PULAU JEJU ?!! (PART 3)

SEORANG ISTERI DAN EMPAT ORANG SUAMI ?!! (AUTHORNIM IN DA HOUSE YO !!)

*PART 3: LUHAN (PULAU JEJU?!!)

 

‘Luhan oppa.. Kita nak pergi mana ne?’ tanya Minyoung sambil memandang Luhan yang tengah fokus memandu disebelahnya.

‘Jagi ikut oppa je. Oppa tak kan jual jagi lar. Hahaha’ balas Luhan acuh tak acuh sambil tertawa kecil.

‘Lama lagi nak sampai ker oppa?’ tanya Minyoung lagi.

‘Tak lama lagi kot. Tapi kalau jagi nak tidur, tidurlah dulu. Nanti oppa kejutkan’ jawab Luhan. Dia tahu Minyoung mengantuk sebab bangun awal sangat. Lepas tu pergi pasar membeli barangan bayi dan kanak-kanak dan sekarang dia bawa Minyoung pergi ke tempat yang Minyoung sendiri tak tahu.

‘Kalau macam tu Minyoung tidur kejap lah’ kata Minyoung sebelum melelapkan matanya.

****************************************************************

‘Jagi bangun~ Kita dah sampai ne~’ kata Luhan dengan lembut sambil mengusap-usap lembut kepala Minyoung.

Minyoung terjaga lalu mengosok-gosok matanya lalu bertanya, ‘Kita kat mana ne oppa?’. Minyoung memandang kawasan di sekitar dari dalam kereta. Ianya tempat yang asing baginya. Dia tidak pernah pergi ke tempat itu.

‘Dah jom kita turun. Nanti baru jagi tahu apa tempat ne’ jawab Luhan. Luhan membuka perut belakang kereta*korang tahu kan? Lalu mengangkat barang belian yang dibelinya bersama Minyoung pagi tadi. Minyoung turut membantu Luhan.

Minyoung ternampak satu signboard (?) yang tertulis ‘PUSAT JAGAAN BAYI DAN KANAK-KANAK’. Alangkah terkejutnya Minyoung apabila melihat setiap patah perkataan di signboard itu. Dia berasa hairan kenapa Luhan membawa dia ke sana. Apa kaitan Luhan dengan pusat jagaan tersebut.

Luhan memandang muka Minyoung. Dia tahu Minyoung agak terkejut kenapa dia membawa isterinya ke sana. Dia memegang tangan Minyoung walaupun kedua-dua tangan mereka penuh dengan beg plastik yang berisi barang belian tadi.

‘Jagi tak perlu lah nak tunjuk muka terkejut tu. Mesti jagi hairankan kenapa oppa bawa jagi kat tempat ne? Jagi jangan risaulah~ Pusat jagaan ne syarikat oppa yang uruskan. Sebenarnya banyak lagi pusat jagaan ne tapi yang ne salah satu daripadanya’ terang Luhan dengan panjang lebar dan memberikan senyuman kepada Minyoung.

Minyoung mengangguk faham. Dia langsung tidak menyangka bahawa Luhan ada pusat jagaannya yang tersendiri. Luhan pula tidak pernah menceritakan tentang pusat jagaannya itu.

Setibanya mereka berdua di hadapan pintu pusat jagaan itu, seorang perempuan menyambut kedatangan mereka. ‘Anyeonghasaeyo Tuan Luhan. Silakan masuk~’ kata seorang perempuan berusia lingkungan 30-an itu.

‘Eh noona ne. Tak perlu panggil saya Tuan. Panggil Luhan saje kan saya sudah beritahu berkali-kali’ balas Luhan sambil memberikan senyuman.

‘Sememangnya Tuan Luhan memang layak dipanggil Tuan. Tuan dah banyak bagi sumbangan kat pusat jagaan ne’ kata perempuan itu lagi. Dia memandang ke arah Minyoung dengan kehairanan.

Minyoung memberikan senyuman dan memberikan tunduk hormat kepada perempuan itu. Perempuan itu membalas tundukan Minyoung lalu dia bertanya kepada Luhan, ‘Tuan, ne isteri tuan ker?’.

Luhan mengangguk lalu memperkenalkan isterinya kepada perempuan itu. ‘Nae, ne isteri saya nama dia Lu Minyoung’ kata Luhan.

‘Oh~ Cantik erk isteri tuan ne. Sama padan dengan tuan. Secocok betul!’ kata perempuan itu lagi lalu membantu Luhan dan Minyoung mengangkat beg plastik yang dibawa oleh mereka berdua tadi.

