HONEYMOON BERAMAI-RAMAI? (PART CHEN!)

SEORANG ISTERI DAN EMPAT ORANG SUAMI ?!! (AUTHORNIM IN DA HOUSE YO !!)

Minyoung masuk ke dalam biliknya dan terus menuju kearah katil yang empuk. ‘Ah~ Penatnya~’ keluh Minyoung. Tiba-tiba loceng biliknya berbunyi. ‘Err~ Siapa pula  yang ganggu aku ne?’ rengus Minyoung lalu menuju ke pintu. Dia membuka tombol pintu dengan perlahan-lahan. ‘MinMin anyeong! Ehehe’ kata Chen sambil melambai-lambaikan tangannya. Minyoung memandang Chen dengan pelik. ‘Oppa buat apa kat sini?’ tanya Minyoung. Chen tersenyum.

‘Eleh takkan MinMin dah lupa janji kita tadi? Kan kita nak bersiar-siar kat Pulau Jeju ne! Errr taknak jemput oppa masuk ker?’ balas Chen dengan monyoknya.

'Oh mian oppa! Minyoung lupa! Masuklah!' balas Minyoung dengan riang gembiranya walaupun dia letih kerana penerbangan mereka tadi.

Chen memasuki ruang bilik Minyoung lalu melabuhkan punggungnya di atas katil Minyoung lalu bertanya, 'Apasal pakai baju yang sama ne? MinMin taknak mandi ker dulu?'. Minyoung membalas pertanyaan Chen itu dengan memberikan senyuman. Minyoung mencapai tuala mandi lalu menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya.

Sedang Minyoung membersihkan diri di bilik mandi, Chen pula sedang berkhayal tentang 'date' nya dengan Minyoung. Bermacam-macam lah perkara yang ingin dilakukannya. 'Aku harap tak ada apa-apa halangan yang muncul bila aku date dengan MinMin nanti' bisik hati Chen.

Selepas selesai mandi, Minyoung pun keluar dari bilik mandi dengan keadaan berkemban sahaja. Dia lupa akan kehadiran Chen sebentar tadi. Chen yang dari tadi 'berguling-guling' di atas katil terhenti setika apabila melihat isterinya dalam keadaan sebegitu rupa. Di matanya Minyoung sungguh seksi. Rambut Minyoung yang basah dek kerana di cuci dan badannya yang basah itu memang menggoda nafsu kelakian Chen. Chen melihat Minyoung tanpa matanya berkelip-kelip (?) (tak tahu nak letak ayat apa -,-). Perlahan-lahan dia menelan air liurnya.

Minyoung yang perasan dengan kelakuan Chen itu, bergegas dia mengambil baju yang sudah disiapkannya dan menuju ke bilik mandi untuk memakai baju.

Chen yang tersedar dari 'terpukau' itu dengan pantas menggeleng-gelengkan kepala. 'Chen apa kau buat ne? Tahan nafsu tu!' rengusnya di dalam hati.

 

*********************************************************************************************************************************

Chen dan Minyoung berjalan sambil sambil berpimpin tangan di tepi pantai. Mereka menikmati keindahan semula jadi di Pulau itu.

'MinMin..Dah lama kan kita tak date?' tanya Chen dengan lembut.

'Aah lah kan oppa?' tanya Minyoung sambil menatap mata Chen. Dia tahu Chen rindu saat mereka berdate suatu ketika dulu.

Chen merenung muka Minyoung seketika lalu mengucup lembut bibir Minyoung. 'MinMin tahu tak oppa rindu sangat time tu?' tanya Chen dengan lembut.

Minyoung mengangguk perlahan tanda setuju. Semejak berkahwin, antara suaminya yang lain, Chen lah orang yang jarang meluangkan masa bersama Minyoung. Bukan Chen tidak mahu meluangkan masa bersama Minyoung, tetapi urusan Chen di pejabat teramatlah banyak. Lagi satu Chen selalu juga berulang-alik dari Seoul ke kampung halamannya untuk membantu keluarganya. Dah nama pun anak bongsu dalam keluarga, jadi dia kena lah membantu keluarganya. Kadang-kadang abangnya juga turut membantu tetapi itu pun sekali-sekala. Abangnya juga ada keluarga sendiri dan tempat tinggal dia dengan keluarga mereka teramat lah jauh. Sebab itu lah Chen selalu berulang-alik membantu keluarganya kerana jarak tempat tinggal mereka dengan keluarganya dekat sahaja.

