Bab 8

Disebalik Mekap Si Badut

  Sudah hampir dua hari Tao berada dirumah teres dua tingkat tersebut dan sudah semestinya dalam sepanjang tempoh tersebut,dia dapat menghidu sesuatu yang mencurigakan,yang pertama mengenai personaliti-personaliti si penghuni rumah ini,mereka seperti sebuah keluarga dan rupa mereka memang tidak layak menjadi orang gaji dan seangkatan dengannya.Tao mula curiga dan dia syak akan sesuatu.

  Yang kedua,dia tidak percaya Naeun adalah tunang Sehun yang entah untuk kali keberapa,ini kerana Sehun bersikap seperti manusia dan agak bertolak ansur dengan gadis tersebut jika dibandingkan dengan tunang-tunangnya yang lain,ya,mencurigakan sungguh.Yang ketiga,ya,yang ketiga adalah paling menakjubkan antara yang Tao pernah tahu mengenai hidup si lelaki bernama Oh Sehun.Dan dia sedang memerhatikannya,bukan,itu tidak sesuai,sebenarnya lebih kepada arah menghendap,mengintai dan curi-curi lihat.

  “Aku pelik..Ada ke tukang kebun selalu sakit hati dengan tuan rumah dan tunjukkannya tanpa rasa segan silu?Kebiasaannya‘ah,maafkan saya boss,semuanya silap saya,jangan potong gaji saya’.Tetapi,si tukang kebun terlalu mengekspresikan wajah,”Tao cuba menganalisi atas apa yang dilihatnya.Dia mungkin menjadi pewaris Sherlock Holmes generasi baru.

  “Ini coklat aku,kenapa kau makan!!,”Jerkah Sehun dengan mata terbeliak.Coklatnya yang berharga dan dibayar dengan gajinya sendiri,peluh yang dikeluarkan melalui kulit badannya,sungguh tidak boleh dipercayai.Dia melihat coklatnya itu sedang dinikmati oleh manusia berperangai seperti hantu dihadapannya ini.

  “Urr..Eh!Suka hati akulah!Joonmyeon suruh aku makan!Marahlah dia!,”Tuduh Jia sesuka hatinya dengan mata melirik kearah Joonmyeon yang sedang terkejut,terkesima dan terkedu apabila namanya diangkat sebagai,lebih kurang pesalah?

  Terus Sehun merenung si Joonmyeon seperti mahu menerkam lelaki yang tidak bersalah,Sehun kelihatan lebih kurang musang yang jahat mahu membunuh ayam kecil yang tidak berdosa,alah,macam cerita dongeng itu.

  “Joonmyeon,aku fikir kita kawan baik sampai syurga,sahabat sejati,sebab kau aku hafal nasyid Sahabat Sejati UNIC!Huh!,”Sehun mencerlung matanya.Oh dunia,lihatlah kerana seketul coklat,dunia hampir musnah.Oh dramatik gila!

  “Serius? Sahabat sejati? Kau selalu buli dan hancurkan barang aku adalah,”Bisik Joonmyeon sendiri.

  Kini Tao yang masih menghendap terkedu,tuan rumah dan pemandu sedang bergelut diatas sofa? Dan kenapa mereka kelihatan seperti kekasih didalam drama? Memukul sesama sendiri dengan bantal? Kenapa semua itu kelihatan comel dimata Tao?

  “Oi setan!Sakitlah!,”Sehun menarik rambut Joonmyeon,Joonmyeon pula meronta-ronta,dia seorang yang baik hati dan berjiwa lembut,dia tidak sanggup mencederakan Sehun,tidak,dia harus menyelamatkan dirinya dahulu.

  “Aku manusia ciptaan Allahlah,”Joonmyeon menarik kedua belah telinga Sehun sehingga terteleng-teleng kepala si lelaki tersebut.

  Jia berpaling kebelakang dengan kepala digeleng dan mulut yang comot dengan coklat.Dia kecewa apabila dirinya dkelilingi lelaki yang kacak dan sesuai dibuat suami atau jodoh bersama,namun kelihatan tidak matang dan memalukan.

 

 

***

 

  Didalam kegelapan serta diiringi bunyi titisan hujan diawal bulan Januari,sama seperti waktu-waktu begini,hatinya dipaut rasa bersalah dan benci yang meluap kepada lelaki yang bergelar bapa kepada Jia,lelaki yang telah merosakkan hubungan keluarga,merosakkan hati seorang isteri dan hati seorang anak.Dia menekup wajahnya dengan tapak tangan dan menangis tersedu-sedu.

