Chapter 5

Last Word

Pagi tu aku sengaja bangun awal sebab aku tau Luhan akan pegi sekolah awal.Dan aku keluar tepat pada waktunya Luhan tengah bukak pintu pagar rumah untuk ke sekolah.Aku terkejut kerana muka Luhan penuh dengan luka dan kesan lebam."Korang bergaduh ke semalam...?" Luhan tak terkejut dengan kemunculan aku dan mendiamkan dirinya.Dia memakai kaca matanya lalu pergi ke sekolah dengan kepala tertunduk seperti hari-hari biasa."Semalam lain,hari ni lain..." omelku.

 

Tak lama kemudian,Jin juga keluar dari rumahnya dan keadaannya sama seperti Luhan.*Sah diorang bergaduh semalam* Jin pergi ke sekolah tanpa menyedari aku.

 

"Kenapa korang bergaduh semalam hah?" soalku kepada Jin semasa di dalam kelas."Biar aku bagitau ape yang sebenarnya berlaku sekarang..." katanya dengan tenang."Luhan tu sepupu aku dari China dan dia baru pindah kat sini dua minggu lepas.Dia suka kat kau walaupun dia tau kau dah ade Kai dan dia berniat nak buat korang break.Kesimpulannya,dia tu tak baik sebenarnya... Jadi kau jangan rapat dengan dia" terang Jin."Ke...kejap,camne dia tau yang aku couple dengan Kai?" "Kau ingat tak masa kau baru dapat surat daripada Kai dan buku dia terjatuh kat tepi kelas kita dan masa hari kau bagitau kat aku yang kau couple dengan Kai,dia terjatuh belakang kita?" soal Jin.Aku mengangguk."He stalk you.Dia tak nerd pun sebenarnya,dia buat camtu supaya kau rasa kesian kat dia pastu nanti korang pun jadi rapat pastu kau pun suka kat dia pastu korang pun couple pastu..." "Woop! Dah cukup tu.Aku dah faham" aku mencelah apabila Jin macam tak nak berhenti bercakap.

 

♦♦♦

 

Aku rasa pelik apabila pelajar pompuan yang lain semuanya memandangku dengan pandangan yang semacam semasa aku sedang berjalan menuju ke kantin.*Apasal diorang pandang aku camtu...? Ada sesuatu ke kat muka aku?* aku buat-buat tak layan dan terus ke kantin.Hari ni aku pegi kantin dengan Chanyeol je sebab Jin tengah takde mood nak makan.Semuanya berlaku macam biasa sehinggalah aku terdengar perbualan beberapa pelajar pompuan semasa sedang makan

 

"Eh,budak tu la yang diorang kate tu kan?" bisiknya."Aku rasa yang tu la" balas kawannya pula."Pompuan tak tau malu... Memang dasar tak sedar diri betul" selepas aku terdengar kutukan diorang,aku tau ade sesuatu yang tak kena sekarang ni.Aku terus pekakkan telinga sebab dah tak sanggup nak dengar kutukan diorang yang seterusnya.*Buat-buat tak dengar je Minkyung... esok kau akan pegi dating dengan Kai.Lupakan je sume yang diorang kate* fikirku memberi kata-kata semangat kat diri sendiri.

 

♦♦♦

 

"Waah! Bestnya kat sini! Dah banyak yang berubah sejak kali terakhir saya pegi kat sini" jeritku dengan teruja sebaik saja kami tiba di Lotte World.Kai tersenyum."Bagusla kalau Minkyung gembira.Jom kita berseronok habis-habisan kat sini!" Kali ni giliran Kai pulak yang menjerit.Tapi orang lain tak layan pun sebab...tau-tau je la Lotte World camne...

 

Selepas hampir dua jam kami bermain,akhirnya aku berasa lapar lalu mengajak Kai makan di salah satu kedai makan kat situ.Selepas memesan makanan,kami berbual kosong.*Eik...? Macam kenal je diorang tu...* fikirku apabila melihat dua orang budak lelaki yang duduk berdekatan kami tu agak familiar.Aku mengecilkan mata untuk melihat diorang dengan lebih jelas."Jin? Chanyeol? Korang ke tu...?" soalku.Mereka tersentak lalu menyorokkan muka mereka dan itu menambahkan lagi keyakinanku bahawa mereka adalah Jin dan Chanyeol.