Tiba-tiba Chen memeluk Minyoung dengan erat sekali. Dan Minyoung membalas pelukan tersebut. Sudah lama dia tidak berpelukan dengan Chen. Mereka berpeluk dengan lama sekali. Andainya msa boleh di berhentikan seketika, alangkah indah bukan?

Sedang mereka menikmati pelukan yang hangat itu, tiba-tiba Chen bertindak lalu menolak Minyoung ke dalam air! Habis satu badan basah lencun dek kerana basah ditolak oleh Chen.

'Eeee!! Oppa ne! Tengok kan dah basah ne!' marah Minyoung. Chen pula? Dia sudah ketawa terbahak-bahak sambil menahan perutnya yang sakit.

'HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! Padan muka!' kata Chen dengan bangganya.

Minyoung menitiskan air mata kerana diketawakan oleh Chen. Sepatutnya Chen menolong tapi ini tidak. Diketawakan dengan bangga lagi adalah. Chen perasan dengan ekspresi muka Minyoung lalu duduk menghadap Minyoung. Dia melap (?) air mata Minyoung dengan ibu jarinya secara perlahan-lahan.

'Oppa minta maaf erk MinMin.. Sebab dah buat MinMin yang cantik ne basah kuyup' kata Chen dengan tulus. Dia serba salah dengan Minyoung kerana menolak isterinya ke dalam air. Ini lah kalau dah biasa mem-prank-kan orang sampai isteri sendiri pun dikenakan sekali.

Minyoung hanya berdiam diri. Dia mendongakkan kepalanya perlahan-lahan dan.... 'Bussshhh!' Ditekupkannya muka Chen ke dalam air! Chen yang terkejut dengan kelakuan Minyoung itu dengan emo menjerit, 'Yahh!! Kim Min Young!'. Tanpa Chen sedari, Minyoung sudah pun melarikan dirinya. Minyoung menoleh kebelakang untuk melihat Chen sambil menjelirkan lidah. :P. Cepat-cepat Chen berdiri lalu mengejar Minyoung yang berada di hadapan. Maka suasana romantik a.k.a sesi kejar-mengejar antara mereka berdua.

Berketawa riang mereka apabila kejar-mengejar antara satu sama lain. Maklumlah dah lama tidak 'berdating' kan? hahaha. Chen yang mengejar Minyoung dengan pantas lalu memeluk pinggang Minyoung. Akhirnya dia dapat menangkap Minyoung. Ketawa terbahak-bahak Chen apabila berjaya menangkap Minyoung.

'Jangan ingat MinMin boleh lari dari oppa tahu! Oppa ne laju tahu!' kata Chen dengan bangga sambil tercungap-cungap. Minyoung pun sama. 'Tahu lah. Macam mana sekali pun MinMin lari, oppa tetap kejar punya lah kan? Jongdae oppa?' jawab Minyoung dengan manjanya.

Chen menganggukkan kepalanya tanda setuju. Perlahan-lahan dia meletakkan dagunya di bahu kanan Minyoung sambil tangannya memperbetulkan pelukan mereka. Minyoung yang suka dengan perbuatan Chen itu tersenyum gembira. Dia suka di layan seperti itu.

Mereka berdua senyap seketika. Masing-masing menikmati suasana di pantai itu. Tidak lama kemudian matahari pun ingin terbenam. 'MinMin... Nak tak kita tengok matahari terbenam? Erm?' tanya Chen dengan lembut. (mereka masih ber'back hug lagi). 'Nae!' jawab Minyoung dengan gembira.

Petang itu mereka menikmati suasana matahari terbenam sambil kaki masih berendam di dalam air pantai. (tak kecut ker kaki korang tu? HAHA).

Chen memusingkan badan Minyoung supaya melihat mukanya. Chen menyelitkan rambut Minyoung yang ditiup angin di tepi telinga. Chen memegang kedua-dua pipi Minyoung. Dia menatap mata Minyoung. Minyoung pula secara automatiknya turut memegang tangan Chen itu.

'MinMin... Oppa nak mintak maaf sebab dah buat MinMin sedih selama ne. Oppa tahu oppa ne kalau bergurau kekadang sampai tak peduli perasaan orang lain. Oppa tahu MinMin banyak bersedih sebab oppa selalu bergurau lebih dengan Minyoung.. Oppa harap MinMin maafkan oppa erk??' luah Chen sepenuh hati. Minyoung menggelengkan kepalanya. 'Aniyo oppa. Sepatutnya MinMin yang minta maaf dengan oppa. MinMin tak dapat tunaikan tanggungjawab Minyoung sebagai seorang isteri. MinMin tahu oppa nak sangat ada zuriat kan? Tapi MinMin kena preparekan diri MinMin dulu..' jawab Minyoung dengan anda sedih. Air matanya mengalir tanpa disedari.

