Bab 1

Disebalik Mekap Si Badut

All The Single Ladies!All The Single Ladies!Now Put Your Hands Up!

  Lagu Beyonce All The Single Ladies berkumandang kuat dibilik si gadis dipagi hari dengan begitu kuat.Bebelan dan sumpahan dari bibir-bibir jiran tidak dihiraukan.Rambutnya berterbangan dek pengering rambut milik sahabat sejatinya.Mungkin bukan sejati tapi itu dia sahajalah sahabat yang sudi menumpangkannya di rumah ini.Lagu ini memberinya semangat,menjadi seorang yang bergelar Single sungguh menenangkan jiwa,walaupun ada mulut-mulut berkata hati akan menjadi kesunyian dan seangkatan dengannya,apa dia kisah?Hatinya sakit dilukai oleh jejaka kacak yang tidak bermoral,muka tak menentukan kebahagiaan,ah,bercakap mengenai kebahagiaan,dia tidak berminat akan hal tersebut.Malah kepalanya menjadi berserabut.Oh otak bercelaru,semuanya bercelaru!

  “Hoi minah!Kau nak bazirkan eletrik aku keapa?!Dahlah pasang lagu bising gila!”Nampaknya Namjoo sudah membebel dengan tangan yang bercekak pinggang,tak ubah seperti makcik-makcik dikampung yang kejar ayam dengan penyapu lidi.

  “Ugh,Namjoo,dengar sini sayang,tak baik mengamuk pagi-pagi,nanti muka kau berkedut dan hodoh,tak macam aku,haha!”Perut ditekan dengan gembira diiringi gelak tawa yang tidak sopan dengan mulut yang terbuka luas.

  “Masalahnya,mak bapak aku dah bising,jiran-jiran aku dah cop muka aku ni remaja bermasalah”Namjoo menggeleng kepala,mengapa dia menjadi mangsa keadaan?Mengapa?Dia yang comel dan berhati mulia,mengapa?

  “Uh…Susah sangat aku blah ajalah dari sini”Bibirnya dicebikkan,pengering rambut diletakkan diatas meja solek.Dia menjulingkan mata keatas.Sakitnya hati,dengar muzik pun sampai begini,dramatiklah masyarakat sekarang!

  “Dah tu,mana kau nak pergi?”Namjoo mengangkat kening.Setahunya sahabatnya itu,tidak punya tempat perlindungan waktu ini.

  “Rumah Makcik akulah,mana lagi”

  Namjoo terlopong. “Jia,sejak bila kau ada Makcik ni?”

  Lantas dahi ditepuk.Pelupa,memang pelupa betul.

  “Haih..Adalah,tak apalah,kirim salam ajalah pada mak bapak kau,aku tinggalkan tempat ini,beritahu diorang,aku ampunkan dosa mereka”Jia mengerdip-ngerdipkan mata.Dia meluru ke penjuru bilik bagi mendapatkan bagasinya yang bercorak Leopard kegemarannya.Dia memasukkan semua bajunya kedalam,sudah dipakai atau belum tidak diambil kira.

  “Jia,kau..Kecil hatikah?”Namjoo mula dicengkam perasaan bersalah yang begitu mendalam,sedalam lautan Hindi,sepejal agar-agar buatan neneknya.

  Jia mendengus,betul,dia kecil hati namun dia berbesar hati dapat keluar daripada rumah ini juga,tidak mengapa,dia memujuk dirinya,kalau orang dah tak nak,apa lagi perlu dia buat?Cakap memanglah senang,sekarang dia berhadapan dengan masalah yang besar,adakah dirinya diterima untuk menjejakkan kaki ke rumah Makciknya itu?Yang cerewet kuasa sepuluh?Yang pembersih darab seribu?Dan paling penting,suka benar menyuruhnya hafal formula matematik yang memeningkan!