  “Ya Allah,nampaknya keputusan kami sekeluarga berbelas tahun yang lalu itu suatu kesalahan dan menyebabkan orang yang tidak berdosa teraniaya,”Dadanya ditepuk-tepuk.

  Apa dia mahu jawab apabila Jia sudah tahu jawapan kepada semua ini? Apa yang harus dikatakan apabila Jia sudah sedar bahawa semua ini berlaku kerana dia? Keluarga dia? Dia pasti gadis muda itu akan membenci dia sebenci-bencinya.Mungkin wajahnya juga sudah tidak sudi untuk dipandang.Dia kenal benar gadis tersebut.

  Paling menyedihkan,kerana keputusan keluarga yang mengatur hidup Ibu Jia,dan menyebabkan kesengsaraan semua ini berlaku,tiada sesiapa yang mahu memasukkan diri ke dalam kolam pertempuran dan penentangan terhadap lelaki keji itu.

  “Ya,aku..Aku akan berjumpa dengan dia besok”

 

***

 

  Bayang Naeun sudah tidak kelihatan dipagi hari kerana sudah pergi ke sekolah.Jadi mereka berlima menikmati sarapan mereka di ruang makan tanpa sedikit suara yang mencelah.Puan Kim kerap kali mengerling kearah Jia yang sedang menyuap nasi lemak ke dalam mulut dengan pipi ditongkat.Tao dan Sehun duduk bersebelahan,sama seperti Jia juga menyuap nasi lemak ke dalam mulut.Joonmyeon pula berbeza,dia hanya makan sekeping roti disapu Nuttela.

  Puan Kim masih didalam dilema,haruskah dia berjumpa dengan Encik Im? Dia bimbang jika tindakkannya ini membuatkan Jia berasa marah pada dia.Dia hanya mampu mengeluh buat ketika ini.

  Tapi bagaimana dia harus keluar dari rumah ini?Mesti kawan Tao syak sesuatu,tidak mungkin hendak ke pasar membeli sayur sehari suntuk atau apa-apa ajalah yang difikirkannya.

  “Sehun,apa kata,Sehun bawa Tao jalan-jalan sekitar Bandar Terengganu,bagus,kan?Lagipun pagi esok dia dah akan terbang ke L.A semula,”Cadang Puan Kim dengan senyuman yang lebar.

  “Oh,kalau begitu,boleh kami heret Jia sekali!?,”Tao cepat-cepat mengutarakan keinginannya,kemudian berpaling melirik kearah reaksi si Sehun yang hampir tersedak.

  “Oh,baguslah,dia mesti bosan keseorangan dirumah,”Puan Kim mengangguk-angguk.Lantas dia berpaling kearah Joonmyeon dan menggerak-gerakkan bibir,menyuruh anaknya itu mengikutnya pergi ke sesuatu tempat.

  “Jadi,Joonmyeon,awak haruslah jadi pemandu dan penunjuk arah,”Tao mengerdip-ngerdipkan mata.

  “Tak boleh,maafkan saya,saya dah bincang dengan Bo-Boss Sehun semalam,saya ada hal,”Tipu Joonmyeon dengan nada yang seperti tersekat-sekat.Sehun pula yang keliru,bila masa dia ada berbincang?

  “Jadi,siapa akan memandu?,”Tao memuncungkan bibirnya.

  “Sudah semestinya,saya!,”Jia mengangkat tangannya.

  “WHAT??,”Terbeliak mata Sehun,tidak pula dia tahun bahawa gadis tersebut boleh memandu.Setahunya,hanya Joonmyeon dan Puan Kim yang layak memandu kerana mereka mempunyai lessen memandu yang berkilat sehingga menyebabkan mata sesiapa yang memandu tertembus.

  “Saya dah ada lessen!Cuma saya takut untuk bawa kereta,saya hebat,bukan?,”Jia mengerdip-ngerdipkan matanya.Ya,dia memang mempunyai lesen namun dia tidak pernah cuba untuk membawanya,memandangkan sewaktu dahulu dia tidak mahu menaiki kereta Encik Im.

  “Wah,hebat!,”Tao menepuk-nepuk tangan dengan gembira manakala Sehun menjeling geram kearah sahabatnya.

  “Seriuslah bangang,apa yang hebatnya?,”Tidak semena-mena kepala Tao ditunjal-tunjal.

  “Tao,dia cemburu,sebab tukang kebun dia yang lawa ini ada lesen,sementara dia itu tidak punya apa-apa,”Jia mengipas-ngipas wajahnya,bahawa dialah tukang kebun paling cantik dan hebat tahun ini.