Sekali lagi Chen menyekah air mata Minyoung. 'Tak apa.. Oppa faham semua tuh. Kalau Minyoung dah sedia nanti. Baru lah kita buat anak yer? HAHAHAHA' gelak Chen. Dia mahu menghiburkan hati Minyoung supaya tidak bersedih lagi. Dia tahu Minyoung sentiasa sedih apabila bercakap pasal anak.

Minyoung ketawa kecil. Dia mengucup lembut pipi Chen. Chen yang agak terkejut dengan perbuatan Minyoung itu tersenyum lebar sehingga ke telinga. Dia mencubit hidung isterinya itu. Chen turut memberikan kecupan manis di dahi Minyoung dan Minyoung menutup matanya untuk menikmati kucupan lembut daripada suaminya.

'MinMin.. Saranghae...' bisik Chen di telinga Minyoung.

'Nado saranghae Jongdae oppa..' balas Minyoung sambil memeluk Chen.

Selepas lama berpelukan, Chen meleraikan pelukan mereka. Dia tersenyum sinis melihat Minyoung. Tiba-tiba, sekali lagi dia menolak badan Minyoung ke dalam air! badan basah satu Minyoung akibat di tolak oleh Chen. Cepat-cepat Chen melarikan diri meninggalkan Minyoung.

Minyoung yang terkejut lalu menjerit, 'KIM JONG DAEEEEEE!!!!'.

Chen yang memerhati Minyoung ketawa terbahak-bahak. 'MinMin.. Oppa harap suatu hari nanti MinMin dapat bukakan hati MinMin untuk ada zuriat. Dan lagi satu, ne lah cara macam mana oppa sayngkan MinMin' katanya di dlaam hati lalu berlari semula ke arah Minyoung untuk membantu.

Minyoung hanya ketawa walaupun Chen menolaknya ke dalam air. Sebab dia tahu Chen memang akan membantunya walaupun dia tahu perbuatannya itu salah.

 

 

 

__________________________________________________________________________________________________

ANYEONG CHINGUUUUU!!!! MAAFKAN AKU SEBAB DAH LAMA TAK UPDATE FANFIC NE!! l :'(

BUKAN TAKNAK UPDATE TAPI LAPTOP AKU ROSAK SERTA LINE WIFI NAK CONNECT DGN LAPTOP AKU. :'(

SO HARAP KORANG MAAFKAN AKU LAH YERR?? *puppy eyes :p

AKU DAH UPDATE PART HONEYMOON MINYOUNG DENGAN CHEN. HARAP KORANG SUKA. MAAF LAH SEKIRANYA STORY DIA AGAK 'LAME'. CUMA NE JE YANG AKU MAMPU.

TAPI HARAP KORANG SUKEEEE ^^

 

 

 

Aku NAK korang KOMEN setiap chapter yang aku update supaya aku boleh tahu chap tu best atau tak.

Kalau korang baca je mana aku tahu korang suka atau tak kan?

Nampak mengada? Mian. Aku cuma nak tahu sama ada korang suka atau tak setiap chapter yg aku update.

 

Sekian. xoxo.

Younghany

 

 

*ANY TYPO JUST IGNORE IT. NANTI AKU FIX :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 22: ppali update.♡
_Chestnut
#2
Chapter 21: Palli update ::>_<::::>_<::
Nabieyhah #3
Chapter 21: daebakkk .. Chen sweet ...
nadiah_kpopperz
#4
Chapter 21: Ohh chen ;) Sweetnya chen.. Update lg k?
Mrs_Oh
#5
Chapter 21: pallii update @@ ^^ <3 .. yehet..
dae_yeol
#6
Chapter 21: sweetlah chapter ni!! palli update^^
fazreen #7
Chapter 21: Update soon
SufiSuga83 #8
Chapter 21: awww~so sweet..best chapter ni...update soon
SufiSuga83 #9
Chapter 21: awww~so sweet..best chapter ni...update soon
Yeollieyana
#10
Please update. Seriously saya nak sangat baca chapter seterusnya.