  “Tak,aku akan pergi ke rumah Makcik aku!Dia mesti rindu aku,akukan…Anak saudara dia yang paling cantik diantara anak saudaranya yang lain”Tangan ditepuk-tepuk dengan wajah yang bahagia.Pucuk dicita ulam mendatang,huh!Tapi Makciknya mahu sayur kobis!Diterimakah diri ini?

  “Bye,kawan!Jumpa kau lagi selepas ini,kalau panjang umur”Jia mendongak wajah,merenung siling.

  “Woi!Kau nak pergi macam tu aja?Kalau ya pun,pakailah tudung!Mak aku nampak nanti dia ceramah panjang lebar pula!”

  Ops!Senyuman lebar dihiasi wajah.Pantas dia mencapai tudung Shawl lalu membelitnya dengan penuh professional pada wajahnya yang berbentuk bujur tersebut.Cantik!Tapi kenapa nampak pelik sangat!

  “Hoi!Kau ingat ni tuala ke!Main belit-belit!”Namjoo bercekak pinggang dan membuat keputusan untuk membantu rakannya yang buta tudung tersebut.Jia hanya tersenyum,menyerahkan diri sepenuhnya kepada rakannya.

  “Okay,dah siap”

  “Terima kasih”Jia tersenyum meleret.Mengapa didalam Youtube begitu mudah?Belit-belit terus siap!Itu semua penipuan!Jia kelihatan seperti mayat yang harus dikafankan aja!

  “Sorry,aku bukan tak suka kau tinggal sini,-

  “Aku faham..Aku tahu perangai aku ni…Aku okay,kau doakan aja aku selamat,Ciao!”Jia melambai-lambai tangan dan mengorak langkah keluar daripada bilik tersebut.Namjoo hanya menjadi pemerhati.

 

***

 

  “Abah,apa yang Abah buat ni!”Sehun mengerutkan wajah dan cuba merampas sebakul pakaiannya yang mahu dicampak oleh Abahnya sendiri.Gila!Jenama Adidas,Guess,Polo,Atlentic!

  “Kamu yang memaksa Abah untuk lakukan semua ini!”

  “Abah!Abah langsung tak matang,ini baju Sehun!”

  “Semua ini dibayar dengan duit Abah!”

  Apabila kenyataan tersebut dikeluarkan dari bibir Abahnya,Sehun mengalah dan melepaskannya.Sedih,dia sayang semua koleksi pakaiannya yang berjenama itu,seperti adik beradiknya sendiri,walaupun hakikatnya dia adalah anak tunggal.

  “Sekarang,masih tak nak dengar?Oh Sehun?”Encik Oh menyilang tangan.Bunyi baju-baju dibakar menjadi peneman situasi yang teruk itu.Bajunya yang berharga bertukar menjadi ketulan hitam,bajunya yang bernilai,bajunya yang kacak seperti dirinya.

  “Tak nak,Sehun tetap dengan pendirian Sehun,tak nak jadi peguam!”Sehun mendengus,ego harus dipertahankan,dia tidak mahu jadi peguam yang menipu dari segi semua sudut,tidak mahu,tidak mahu.Haruskah dia ulangnya sejuta kali?

  “Kalau begitu…”Encik Oh mendongakkan kepalanya melihat langit yang cerah dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket.

  “Jangan anggap aku Abah kamu lagi!Keluar dari rumah ini!”

  Dunia Sehun bagaikan berhenti berputar,perasaan ini begitu mendalam memusnahkan dirinya.Tidak dianggap seperti anak sendiri lagi?Dan dihalau keluar?Jahat.Sehun menggigit bibir.

  “Okay!Sehun keluar,jangan cari Sehun juga lepas ini!”Dia mengorak langkah masuk ke rumah agam itu bagi mengambil fail peribadi,surat beranak,wallet dan sebagainya.Dia tidak perlu membawa bagasi,bajunya dah dibakar semua,kecuali yang dipakai sekarang.

