Bab 5

Disebalik Mekap Si Badut

  Puan Kim memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah teres tersebut dengan hati yang riang kerana dapat membeli ikan di pasar dengan tawaran yang amat hebat,bagusnya tidak terkata.Namun kini,dia seolah-olah disambar petir apabila melihat Jia sedang tidur dengan selesanya di ruang tamu diatas sofa dengan mulut ternganga luas,tudung bukan main belok lagi.Puan Kim bercekak pinggang dan mengetap gigi,geramnya tidak terkata.

“Im Jia!!,” Bergegar dunia dengan suara Puan Kim yang nyaring.Namun Jia masih lagi lena,dibuai dunia bergelar tidur yang sungguh menyenangkan.

  Puan Kim terus menuju kearah gadis tersebut dan memulas telinga dengan sekuat yang mungkin,apalagi menjerit sehingga mahu terputus urat tekaklah gadis tersebut.Dia terus bangkit dan melompat-lompat seperti monyet.

  “Makcik! Sakitlah,kenapa buat macam tu?,”Jia mencebik bibir dan mengusap telinga berulang kali tanpa henti dan menjeling geram.

  “Amboi, mata menjeling bukan main,pergi mandi sekarang!Anak dara macam ini,”Puan Kim menolak gadis tersebut kehadapan,memaksa si Jia naik ke tingkat atas.

  Apabila melihat gadis itu mula menaiki tangga dengan begitu cepat,Puan Kim menggeleng kepala.Begitu bahaya dia tidur disitu,ada dua anak teruna didalam rumah ini.

  Jia memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik air dan mencapai tualanya dan menuju ke bilik air bagi membersihkan diri.Paip air hujan dipasang lalu titisan air menyapa dirinya,Jia mengerutkan dahi,ada sesuatu yang aneh pada dirinya.

  “Hmm,kenapa kaki aku berlengas semacam?,”Jia menundukkan kepalanya dan melihat kakinya yang seperti licin semacam dan ada sesuatu diatas permukaan kulitnya,lantas dia menyentuhnya,seperti ada sesuatu yang berlemin.

  “Apa benda pula ini?,”Jia menggaru kepalanya sejurus kemudian membersihkan kakinya,agak pedih sedikit lalu dia mengusapnya dengan lebih perlahan.

  Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu,ya,sesuatu yang melibatkan Sehun,lelaki itu memaksa dia untuk memasukkan kakinya ke dalam air suam dan menyebabkan kakinya bertambah pedih,dia tidak tahu apa tujuan lelaki tersebut melakukan perkara tersebut.

  “Takkan kaki aku berlengas sebegini sebab masuk dalam air suam,apa dia letak dalam air itu?,”Jia menggaru kepalanya,cuba mencari jawapan yang disoal dirinya sendiri.Begitu sukar untuknya menjawab

 

***

 

  Naeun termenung memandang kaca TV sementara teringat akan sesuatu mengenai Jia,Jia begitu gemar keluar daripada rumah dalam lingkungan pukul 2 sehingga 5 petang,kini Naeun sedikit demi sedikit dapat menghidu sesuatu,mungkin kerana Sehun? Naeun dapat tahu waktu kerja Sehun bermula pada pukul tersebut.

  “Diorang..Ada hubungankah?,”Naeun merapatkan bibirnya dan merenung kearah siling.Selang beberapa saat Naeun dapat lihat Sehun menuju kearah dapur dengan tangan diseluk ke dalam poket,gaya berjalannya lebih kepada malas.Wajahnya kelihatan amat penat.

  “Kesian Abang Sehun,pasti dia penat,”Detus hati Naeun sendiri.Dia mengatur langkah ke dapur,mungkin Sehun lapar dan dia boleh masakkan sesuatu yang cepat untuk dihidangkan?

  “Abang Sehun lapar ke?,”Soal Naeun dengan senyuman meniti pada bibir.

  Sehun berpaling kebelakang dan dapat melihat Naeun yang sedang tersipu-sipu.Lantas Sehun tersengih dan mengusap belakang lehernya.

  “Tak..Tak ada seleralah”Sehun tersenyum senget dan ingin beredar pergi dari ruang dapur.Naeun hairan,dia baru melangkah ke sini selang beberapa saat,kini beredar pergi begitu sahaja?

  “Abang Sehun,”Apabila namanya dipanggil,Sehun menghentikan langkah dan menoleh kebelakang.

