Chapter 6

Last Word

Keesokan harinya aku dikejutkan dengan contengan dan kertas-kertas yang ditulis kata-kata kesat tertampal di lokarku.Aku segera merentap dan mengoyak kertas-kertas tu dengan geram.Aku terdengar beberapa gelak-gelak kecil di belakang.Tapi apabila aku berpaling,semua orang yang ade kat situ semuanya buat hal masing-masing tanpa memandang ke arahku seperti takde sesiape pun yang gelak tadi.

 

"Apa masalah korang hah? Kalau ade tak puas hati cakap je la face to face!" aku memarahi entah siape yang ade kat situ.Selepas mendapati takde sebarang respons,aku segera memakai kasut sekolah dengan cepat lalu berdiri.

 

"AUUCH!!"

 

Aku terduduk sambil memegang kaki kiriku yang terasa amat sakit.*Ape ni...? Paku? Diorang letak paku dalam kasut aku?!* Sekali lagi aku terdengar gelak-gelak di belakangku.Aku berpaling dan ade beberapa pelajar pompuan sedang menutup mulutnya menahan tawa.Aku berdiri tanpa mempedulikan rasa sakit di kaki."Lawak kan? Benda ni memang lawak bagi korang kan? Tapi korang jangan risau... Benda remeh camni takkan buat aku jatuh la!" aku menengking mereka lalu berjalan ke kelas.

 

Aku perasan mulut diorang sume ternganga kerana terkejut tengok aku tetap berjalan dengan paku yang still ade dalam kasut aku.Mukaku berkerut tatkala paku di dalam kasutku terasa tertusuk lebih dalam.Pelajar di sekelilingku mula memandangku aneh apabila melihat darah mengalir keluar dari kasutku dan menitik di sepanjang koridor.

 

Aku mula berasa pening selepas berjalan agak jauh.Sakit ni hanya Tuhan saja yang tau.Selepas tu,semuanya menjadi gelap...

 

♦♦♦

 

Aku membuka matak lalu memerhatikan sekeliling.*Bilik rawatan...? Oh,ye la... tadi aku pengsan kat koridor ,mesti ade orang yang tolong* fikirku lalu menutup mata."Ermm... kau ok ke?" aku segera membuka mata apabila terdengar suara lelaki berdekatanku."Lu...Luhan? ape kau buat kat sini? Kau ke yang tolong aku tadi?" soalku.Dia menggeleng lalu berkata."Bukan aku yang tolong kau,tapi Jin,aku cuma tolong rawat sket je sebab aku bertugas kat bilik rawatan hari ni" katanya dengan perlahan sambil memandang ke lantai.

 

"Alaa... same la tu.Kau tetap tolong aku jugak" aku menjawab malas."Mana Jin? Tadi kau kate dia yang tolong aku kan? Mana dia?" soalku selepas melihat Luhan tak beri apa-apa reaksi kepadaku.Dia mengangkat kedua-dua belah bahunya."Oh... Kalau camtu,thanks 'cuz tolong rawat kaki aku ni" ucapku sambil memegang kaki kiriku.Luhan cuma mengangguk."Kau tau tak... aku lagi suka kalau kau camni berbanding hari tu" entah camne,tetiba je ayat tu keluar ikut mulut aku ni.

 

Aku perasan yang dia tersenyum sambil 'blushing' walaupun dia still tak pandang ke depan.*Comelnya...tapi...Jin kate dia cuma nak aku break dengan Kai... Tak.Aku takkan benarkan dia buat camtu* tanpa aku sedari,aku sedang merenung Luhan menyebabkan dia rasa tak selesa."Ermm...Minkyung? Kenapa...kau pandang aku camtu?" soalnya dengan sedikit risau.Aku tersedar daripada lamunan lalu segera meminta maaf kepadanya.Luhan meminta izin untuk keluar dan sekarang tinggal la aku sesorang kat dalam bilik ni...