  Dia memasukkan barang-barang penting tadi ke dalam beg sandangnya,panas betul hatinya.Nama aja peguam hebat,apabila masalah anak menimpanya,langsung tidak boleh diselesaikan,tidak mahu menjadi peguam pun sehingga membuat keputusan sebegini.

  Sehun menarik nafas panjang dan melintasi Encik Oh bagi mengatur dua putung kakinya keluar dari rumah itu.

  “Jangan terfikir untuk pulang ke sini lagi”Suara Encik Oh kedengaran dingin.Sedingin Greenland,walaupun Sehun tidak pernah menjejakkan kaki ke sana,suara lelaki itu sudah cukup memberikan kesan dingin kepada dirinya.

  “Tak perlu risau Encik Oh,Saya memang tidak,akan sesekalipun,terima kasih atas segalanya”Sehun membetulkan kedudukkan beg sandangnya dan mengerutkan dahi,berjalan lurus ke pintu pagar.Walaupun dia tidak tahu dimanakah hala tuju dirinya selepas ini,dia tidak ada jalan lain lagi.

  Dua langkah keluar dari pintu pagar rumah,sudah cukup memberikan impak yang besar kepada dirinya.Kepala digeleng kesal,adakah dirinya terlalu ego untuk akuh pada bapanya sendiri?Namun,tidak bolehkah lelaki tua itu sekali-sekala mendengar isi hatinya?

  “Sebab perangai dialah…Haih”Sehun menghembuskan nafasnya dengan kasar dan meraup wajah dengan kasar.Rambutnya dikusutkan,kakinya masih mengatur langkah.

  “Aku mungkin boleh ke rumah Ibu,kan?”Sehun tersenyum senang.Sekejap,dia terlupa sesuatu.Tidak boleh,Ibunya dah berkahwin dengan lelaki lain,dan lelaki itu memberikan pandangan benci terhadap dirinya.Lawak,benci pada anak tiri?Tak mengapalah,Sehun sendiri tidak mahu menggelar lelaki itu bapa tiri,bapa sendiri pun..

  “Aku nak tinggal dekat mana sekarang?”Sehun mengusap belakang lehernya.Dia tidak punya kawan,kebanyakkan mereka sudah pindah atau ke luar negara,kawannya terlampau sedikit dan Sehun tidak boleh hidup dengan orang yang dikenalinya,pecah rahsia,malu besar.

  “Haih..Takkan aku nak melutut pada Encik Oh itu semula…Tak mungkin.Aku takkan benarkan diri aku buat macam tu,dia cabar aku,dia cabar,aku patut tunjukkan aku tak takut terima cabaran dia itu”Dirinya mula dikuasai perasaan geram meluap-luap.

 “Geramnya aku!”Dia menghentak kakinya dengan kasar.Matanya beralih ke hadapan.Perutnya memainkan Opera.Menandakan dia kebuluran,ya,dia hanya mengisi perutnya mi segera,itu pun semalam,semalam.Sekarang sudah pun pukul 11 pagi.Nak masuk ke tengahari.

  “Apa aku nak makan?Kredit Kad aku mungkin dah dibekukan atau apa-apa ajalah”Sehun menjulingkan mata keatas.Menyeluk tangannya ke dalam poket seluar dan mengeluarkan walletnya.

  “Huh…RM10?”Dahinya ditepuk.Apa dia nak makan?Murah dan banyak,murah dan banyak.Dia tidak boleh menjadi terlalu cerewet sekarang atau dia akan mati kebuluran di tepi jalan seperti anjing kurap.

  “Huh!Sekarang aku nak samakan diri aku dengan anjing kurap?”Wajahnya diraup sekali lagi.Kali ini lebih kasar.

  “Yang penting,perut aku kena diisi terlebih dahulu”Sehun mengangguk dan menekan perutnya.Pertama sekali,dia harus keluar dari kawasan perumahan mewah ini,walaupun ada mata-mata memandang dari cermin tingkap kereta,memandang dengan penuh persoalan dari mindanya.Seperti,siapakah manusia ini yang berjalan dikawasan ini?

