Epilogue

Last Word

Kini,sudah 5 tahun berlalu sejak kejadian 'itu'.Aku pun sudah menerima semuanya dengan tenang.Sepanjang 5 tahun aku dan Luhan bersama,banyak juga la perselisihan faham yang berlaku antara kami berdua.Antaranya,Luhan mengatakan bahawa aku sebenarnya mencintai Jin dan aku juga mengatakan yang dia terlalu mesra dengan salah seorang rakan sekerjanya yang sememangnya jauh lebih cantik daripadaku.Tetapi pada akhirnya... kami telah berkahwin.

 

Aku menitiskan air mata sambil tersenyum apabila dia berkata 'saya setuju' dengan sepenuh hatinya.Aku dapat merasakan seluruh kasih sayangnya dicurahkan kepadaku hanya melalui kucupan hangat di dahiku.Hari ini,pada 4 December 20xx,aku,telah menjadi isteri Luhan yang sah.

 

Selepas majlis kami selesai,aku terus ke satu tempat tanpa pengetahuan sesiapa pun.Aku pasti pemandu teksi yang aku naiki berasa pelik apabila aku,masih lagi dalam gaun perkahwinanku menyuruhnya untuk pergi ke tanah perkuburan.Waktu pula sudah hampir malam.Sesampai aku di tempat yang dituju,tanpa banyak bicara aku terus memberinya wang lalu terus masuk ke dalam kawasan perkuburan itu.

 

Perlahan-lahan aku berjalan ke satu tempat.Namun,tak lama kemudian gerak langkahku menjadi semakin laju hinggalah aku akhirnya berlari.Kasut high heels putihku telah aku buang entah ke mana untuk memudahkan aku berlari.Entah kenapa,semakin dekat tempat yang aku tuju,semakin sebak rasa di hati ni.Air mata mula mengalir dengan sangat laju di pipiku.Rambutku yang tadinya berikat kemas dengan gaya 'bun' telah pun dibiarkan memanjang hingga paras bawah bahu.

 

Aku termengah-mengah apabila sudah tiba di 'tempat' tu.Aku menarik nafas dalam-dalam untuk mengumpulkan segala kekuatan yang aku ada,tetapi akhirnya aku tetap jatuh terduduk.Air mata mengalir lebih laju apabila aku terkenangkan masa lalu."Jin... Mianhae... Jeongmal mianhae..." rintihku seorang diri.Hari ni adalah hari jadi dia... Hari jadi sahabat baikku... Mungkin bagi aku dan Luhan,hari ni adalah hari yang amat bermakna buat kami.Tapi bagi Jin...mungkin hari ni adalah hari yang paling menyedihkan baginya apabila melihat aku bahagia bersama lelaki yang aku cintai...

 

Tiba-tiba seseorang menyentuh lembut bahuku dari belakang.Aku tak terkejut dan tak perlu berpaling untuk melihat siapa di belakangku kerana aku sudah tahu siapa."Hari ni hari jadi dia Luhan..." rintihku lagi.Luhan hanya diam sambil mengusap-usal lembut bahuku yang tak bertutup.Tak lama kemudian,kot yang dipakainya tadi telah tersarung di bahuku."Cuaca dah makin sejuk" katanya perlahan.Aku menggenggam erat kotnya sambil cuba menahan air mata yang masih lagi mengalir.

 

"Minkyung...memang betul-betul sayangkan Jin ke...?" soal Luhan tiba-tiba.Suaranya kedengaran seolah-olah dia ingin menangis."Ye,Minkyung memang sayangkan dia.Tapi ianya tak sama macam rasanye bila Minkyung sayangkan Luhan! Minkyung CINTAKAN Luhan..." aku membalas dengan pantas,tak mahu perkara yang sama berlaku lagi.Luhan tersenyum hambar.Dia menghampiriku lalu mengesat air mataku dengan ibu jarinya.

 

"Lupakan je semua yang berlaku dulu.Berhentila menangis kerana dia..." kata Luhan dengan muka bersalah."Tapi_" "Lupakan je dia.Saya yakin yang Jin mesti tak suka bila tengok Minkyung bersedih camni setiap kali teringatkan dia.Mesti dia nak tengok Minkyung tersenyum ceria...bersama lelaki yang dia cintai..." Luhan memotong ayatku.Sambil mengucapkan ayat tu,air matanya mengalir perlahan sambil dia mengukir senyuman manis kepadaku.Pada masa tu juga la aku terbayang seolah-olah Jin yang sedang bercakap di hadapanku sekarang...

 

Kami pulang bersama-sama dengan menaiki teksi pada malam tu.Semasa dalam perjalanan pulang,aku telah tertidur tetapi aku dapat rasakan kehangatan tangan Luhan yang menggenggam tanganku di sepanjang perjalanan... Aku bangun apabila pemandu teksi mengejutkan aku dan mengatakan bahawa aku telah tiba di majlisku tadi.Yang peliknya,Luhan telah tiada di sebelahku.Selepas membayar tambang,aku masuk ke dalam tempat majlisku diadakan.Dan aku telah disambut dengan muka risau ahli keluargaku dan Luhan.

 

Aku bertambah pelik apabila Luhan turut meluru ke arahku lalu memelukku erat."Minkyung...awak pegi mane tadi...?! Risau saya dibuatnya!" marah Luhan.Aku terpinga-pinga.Aku tak terasa pun bila dia marah sebab aku tau dia cuma risaukan aku.Tapi...kenapa dia marah-marah? Gaya dia macam dia langsung tak ade dengan aku tadi.Tiba-tiba sesuatu terdetik di mindaku.

 

 

 

Atau memang Luhan langsung tak ada dengan aku tadi...

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
miyurihatsune
Yay! Finally! 'Last Word',Complete! XD

Comments

You must be logged in to comment
yasmin16 #1
Chapter 16: Agak menyeramkn ending die...tp best...btw daebak!!!
jadoo98 #2
Chapter 16: Chapter 16: Lol?? cmne bleh jd cmni? plik2 prsaan kau je Minkyung haha tp knp smpai bleh msk ke dlm taxi? biarlh next chap jd jwpn hahaha...UPDATE SOON ^_-
CheezyMato #3
Chapter 16: Saya suka fic ni!!
Wuuu.. Jadi yg teman minkyung.. Klau bukan luhan.. Itu senanya Jin. Eh? Eh?
Heheheehe
parkyura98
#4
Chapter 15: omo! jin mati T^T
btw daebak!!! ^^
Exo_Fans #5
Chapter 15: So sweet Ff awak !! Saya suka laa !! Best !! Btw fighting untuk next ff !! *GoodLuck*
AshiAz_4
#6
Chapter 15: Sy ske fanfic ni ! Author-nim mmg brbkt ! :)) Trskn menulis author-nim ! ^^
JeonAra #7
Chapter 15: Ff ni daebak giler!! >_<
boyzinluv98
#8
Chapter 15: Terbaiklh author-nim,sy suka bace cite ni.Daebak
IsabellaLuhan
#9
Chapter 14: Omo~ Sedih pulak ... Btw surat tu tulis ape ? Author-nim palli update soon ✌