  “Apa kata,Abang kerja dekat restoran Ibu?Bunyinya bagus,”Naeun mengukirkan senyuman yang nipis.

  “Hah,kenapa?”

  “Uh,kerja sebagai badut,susah,kan? Abang nampak lesu,kerja dekat restoran Ibu,ringan sedikit kerja”

  Sehun tersenyum kecil lantas menggeleng kecil dan mendongak ke atas.Dia tidak mungkin meninggalkan kerja badut ini,senyuman nakal terukir di wajahnya.

  “Anyway,Naeun tahu kenapa Jia lari dari rumah?,”Soal Sehun dengan nada yang bersahaja.

  Naeun kelihatan terkejut dengan soalan yang ditujukan oleh Sehun dengan secara tiba-tiba.Naeun menggigit bibirnya,seolah-olah sukar untuk memberi jawapan kepada lelaki tersebut.Dia didalam dilemma sekarang,dia tidak mampu menolak persoalan Sehun dan dia tahu benar perangai Jia yang akan mengamuk jika kisah hidupnya diketahui oleh orang asing.

  Naeun menundukkan pandangannya kearah lantai sejurus itu mendongak memandang wajah Sehun dengan bibir yang diketap.

  “Er…Kak Jia..Lari sebab,dia ada masalah keluarga,maaf,Naeun hanya mampu beritahu setakat itu sahaja,”Naeun menghembus nafas lega apabila Sehun mengukirkan wajah yang tidak memaksa atau tidak puas hati akan soalan tersebut.Kini ada sesuatu yang Naeun ingin lakukan,sesuatu yang membuatnya terfikir,dia ingin memastikan sesuatu perkara.

  “Abang,esok hari jadi Kak Jia,”Ujar Naeun dengan suara yang mendatar,itu adalah suatu penipuan yang dibuatnya.

  “Oh,betul?,”Sehun tersenyum dan wajahnya kelihatan agak teruja tanpa sebab,entah mengapa Naeun dapat baca fikiran Sehun dan ia membuatkan Naeun berasa cemburu terhadap sepupunya.

  “Uh,Naeun masuk bilik dululah”

  Gadis itu melintasi Sehun dan beredar pergi,lelaki tersebut tidak begitu menghiraukannya.Kini dia menuju ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di atas sofa dan memeluk bantal gebu dan empuk yang kecil dan menongkat dagu.Namun wajah muram menyapanya.

  Lebih kurang 5 minit berfikir tanpa suara yang menjadi pengiring suasana,Jia memunculkan diri dengan berbaju T putih dan seluar track bewarna hitam dan juga tudung Syria bewarna kelabu,langkahnya seperti robot yang kekurangan tenaga,mungkin kerana kesan kakinya yang pedih.

  Mata mereka bertembung saat itu,Sehun dapat menangkap wajah Jia yang seperti naik angin dan menyampah.Bibirnya terkumat-kumit berkata sesuatu.Apabila Jia menuruni tangga yang terakhir,Sehun menuju kearah Jia dan menghalang gadis tersebut untuk berjalan maju ke hadapan.Jia mencebik bibir,apa pula masalah Sehun sekarang? Gadis itu ke kanan,Sehun juga begitu,apabila dia ke kiri,lelaki itu juga ke kiri.

  “Kau dah kenapa? Aku hempuk kang!,”Jia mengetap bibir,sakit pula hatinya ini.Disekat begini tidak bahagia dan menyeronokkan seperti dilihatnya didalam drama.

  Sehun mengeluh dan menjeling dengan mulut yang mencebik.

  “Aku cuma nak tanya,macam mana dengan kaki kau?,”Soal Sehun dengan wajah yang angkuh,sungguh angkuh lelaki bernama Oh Sehun untuk bertanya soalan remeh begitu.

  Jia menjulingkan mata keatas,berani sungguh Sehun bertanya soalan sebegitu kepada dirinya setelah memaksanya memasukkan kaki ke dalam air suam dan menyebabkannya hampir menangis tanpa henti kerana merasai keperitan.

  “Kau memang sengaja,kan? Nak kasi kaki aku makin sakit?,huh!,”Jia menyilang tangan dan mencebik bibir,dengan wajah yang penuh kemarahan menguasai diri.

  Menggelegak hati Sehun,dia dituduh sebegitu pula setelah melakukan dengan bersungguh-sungguh bagi merawat kaki gadis tersebut? Mungkin bukan terlalu bersungguh-sungguh,tapi masih.Sampai masanya,Jia akan tahu semua itu.