  Lebih kurang lima belas minit berjalan dia keluar dari pintu pagar utama kawasan perumahan rumah agam disini.Dia menyeka peluh didahi.Dia mengambil keputusan untuk makan di warung yang jaraknya lebih kurang 20 minit berjalan?Kenapa warung itu begitu jauh?Kenapa?Ya,dia kenal tuan punya warung tersebut!Encik Park!Mungkin Encik Park akan menawarkan harga yang murah kepadanya!Bagus!

  “Tak…Dia ada anak,dan anak dia Park Chanyeol,macam mana kalau dia syak sesuatu dan kutuk aku,sebab selama ini aku selalu kutuk dia”Bibirnya diketap.Terlalu banyak perlu difikir cuma untuk dirinya mengisi perutnya yang mula berkeroncong.Terlalu banyak!

  “Tak apa,relak,mamat hingusan itu takkan ada dekat warung waktu macam ini,dia,keluar,kot?”Sehun cuba menenangkan dirinya dengan penyataan tersebut.

  Akhirnya dia sampai jua dihadapan warung tersebut,peluh didahi pantas diseka dengan lengannya.Beg sandangnya dipusing kebelakang badannya.Dia tersenyum lebar,bau-bau makanan yang selama ini tidak mahu dijamahnya memanggil-manggil dengan godaan asap yang mempunyai bau yang menyenangkan.

  Kakinya mengatur langkah untuk memasuki warung tersebut.Walaupun selama ini dia mengutuk sehabis yang boleh warung ini,dia tidak mampu melakukan apa-apa.Dia mengambil tempat duduk yang agak tersembunyi.Bagaimana jika ada sesiapa yang perasan akan kewujudhannya?Walhal tiada sesiapa kisah pun.

  “Oh,kamu Sehun,tak pernah-pernah kamu makan di sini,apa cerita hari ini?”Soal Encik Park yang memakai apron lusuh dengan senyuman panjang meleret.

  “Ish orang tua ini,aku jadi pelanggan bayar makanan kau pun mujur!”Detus hati Sehun yang busuk itu.

  “Ehem,Nasi Lemak satu dan Teh Tarik kurang manis”Ujar Sehun dengan senyuman palsunya yang begitu buruk.Apabila Encik Park beredar,dia menarik nafas panjang.Lega.Dia menyandarkan badannya pada kerusi dan mendongak merenung siling yang buruk.

  “Sedap ke makanan dekat sini?Uish,tengok rupa kedai tak ada selera”Bisiknya sendiri sambil mencebik bibir.Walaupun didalam keadaan darurat sebegini,dia masih tak sedar diri.Sepatutnya dia dibuang negara terus,lagi bagus.

  Selang beberapa minit,sebungkus Nasi Lemak didalam daun pisang dan Teh Tarik didalam cawan berada dihadapan muka Sehun,dan pesanan tersebut dihantar oleh seorang lelaki muda berambut panjang hitam paras leher,berbaju T kosong hitam.

  “Park Chanyeol?”Sehun terlopong,fikirnya lelaki itu tidak akan ada disini.

  “Haih Oh Sehun,sejak bila taste kau jatuh merudum ke gaung?”Sindir Chanyeol lantas menyilang tangan.Sehun mencebik.

  “Sekali-sekala,nak kasi keuntungan pada warung ini,kau sepatutnya bersyukur,wahai manusia”Sehun menjeling geram.

  “Ish..Dahlah rambut panjang,buruk gila!”Sehun mengumpat didalam hatinya,bukan Chanyeol dengar pun,bukan?

  “Hmm,lantak kaulah Oh Sehun,nikmati makan tengahari kau”Chanyeol menggeleng dan beredar pergi.

  Terbeliak mata Sehun,tengahari?Dia melirik kearah jam pada pergelangan tangan.Dah nak masuk tengahari,dan pelanggan yang lain sudah tiada disini dan warung akan ditutup bila-bila masa sahaja.