  Joonmyeon sekadar memerhati Jia yang sedang tersenyum gembira,melayangkan lesennya dimuka Tao yang sedang teruja,disebelahnya pula Sehun yang asyik mengerling kearah Tao dengan mata yang berapi.Dia hanya mampu mengeluh.

 

***

 

  Puan Kim dan Joonmyeon sudah berangkat terlebih dahulu,kini tinggal tiga remaja yang sedang melangkah kearah kereta dan pemandunya ialah Jia.Kini Jia terfikirkan sesuatu,dia bersama dua lelaki disini,itu bahaya,bagaimana jika dia diapa-apakan? Jia langsung tidak terfikir.

  “Hei,korang berdua,”Jia menunding jari telunjuknya kearah dua lelaki tersebut bersilih ganti dengan matanya yang dicerlung dan bibir diketap.

  “Kalau korang nak apa-apakan aku,aku akan bawa kereta macam orang gila dan humbankan korang berdua dalam gaung!,”Ugut gadis tersebut dengan senyuman jahat yang menghiasi wajah tersebut.Tao dan Sehun hanya terlopong mendengarnya.

  “Hei bodoh,siapa nak apa-apakan kau? Kau bukan emas ke..Tembaga ke…Yang aku boleh apa-apakan untuk proseskan kau menjadi lebih berharga,”Sehun menjulingkan matanya dengan riak wajah yang menyampah sementara Tao mengangguk-angguk dengan menyilang tangan.

  “Yalah,siapa nak apa-apakan tukang kebun,mesti kulit dia kasar dan tubuh dia tak lawa,”Apabila Tao berkata begitu,ketawa terbahak-bahaklah dua sekawan bersatu hati dengan jayanya.Jia hanya mampu menarik nafas panjang dan menyumpah didalam hati.

  Dia terus melabuhkan punggungnya diatas tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin,dia menjeling sekilas kearah dua lelaki yang masih berbaki tawanya.Dia mula terfikirkan sesuatu yang jahat,apa kata dia tinggalkan dua manusia tersebut ditengah-tengah bandar nanti,wah! Semestinya sesuatu yang bagus,dia tidak sabar melihat dua manusia tersebut seperti anak anjing yang terbiar dan akan dihantar ke Amazon.Haha..

  “Hei,tak boleh ke salah seorang dari korang duduk depan?,”Sergah Jia apabila Sehun dan Tao sedang berpaut bahu ditempat duduk belakang seperti pasangan yang baru berkahwin,kotor betul!

  “Heh,kau hanya tukang kebun,dan sekarang taraf kau dinaikkan,kau jadi pemandu,kau patut berbangga,”Sehun mengerdip-ngerdipkan mata seraya ketawa kecil.Dia memang layak mendapat trofil lelaki paling gedik tahun ini.

  “Aku sumpah kau jadi putera katak dan tiada sesiapa sanggup cium kau!,”Jia bermonolog sendiri,dia menggigit bibirnya dan menghela nafas panjang.

  Jia terus mengundurkan kereta kebelakang,keluar dari kawasan rumah dan kawasan kejiranan tersebut menuju ke pusat bandar.Sehun dan Tao agak kecut perut apabila gadis tersebut membawa kereta dengan laju seperti gasing.Mereka berharap didalam kereta ini mempunyai tali pinggang ekstra yang boleh dipakai pada kepala,lutut dan pergelangan kaki.Bukankah itu sudah kelihatan seperti mumia.

  “Wahaha,hebat tak aku memandu? Korang mesti terpegun nak mati,kan? Kan? Baik mengaku,”Jia terasa hidungnya sudah kembang semerbak seperti bunga ros yang berkembang dengan sempurna kerana cukup baja,matahari,air dan udara serta secubit kasih sayang.

  “Laju gila! Hei,kau rancang nak bunuh aku,kan??”

  “Hahaha! Kalau ya pun,kenapa? Bukankah kau dah puas hidup??”

  “Hei,setan! Bawa elok-eloklah! Kalau aku koma dalam hospital,aku saman kau!!”

  “Hei-hei,sebelum nak saman sebab kau koma,aku rasa polis dekat belakang tu tengah kejar untuk menyaman!,”Sampuk Tao yang kedengaran.

  “Apa patut aku buat?,”Jia mula berasa panik,ini adalah kali pertama dia memandu diatas jalan raya tanpa bersama guru Bitara atau apa-apa ajalah.Apa salah dia? Dia pakai tali pinggang dan tidak melanggar lampu merah.