  “Tepilah,aku nak lalu,”Jia bercekak pinggang,namun Sehun tidak menunjukkan sebarang respon untuk beralih,hanya tercegat di situ.

  “Aku nak tanya,kenapa kau lari dari rumah kau?,”Jia merenung Sehun dengan sebuah pandangan yang Sehun tidak mampu tafsir,dengan diiringi mata yang menjegil.

  “Jangan nak masuk campur urusan akulah”Jia menjuling matanya keatas,entah mengapa lelaki tersebut dengan tiba-tiba mahu bertanya mengenai kehidupannya.Apa yang tidak kena dengan lelaki bernama Oh Sehun ini?

  Sejurus kemudian,Joonmyeon tiba dengan mata yang melirik lama kearah mereka sebelum ke dapur dan menuju kearah sinki,kedua dahi manusia yang memerhati terangkat,rupanya Joonmyeon sedang membasuh pinggan mangkuk.Sungguh berhati mulia.

  Jia menggigit bibir,bimbang Sehun akan bertanya dengan lebih banyak soalan,dia melarikan diri kearah Joonmyeon yang sedang menyising lengan dan mencapai pencuci pinggan mangkuk.Sehun menjulingkan matanya,Jia sengaja melarikan diri daripanya.

  “Oh,Ji-Jia!.”Joonmyeon kelihatan agak terkejut dengan kehadiran gadis tersebut.

  “Hai Joonmyeon,boleh Jia tolong? Bukankah,ini kerja perempuan?,”Jia mengerdip-ngerdipkan mata.

  Sehun yang mendengar apa yang dikatakan oleh Jia mahu ajak termuntah hijau,betul Jia buat kerja rumah? Macam sukar untuk dipercayai sahaja.

  Jia menggosok kekotoran diatas pinggan dengan span yangdipenuhi buih pencuci Sunlight,namun kerana terlalu licin,pinggan tersebut tergelincir dari tangannya dan terjatuh diatas lantai.Terbeliak mata Jia,dia sudah melakukan kesalahan yang besar!

  “Maafkan saya,biar saya kutip!,”Jia terus mengutip serpihan kaca diatas lantai sementara matanya melirik kearah Sehun yang tersenyum sinis,geramnya hati dia melihat reaksi diwajah lelaki tersebut.

  “Ouch!,”Jia terasa pedih pada hujung jari hantunya,dia menjegilkan mata dan memicitnya,darah merah keluar dengan banyak.

  “Jia,jangan picit macam itu!,”Sergah Joonmyeon lalu mengambil kotak didalam kabinet dapur dan mengambil sebungkus plaster.

  “Jia,jom ke ruang tamu,nanti terpijak susah pula”Joonmyeon menarik hujung lengan baju Jia ke ruang tamu,mereka berdua melintasi Sehun yang tercegat dihadapan.

  “Sehun,boleh tolong kutipkan serpihan tu,okay?”

  Sehun menyirap,sesuka hati Joonmyeon mengarahkannya,baru dia teringat,adakah Joonmyeon mahu membalas dendam? Kerana dia selalu mengusik dan merosakkan barang Joonmyeon sesuka hatinya? Sehun mendengus dan ke dapur,mengutip serpihan tersebut dengan hati yang panas.Dia curi-curi lihat Joonmyeon dan Jia yang duduk diatas sofa.Matanya dijegilkan apabila pandangannya jatuh pada riak wajah Jia yang berbunga-bunga.

  “Lawak,seronok sangat ke ditampal plaster atas jari oleh Joonmyeon itu?”Sehun menjulingkan matanya keatas.

 

***

 

  Jia meniup-niup jarinya yang ditampal plaster dan merenungnya.Baik sungguh hati sepupunya itu,matanya merenung kearah TV sambil mulutnya menguap besar,lantas tangannya menutupnya.Buletin tengahari yang amat membosankan,dia belum fikirkan,dimana dia harus bekerja bagi menyara hidup dan membayar duit sewa biliknya.

  “Kak Jia”

  Jia hampir terlonjak dari sofa dengan sapaan Naeun yang secara tiba-tiba itu,kecut perut dia dibuatnya,gadis muda itu mengambil tempat di sebelahnya dan tersenyum nipis sebelum matanya melirik kearah jari Jia yang berbalut tersebut.