  “Tak guna..Chanyeol..”Bibirnya diketap.Tahu ajalah nanti dia mahu membalas dendam!Tahu ajalah,yang pasti,dia harus mengisi perutnya terlebih dahulu.Dia menyuap sesudu.

  “Oh Tuhan,rasa apakah ini?Inikah..Nasi Lemak?”Dahinya bertaut.

  “OMG!Sedapnya!”Mata Sehun seakan-akan berair,rasanya,seolah-olah Sehun sedang memakai baju melayu dengan kain samping dan juga bersongkok,serta melangkah masuk ke rumah kayu,rumah tradisional Melayu.Rasanya begitu tradisional!

  Lebih kurang sepuluh minit kemudian,habis Nasi Lemak dimakan.Sehun tersenyum lebar,bagus,sekarang dia dah punya tenaga.

 “Hmm,kira!”

  Sejurus kemudian Chanyeol tiba dengan wajah yang selamba.Dia berdiri disebelah meja dan mencongak-congak.Sehun sekadar memerhati.

  “RM3”

  “Huh!”Sehun terkedu.Murahnya,biar betul,bagaimana mahu untung?Biarlah,tidaklah banyak sangat duit yang harus dikeluarkannya.Bagus.

  “Nah”

  Chanyeol menghulurkan duit baki lalu diambil oleh Sehun.Dia menolak kerusi dengan badannya dan bangkit dari tempat duduk.

  Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu,dia mengeluh kasar,dimana dia mahu tinggal dan dia juga harus mencari kerja sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysianya dikeluarkan.Kepalanya digeleng.

  “Mana kita nak cari badut sekarang?Hish,geram betullah dengan Dollah tu,sesuka hati dia nak lari dari agensi kita!”Bentak seorang lelaki yang duduk tidak jauh dari meja Sehun,lelaki itu berkot dan kelihatan kemas.Agensi?Agensi badut?Wujudkah benda itu?

  “Badut?Itu kerja yang mudah,bukan?Jadi badut yang hodoh itu,dapat duit?Haha”Sehun terkekek-kekek.Dia tidak perlu melayan kerenah Boss atau apa-apa,cuma pakai mekap tebal dan pakaian yang buruk,tiada sesiapa akan mengenalinya,bagus!Sehun mengangguk.

  Dia melirik kearah Chanyeol yang sedang mengira sesuatu diatas buku,kira keuntungan mungkin?Bagaimana lelaki bertelinga capang itu curi-curi dengar?Jatuhlah status dia.Matanya beralih kearah lelaki yang diperhatinya tadi.Lelaki itu perlahan-lahan mahu beredar dari warung.Inilah masa yang tepat!Sehun menggenggam tangannya dan mengorak langkah laju menuju kearah lelaki itu.

  “Assalamualaikum,Tuan!”Sehun memaparkan senyuman yang semanis boleh.Semesra yang boleh,supaya lelaki itu terpikat untuk menjadikannya sebahagian badut di agensinya.Kelakarnya,agensi badut?

  “Uh,Uh,siapa kamu ini?”Lelaki itu kelihatan tercengang dengan kehadiran Sehun yang begitu tiba-tiba,datang menerpanya dari belakang.

  “Sayalah penyelamat agensi Tuan”

  “Huh?”

  “Er…Maksud saya,saya ada dengar Tuan nak cari badut?Betulkah?”Sehun tersenyum lebar sekali lagi,menyeramkan,dah tak ubah seperti badut.

  “Oh..Ya,saya ada cari..Untuk Agensi Bunga Matahari”

  Sehun terkebil-kebil.Agensi Bunga Matahari?Rendahnya standard.Apa punya namakah itu?

  “Oh,saya,saya nak bekerja dengan Agensi Bunga Matahari,saya nak jadi badut”Sehun mengangguk mengiyakannya.