Selepas itu, Luhan meminta izin untuk pergi ke tandas. Dia menyuruh Minyoung duduk di sofa yang berdekatan. Selepas beberap minit Luhan keluar dari tandas dan terus duduk bersebelahan dengan isterinya.

‘Oppa.. Kenapa oppa tak pernah bagi tahu kat Minyoung yang oppa ada pusat jagaan ne?’ tanya Minyoung sambil menatap muka suaminya itu.

‘Jagi.. Bukannya oppa tak nak bagi tahu jagi.. Tapi ne urusan syarikat oppa. Oppa tak nak jagi masuk campur’jawab Luhan sambil mengusap lembut kepala Minyoung.

‘Ye lah. Minyoung tahu lah ne urusan syarikat tapi sekurang-kurangnya bagi tahu lah pasal pusat jagaan ne kat Minyoung. Dapat juga Minyoung luangkan masa kat sini daripada terpuruk kat rumah’ balas Minyoung sambil mengembungkan pipinya tanda merajuk.

Luhan ‘memecahkan’ kembungan pipi Minyoung itu dengan jarinya lalu berbisik ke telinga Minyoung, ‘Buat lagi pipi macam tu. Nanti oppa kiss kat sini baru tahu’.

Sebaik sahaja Minyoung mendengar bisikan Luhan itu, dengan pantas tangannya memukul paha Luhan. Luhan pun dengan aksi lakonannya berlakon pura-pura sakit. Berketawa riang mereka berdua.

Tiba-tiba perempuan yang menyambut kedatangan mereka tadi datang ke arah mereka. ‘Tuan, tuan boleh lah pergi ke bilik yang tuan tanya tadi’ kata perempuan itu lalu menunjukkan jalan ke arah bilik tersebut.

Luhan mengangguk tanda faham dan menarik tangan Minyoung naik ke tingkat atas. Minyoung hanya menurut.

Perlahan-lahan Luhan membuka pintu bilik tersebut. Dia tersenyum. Dia membawa Minyoung masuk ke bilik itu. Alangkah gembiranya Minyoung bila dia nampak ada beberapa orang baby sedang bermain-main dengan permainan mereka sendiri. Ada juga sedang menyusu di botol. Ehehehe

‘Wooaaahhh~ Comelnya baby ne!’ kata Minyoung yang kegembiraan lalu mendukung salah seorang baby yang terdapat di bilik itu.

‘Nampaknya isteri tuan memang sukakan kanak-kanak lah. Apatah lagi baby’ kata perempuan tadi sebelum berlalu pergi. Luhan hanya membalas kata perempuan itu dengan senyuman.

Minyoung sedang seronok bermain dengan baby tu lalu ditegur oleh Luhan, ‘Heyy jagi~ Takkan dah lupakan oppa kat sini?’. Minyoung memandang Luhan yang sedang berdiri disebelahnya dan berkata, ‘Ehehehe. Mianhae oppa. Minyoung tengah main dengan baby ne. Marilah duduk sebelah Minyoung’.

Luhan pun duduk di sebelah Minyoung. Dia pun turut sama bermain dengan babies yang ada di bilik itu.

Pasangan suami isteri yang manis dipandang itu menceriakan suasana di bilik itu. Mereka berdua juga membantu pekerja di situ dengan memandikan, memakaikan pakaian dan memberi susu kepada babies di sana.

Petang telah menjelma. Luhan dan Minyoung meminta kebenaran untuk pulang. Tepat pukul 4.00 petang mereka bertolak dari pusat jagaan tersebut. Dalam perjalanan pulang Luhan membawa Minyoung ke pantai berdekatan.

****************************************************************

Luhan dan Minyoung berjalan berpimpin tangan. Tiba-tiba mereka berhenti berjalan. ‘Eh oppa kenapa berhenti ne?’ tanya Minyoung.

Luhan memeluk pinggang Minyoung dari belakang. Rambut Minyoung yang terbang-menerbang(?) kerana ditiup angin diselit ditepi telinga. ‘Jagi~ Jagi memang suka baby ker?’ tanya Luhan. Minyoung mengangguk sambil tersenyum. Dia teringat kenangan mereka di pusat jagaan tadi.

Semasa di pusat jagaan tadi Luhan memerhati gelagat Minyoung bersama babies di sana. Sejuk hatinya apabila melihat Minyoung melayan karenah babies di situ. Minyoung juga pandai menyusukan, memandikan, memakai pakaian serta berjaya menenangkan babies itu sekiranya mereka menangis.