  “Abang Sehun cakap jari akak kena serpihan kaca”

  Jia terkebil-kebil mendengar apa yang dikatakan oleh Jia,apa kena pula dia ceritakan perkara tersebut kepada Naeun? Mungkin dia menceritakan kisah hatinya yang panas kerana disuruh mengutip kaca di dapur.

  “Akak punya sikit aja,dekat jari Abang Sehun penuh dengan plaster sebab terkena serpihan,”Menyirap pula Jia dibuatnya,apa motif Naeun menceritakan semua ini? Nak timbulkan perasaan bersalah didalam hati Jia? Tolonglah,buat apa nak ada perasaan bersalah.

  “Kak Jia selalu pergi taman tema kan? Akak buat apa dekat sana?”

  Ikutkan hati Jia,dia nak jawab yang dia mengucau bubur Asyura di sana beramai-ramai.Jia mencebik,kurang senang dengan kehadiran Naeun.

  “Tengok badut,kenapa? Nak gelaklah tu,”Jia mengembungkan pipinya.Dia sebenarnya risau jika Naeun gelakkan dia dan menganggap dia adalah seorang yang berjiwa kurang matang,lantaklah,dia suka akan badut,apa boleh buat?

  Naeun terkedu seketika,Naeun pasti badut yang Jia tengok itu adalah Sehun,Naeun menggigit hujung bibirnya dan mengalihkan pandangannya daripada bertentang mata dengan Jia.Jia yang melihat perubahan pada diri Naeun terjongket kening,hairan.

  Lebih kurang 10 minit suasana sunyi dan kekok tersebut memenuhi ruangg,Sehun muncul melintasi ruang tamu,dia memakai baju T bewarna kelabu dengan belang hitam dan juga jeans putih.Beg sandang sentiasa bersamanya setiap kali keluar dari rumah tersebut.

  “Abang Sehun nak ke mana?,”Soal Naeun dengan dahi yang terangkat,Sehun menjatuhkan pandangannya pada Naeun kemudian anak matanya melirik kearah Jia yang langsung tidak mempamerkan sebarang minat.

  “Keluar sekejap,nak jumpa kawan”Sehun sempat mengukirkan senyuman nipis diraut wajahnya,senyuman tersebut membuatkan Naeun turut tersenyum,walaupun dia dapat menghidu sesuatu yang tidak dia inginkan sama sekali,namun melihat wajah Sehun membuat hatinya menjadi kembang semerbak ala-ala bunga Kembang Pagi.

  Jia menyilang tangan dan melirik kearah Sehun,tanpa dijangka,mata mereka bertentang untuk seketika sebelum Sehun mengalihkan matanya kearah hadapan dan berlalu pergi,Jia dapat lihat beberapa plaster yang tertampal pada jari-jemari jejaka tersebut.Jia mengetap bibir dan menjulingkan mata keatas.

  Dia mula berasa kurang senang dan tidak selesa,dia menyeluk tangannya ke dalam poket seluar dan mengeluarkan telefonnya lalu menelefon sahabatnya yang satu,siapa lagi kalau bukan Namjoo.

  “Hello?,”Dapat didengar suara Namjoo yang seperti bangun tidur.

  “Hei,kita jumpa nak?,”Dari nada suara Jia,Namjoo dapat tahu gadis itu perlukan seseorang bagi menghilangkan kebosanan,atau dia akan rosakkan semua barang didalam rumah itu.

  “Okay,dekat mana?”

  “Secret Recipe,pukul 2”

  “Okay”

  Sementara itu Sehun sedang menunggu kedatangan teksi di perhentian bas,dia keseorangan ketika itu lantas dia menyanyi-nyanyi sendiri.Walaupun tidak pernah menjalani mana-mana latihan vokal,suaranya tetap merdu dan menyenangkan gegendang telinga.

  “Apa patut aku beli?,”Sehun mengusap dagunya dengan mata merenung keatas.Dia jarang membeli hadiah untuk seseorang.Dia mendengus.Susahnya,apa yang tuan empunya badan inginkan?

  Lebih kurang 15 minit menunggu,teksi sudah kelihatan dari jauh,dia menunggu teksi untuk berhenti dihadapannya namun dengan tidak semena-mena,seorang gadis bertudung bawal hitam serta berkemeja kotak-kotak merah memasuki perut kereta.

  “Hoi,ini teksi aku!,”Sergah Sehun dengan suaranya yang kasar.Si gadis berpaling ke belakang.Sehun mengerutkan wajah,pernah dia melihat si gadis ini.