  Lelaki itu mengurut jambangnya dan menjegilkan mata.Dari hujung kaki sehingga ke kepala dia perhati satu persatu setiap sudut paras Sehun.Sehun mendeguk air liur,nak jadi badut aja kot,sampai beginikah?

  “Hmm,kamu ada rupa,dan..Kamu kelihatan terlalu muda,berapakah umur kamu?”Lelaki itu menaikkan keningnya.

  “Umur saya?Umur saya 18 tahun,saya lepasan SPM”Sehun tersenyum lagi.

  “Oh,kenapa nak jadi badut?Kenapa tak jadi model?Kerja yang menggunakan rupa kamu?”

  Sehun mencebik bibir,lelaki ini tak reti bersyukurkah?Tadi kedengaran terdesak sangat mahu cari badut.Model?Mendedahkan badannya pada manusia yang tidak dikenali?Sehun menggeleng kepala,apa yang sudah difikirnya.

  “Saya berminat nak jadi badut”Sehun tersenyum,memaparkan gigi putihnya.Lelaki itu mengerutkan wajah kemudian ketawanya terburai,sejurus itu dia menepuk-nepuk bahu Sehun dengan agak kasar.

  “Alamak,kasarnya dia,sakit aku dibuatnya”Detus hati Sehun sendiri.

  “Ehem..”Dia membersihkan tekaknya dengan berdehem.

  “Jadi,boleh kamu mulakan sekarang?Dekat taman tema Happy Land?”

  “Bayarannya?”Bayaran penting,penting.

  “RM30 satu jam”

  Sehun terkebil-kebil.Lumayankah?Lumayankah?Bertubi-tubi soalan itu ditanya pada dirinya sendiri.Ah,tak kiralah,bukan senang nak cari kerja,lagipun ini bukan kerja yang sukar pun.

  “Okay,saya kerja”

 

***

 

  Kepalanya terangguk-angguk,menjiwai lagu yang didengarnya melalui headphone,matanya memerhati setiap sudut taman tema yang dipenuhi ramai pengunjung,dia seorang sahaja yang pelik,membawa bagasi ke taman tema.

  “Disebabkan jiwa aku terluka,aku kena hiburkan diri aku dulu”Jia mengangguk.Hati yang luka tidak boleh dibawa ke mana.Inilah kata-kata Ibunya.Rindu pula dia akan Ibunya.

  “Tapi..Takkan aku nak heret bagasi aku ini ke hulur ke hilir?Hish”Dia mendengus geram.Dia mengambil keputusan untuk meletakkan bagasinya disebelah pengawal keselamatan,atau mungkin di pondok pengawal.Walaupun pengawal keselamatan itu melihat dia dengan pandangan yang pelik,dia langsung tidak kisah.

  “Mak oih,panasnya…Patutkah aku tanggalkan tudung belit-belit ini?”Jia mencubit-cubit dagunya.

  Dia lantas menggeleng kepala,teringat akan pesan ustadzah disekolah.Dia tidak boleh membenarkan sehelai pun rambutnya dilihat oleh lelaki ajnabi,dia tidak sanggup rambutnya dibakar api neraka.Dia menggeleng,Jia dah insaf,mukanya pun suci dan kelihatan baik.

  Dia memegang dahinya,dia dapat rasakan beberapa helai rambut yang terkeluar dari anak tudungnya,tidak!Lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya!Dia tergesa-gesa mencari bilik air.

  “Mulai hari ini,kamu akan bekerja disini,selama tiga jam,kamu sesi petang”Terang lelaki yang dijumpai Sehun awal tadi atau dipanggil Encik Joon.

  “Okay,saya faham”

  “Kamu pakai ini,ya?Dan,jangan dedahkan identiti kamu”Bisik Encik Joon ditelinga Sehun dengan berhati-hati seraya menghulurkan satu beg.

  “Kenapa,ya?”

  “Sebab ada agensi lain,yang nak lingkup,mencari badut,kalau kamu disukai ramai,nanti dia culik kamu,macam mana?”Soal Encik Joon dengan wajah yang serius.