‘Sememangnya Minyoung memang layak menjadi omma kepada anak-anak aku’ bisik hati Luhan.

‘Luhan oppa.. kenapa oppa senyap ja ne?’ tanya Minyoung. Dia hairan kenapa Luhan senyap.

Luhan memperbetulkan pelukan mereka itu dan memeluk Minyoung lebih rapat lagi. Sesungguhnya Minyoung memang suka bila dipeluk oleh Luhan. Tiba-tiba Luhan mencium pipi kanan Minyoung.

Minyoung tersentap. ‘Oppa, apa ne. Malu lah orang tengok!’ kata Minyoung dengan mukanya yang merah kerana malu >.<

Luhan ketawa kecil lalu berkata ‘Buat apa nak malu? Isteri oppa juga kan? Bukan orang lain pun’. Minyoung turut ketawa kecil mendengar jawapan Luhan.

Mereka berdua senyap seketika menikmati tiupan angin pantai di situ. Luhan masih lagi memeluk Minyoung. Akhirnya Luhan bersuara, ‘Jagi~ Oppa nak tanya ne.. Jagi memang nak pergi Pulau Jeju ker?’. Minyoung menarik nafas dan menghembuskannya lalu menjawab, ‘Nae oppa. Minyoung nak sangat pergi sana. Tapi belum berkesempatan lagi..’.

Luhan memutarkan badan Minyoung supaya menghadap mukanya yang hensem itu. Di usapnya lembut pipi Minyoung sambil berkata, ‘Jagi~ Kalau jagi nak sangat pergi oppa boleh bawa jagi pergi sana’.

Minyoung yang gembira mendengar tawaran Luhan itu dengan pantas memeluk Luhan. Luhan membalas pelukan tersebut. ‘Oppa jjinjja?! Betul ker oppa nak bawa Minyoung pegi Pulau Jeju?!’ tanya Minyoung dengan gembira.

‘Aah lah.. Jagi kan nak sangat pergi sana. So, oppa ajak lah’ jawab Luhan dengan lembut.

‘Oh yes! Tapi bila kita nak pergi?’ tanya Minyoung lagi lalu meleraikan pelukan tersebut.

‘Erm... Oppa bereskan dulu urusan kat pejabat. Banyak lagi tu. Kalau dah siap sepenuhnya, oppa bagi tahu kat jagi~’ jawab Luhan dan dibalas anggukan oleh Minyoung.

‘Balik nanti jagi tolong urutkan badan oppa erk?’ tanya Luhan sambil tersenyum nakal. Minyoung hanya menundukkan kepalanya sebab malu. Dia tahu maksud suaminya yang byuntaenya boleh tahan juga itu.

‘Erm okey’ jawab Minyoung dengan malunya.

‘Oh yes! Jom balik! Tak sabar dah ne! Hahaha’ jerit Luhan lalu menarik tangan Minyoung ke kereta untuk pulang.

 

 

 

 

 

Hai korang! Sorry laa sebab dah lama aku tak update ff. Aku sibuk dgn sekolah. Dah nama pun pra u kan? begini laa nasib i. sob sob sob :'(

Aku tahu chapter ne amat membosankan sebab aku tak ada confident time buat chapter ne. Jongmal mianhae. Harap korang suke :)

 

 

Aku NAK korang KOMEN setiap chapter yang aku update supaya aku boleh tahu chap tu best atau tak.

Kalau korang baca je mana aku tahu korang suka atau tak kan?

Nampak mengada? Mian. Aku cuma nak tahu sama ada korang suka atau tak setiap chapter yg aku update.

 

Sekian. xoxo. 

Younghany

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 22: ppali update.♡
_Chestnut
#2
Chapter 21: Palli update ::>_<::::>_<::
Nabieyhah #3
Chapter 21: daebakkk .. Chen sweet ...
nadiah_kpopperz
#4
Chapter 21: Ohh chen ;) Sweetnya chen.. Update lg k?
Mrs_Oh
#5
Chapter 21: pallii update @@ ^^ <3 .. yehet..
dae_yeol
#6
Chapter 21: sweetlah chapter ni!! palli update^^
fazreen #7
Chapter 21: Update soon
SufiSuga83 #8
Chapter 21: awww~so sweet..best chapter ni...update soon
SufiSuga83 #9
Chapter 21: awww~so sweet..best chapter ni...update soon
Yeollieyana
#10
Please update. Seriously saya nak sangat baca chapter seterusnya.