HONEYMOON BERAMAI-RAMAI? (PART 1)

SEORANG ISTERI DAN EMPAT ORANG SUAMI ?!! (AUTHORNIM IN DA HOUSE YO !!)

HONEYMOON ?!! (PART 1)

‘Fuhhh~ Akhirnya siap juga!’ keluh Minyoung. Minyoung baru sahaja selesai mengemas bajunya untuk di bawa ‘bercuti.’ ’Percutian’ itu tidaklah berhari-hari. Cuma 4 hari 3 malam sahaja. Minyoung membawa bagasinya ke ruang tamu untuk dikumpulkan bersama-sama dengan suami-suaminya.

Minyoung memandang suami-suaminya. Masing-masing menunjukkan muka tidak berpuas hati. ‘Hey oppa. Semua dah siapkan? Apasal monyok semacam ne?’ tegur Minyoung kepada suami-suaminya itu. Pertanyaannya tidak dijawab.
 

‘Oppa kitakan nak bercuti ne. Kenapa muka macam tak suka ja ne?’ kata Minyoung lagi. Suho memandang Minyoung. ‘HAHAHA. Pembetulan sayang. It’s not bercuti. It’s honeymoon’ jawab Suho lagi. Minyoung tersengih. ‘Ehehe. Dia lah tu honeymoon’ balas Minyoung. ‘Aah. HONEYMOON!’ sampuk Chen. ‘HONEYMOON BERAMAI-RAMAI’ sambung Tao lagi.
 

‘Okey apa honeymoon ramai-ramai? Baru best!’ balas Minyoung dengan girang. Suho meramas rambutnya. ‘Tak pernah di buat orang honeymoon ramai-ramai’ bisik hati Suho. ‘Ah! Dah lah tu jom jalan. Nanti tertinggal flight lagi susah. Semua dah siapkan?’ tanya Chen. Minyoung mengangguk laju. ‘Betul kata Chen tu. Semua dah check kah? Suis semua off, paip air semua tengok. Api pun’ arah Suho. ‘Nae!’ balas Minyoung dengan semangat.
 

‘Hyung, comfom ker Luhan hyung tak join kita ne?’ tanya Chen kepada Suho. ‘Erm. Tak. Dia pagi tadi pergi China sebab nak jumpa appa dia. Katanya ada hal bisnes rasanya’ beritahu Suho. ‘Ohhh~’ jawab Chen.
‘Semua dah check! Beres!’ kata Minyoung. Suami-suaminya hanya tersenyum pahit. Perasaan mereka hampa. Mana tidak hampa kalau ber-honeymoon beramai-ramai?

*FLASHBACK DI RUMAH.... (SEHARI SEBELUM ‘HONEYMOON’)

‘Nae?!’ jerit Chen. Mereka hanya mampu melopongkan mulut. Mereka seolah-olah tidak percaya apa yang mereka dengar. ‘Korang semua ne biar betul?!’ tanya Suho lagi. Tao memandang mereka. ‘Kenapa hyung tak pilih hari lain? Kenapa mesti hari yang sama?’ sampuk Tao.
‘Nae oppa. Betul lah apa yang oppa dengar tu’ jawab Minyoung. Suami-suaminya seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka akan pergi HONEYMOON beramai-ramai.

Chen memandang Minyoung dengan muka tidak puas hati. ‘Kenapa baru nak cakap sekarang MinMin?’ tanya Chen yang memandang Minyoung dengan tajam sekali.

Minyoung menarik nafas dalam dan menghembuskannya. ‘Oppa dengar apa yang Minyoung nak cakap ne. Macam ne. Semalam oppa semua kata nak pergi honeymoon kan? Minyoung pun terkejut juga bila oppa kata nak pergi bercuti. Semua kata nak jalan pergi Pulau Jeju. Minyoung pelik kenapa oppa semua nak jalan pada hari yang sama. Minyoung fikir oppa semua rancang sama-sama. Tapi tak rupanya. So rasanya ne saja jalan terbaik. Lebih baik kita semua pergi sama-sama’ jelas Minyoung lalu meneguk air di gelas yang berada di hadapannya.
 

Suami-suaminya hanya mampu mengeluh. Tanpa mereka sedari rupa-rupanya mereka akan pergi bercuti bersama-sama. Lebih betul lagi honeymoon.

Suho memandang ke arah Luhan yang berada disebelahnya. ‘Hyung! Kenapa senyap ja ne? Tak join sekali ker ‘honeymoon’ beramai-ramai ne?’tanya Suho. ‘Fuuhh~ Nak join tapi masalahnya hari korang jalan tu aku dah jalan pergi China’ keluh Luhan. Suho berasa pelik. ‘Buat apa nak pergi China?’ tanya Suho. ‘Appa hyung. Dia kata nak bincang pasal bisnes kat sana. Tu yang terpaksa hyung pergi. Mungkin dia nak minta tolong sikit kot’ jawab Luhan dengan nada suram. Suho hanya mengangguk tanda faham.