  “Apa lagi,larikan dirilah!,”Tao memberi cadangan yang terlintas difikirannya.Terbeliak dua biji mata Sehun mendengarnya.Biar betul si Tao ini.

  “Okay! Pegang kemas-kemas!,”Jia menekan minyak,pemanduannya lebih laju dan pecut.Selang beberapa lama saat,siren polis kedengaran.Mata Tao dan Sehun secara automatik menjadi sepet dan badan mereka menyandar rapat pada tempat duduk.Kelajuannya terlampau!

 

***

 

  “Tengok,apa dah jadi? Sekarang dah kena saman!,”Bentak Sehun dengan mata dijegilkan dan bibir digigit geram.

  “Rilek,bukan kau yang kena saman,tapi aku,”Jia menunding dari kearah wajahnya yang selamba.

  Tao hanya menjuihkan bibirnya.Dia hanya mampu melambaikan tangan kepada Encik Polis yang beransur pergi,kemudian matanya beralih kearah Jia yang melangkah masuk ke dalam perut kereta.Tao cepat-cepat menyiku-nyiku perut Sehun.

  “Hei,kenapa ganas gila tukang kebun kau ni? Dan lagi satu,aku nak tanya pasal pemandu kau,Joonmyeon”

  Sehun mengerutkan kening.

  “Joonmyeon? Kenapa dengan dia?”

  “Dia peliklah,kalau aku duduk rapat sebelah dia,cepat-cepat dia lari,lepastu kalau aku ajak dia tidur atas katil,sebab kesiankan dia,cepat-cepat dia menolak,dia pelik atau dia memang berhati mulia nak tidur atas lantai?”

  Sehun mengusap-ngusap dagunya.Ada betulnya juga persoalan yang dikemukakan Tao,tambahan lagi apabila Joonmyeon sememangnya tidur diatas kerusi dan membiarkan katilnya tidak terjejas oleh mana-mana beban badan.Itu sesuatu yang aneh,keluarga dia tidak tahukah bahawa dia tidak suka tidur diatas katil? Jadi kenapa belikan katil untuk dia?

  “Biarkan ajalah,dia ada fobia kut,”Sehun memeluk bahu Tao untuk menuju masuk ke dalam kereta.

  Sepanjang perjalanan tersebut,hanya ada tiga jenis bunyi,satu,bunyi radio,dua bunyi suara Sehun dan juga suara Tao.Mereka berdua berborak tidak henti-henti.Tiada titik noktah! Ia membuatkan kepala Jia berpusing-pusing dengan pelbagai bualan mereka.

  “Okey,Encik berdua,kita dah sampai,”Jia menarik nafas panjang,dia bukan penat memandu,tetapi penat mendengar suara dua lelaki tersebut.Macam mesin taip pun ada,mengarut betul.

  Jia belum sempat pun menjejakkan kaki keatas lantai,bayang dua manusia tersebut sudah hilang dari pandangan.Hampeh,dia ditinggalkan sendirian? Inikah balasannya sebagai pemandu tidak berbayar? Jia mendengus kasar,dia akan balas semua ini nanti!

  “Hoi!Sehun!Tao!Mana korang??,”Namun sebelum membalas dendam,dia haruslah mencari dua ‘pasangan’ comel tersebut.Dia bercekak pinggang,dahlah matahari tegak atas kepala,jangan dia tegakkan tulang kedua manusia tersebut diatas bendera sudah.

  Sementara itu,Joonmyeon dan Puan Kim tiba dihadapan rumah agam milik keluarga Im,sunyi.Itu yang mampu digambarkan oleh Puan Kim sewaktu itu,dia menekan loceng untuk kali ke dua,menanti seseorang untuk membuka pintu pagar dan membenarkan mereka dua beranak masuk.Sudah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki tersebut.

  Tidak lama menunggu,akhirnya pintu pagar dibuka oleh seorang wanita berusia lebih kurang 40-an.Melalui penampilannya,Puan Kim dapat tahu,bahawa wanita tersebut adalah orang gaji dirumah besar ini.Wajahnya tidak lekang dari senyuman,namun dari senyuman tersebut punya seribu satu kisah.

  “Eh..Ini..Puan Kim? Kakaknya Puan Besar?,”Wanita tersebut tersenyum manis,matanya beralih kearah Joonmyeon pula.

