Chapter 14

Last Word

"J...JIN!!!" aku menjerit nyaring dengan air mata mengalir laju di pipi.Mata Kai membuntang apabila melihat darah itu bukan milik Luhan!

 

Tiba-tiba bunyi siren polis kedengaran di luar gudang.Kai terkejut lalu menjatuhkan kayu besbol yang tadi dipegangnya kemas.Masa tu baru aku perasan,Luhan sedang memegang phonenya.Pintu gudang dibuka kasar dan polis mula masuk untuk mendapatkan Kai.Aku pula hanya statik di tempat tadi.Hati aku bertambah sayu bila melihat Luhan yang sedang terbaring lemah menghulurkan tangannya untuk menyentuh Jin sambil menangis."Jin... Bangunla..." rintihnya sayu.

 

Polis meluru ke arahku lalu membawaku keluar dari situ.Mereka mengarahkan aku agar tunggu di dalam kereta sementara mereka uruskan di dalam gudang.Aku menjeling Kai yang telah bergari dibawa keluar oleh dua orang pegawai polis.Tapi,tangisanku kembali apabila mereka kemudiannya membawa keluar sesuatu yang dibalut dengan plastik hitam yang aku yakin adalah mayat Jin.

 

Chanyeol dan Luhan terus dibawa ke hospital dan kereta yang aku naiki membuntuti kereta mereka.Chanyeol dimasukkan ke wad ICU manakala Luhan hanya dimasukkan ke wad biasa.Selepas disoal siasat oleh polis,aku segera pergi ke hospital.Aku segera menyoal doktor yang bertugas merawat Chanyeol."Cik ni sape pada En. Park?" soal doktor tu balik."Saya...kawan dia" balasku.Doktor itu hanya menggeleng dan mengeluh kecil."Mintak maaf,pihak kami dah cuba sedaya upaya... Tapi...dia terlalu lambat dirawat dan dah kehilangan terlalu banyak darah.Saya tak mampu buat ape-ape" kata doktor itu.Aku terduduk sambil menangis lagi.

 

Tidak... Semua ni tak mungkin terjadi... Dua kawan baik aku meninggalkan aku hanya dalam masa sehari... Chanyeol... Kenapa kau pergi sekarang...? Semua ni terlalu pantas... Aku tak sempat pun nak marah Jin sebab tipu aku... Aku tak sempat pun nak sambut birthday Jin lusa ni... Aku tak sempat pun... Nak tolak cinta dia...

 

Aku segera bangun apabila dengar bunyi beberapa orang berlari ke arah kami."Min...Minkyung... Ape yang berlaku? Kenapa dengan Chanyeol?!" soal Jia,kekasih Chanyeol.Aku dapati ibu bapa Chanyeol sedang menyoal doktor tadi."Aku...mintak maaf... Chanyeol dah takde... Dia diselamatkan terlalu lambat..." balasku dengan sedih."Tak... Tak mungkin..." tutur Jia lemah dan dia mula menangis bersama ibu dan kakak Chanyeol.Ayahnya hanya tertunduk memandang lantai dengan mata yang berkaca.

 

•••

 

Petang itu juga,kedua-dua mayat sudah ditanam.Langit pada petang itu sungguh cerah,sangat berlawanan dengan hati aku sekarang.... Semasa aku sedang berdiri di tepi kubur Jin,seseorang berdiri di sebelahku.Aku berpaling ke arahnya dan dapati ianya doktor tadi.

 

"Kenapa kau ade kat sini?" soalku agak kurang senang dengan kehadirannya."Kenapa? Salah ke saya nak melawat kubur pesakit saya?" soal doktor itu balik.Aku mengeluh kasar.Doktor Byun hanya tersenyum lalu memberiku sekeping kertas yang berlipat."Apa ni?" soalku sambil mengambil kertas itu."Tak nampak ke? Ni pokok la!" balasnya.

 

Aku menjelingnya tajam.*Eeii! Memang nak kena doktor ni!* marahku dalam hati."Ni surat la... Kan dah jelas lagi nyata yang menatang ni surat..." katanya."Pihak polis jumpa surat ni kat atas meja rumah En. Kim.Diorang suruh saya berikan surat ni kat nama orang yang patutnya menerima surat ni.Sorry,saya dah terbaca sket sebab nak tau sape penerimanya" sebaik saja mendengar nama Jin,aku terus membuka lipatan surat tu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
miyurihatsune
Yay! Finally! 'Last Word',Complete! XD

Comments

You must be logged in to comment
yasmin16 #1
Chapter 16: Agak menyeramkn ending die...tp best...btw daebak!!!
jadoo98 #2
Chapter 16: Chapter 16: Lol?? cmne bleh jd cmni? plik2 prsaan kau je Minkyung haha tp knp smpai bleh msk ke dlm taxi? biarlh next chap jd jwpn hahaha...UPDATE SOON ^_-
CheezyMato #3
Chapter 16: Saya suka fic ni!!
Wuuu.. Jadi yg teman minkyung.. Klau bukan luhan.. Itu senanya Jin. Eh? Eh?
Heheheehe
parkyura98
#4
Chapter 15: omo! jin mati T^T
btw daebak!!! ^^
Exo_Fans #5
Chapter 15: So sweet Ff awak !! Saya suka laa !! Best !! Btw fighting untuk next ff !! *GoodLuck*
AshiAz_4
#6
Chapter 15: Sy ske fanfic ni ! Author-nim mmg brbkt ! :)) Trskn menulis author-nim ! ^^
JeonAra #7
Chapter 15: Ff ni daebak giler!! >_<
boyzinluv98
#8
Chapter 15: Terbaiklh author-nim,sy suka bace cite ni.Daebak
IsabellaLuhan
#9
Chapter 14: Omo~ Sedih pulak ... Btw surat tu tulis ape ? Author-nim palli update soon ✌