 

♦♦♦

 

Tak lama kemudian,guru yang bertugas pun tiba."Oh,kamu dah bagun.Bagus la kalau camtu.Risau jugak cikgu takut-takut kamu dah tak bangun terus" guraunya sambil tergelak kecil."Kaki kamu dah teruk sangat ni...Kamu tak payah la datang sekolah seminggu dua ni,ok?" tambahnya."Tapi cikgu.." aku ragu-ragu."Kaki kamu tu dah hilang banyak darah... Sepanjang koridor sekolah kita ni penuh dengan darah kamu je.Jadi cikgu rase... baik kamu pakai topang ketiak" ternganga sket mulut aku bila dengar penjelasan cikgu.

 

"Bagitau nama kawan yang tau kat mane rumah kamu dan kelas dia,biar cikgu mintak tolong dia temankan kamu balik rumah" arahnya.Aku memberitahu nama Jin dan kelasnya."Salah kau jugak sebab 'cerdik' sangat nak jalan jugak walaupun ade paku..." aku mengomel sendirian selepas cikgu keluar.

 

Beberapa minit kemudian,cikgu tiba di bilik rawatan."Maafkan cikgu,tapi Jin tak dapat tolong sebab dia busy sket.Tapi,ade orang lain yang sukarela nak tolong kamu" aku terkebil-kebil memandang cikgu."Annyeong" mataku membulat kerana terkejut apabila Luhan masuk ke dalam bilik.*Luhan? Ape dia buat kat sini? Kan ke dia baru je keluar tadi...?!* aku menjerit dalam hati."Cikgu pegi dulu ye,ade kerja nak kena buat.Luhan,cikgu serahkan hal ni kat kamu" Luhan menunduk sedikit tanda hormat sebelum cikgu keluar daripada bilik ni.

 

"Hai Min,aku tengah free tadi... Dan... alang-alang Jin tengah busy tu...ape salahnya kalau aku tolong kau kan?" dia menerangkan tanpa disuruh."Jangan panggil nama aku camtu boleh tak? Kau bukannya rapat dengan aku pun.Tak payah la nak mengada-ngada panggil aku camtu" aku menegur sedikit kasar.Luhan terdiam.*Mungkin aku dah kecikkan hati dia... tapi...peduli ape aku...* aku turut diam.Aku tak berniat nak berkasar tapi aku rase dia tak patut panggil aku camtu.Luhan tersenyum nipis lalu kami perlahan-lahan berjalan ke rumahku.

 

Sepanjang perjalanan,kami berdua membisukan diri.Lagi bagus daripada hari tu.Lagipun aku bukannya nak cakap ngan dia sangat... Apabila kami sampai,aku segera menutup pintu dengan sedikit kuat selepas mengucapkan terima kasih kepadanya.Takde sebab untuk aku terus ade dengan dia.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
miyurihatsune
Yay! Finally! 'Last Word',Complete! XD

Comments

You must be logged in to comment
yasmin16 #1
Chapter 16: Agak menyeramkn ending die...tp best...btw daebak!!!
jadoo98 #2
Chapter 16: Chapter 16: Lol?? cmne bleh jd cmni? plik2 prsaan kau je Minkyung haha tp knp smpai bleh msk ke dlm taxi? biarlh next chap jd jwpn hahaha...UPDATE SOON ^_-
CheezyMato #3
Chapter 16: Saya suka fic ni!!
Wuuu.. Jadi yg teman minkyung.. Klau bukan luhan.. Itu senanya Jin. Eh? Eh?
Heheheehe
parkyura98
#4
Chapter 15: omo! jin mati T^T
btw daebak!!! ^^
Exo_Fans #5
Chapter 15: So sweet Ff awak !! Saya suka laa !! Best !! Btw fighting untuk next ff !! *GoodLuck*
AshiAz_4
#6
Chapter 15: Sy ske fanfic ni ! Author-nim mmg brbkt ! :)) Trskn menulis author-nim ! ^^
JeonAra #7
Chapter 15: Ff ni daebak giler!! >_<
boyzinluv98
#8
Chapter 15: Terbaiklh author-nim,sy suka bace cite ni.Daebak
IsabellaLuhan
#9
Chapter 14: Omo~ Sedih pulak ... Btw surat tu tulis ape ? Author-nim palli update soon ✌