  “Assalamualaikum,Makcik”

  “Waalaikummusalam..Wah,ini sepupu Cik Jialah ya”

  “Ermm…Encik Im,ada?,”Soal Puan Kim dengan wajah yang gugup.Dia agak gementar untuk menyuarakan perkara yang terbuku dihati kepada lelaki tersebut.

  “Uh…A-Ad-

  “Siapa tu?”

  Perhatian Puan Kim dan Joonmyeon teralih pada seorang lelaki yang lebih kurang usianya separuh abad berdiri tegak tidak jauh dari pintu pagar,sedang berkerut wajah.Suaranya lantang dan dalam.

  “En-Encik Im,ini ada tetamu,”Tergagap-gagap wanita tersebut.

  Lelaki itu bertaut kening,mengamati Puan Kim dan juga Joonmyeon disisi.

  “Kim?”

  “Boleh kita berborak sekejap?”

 

***

 

  Cawan yang berisi teh panas yang berasap,dihidangkan oleh Makcik Yam langsung tidak terjamah oleh Puan Kim mahupun Joonmyeon.Mereka hanya menanti jawapan dari bibir Encik Im yang sedang menyandar pada sofa kulit dengan wajah yang tenang,namun,sungai yang tenang perlu berhati-hati,ada buaya didalamnya.

  “Jemputlah minum”

  “Te-Terima kasih,”Puan Kim meneguk air bujang tersebut dan perhatiannya beralih pada Encik Kim semula.

  “Jadi,kamu datang ke sini semata-mata nak tahu,mengapa saya berbuat begitu pada perempuan tu dengan anak dia?”

  Puan Kim memejamkan mata dan mengangguk sekilas.Joonmyeon disebelah bertaut kening.

  “Anak itu t-tak bersalah..Kenapa dibuat macam tu pada dia?”

  “Hahaha! Kelakarnya…,”Lelaki tersebut tergeleng-geleng kepala.

  “Hei…Kau datang sini,nak beritahu,supaya aku jaga dua manusia tu?”

  Puan Kim mengetap bibir.

  “Eh,kau sedar tak? Hah?,”

  Lelaki tersebut menunjal kepala Puan Kim sehingga tersungkur diatas lantai,membuatkan Joonmyeon terkesima pantas bangkit berdiri.

  “Pakcik!”

  “Kamu,kamu nak membantah? Hah? Kau ingat aku tak tahu,masa silam kau? Budak? Aku tahu kau…Kau jangan nak berlagak jadi macam bapak kau juga…Kau patut…lihat cermin..Tengok apa dah jadi pada diri kau”

  Joonmyeon terkedu dan menundukkan wajahnya.

  “Aku kahwin dengan perempuan tu sebab atas nama keluarga,konon satukan perhubungan..Dan anak dia tu…Bukan anak kandung aku pun,”

  “J-Jia bukan anak kandung?,”Joonmyeon berbisik dihatinya sendiri.Nampaknya,ada sesuatu yang tidak difahaminya.Dia menoleh kearah Puan Kim yang berkerut wajah.

  “J-Joonmyeon,mari kita pergi,”Puan Kim menarik lengan Joonmyeon beredar keluar dari rumah tersebut,Encik Im hanya memerhatikan mereka berdua yang beransur hilang dari pandangan.Makcik Yam yang sedang memerhati hanya mampu bertakung air mata dan menanti empangannya pecah.

  “Jika pilihan keluarga Puan Besar sewaktu dulu tidak ditentukan sebegini,pasti Jia takkan tempuhi semua ini…Kesian Jia..”

  Joonmyeon menghidupkan enjin kereta sekilas melirik kearah Puan Kim yang bertakung air mata dengan wajah yang kemerahan,sesungguhnya dia tidak faham situasi yang dihadapi.Dia memandu pecut kereta,hilang dari kawasan perumahan mewah tersebut.

  “Ibu,apa maksud Pakcik Im? Jia..Bukan anak kandung?,”Joonmyeon menjongketkan keningnya.Puan Kim menarik nafas panjang dan menoleh kearah anak lelakinya tersebut.

  “Joonmyeon..Janji dengan Ibu,jangan pernah beritahu sesiapa hal ini”

  “B-Baik Ibu”

 

***

 

  Sehun membaringkan badannya diatas katil sambil bersiul-siul,dia hanya merenung kearah siling dengan pandangan yang kosong.Sekali-sekala dia melirik kearah pintu bilik air yang bercahaya,dimana Tao sedang mandi didalamnya.Kemudian perhatiannya beralih kearah Joonmyeon yang sedang menulis sesuatu diatas kertas dengan wajah yang tegang.Sejak Joonmyeon pulang bersama Puan Kim lewat petang tadi,lelaki tersebut menjadi senyap dan dingin.