 

"Oppa tunggu sini kejap" kataku  kepada Kai.Aku bangun dari tempat dudukku lalu menuju ke arah mereka."Apa yang korang buat kat sini hah? Korang ikut aku eh? Sebab tu ke kau tanya aku macam-macam hari tu,Jin?" soalku bertubi-tubi."Eh! Taklah,mane ade! Kit...kitorang cuma..." Jin seperti ragu-ragu untuk menjawab."Sebenarnya Chanyeol nak ajak kita bertiga pegi sini hari ni tapi sebab kau pegi dating dengan 'dia' hari ni,kitorang pegi berdua je la... That's mean perjumpaan kita hari ni cuma kebetulan" terang Jin."Ye... cuma KEBETULAN..." Chanyeol mencelah tapi yang peliknya dia menjeling kat Jin sekarang.Aku tak faham maksud gaya cakap Chanyeol tu jadi aku pun buat tak tau je.

 

"Camni la,ape kate korang join je aku dengan Kai,kita boleh berseronok sesame.Amacam,ok tak?" aku memberi cadangan."Eh,takpelah... Nikan date korang.Mana boleh kitorang kacau" tolak Chanyeol."Kitorang join!" tiba-tiba Jin menjerit."Yah! Kita tak payah la sibuk!" marah Chanyeol."Sokay,aku yang ajak korang kan.Jom la" Jin tersengih gembira."Tapi pelik la... sebab selalunya yang busy body tu kau" ujarku sambil menuding Chanyeol.Chanyeol menjelingku."Pelik... apasal Chanyeol jadi garang semacam je ni..?" "Biasala... orang dah ade girlfriend lain..." Jin mencelah."Ape?! Kau dah ade girlfriend?! Kenapa aku tak tau pun?!" jeritku sambil menghentam meja.Orang lain mula memandang ke arahku.Kerana malu,aku tertunduk lalu mengambil tempat duduk di sebelah Jin."Kenapa aku tak tau pun yang kau ade girlfriend?!" aku menyoal kembali soalanku tadi tetapi kali ni lebih kepada bisikan.Chanyeol membuka mulutnya untuk membalas soalanku tapi tiba-tiba kami diganggu dengan satu suara.

 

"Lamanya korang bersembang,sampai dah tak ingat kat aku" "Kai oppa! mianhae... Saya terlupa pasal oppa tadi!" "Ade boyfriend yang hot macam saya ni pun boleh lupa ke?" balas Kai dengan nada bergurau.Dia kemudiannya duduk berhadapan denganku iaitu di sebelah Chanyeol.Aku pelik apabila melihat Jin sedang menjeling Kai.Aku yakin yang Kai memang tak perasan dengan jelingan maut Jin sebab dia tengah rancak berbual dengan Chanyeol."Ermm,oppa... Jom kita pegi" panggilku perlahan.Aku perasan yang Jin kini mengalihkan jelingannya kepadaku."Eik? Nak pegi dah ke? Alaa..." Kai memuncungkan mulutnya.aku tersenyum pahit dengan muka aegyo Kai.Sebenarnya aku rasa tak selesa dengan jelingan Jin.

 

"Jomla oppa,ada banyak lagi tempat kita nak pegi lepas ni" pujukku.Akhirnya Kai mengalah lalu kami berdua mula mengambil langkah untuk pergi dari situ.Sebelum keluar dari kedai,aku terbaca gerak mulut Chanyeol.Dia kata 'malam ni aku bagitau sumenya pasal girlfriend aku tu' Aku mengangguk.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
miyurihatsune
Yay! Finally! 'Last Word',Complete! XD

Comments

You must be logged in to comment
yasmin16 #1
Chapter 16: Agak menyeramkn ending die...tp best...btw daebak!!!
jadoo98 #2
Chapter 16: Chapter 16: Lol?? cmne bleh jd cmni? plik2 prsaan kau je Minkyung haha tp knp smpai bleh msk ke dlm taxi? biarlh next chap jd jwpn hahaha...UPDATE SOON ^_-
CheezyMato #3
Chapter 16: Saya suka fic ni!!
Wuuu.. Jadi yg teman minkyung.. Klau bukan luhan.. Itu senanya Jin. Eh? Eh?
Heheheehe
parkyura98
#4
Chapter 15: omo! jin mati T^T
btw daebak!!! ^^
Exo_Fans #5
Chapter 15: So sweet Ff awak !! Saya suka laa !! Best !! Btw fighting untuk next ff !! *GoodLuck*
AshiAz_4
#6
Chapter 15: Sy ske fanfic ni ! Author-nim mmg brbkt ! :)) Trskn menulis author-nim ! ^^
JeonAra #7
Chapter 15: Ff ni daebak giler!! >_<
boyzinluv98
#8
Chapter 15: Terbaiklh author-nim,sy suka bace cite ni.Daebak
IsabellaLuhan
#9
Chapter 14: Omo~ Sedih pulak ... Btw surat tu tulis ape ? Author-nim palli update soon ✌