  “Abang Sehun?”

 

 

***

 

  Jia menolak pintu pintu jenis frameless dan menjenguk-jenguk figura badan rakannya,lantas senyumannya terpamer apabila si gadis bertudung biru serta ber baju T putih sedang menghirup Caramel Latte dengan senyuman yang lebar.

  “Hei,lama tunggu?,”Sapa Jia dari belakang dengan senyuman yang lebar.

  “Lamalah juga,sampai air yang dipesan dah nak habis diminum,”Namjoo mengembungkan pipi dengan mata dijeling manja,menunjukkan dia sudah merajuk.

  “Ceh,nak merajuk konon,blergh!,”Jia ketawa terkekek-kekek sambil menggeleng kepala kemudian seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.

  “Hmm..Lasagna dengan…Ice Lemon Tea”Ujar mereka serentak,hebat,cita rasa mereka memang sama.

  “Aku lupa nak tanya kau,kau nak kerja mana sekarang ini? Memandangkan kau dah tak bergantung dengan bapak tiri kau itu?,”Soal Namjoo seraya membetulkan lipatan tudungnya.

  “Tak tahu lagi,tapi aku harap dia tak cari akulah,sebab aku lari dari rumah secara senyap-senyap,aku harap dia tak ganggu Ibu lagi”Jia kedengaran sedih dan suram.Wajahnya menunduk,menguis-nguis meja dengan jarinya.

  “Kau jangan fikirkan sangat orang tua itu,yang penting sekarang kau dengan Ibu kau selamat,okay? Yalah,ada dua lelaki kacak kot dekat rumah kau tinggal sekarang,”Usik Namjoo,Jia lantas tersengih,senang hati dia melihat senyuman rakannya.

  “Hek eleh,macamlah berguna sangat diorang itu,jambu semacam aja”

  “Jambu main jambu bukan sebarang jambu,entah-entah badan berketul-ketul,hihi,hari itu kau cakap kaki kau melecet teruk sebab budak bernama Oh Sehun,aku tengok kaki kau okay aja?”

  Jia mengangguk.

  “A’ah,sakit gila kaki aku,pedih sangat,tapi,yalah baru aku perasan kaki aku tak sakit,sebab dia paksa aku masukkan kaki dalam air suam,lawak”

  “Hurk,serius!,”Namjoo terbeliak mata dengan senyuman bergaris diwajah.Jia pula tercengang,apa kena dengan rakannya sekarang ini?

  “Dia mesti sapu mentega dekat kaki kau”

  “Mentega?,”Kening Jia bertaut,bila masa Sehun sapu mentega?

  “Lawak kau ini,mentega! Orang sapu mentega selepas rendam kaki dalam air suam lepas melecet! Wah,siapa sangka,Oh Sehun seorang yang baik hati!,”Namjoo menepuk-nepuk tangan,dia tidak tahu Sehun punya karakter sebegini.

  Jia terkaku,mungkin benda yang berlengas pada kakinya sewaktu mandi hari itu adalah mentega.Jia terkedu,Sehun buat semua itu? Mengapa? Dia tersenyum sendiri,tersentuh dengan kebaikkan yang dilakukan oleh Sehun.

  “Yang sengih-sengih tu kenapa? Ololo,terbayang dia dengan Oh Sehunlah ni,”Namjoo terkekek-kekek mengusik.

  “Tak mungkinlah,hubungan aku dengan dia seperti..Seperti..Ah,yang penting kurang baik”Jia cuba menidakkannya walaupun hakikat hatinya berasa sedikit bahagia buat saat ini.

  Dan dalam waktu yang sama,Sehun sedang menuju masuk ke dalam kedai cenderamata yang mempunyai pelbagai jenis barangan yang sesuai untuk diberi kepada gadis.Sehun menggaru kepala,banyak barang yang cantik,bagaimana harus dia pilih?

  “Cari apa?,”Soal seorang pekerja kedai tersebut yang berusia dalam lingkungan 30-an dengan wajah yang mesra dan senyuman yang manis menghiasi wajah,cuak Sehun seketika dengan kemunculan perempuan tersebut.

  “Uh,saya nak cari barang,untuk diberikan hadiah”

  “Teman wanita?,”Pekerja tersebut meleret senyum,Sehun terbeliak mata lantas menggeleng dengan senyuman yang kekok.