  “Apalah agaknya masalah dia,”Bisik Sehun sendiri. Jika dia bertanya,takut Joonmyeon tidak hiraukan dia terus. Lebih baik dia diamkan diri. Namun,dia seorang manusia yang tidak boleh diamkan diri. Apa yang harus dia buat? Menyibuk dan buat Joonmyeon akan membaling kotak pensil tepat pada wajahnya?

  Dia mula teringat akan sesuatu,mengapa Jia sudah tidak datang menyibukkan diri ke taman tema untuk menemui badut yang sebenarnya dirinya?. Dia mula berasai hairan. Adakah Jia mula muak tentang badut?

  “Naeun,tengoklah,Akak dah dapat kerja,haha!,” Jia menari-nari didalam bilik dengan bahagia.Bahagia tidak terkata,kerana dia akan satu tempat kerja dengan badut idaman hatinya.Naeun disebelah hanya mengerutkan wajah.

  “Akak,janganlah kacau,Naeun tengah nak siapkan kerja ni,” Naeun mendengus dan menepis tangan Jia yang menepuk-nepuk bahunya.

  “Kenapa dengan kau ni,dingin semacam aja,” Jia mengerutkan wajah dan mencebik bibir,menuju kearah karpet dan baring diatasnya.Akhirnya,dia sudah menemui kerja.Dia tersenyum lebar,namun dia teringat akan sesuatu,bagaimana dia mahu menyambung pelajarannya nanti? Mungkin dia perlu matikan sahaja niat tersebut.

  “Er..Kenapa Akak diam? Akak kecil hati ke?,” Soal Naeun yang sudah mula risau.

  “Eh..Ta-Tak adalah..Cuma teringatkan sesuatu”

  “Ermm..Akak kerja dekat mana?”

  “Taman tema Happyland

  Naeun terkebil-kebil.Bukankah disitu tempat Sehun bekerja,Naeun menarik nafas panjang,mungkin takdir jodoh mereka begitu kuat.Naeun memusingkan kerusinya dan menghadap Jia yang sedang menguis-nguis karpet dengan bibir dijuihkan.

  “Akak..Akak kerja dekat sana sebab apa?”

  Soalan itu membuatkan Jia terkebil-kebil.Takkan dia nak jawab sebab ada Encik Badut yang menarik perhatian dia,Naeun yang berusia enam belas tahun itu mungkin gelakkannya.

  “Uh..Sebab..Gajinya lumayan dan kerja taklah berat sangat,” Jia mengangguk-angguk,mengiyakan kata-katanya.

  Naeun memusingkan semula kerusi dan menjegilkan matanya.Dia pasti,Jia mahu bekerja disana kerana Sehun.Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut,namun dia tidak mahu sepupunya itu berasa terbeban dengan soalan yang didesak-desak begitu.

 


Hai semua,saya rasa agak pelik untuk chap ni,saya rasa macam kosong.Tak tahu kenapa,masa saya menulis,saya rasa macam dumbfounded pun ada...maafkan saya kalau chap ini membosankan atau takde jiwa didalamnya...Anyway,saya orang pantai timur, #prayforpantaitimur .sebenarnya kawasan yang saya masih belum ditenggelami air,namun banyak kawasan dh tenggelam dekat Terengganu,Kelantan dah diishtihar darurat sekarang ini T___T

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
komen?

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 10: Akak! Saya telah jatuh hati kepada suho yg begitu alim dan terlampau alim! Saya ship joonmyeon ngn jia!!
rp_pcy
#2
Chapter 10: syah T^T sambung laaaa lagiiiiiiiiiiii x'c encik badut...taeyong.. :( xD ok aku paham ._. ko spm ._. Sian koo. belajar rerajin xD kekeke :* gudluck for everything yo

aku spam inbox fb ko malam ni nk? x3 eheheh xD
rp_pcy
#3
Chapter 8: syahh xD bhahahahahh rindunyeeee ff nii xD xD xD
Najwa_Exo
#4
Best ff ni..Palli sambung!! Hihihi ♡♡
SehunZziYeol12
#5
Chapter 10: gud lock author nim untuk spm~ klau ade masa update lah authior yg comel~ best best best ~
SyazanaZack
#6
Chapter 9: update soon :)
izzah94 #7
Chapter 9: mungkin yookyung adik tiri sehun.