MHME - 009

My Husband Is My Enemy

POV Luhan

 

Sedang aku asyik melihat pemandangan gunung-ganang yang agak jauh dari aku, sambil berdiri di bawah sebuah pohon yang rendang, aku rasa bahuku dicuit seseorang.

Jantungku berdegup kencang. Mesti bakal isteri aku kan? Ya Tuhan, kau tabahkanlah hatiku ini untuk berpaling ke belakang!

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya- sampai tak muat dah paru-paru aku nak isi oxygen- dan menoleh. Hurkkkk!!! Mataku membulat. Begitu juga dengan mulutku. Aku hampir terlupa yang aku sedang pakai gigi jongang palsu, habis meleleh air liur keluar.

Okay. Itu memalukan.

“K.. ka.. kau… ba.. ba… bakal is.. te.. ri a.. ku ke?” buat kali kedua pada hari ini, aku rasa nak pergi menyorok dalam sawah padi. Biarlah aku tenggelam di dalam lumpur-lumpur yang kelabu itu. Macam mana boleh jadi rapper tak bertauliah ni! Yelah, mana aku tak tergagap. Orang depan aku sekarang ni buat aku rasa nak pengsan.

“Awak rap ke?” tanya si Jo Yah jongang. Berani dia soal aku macam tu? Aku rap pun sebab kau lah! Huh,

Aku baru nak jawab soalan si Jo Yah, tiba-tiba aku terdengar satu suara sedang ketawa. Aku menoleh ke belakang Jo Yah, …. Yoora?

Cepat-cepat aku tolak Jo Yah ketepi dan berjalan menuju ke arah Yoora. Gigi jongang palsu aku cabut lalu ku simpan di dalam poket. Aku melihat ke arah Yoora yang masih tak ada niat untuk berhenti ketawa, lalu aku menarik rambutnya yang diikat seperti ekor kuda itu.

“Aaaaaaa” jeritnya. Aku melepaskan rambutnya. Haa tahu pun nak berhenti.

“Ingat nak berhenti esok pagi” perliku lalu menarik tangannya untuk duduk di bangku yang berdekatan dengan sawah padi di hadapan kediaman datuk Yoora.

“Kau ke?” tanyaku. Keningku terangkat menanti jawapan daripada mulut kecil Yoora. Seperti biasa, siapa tak kenal Kim Yoora yang naïf –sebenarnya boleh dipanggil bangang-, keningnya berkerut.

“Aku apa?” soalnya sambil menggaru kepala. Aku mengeluh panjang.

“Kau ke perempuan tu?” aku mengalihkan pandanganku ke hadapan. Malu mahu bertentang mata dengan gadis yang aku suka itu. Lama aku menunggu tapi tiada jawapan. Aku menoleh ke tepi. Dia… menangis ke? Badannya sedang membongkok dan kepalanya ditundukkan. Tak mungkin dia sedang tidur. Tapi… apa yang tidak mungkin bagi Kim Yoora? Dia merupakan ratu tidur.

Aku menyiku lengan Yoora. Tiada respon. Aku siku lagi sekali. Dengan harapan setinggi Namsan Tower. Tetapi, tetap tiada respon. Kemudian aku terdengar suara esakan kecil. Aku terpaksa bertindak! Aku menarik rambut Yoora yang lurus itu kebelakang untuk mengangkat kepalanya daripada terus menunduk. Betul tekaan aku, dia menangis.

 

“Kau dah kenapa menangis? Aku tanya kau ke bakal isteri aku? Bukannya aku cakap esok kau nak mati” aku tahu soalan tu kedengaran kasar, tetapi itu sahaja satu-satu cara untuk menyorokkan perasaan aku terhadap dia. Malulah kalau dia tahu! Mana nak sorok muka comel ni? Ehem.

“Dah tahu kenapa tanya?! Bodoh lah kau ni” teriaknya sambil memukul lenganku. Semestinya itu akan meninggalkan kesan lebam yang mendalam selama 2 hari 2 malam. Aku mengetap bibir menahan sakit. Kalau ya pun bengang sebab kena kahwin dengan aku, janganlah nak mendera.

“Huh nasib baik” bisikku perlahan sambil mengurut dadaku tanda lega. Bisikanku yang aku ingatkan semut pun tak akan dengar itu telah menerjah ke gegendang telinga Yoora. Dia menyepak betisku buat kesekian kalinya dan menangis seperti lembu kehilangan anak sulungnya.

“Kau kalau nak lepaskan kemarahan jangan dekat aku boleh tak? Tak pasal-pasal aku jadi mangsa dera kau. Kau ingat aku ni duchbag ke apa?” rungutku sambil menggosok betisku yang rasa seperti ingin patah.

“Apa yang nasib baik? Nasib baik sebab aku yang jadi isteri kau? Nasib baik sebab kau boleh buli aku hari-hari?” soalnya dengan renungan yang tajam. Eh minah ni. Ada juga yang kena cium depan sawah padi ni!

“Ya! Kenapa? Daripada aku kena kahwin dengan Jo Yah jongang tu, baik aku kahwin dengan kau. Sekurang-kurangnya ada juga hobi yang aku nak buat tiap-tiap hari nanti” kataku sambil tersenyum bangga. Yoora yang berada disebelahku sudah cemberut. Dapatku lihat asap hitam yang keluar dari lubang hidungnya itu.

“Syaiton nirrojim lah kau ni! Aku tak kira! Kita mesti batalkan perkahwinan mengarut ni! Aku tak kira!” jeritnya lalu bangun meninggalkan aku sendirian di bangku itu.

 

Aku hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepalaku dengan perangai Yoora yang seperti kanak-kanak Ribena itu. Tidak Yoora. Tidak akan aku lepaskan peluang untuk berkahwin dengan kau. Orang mengantuk disorongkan bantal, memang tak akan melepaskan peluang. Aku tersenyum sendirian.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FansterBang
Aku letak dlm mood subcribers-only buat sementara waktu ni.

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 12: Daebak!!!! Oh authornim!! Saya baca awak punya ff ni pada 12/12/2016...Will u update or stop your the best ff????please update!!!!!
amalinnasuha07 #2
Chapter 12: Update soon
chnylvrus #3
Chapter 12: Cute je dorang ni..update soon author nim! /syg chanyeol/err tetiba je/sorry komen mrapu hoho.
baekielover #4
Chapter 12: Yehet...hoho.depa dh brbaik..
jadoo98 #5
Chapter 12: Chapter 12: hoi3...mntang2 dh brbaik mlela adngan bersweet2 gituw hahaha yela spe xnak kan klau bleh sy pun nak huhuhu update soon*tpuk tngan* ^_-
JeonAra #6
Chapter 11: Update soon!^^
jadoo98 #7
Chapter 10: update soon please...^_-
izatizatixoxo88 #8
Chapter 10: Daebak giler citer ni..update soon...