akan percaya akan jawapan Sehun berkata akan dia berbudi bahasa tinggi dan tidak sampai hati untuk biarkan orang gajinya makan diatas lantai dengan sisa makananya.Malah,masa depan Sehun amat cerah untuk melakukan sebegitu,contohnya apa yang telah dia lakukan pada anak pembantu rumahnya di rumah agam.Tao tidak percaya!

  “Kenapa pembantu rumah makan semeja? Dan jangan beritahu jawapan cliché dekat aku,”Tao mengerutkan wajah,tiga manusia yang dinyatakan mula kecut,walhal merekalah tuan rumah.

  “Bila masa aku nak kasi jawapan macam tu,biasanya kami tak macam ni pun,tapi aku kesiankan kau,”Ujar Sehun dengan wajah prihatin,siap mencedok nasi ke dalam pinggan Tao.

  “Kesiankan aku,kenapa?,”Tao menunding jari kearahnya sendiri.

  “Dekat sini banyak roh tak tenang,China,India,Melayu,satu Malaysialah katakan..Kau tak tengok ke filem Cursed House?,”Soal Sehun,memasang jerat yang tidak kelihatan di dunia nyata.

  Tao mula teringat babak dimana watak didalam filem tersebut makan di meja makan dan hantu-hantu tersebut memakan makanan mereka.Tao terus menjerit dengan suara yang nyaring,hampir gugur gegendang mereka yang mendengarnya.

  “Tengok,kau dah jerit..Tulah pasalnya..Nak-nak lagi ada Jia,yang lebai…Alim..Rajin mengaji Quran,”Sehun melirik kearah Jia yang terserdak manakala Joonmyeon menghulurkannya segelas air kosong.

  “Pendek kata…Boleh dibuat isteri..Dan paling penting,kalau hantu ada,dia boleh halaulah mereka,”Amboi sesedap mulut aja Sehun ini,macam mana kalau mereka datang menyerbu Jia?

  Sehun ketawa terkekek-kekek melihat Jia yang bengang dan takut dalam waktu yang sama.Jia dapat tangkap segaris senyuman jahat dibibir lelaki tersebut.

  “Betul? Wah,kalau macam tu,Jia sesuai jadi pasangan hidup aku”

  “Apa!!,”Serentak Jia,Sehun dan Joonmyeon.Menyedari perkara tersebut,ketiga-tiga mereka mendiamkan diri.

  Selesai menikmati makan malam,mereka dikejutkan oleh sebuah kek Tiramisu yang kelihatan begitu menyelerekan,hadiah dari Tao.Mata Jia terbentuk menjadi hati apabila pandangannya mengamati setiap sudut kek tersebut yang tiada cacat cela dimatanya.

  “Ini semua hadiah untuk korang semua kerana menyambut saya dengan penuh mesra,”Tao tersenyum manis dan menepuk tangan bagi dirinya sendiri,dia berhenti menepuk apabila tiada mana-mana tepukkan dari orang sekeliling.Kekok.

  Sehun hanya memerhati Jia yang menyuap sesudu besar kek ke dalam mulut tanpa rasa muak.Sehun mengurut dagunya dan menyengetkan bibir.

  “Jadi,dia suka kek?,”Sehun menjegilkan mata dan pandangannya terjatuh kearah Naeun yang memerhati.Naeun pantas mengalih matanya dan merenung kek dihadapannya.Sehun mengerutkan kening,mengapa Naeun bertindak seperti begitu padanya?

  

  Joonmyeon menolong Ibunya mengutip piring diatas meja,sementara matanya melirik sekilas Jia yang sedang membasuh pinggang disisi Naeun.Dia merenung kearah Ibunya pula dan berdehem.

  “Ibu,Abang nak tanya sikit”

  “Hmm?,”Dahi Puan Kim terjongket.

  “Apa dia?,”

  “Jia…Sakit ke? Sebab,dekat hospital tadi,ada kawan terdengar Ibu borak dengan Jia…Lepastu dia tanya Abang”

  Puan Kim ketawa terkekek-kekek,Joonmyeon pula mengerutkan wajahnya.Sama sekali tidak faham.Puan Kim tergeleng-geleng,agaknya inilah yang membuatkan Jia geli hati bebenar tadi.

  “Taklah,mana ada..Kawan kamu dah salah faham tu,”Puan Kim menekup bibirnya,masih tersisa tawanya.

  “Oh..Buat terkejut aja,”Joonmyeon tersenyum nipis.

  “Haih..Ni ada satu yang nak ditanya…Anak Ibu nampak prihatin semacam aja dengan Jia..Ada sesuatu ke?,”Usik Puan Kim dengan senyuman meleret.

  Terus menyerbu darah diwajah Joonmyeon,lantas dia menggeleng laju.

  “Mana ada!”Joonmyeon terus beredar pergi,Puan Kim tersengih,jelas betul anaknya itu.

  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
komen?

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 10: Akak! Saya telah jatuh hati kepada suho yg begitu alim dan terlampau alim! Saya ship joonmyeon ngn jia!!
rp_pcy
#2
Chapter 10: syah T^T sambung laaaa lagiiiiiiiiiiii x'c encik badut...taeyong.. :( xD ok aku paham ._. ko spm ._. Sian koo. belajar rerajin xD kekeke :* gudluck for everything yo

aku spam inbox fb ko malam ni nk? x3 eheheh xD
rp_pcy
#3
Chapter 8: syahh xD bhahahahahh rindunyeeee ff nii xD xD xD
Najwa_Exo
#4
Best ff ni..Palli sambung!! Hihihi ♡♡
SehunZziYeol12
#5
Chapter 10: gud lock author nim untuk spm~ klau ade masa update lah authior yg comel~ best best best ~
SyazanaZack
#6
Chapter 9: update soon :)
izzah94 #7
Chapter 9: mungkin yookyung adik tiri sehun.