  “T-Tak,kawan aja”Sehun mengangguk,hatinya agak tersentak dengan perkataan ‘teman wanita’ yang disebut.

  “Oh,perempuan?”

  “Ya”

  Pekerja tersebut menyembunyikan senyuman,taktik remaja lelaki yang setiap kali keluar masuk membeli barang didalam kedai ini,semuanya kata kawan,namun melalui riak wajah,pekerja tersebut tahu,untuk kawan yang akan digelar cinta hati,aduh,banyak cakap pula.

  “Apa kata beri patung beruang? Perempuan suka”

  “Oh,idea yang bagus”Sehun membuntuti pekerja tersebut kearah belakang kedai,terdapat banyak jenis warna dan rupa yang ada,membuatkan mata Sehun membesar dengan perasaan yang tertarik.Dia terfikir,jenis yang macam mana dia harus beli.

  “Bagaimana kalau belikan yang bersaiz besar,perempuan akan terharu”Cadang pekerja tersebut,lantas Sehun menggeleng kepala,tidak-tidak.Jia akan perasan akan kewujudhan patung tersebut apabila dia pulang nanti.

  “Tak..Saya nak…Beli yang ini,”Sehun mengambil sebuah anak patung beruang yang bewarna putih yang saiznya sederhana dari rak.Dia tersenyum,ini sesuai.

  “Wow,awak memang ada cita rasa yang bagus”Puji pekerja tersebut.Sehun tersenyum,tidak perlu ragu akan cita rasanya,memang macam bomlah,mungkin tidak.Sehun menuju kearah kaunter bagi melakukan pembayaran,harganya memang mahal,tapi tidak mengapalah.Sehun tidak terlalu fikirkan sangat perkara sebegitu.

  Patung beruang tersebut dimasukkan didalam beg sandangnya,untung muat.Senyuman menghiasi bibirnya dengan wajah yang berbangga.Kakinya melangkah keluar daripada kedai tersebut.Dia baru teringat akan sesuatu.

  “Sekolah dah start,taman tema takkan buka 7/7 hari seminggu dah,hmm,hanya dibuka pada hari sabtu,aku kena cari kerja lain selain jadi badut”Sehun mengangguk.

  Baru dalam lingkungan 5 hingga 7 langkah,kaki Sehun berhenti,keningnya dikerutkan dengan mata yang dijegilkan,ada sesuatu yang menarik perhatiannya.Bibirnya digigit dengan perasaan yang kurang pasti memenuhi dadanya.Bingkas dia melajukan langkah bagi menghampirinya.

  “Jangan kacau saya lagi!,”Ujar gadis tersebut dengan nada yang tinggi bercampur perasaan yang panas,dari riak wajah sahaja Sehun dapat membaca apa yang terbuku dihati gadis tersebut.Ya,gadis tersebut adalah Jia,Jia yang sedang menyilang tangan dan menjeling geram.

  “Jia kena ikut juga!,”Lelaki tua tersebut menarik pergelangan tangan Jia lantas ditepis oleh gadis tersebut sebelum menunding jari telunjuknya kearah muka lelaki tersebut.

  “Saya dah penat,jangan ganggu hidup saya lagi,Encik,”Jia terus berlari anak,beredar daripada tempat tersebut manakala lelaki tua itu kelihatan geram dan mendengus,dia mengatur langkah kearah kereta Audi bewarna putih,selang beberapa saat,kereta mewah itu dipecut laju,hilang dari pandangan.

  Sehun mengerutkan wajah,siapakah lelaki tersebut? Ada kaitan dengan hidup Jia? Sehun menjatuhkan pandangannya pada Jia yang sedang mengatur langkah,kali ini lebih perlahan,tidak seperti tadi,walaupun dari belakang,Sehun pasti,gadis itu sedang menyeka air mata ketika itu.

  Jia menangis teresak-esak lantas mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Makciknya,Puan Kim.Selang beberapa saat ada suara yang menjawab.

  “Hello,Makcik?”

  “Jia? Jia nangis ke?,”Puan Kim dapat mengagak apa yang terjadi melalui perbezaan suara gadis tersebut.Jia menggeleng kepala.Walaupun Puan Kim tidak dapat melihat gelengannya.

  “Tak,Jia cuma rasa kurang sihat,boleh tak Makcik ambil Jia?”

  “Oh,boleh-boleh!Tunggu sekejap,ek?”