*END OF FLASHBACK...


Apa yang dirancang oleh Suho, Chen dan Tao tidak menjadi. Perancangan asal sepatutnya nak berdating berdua-duaan di tepi, mandi pantai bersama-sama dan lain-lain lagi. Tetapi apabila mendengar cadangan isteri mereka itu, semuanya dilupakan.

‘Tak sangka flight pun waktu yang sama kan? Hyung?’ tanya Tao sambil tersenyum beruk di airport.
‘HAHAHA. Aah sama pula kan?’ jawab Chen dengan selamba. ‘Hoii korang! Ada nampak Minyoung ker?’ tanya Suho kepada Tao dan Chen dengan tangannya yang penuh dengan bungkusan  makanan Mc Donald. Dia mengagih-agih bungkusan tersebut kepada mereka.

Chen dan Tao memakan burger dengan gembira. Sekali pandang macam orang seharian tak makan. ‘Oh dia pergi tandas’ jawab Chen dengan mulutnya penuh dengan burger.
‘Ohh~’ jawab Suho lalu duduk dikerusi berhadapan dengan Chen dan Tao. Tao memandang Suho dan bertanya, ‘Hyung! Apasal tak makan lagi?’. Suho tersenyum. ‘Ehehe. Hyung tunggu Minyoung baru lah hyung makan. Hyung nak Minyoung suapkan hyung. Hahaha’ jawab Suho dengan muka tidak tahu malu. Mendengar sahaja jawapan Suho itu membuat Chen tersedak. ‘Uhuk! Uhuk! Uhuk! Tao-yah! Bagi aku air tu!’ kata Chen sambil menunjuk-nunjuk air disebelah Tao. ‘Oh! Nah hyung!’ balas Tao dan menghulurkan air tersebut kepada Chen. Dia menggosok-gosok perlahan belakang Chen. ‘Hey Minyoung ne pun satu lambat pula dia ne’ bisik Suho di dalam hatinya.


*OTW MINYOUNG NAK PERGI KE ARAH SUHO, CHEN DAN TAO

‘Beep~Beep~Beep~Beep~’ telefon bimbit Minyoung berdering. Dia melihat telefonnya itu. ‘One messages. From: Luhan Oppa’. Minyoung membaca mesej dari Luhan itu.

‘Jagi-yah Anyeong! Mianhae oppa tak dapat nak join ‘honeymoon beramai-ramai’ tu.Oppa nak join tapi appa ne nak bincang pasal bisnes. Mesti bestkan dapat pergi ‘honeymoon beramai-ramai’? Hahahaha. Oppa nak pesan ne! Kalau Suho, Chen dengan Tao nak byuntae-byuntae dengan jagi, jangan cair tau! Jagi tolak dorang jauh-jauh! Kalau boleh tolak dorang kat pantai! Oppa tak nak dorang dapat anak dulu.Oppa jealous tau kalau jagi byuntae-byuntae dengan dorang! Okeylah jagi. Ingat pesanan oppa tu. Jaga diri tau! Last word sebelum jagi jalan, Saranghae jagi~<3’.

Minyoung ketawa kecil membaca mesej dari Luhan itu. Dia membalas mesej Luhan itu.

‘Nae oppa. Minyoung ingat pesanan oppa tu. Oppa pun jaga diri kat sana. Jangan nak mengorat perempuan lain! Kirim salam kat appa dengan omma. Saranghae Luhan oppa <3’.

Suho yang melihat kelibat MInyoung itu terus melambai-lambaikna tangannya. Dia memberikan senyuman kepada Minyoung. Minyoung pun bergegas berjalan ke arah Suho, Chen dan Tao. Suho memberikan bungkusan Mc Donald yang dibelinya tadi kepada Minyoung. ‘Apasal lama sangat kat tandas tu?’ tanya Suho sambil menghirup air colanya. ‘Ramai sangat orang kat tandas tadi. Tu lah lambat Minyoung datang’ balas Minyoung lalu menyuapkan burger ke dalam mulutnya.

Pulau Jeju....

Minyoung memandang di sekelilingnya. Dia tidak percaya bahawa dia telah memijakkan kakinya ke Pulau Jeju. ‘Woooaaaahhhh~ Cantiknya Pulau Jeju ne!’ jerit Minyoung. Suho, Chen dan Tao berasa gembiranya kerana hasrat isteri mereka hendak pergi ke Pulau Jeju akhirnya tercapai.

‘Minyoung suka?’ tanya Suho.

‘Nae! Suka sangat! Gomawo oppa!’ balas Minyoung lalu memeluk Suho. Suho membalas pelukan isterinya itu.

Tao dan Chen memandang mereka berdua dengan perasaan cemburu. ‘Ehem. MinMin tak nak ucap gomawo kat oppa ker?’ tanya Chen dengan muka tidak berpuas hati.

