chapter 3

Because Of You

Hari sudah pun menjelang siang, Tania terjaga dari tidurnya.Pabila dia bangun, dia melihat sekelilingnya. Dia berasa terkejut kerana dia sekarang berada di tempat yang asing baginya. Tempat yang dia tidak pernah lihat sebelum ini. 

 

     Sedang Tania memerhatikan sekeliling, Tania sedar bahawa dia keseorangan. Seingat Tania, semalam dia dan L terjatuh ke laut disebabkan oleh angin kencang. Tania berasa hairan, " Mana L? L!!! nan eodiseo??!!!" Tania menjerit nama L tapi malangnya jeritan tersebut tidak membawa apa-apa faedah. Tania berasa sebak. Tania memeluk lututnya dan menangis tersesak-esak. " L.. eodiseo?? L..."

 

-------

 

         L terjaga dari tidurnya dan bangun lalu melihat keadaan sekelilingnya. L berasa hairan kerana ini pertama kali dia melihat tempat sebegini rupa. L teringat sesuatu.. di mana Tania? " Tania..? Tania??" L mencari Tania tapi malangnya kelibat Tania tidak ada dimana-mana. 

 

 

-----

 

     Semasa Tania sedang menangis. Seorang lelaki berpakaian seperti red riding hood memerhatikan Tania dari jauh tanpa Tania sedari. Lelaki tersebut menghampiri Tania, " Siapa kau dan mengapakah kau menangis?" Tania tersentak dan memandang orang di depannya. Tania menjawap " Saya sesat, saya tidak tahu dimana saya berada, saya keseorangan, kawan saya telah hilang." Lelaki tersebut berasa simpati. " Siapakah nama wahai cik adik?" tanya lelaki tersebut. "Tania" jawap Tania. " Awak?" Tania bertanya. " Minwoo" jawap lelaki tersebut. Min woo mengajak Tania untuk pulang bersamanya. " Mari ikut saya balik, awak tidak mempunyai kawankan? Mari saya bawa awak pulang. Lagi pun tidak selamat berada diluar begini." Tania mengikut Min Woo pulang ke rumahnya.

 

          Tania melihat sekelilingnya, disekeliling penuh dengan pokok-pokok dan bunga yang dia tidak pernah nampak dalam seumur hidupnya. Tania berasa takut lalu memegang tangan Min Woo. Min Woo terkejut dengan tindakan Tania dan memegang Tania erat. Dia faham bahawa mungkin Tania berasa tidak selesa dan takut dengankeadaan sekelilingnya.

 

       Pabila sampai disebuah pokok yang amat besar. Min Woo mengeluarkan sesuatu dari poketnya seperti sebatang kayu yang berwarna merah. Min Woo menghayunkan kayu tersebut dan sebuah pintu muncul di depan mereka. Tania terkejut dan melihat Min Woo tanpa berkata apa-apa. Min Woo mengajak Tania masuk kedalam. Tania mengikut Min Woo dan Min Woo menghayunkan tongkat saktinya dan pintu tersebut tertutup lalu menghilang.

 

      Tiba-tiba seekor kucing berwarna putih menghampiri Tania dan mengesel-geselkan badannya ke kaki Tania. Tania tunduk lalu mengambil kucing tersebut dan membelainya. Sedang asyik membelai kucing tersebut. Muncul pula seorang lelaki berpakaian kot serba merah. Lelaki tersebut menghampiri Min Woo dan mereka berbisik. lelaki tersebut menghampiri Tania dan menscan Tania. " Kwangmin" Tania terkejut dan menjawap " Tania..."

      

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
fazreen #1
Chapter 11: Update soon
fazreen #2
Chapter 9: Update soon
yoonARRR
#3
Chapter 8: xD update soon
fazreen #4
Chapter 8: Update soon
fazreen #5
Chapter 7: Update soon