  Walaupun ia diucapkan dengan serius oleh Encik Joon,Sehun tetap mahu ketawa,namun sebaik yang mungkin dia menahannya.

  “Kamu pergilah salin baju badut ini dulu,pakai mekap ya,elok-elok gitu”Pesan Encik Joon sebelum beredar.

  “Heh,badut…Aku akan pecahkan rekod,badut paling tampan”Dia tergeleng kepala dan menuju ke bilik air yang tidak jauh dari tempatnya berdiri sekarang.

  “Sekarang dah cantik,rambut pun terlindung,okay!Mesti Namjoo bangga dengan aku,oh yeah!”Jia ketawa terkekek-kekek.Dia membetulkan kemeja dipakainya dan berjalan keluar dari bilik air.

  “Ops!”Tidak semena-mena dia terjatuh keatas lantai.Tak guna punya lantai basah!

  “Pfft!”

  Jia mendongak wajah,dia dapat dengar dengan jelas bunyi seseorang terburai ketawa.Ketawakan dia?Pantas Jia bangkit dari jatuhnya dan membetulkan bajunya yang terselak.Dia menghembus nafas dengan geram.

  “Apa gelak-gelak,hah!”Jia menyilang tangan.Dia sebenarnya malu,namun untuk menutup malunya,dia harus memarahi lelaki ini terlebih dahulu.Dia bercekak pinggang,menunjukkan ekspresi wajah yang marah sebolehnya.Namun lelaki dihadapannya ini hanya ketawa terbahak-bahak seperti hantu.

  “Ish..Dahlah handsome,tapi ugh!Aku tak boleh anggap dia handsome sebab dia malukan aku,sepatutnya dia bantu aku yang lemah terjelepuk atas lantai”Detus hatinya sendiri.

  “Kenapa awak ketawa?”Jia menjegil mata.

  Lelaki itu tidak menunjukkan sebarang respon,dia sekadar melintasi Jia dan melangkah masuk ke dalam bilik air.Jia menggigit bibir.

  “Kenapa dia tak beri sebarang respon?Dia senyap macam tu buat aku bertambah malu aja”Jia menekup wajahnya,lebih baik dia beredar dari sini sebelum apa-apa yang teruk berlaku.

 

***

 

  Sehun melihat wajahnya yang dipenuhi mekap yang tebal.Dia menaikkan keningnya.

  “Why so serious?”Dia ketawa terkekek-kekek.Dia memasukkan pakaiannya didalam beg sandang.Dia mengamati wajahnya buat kali terakhir sebelum berjalan keluar daripada bilik air dengan berkeyakinan.

  Selang beberapa saat dia melangkah keluar,dia dapat lihat ramai pengunjung yang tiba.Adakah mereka peminat Dollah si badut?

  “Heh,selepas ini,diorang dah tak kenal Dollah si badut,diorang akan kenal Sehun si badut yang tampan”Ujarnya dengan penuh yakin.

  Dia membetulkan rambut palsu Afro bewarna merahnya dan tersenyum bangga.Tidak sangka,terror juga dia mekap-mekap badut ini.

  “Uwah!Badut!”Dapat didengar teriakkan kanak-kanak tidak jauh dari tempatnya berdiri.

  Jia menepuk-nepuk tangan.Badut-badut!Dia tersenyum.Sudah lama dia tidak melihat persembahan badut,kali terakhir sewaktu dia darjah enam?Itu pun kerana lawatan sekolahnya selepas peperiksaan UPSR.Kesian betul dirinya ini.

  “Hello adik-adik!”

  Mendengar suara badut tersebut membuat Jia tersenyum gembira,suara kelakar yang dibuat-buat dengan senyuman yang lebar tanpa secalit kerisauan,Jia sukakannya.