‘Mian. Gomawa Jongdae oppa, gomawo Tao oppa!’ kata Minyoung lagi memberikan pelukan kepada mereka berdua.

Setibanya mereka di hotel tempat mereka menginap, mereka berempat segera menuju ke ruang kaunter check-in hotel. ‘Encik saya nak tempah 2 bilik’ arah Tao kepada pekerja di kaunter itu. Suho yang terdengar perbualan Tao itu terus menegur Tao, ‘Hey apasal 2 bilik hah?’. Tao memandang ke arah Suho sambil tersenyum. ‘Suho hyung kongsi bilik dengan Chen hyung, Minyoung kongsi bilik dengan aku!’ jawab Tao dengan gembira. ‘Aniyo. Kau yang kena kongsi bilik dengan Chen manakala aku suami yang pertama akan satu bilik dengan Minyoung ’ balas Suho dengan panjang lebar. Dia tidak mahu Tao berkongsi bilik dengan Minyoung. Dia risau sekiranya Tao akan ‘menggoda’ Minyoung.

Pekerja tersebut memandang hairan kepada Suho dan Tao. Minyoung yang terdengar perbualan Suho dan Tao itu terus berkata kepada pekerja di kaunter tersebut, ‘Encik bagi 3 bilik yer’. Suho, Chen dan Tao memandang Minyoung dengan perasaan tidak puas hati.

‘MinMin kenapa tempah 3 bilik hah?’ bisik Chen di telinga Minyoung. ‘Nanti Minyoung terangkan’ balas Minyoung lalu pekerja tersebut menghulurkan tiga keping kad kepada Minyoung. ‘Kamsahamnida’ kata Minyoung. Pekerja itu membalas dengan memberikan senyuman.

Sedang mereka berempat menuju ke bilik mereka, tiba-tiba Suho bersuara,‘Minyoung apasal tempah 3 bilik?’.
Minyoung ketawa mendengar pertanyaan Suho itu. ‘Hahaha. Kenapa Suho oppa tak suka ker?’ tanya Minyoung kembali.

‘Tak lah. Oppa rasa pelik ja’ balas Suho.

‘Aigoo~ Macam ne oppa. Oppa kena kongsi bilik antara Tao oppa ataupun Jongdae oppa. Siapa tak dapat kongsi bilik dengan oppa, oppa yang lagi satu boleh guna bilik satu lagi. Dan Minyoung akan tidur kat bilik yang satu lagi’ terang Minyoung. Suho, Chen dan Tao mengangguk tanda faham.

Akhirnya mereka tiba di bilik masing-masing. Suho berkongsi bilik dengan Chen manakala Tao akan tidur di bilik yang satu lagi. Jarak antara bilik mereka tidaklah berjauhan. Nombor bilik Suho dan Chen ialah 102, nombor bilik Tao ialah 105 manakala Minyoung biliknya agak jauh sedikit iaitu 110.

‘Ada kebaikannya bilik Minyoung jauh dari kitaorang senang juga nanti aku nak byuntae dengan dia’ bisik hati Suho.

 

 

 

 

 

P/S: HAI READERS... MIAN SEBAB DAH LAMAAAAAAA TAK UPDATE FANFIC. AKU A.K.A AUTHORNIM TERAMAT LAH SIBUK DENGAN PRESENTATION YG KENA BAGI. TAK CAMPUR ESEI LAGI TU TAU. AUTHORNIM HARAP KORANG FAHAM DENGAN SITUASI AUTHORNIM SEKARANG :(

DALAM SCENE 'HONEYMOON BERAMAI-RAMAI' NE AUTHORNIM AKAN USAHAKAN UNTUK MELEBIHKAN WATAK SUHO, CHEN DAN TAO. HARAP KORANG SUKA. EHEHE :D

 

 Aku NAK korang KOMEN setiap chapter yang aku update supaya aku boleh tahu chap tu best atau tak.

Kalau korang baca je mana aku tahu korang suka atau tak kan?

Nampak mengada? Mian. Aku cuma nak tahu sama ada korang suka atau tak setiap chapter yg aku update.

 

Sekian. xoxo. 

Younghany

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 22: ppali update.♡
_Chestnut
#2
Chapter 21: Palli update ::>_<::::>_<::
Nabieyhah #3
Chapter 21: daebakkk .. Chen sweet ...
nadiah_kpopperz
#4
Chapter 21: Ohh chen ;) Sweetnya chen.. Update lg k?
Mrs_Oh
#5
Chapter 21: pallii update @@ ^^ <3 .. yehet..
dae_yeol
#6
Chapter 21: sweetlah chapter ni!! palli update^^
fazreen #7
Chapter 21: Update soon
SufiSuga83 #8
Chapter 21: awww~so sweet..best chapter ni...update soon
SufiSuga83 #9
Chapter 21: awww~so sweet..best chapter ni...update soon
Yeollieyana
#10
Please update. Seriously saya nak sangat baca chapter seterusnya.