MHME - 003

My Husband Is My Enemy

 

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Yoora mengeluh lega. "Huff, habis jugak waktu Encik Lee. Kembung aku dengar dia membebel" ujar Yoora lalu meletakkan kepalanya di atas meja.

Chanyeol hanya menggelengkan kepalanya. "Jomlah rehat" ajak Chanyeol. Yoora hanya berdiam diri dan menutup matanya. Chanyeol mendengus kecil.

"Nak tidur lah tu. Hish!" lalu dia mengetuk kepala Yoora dengan tangannya yang bersaiz XL itu. Terbeliak mata Yoora dibuatnya. "Woi! Sakit lah" ujar Yoora sambil menggosok-gosok kepalanya.

Chanyeol hanya tersengih, menampakkan barisan giginya yang putih dan teratur. "Jomlah keluar rehat... kau kena belanja aku hari ni" kata Chanyeol sambil menarik Yoora keluar dari kelas.

"Apa ni main tarik-tarik ni Yeol.. malaslah. Tak lapar" Yoora menjawab, malas. Langkah Yoora terhenti. Baru teringat kata-kata Chanyeol tadi. "Wait! Apa? Aku kena belanja? Belanja kau? Apasal pulak?" 

Chanyeol tersenyum nakal. "Kau lupa ke? Ni denda kau sebab pukul aku masa kelas Encik Shin tadi. Malu kau tahu tak bila kena tegur dengan dia. Dah lah depan satu kelas" terang Chanyeol. Merah muka dia apabila terkenang semula peristiwa pagi tadi. Mahu tak malu bila kena tegur dengan Encik Shin merangkap singa tu. Dah lah hari pertama sekolah. Aduh, tahun ni pulak dia jadi guru kelas. Lagi lah, aduh!

Yoora ketawa terbahak-bahak. "Siapa suruh kacau aku" kata Yoora yang masih berusaha sedaya upaya untuk menahan ketawa. Chanyeol menarik pipi Yoora, geram betul dengan kawan baik dia yang sorang ni. "Dah lah. Nak gelak sampai gigi cabut ke? Nanti masa rehat tamat, tak sempat aku nak makan" Chanyeol mencebik.

"Aduh... sakitlah. Lepas lah" ujar Yoora. Dia cuba untuk melepaskan tangan Chanyeol, tetapi ternyata tak berguna. Chanyeol hanya mendiamkan dirinya. "Yeol.. please... lepaslah. Sakit pipi aku yang gebu ni. Nanti orang nampak pipi aku merah, dorang ingatkan kau cium nanti" ujar Yoora sambil membuat muka kesian.

"Aku cium betul-betul baru kau tahu" ujar Chanyeol sambil menggoyang-goyangkan pipi Yoora. Maka, mengaduh kesakitanlah si gadis itu.

"Okay-okay. Aku belanja kau 2 roll kimbap" ujar Yoora. Kata-kata yang keluar daripada mulutnya tadi ibarat magis. Tangan Yeol dengan automatiknya melepaskan pipi Yoora.

"Serious kau ni?" soal Yeol dengan mata terbeliak.

"Yelah. Tapi dengan syarat" Yoora tersengih.

Chanyeol hanya mengeluh. "Aku dah agak dah kau ni. Memang tak ada maknanya kau nak jadi pemurah gila belanja aku 2 roll kimbap. Tahu sangat muka kedekut kau tu" bebel Chanyeol.

"Eh, kau ni pahal nak membebel? Cepat lah, nak aku belanja ke tak ni?" ujar Yoora sambil bercekak pinggang. "Ya.. apa?" ujar Chanyeol malas.

"Dukung aku pergi kantin" ujar Yoora dengan muka selamba badaknya. Ternganga mulut si Chanyeol. "Kau ni tebiat ke apa?"

Yoora pura-pura kecewa dan berjalan pergi. Chanyeol hanya terkebil-kebil dengan mulut ternganga.

 


 

"Kyaaaaa!!!!" berdentum bunyi suara pelajar perempuan berteriak macam pontianak. Yoora memejamkan matanya. Woiii, nak pecah gegendang Yoora. Dah lah jerit sebelah telinga dia. Yoora memandang ke arah di mana semua pelajar berkerumun. Dia mengecilkan matanya untuk melihat siapa yang dorang kerumun. Dushhh. Rasa macam kepala Yoora kena spike dengan bola tampar.

"Luhan yang dorang kerumun? Tch" desis Yoora.

Baru je dia nak melangkah pergi, ada satu suara yang memanggil.

"Woi pendek" langkah Yoora terhenti.

"Pendek? Siapa? Aku ke?" soal Yoora sendiri. "Eh, bukan aku sorang je yang pendek dekat sekolah ni" Yoora baru je angkat kaki, tetiba ada tangan yang menarik badan Yoora ke belakang. Badan Yoora hilang keseimbangan dan dia jatuh dalam dakapan seseorang.

Dapat didengari suara pelajar perempuan menjerit terkejut campur marah campur patah hati. Ah! Bercampur baur lah.

Mata Yoora yang tertutup daripada tadi, dibuka perlahan. Terkejut Yoora apabila melihat wajah lelaki tersebut. LUHAN! 

Luhan tengah peluk dia! OMG. Tapi, Yoora pelik. Kenapa hati dia berdegup kencang bila tangan si hello kitty tu sedang memeluk erat badannya? Adakah Yoora sukakan... Ah! Apa ni. Mana ada Yoora suka dia. 

 

 


Chapter 3 is up. 

YooHan punya moment ada sikit je dekat hujung. Hekhek

Tak pe, next chapter serious aku janji ada YooHan moment.

Thanks siapa yang subscribe tu. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FansterBang
Aku letak dlm mood subcribers-only buat sementara waktu ni.

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 12: Daebak!!!! Oh authornim!! Saya baca awak punya ff ni pada 12/12/2016...Will u update or stop your the best ff????please update!!!!!
amalinnasuha07 #2
Chapter 12: Update soon
chnylvrus #3
Chapter 12: Cute je dorang ni..update soon author nim! /syg chanyeol/err tetiba je/sorry komen mrapu hoho.
baekielover #4
Chapter 12: Yehet...hoho.depa dh brbaik..
jadoo98 #5
Chapter 12: Chapter 12: hoi3...mntang2 dh brbaik mlela adngan bersweet2 gituw hahaha yela spe xnak kan klau bleh sy pun nak huhuhu update soon*tpuk tngan* ^_-
JeonAra #6
Chapter 11: Update soon!^^
jadoo98 #7
Chapter 10: update soon please...^_-
izatizatixoxo88 #8
Chapter 10: Daebak giler citer ni..update soon...