  Sehun tersengih bangga,kanak-kanak sukakannya,walaupun dia belum lakukan apa-apa persembahan.Matanya beralih pada setiap rupa kanak-kanak tersebut dan berakhir pada seorang gadis yang memakai tudung Shawl bewarna biru laut dan juga berkemaja putih dan hitam dengan Jeans hitam.

  “Seperti aku kenal minah itu”Sehun mengerutkan dahi.Bingo,dia ingat,perempuan didalam bilik air tadi.

  “Eh,ini bukan Pakcik Dollah?”

  Sehun menggeleng kepala.

  “Tidak,ini bukan Pakcik Dollah”

  Kanak-kanak tersebut mengerutkan dahi.

  “Panggil Abang,Abang Badut aja,ya?Tak perlu tahu nama Abang yang hebat”

  “Uwah!Abang hebat!”Mereka bersorak kegembiraan.

  “Eh?Dollah?Abang hebat?Bukan aku tahu pun dia orang baru keapa”Jia menggaru-garu kepalanya.Dia tidak kisah,Dollah ke,Mamat ke,dia tidak kisah.

  Lebih kurang 20 minit Sehun menjadi badut,dia sudah menarik perhatian ramai orang,tidak pula dia sangka akan jadi sebegini.Dia ada bakat menjadi badut?Seronok pun seronok,inikah yang orang kata,membuat seseorang itu gembira turut memberikan kesan kepada diri kita?

  “Woah!Awak memang hebat”Jia menepuk-nepuk tangan dengan muka yang teruja.

  Sehun hampir tersedak.Adakah perempuan dihadapannya ini tidak perasan akan dirinya?Tidak agaknya.Sehun hanya tersengih senget.

  “Awak baru kerja ke?”

  “Huh?”Sehun bertaut kening.

  Jia tersengih.Adakah dia kedengaran pelik?

  “Maksud saya…Saya dengar budak-budak cakap tadi..Biasanya Pakcik Dollah”Jia terangguk-angguk mengiya-ngiyakannya.

  “Oh..Ye..”Air kotak Milo disedutnya,dahlah dia berasap panas pakai baju badut ini,minah tandas tadi pula ajak berborak.Tak berminat langsunglah dia.Sehun mengipas-ngipas mukanya sendiri.

  Tiba-tiba telefon bimbit Jia berdering nyaring.Pantas dia menyentuh punat hijau.Disaat itu,Sehun mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada perempuan itu sebelum disoal pelbagai soalan,dia harus menukar pakaiannya dengan segera.

  “Jangan risau,nanti aku akan pergi ke rumah Makcik aku,okay?”Jia menyeka peluh di dahi.Namjoo rupanya yang menelefonnya.

  “Really?Hmm,okaylah,hati-hati”

  Jia pantas menutup telefonnya dan memasukkannya kedalam beg.Dia mahu merajuk.Dia memusingkan badannya untuk mencari lelaki badut tadi,namun dia sudah lesap.

  “Uh,dia dah pergi?”

 


 

Reader~~Kasi feedback ya :3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
komen?

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 10: Akak! Saya telah jatuh hati kepada suho yg begitu alim dan terlampau alim! Saya ship joonmyeon ngn jia!!
rp_pcy
#2
Chapter 10: syah T^T sambung laaaa lagiiiiiiiiiiii x'c encik badut...taeyong.. :( xD ok aku paham ._. ko spm ._. Sian koo. belajar rerajin xD kekeke :* gudluck for everything yo

aku spam inbox fb ko malam ni nk? x3 eheheh xD
rp_pcy
#3
Chapter 8: syahh xD bhahahahahh rindunyeeee ff nii xD xD xD
Najwa_Exo
#4
Best ff ni..Palli sambung!! Hihihi ♡♡
SehunZziYeol12
#5
Chapter 10: gud lock author nim untuk spm~ klau ade masa update lah authior yg comel~ best best best ~
SyazanaZack
#6
Chapter 9: update soon :)
izzah94 #7
Chapter 9: mungkin yookyung adik tiri sehun.