Chapter 13

Last Word

"Aku yakin kau mesti tau ape yang terjadi kat dia last sekali kan?" soalnya lagi."Dia...dia mati sebab kemalangan..." jawabku.Selepas aku buli dia selama hampir setahun,aku dapat tau yang dia dah mati sebab kemalangan jalan raya.Sejak tu aku dah tak membuli sampai sekarang."Jawapan salah! Dia tak mati kemalangan pun sebenarnya.Tapi dia bunuh diri!" kai menengkingku.Mataku membuntang kerana terlalu terkejut dan degupan jantungku juga bertambah laju.

 

"Terkejut? Mesti la kan... Sebab kau yang buat dia lakukan perkara bodoh tu" Kai mengejekku."Kau pukul dia! Hina dia pastu malukan dia kat depan sume orang dengan geng-geng pembuli bodoh kau tu! Aku memang suka masa kau kena buli dulu!" waktu tu rupa Kai sangat bengis seolah-olah dia sudah sedia untuk membahamku.Tiba-tiba riak mukanya berubah menjadi sayu."Kau tak faham perasaan dia.Kau tak tau ape penderitaan yang dia rasa selama ni.Banyak kali dia cakap kat aku yang dia menderita setiap hari... Tapi dia tak pernah sekali pun kate kat aku yang dia rase macam nak bunuh diri.Pastu cuba la kau tengok cara kematian dia camne!!" riak wajahnya berubah bengis semula apabila menuturkan dua ayat yang terakhir.Aku hanya mendiamkan diri kerana aku sedar memang aku yang bersalah dalam hal ni.

 

"Yang aku bertambah geramnya...bila pihak sekolah sembunyikan hal pembulian ni.Sume orang berpakat untuk tak bagitau hal pembulian tu kat parents aku sebab kau ni anak penderma terbesar sekolah tu.Sedangkan semua orang tau apa yang kau buat kat dia sebenarnya!"

 

"Aku... Aku mintak maaf Jongin... Aku...tak berniat_" "Kau tak layak mintak maaf! Lepas dia dah mati bertahun-tahun baru kau nak mintak maaf!" Kai menjerkahku sambil memijak-mijak badan Jin yang dah tak bermaya "Yah!" tiba-tiba Luhan menjerit lalu meluru ke arah Kai.Tapi,entah dari mana kekuatan Kai datang bila dia boleh menumbuk perut Luhan dengan mudah.Luhan mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

 

"Heh,aku ingatkan kuat sangat mamat ni" Kai menyindir Luhan.Dia menghampiri Luhan lalu menyepak kuat perutnya hingga Luhan terbatuk-batuk."Yah... Ap...ape yang kau nak buat...?!" soalku apabila melihat Kai menghampiri Luhan dengan kayu besbol yang digunakan untuk memukul Chanyeol tadi di tangannya.dia berhenti betul-betul di hadapan Luhan.Aku tersentak apabila dia mula mengangkat kayu besbol tu tinggi di atas kepala Luhan."LUHAN!" jeritku lalu meluru ke arah Kai untuk menghalangnya.

 

"AAARGHH!!"

 

Suara jeritan kemudian bunyi sesuatu pecah bergema di dalam gudang.Aku terduduk apabila melihat kejadian di hadapan mataku.Darak merecik di merata tempat termasuk mukaku dan kini,hampir seluruh badan Kai dilumuri darah merah yang pekat...

 

 

 

Jin...

 

 

 

Dah lindungi Luhan...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
miyurihatsune
Yay! Finally! 'Last Word',Complete! XD

Comments

You must be logged in to comment
yasmin16 #1
Chapter 16: Agak menyeramkn ending die...tp best...btw daebak!!!
jadoo98 #2
Chapter 16: Chapter 16: Lol?? cmne bleh jd cmni? plik2 prsaan kau je Minkyung haha tp knp smpai bleh msk ke dlm taxi? biarlh next chap jd jwpn hahaha...UPDATE SOON ^_-
CheezyMato #3
Chapter 16: Saya suka fic ni!!
Wuuu.. Jadi yg teman minkyung.. Klau bukan luhan.. Itu senanya Jin. Eh? Eh?
Heheheehe
parkyura98
#4
Chapter 15: omo! jin mati T^T
btw daebak!!! ^^
Exo_Fans #5
Chapter 15: So sweet Ff awak !! Saya suka laa !! Best !! Btw fighting untuk next ff !! *GoodLuck*
AshiAz_4
#6
Chapter 15: Sy ske fanfic ni ! Author-nim mmg brbkt ! :)) Trskn menulis author-nim ! ^^
JeonAra #7
Chapter 15: Ff ni daebak giler!! >_<
boyzinluv98
#8
Chapter 15: Terbaiklh author-nim,sy suka bace cite ni.Daebak
IsabellaLuhan
#9
Chapter 14: Omo~ Sedih pulak ... Btw surat tu tulis ape ? Author-nim palli update soon ✌