  Panggilan dimatikan,lantas Jia menghantar mesej dimana tempat dia berada sekarang,dia tiada kekuatan untuk membuka suara.Dia juga tidak sedar akan Sehun yang sedang memerhatikannya dengan wajah yang suram.

  “Patut tak aku pergi dekat dia? Macam..Tenangkan dia?,”Sehun menyoal dirinya sendiri dan secara tiba-tiba menggeleng.

  “Nanti,kalau dia salah faham,macam mana?,”Sehun menggigit bibirnya dan menghela nafas panjang.

  Jia menguis-nguis lantai dengan kakinya,kebanyakkan kedai-kedai akan ditutup buat sementara waktu kerana waktu maghrib akan menjelma tidak lama lagi.Gadis tersebut merasakan kekosongan buat ketika itu,dan sejuk.Angin sejuk yang menempuhnya dengan memori lama yang berputar  mengelilingi fikirannya.Tanpa paksaan,air matanya menitis dan mengalir pada kedua belah pipinya.

  Namun dengan tiba-tiba sebuah tangan berkulit cerah dengan kon aiskrim ditangan muncul dihadapan wajahnya,dia sedikit tersentak dan menoleh kearah kiri.Wajah Sehun yang menjadi penghias pandangan matanya yang kabur dan tidak begitu jelas dek air matanya.

  “Huh?,”Jia terkebil-kebil dengan kemunculan lelaki tersebut.

  “Okay,pertama,kau jangan anggap aku ini pengintip rahsia kau atau apa,kedua,aku beri kau aiskrim ni sebab,Makcik dekat kedai itu terkenan dekat aku dan kasi aiskrim Coklat percuma dan aku tak suka perisa ini,ketiga,boleh tak kau jangan menangis? Sebab rupa kau buruk”

  “Keempat,kau banyak cakap”Jia menambah dan menyeka air matanya lalu menyambar aiskrim ditangan Sehun dan menikmatinya.Sejuk hati dia dibuatnya.

  “Aku cuma menangis sebab aku diterima kerja”Tipu Jia lalu tersenyum nipis,matanya masih kemerahan dan semua itu tidak mampu menipu Sehun.Tapi,biarlah.

  “Oh tahniah,tapi tak payahlah sampai nangis bagai”Sehun menggeleng kepala dan menghembus nafasnya dengan kasar.

  Sehun menjilat aiskrim Stawberi dan melirik kearah Jia dengan kening yang terjongket,macam dalam drama pula dia belikan aiskrim untuk seorang gadis yang sedang menangis.

  Tidak lama kemudian,sebuah kereta Proton Iriz bewarna putih muncul dihadapan mereka,itu ialah Puan Kim yang sedang memandu.Tanpa membuang masa mereka terus berjalan beriringan bersama,Puan Kim terjongket kening,rasanya sewaktu Jia menelefonnya,gadis tersebut kedengaran sedih dan menangis,kini dia lihat tiada segaris kesedihan pun yang menghiasi,hanya wajah yang gembira dan riang.

  “Hmm,Oh Sehun ke yang buat anak saudara aku macam itu?,”Detus Puan Kim sendiri dengan senyuman meleret.

 


 

 

Hai reader,maafkan saya kerana lewat update cerita ini sedangkan saya mahu menulisnya hari-hari,ugh saya kena writer block sekejap untuk chap ini kerana apa yang saya tulis pada rangka tidak cukup untuk 10 muka surat...aum aum aum~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
komen?

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 10: Akak! Saya telah jatuh hati kepada suho yg begitu alim dan terlampau alim! Saya ship joonmyeon ngn jia!!
rp_pcy
#2
Chapter 10: syah T^T sambung laaaa lagiiiiiiiiiiii x'c encik badut...taeyong.. :( xD ok aku paham ._. ko spm ._. Sian koo. belajar rerajin xD kekeke :* gudluck for everything yo

aku spam inbox fb ko malam ni nk? x3 eheheh xD
rp_pcy
#3
Chapter 8: syahh xD bhahahahahh rindunyeeee ff nii xD xD xD
Najwa_Exo
#4
Best ff ni..Palli sambung!! Hihihi ♡♡
SehunZziYeol12
#5
Chapter 10: gud lock author nim untuk spm~ klau ade masa update lah authior yg comel~ best best best ~
SyazanaZack
#6
Chapter 9: update soon :)
izzah94 #7
Chapter 9: mungkin yookyung adik tiri sehun.