MHME - 004

My Husband Is My Enemy

A/N: Start dari chapter ni Yoora punya POV tau


 

Jantung aku berdegup kencang. ‘Eh pahal ni?’ bisikku didalam hati. Luhan masih memeluk erat tubuh badanku. Matanya merenung tepat ke dalam anak mataku. Tiba-tiba dia mendekatkan wajahnya dengan mukaku yang tengah panas tambah nak meletup ni.

“Seronok tengok muka handsome aku ni?” tanya Luhan. Tak senonoh punya soalan. Nasib baik dia memang handsome, kalau tak dah lama aku taekwondo muka dia ni. Eh? Kejap! Apa? Aku kata dia handsome? Eeeeee, apa kena dengn aku ni? Seram.

“Yang kau tu, seronok duk peluk aku daripada tadi?” tanyaku dengan kening terangkat.

Luhan tersenyum sinis. “Eh, mestilah seronok… seronok nak tunggu kau kena buli dengan semua” Luhan menyatakan isi hatinya yang sememangnya busuk itu. Dia menjuihkan bibirnya, menunjukkan fangirl-fangirl yang tengah naik hantu di sekeliling kami.

Mata aku rasa nak terkeluar masa itu. Mak aihh… sejak bila dorang berkumpul ni? Kalau dua tiga orang tak apa lah jugak. Tapi ni nak dekat semua pelajar perempuan dekat sekolah tu ada. Aku menelan air liur yang tiba-tiba rasa pahit.hsgs

“Eh.. apasal aku pulak? Kau yang peluk aku dulu. Bukannya aku yang tiba-tiba datang terkam kau” bentakku.

Luhan ketawa jahat. Eeee! Bunyi macam setan. Nak je aku cabut telinga!

“Dahlah. Sampai bila nak peluk aku?” aku memberontak. Aku menolak badan Luhan hingga dia terjatuh ke belakang. Apa lagi? Kena serang lah aku dengan tebuan-tebuan overtime tu.

Nasib baik aku ni atlet rumah sukan, lari boleh tahan laju. Tak adalah tertinggal di belakang dan disengat oleh tebuan-tebuan jadian itu.

Dah syok-syok aku berlari, tiba-tiba…

 

bukkk!!

 

“Aduhhh” aku mengerang kesakitan. Alangkah sakitnya punggungku akibat jatuh terjelupuk di atas lantai apabila terlangggar sesuatu tadi.

"Eh? Mana tebuan-tebuan jadian tadi? Tak kejar aku dah?" aku berbisik sendiri sambil menoleh ke belakang.

Heol…

Ada lagi rupanya. Tapi kenapa semuanya keras seperti orang-orang yang ada di tengah sawah? Aku bangun tanpa memandang ke hadapan. Aku menggosok-gosok kepalaku yang terasa agak biul akibat terlanggar satu objek keras tadi.

“Objek? Haa aku terlanggar dengan apa tadi?” tanyaku.

“Amboi kurang asam keping betul kau ni. Ada ke patut panggil aku objek?” soal satu suara.

Aku menoleh ke arah suara yang berbicara. “Umin? Chen?” mataku membulat. Eh, jap! Betul ke apa yang aku nampak ni? Baozi dengan unta?

“Eh tak lah. Prince charming kau yang datang” kata Chen. Aku macam tak percaya je dengan apa yang aku nampak sekarang ni. “Weiii! Bila korang balik sini?” aku bertanya sambil memeluk mereka berdua.

Chen yang terkejut monyet di situ memeluk aku kembali selepas beberapa ketika. Terkejut lah tu kena peluk depan queenka-queenka (lah sangat) sekolah. Yalah, habislah saham dorang sebagai lelaki kelas pertama aka kingka dekat sekolah tu. Haa, nampak tak aku baik dengan kingka? Hahaha. Opps! Terbangga.

“Yoo.. yoora! Kau ni nak bunuh kitorang ke apa?” Xiumin berkata. Tersangkut-sangkut sebab tak cukup nafas.

“Hee…” aku tersengih dan melepaskan pelukan maut itu. “Mian…” kataku.

“Kim Yoora!” jerit satu suara garau. Aku menoleh ke belakang dan melihat si goblin Chanyeol sedang berdiri sambil bercekak pinggang disitu.

“Amboi kuat jerit? Nak pekakkan aku ke apa?” perliku. Chanyeol berjalan ke arah di mana kami berada dan melebarkan sayapnya ke atas bahuku.

“Yeobo, pahal lambat sangat ni? Lama I tunggu dekat kantin tau” Chanyeol mencebik. Aku memandang Chanyeol dengan mata yang penuh kasih saying. Dan pastinya, itu hanya lakonan semata-mata.

“Alaa.. jagiya lapar ke?” aku mengerlipkan mataku beberapa kali. Xiumin dan Chen yang berada di hadapan kami sudah terlopong. Luasnya mulut dorang. Kalau buat serombong asap pun boleh jugak ni.

“Korang ni.. ada apa-apa ke?” soal Chen dengan kening terangkat. Xiumin hanya mengangguk.

Aku dan Chanyeol memandang antara satu sama lain. Merah muka kami menahan ketawa. Chanyeol mengenyitkan matanya tanda isyarat untuk meneruskan lakonan yang tak seberapa nak pandai ini. Aku hanya mengangguk.

Chanyeol menghiraukan soalan Chen dan terus menarik aku untuk ke kantin. Meninggalkan Chen dan Xiumin yang masih tercengang di situ.

 


 

Satu keluhan aku keluarkan. Aku berjalan seorang diri untuk pulang ke rumah. Hari ini cuaca nyaman sekali. Tapi, disebabkan sudah lama aku tidak berjalan, terasa juga penat.

Nasib baik rumah sekangkang kera saja dengan sekolah. Tak adalah kering aku bila asyik berulang alik ke sekolah.

“Omma, anakmu yang comel lagi cantik ini dah balik” panggilku setelah masuk ke dalam rumah.

“Tolong jangan nak masuk bakul angkat sendiri boleh tak Yoora?” perli omma. Aku mencebik.

“Eleh, dulu omma sendiri yang cakap Yoora comel” kataku lalu memanjat anak tangga menuju ke bilik.

“Itu dulu, sekarang tidak lagi” jerit omma dari dapur. Aku tidak mengendahkan kata-kata omma dan terus masuk ke bilik tidurku.

“Ahhh bestnya dapat jumpa tilamku yang empuk ni” kataku lalu menghempaskan badan ke atas katil.

 

Satu saat…

Dua saat…

Tiga saat…

 

Dan aku tertidur. Aku tak tahu lah, sejak cuti sekolah haritu, aku dah bertukar menjadi blue hippo. Pemalas tahap badak air. Yang aku tahu, nak tidur sahaja.

Kring! Kring!

“Siapa pulak yang call ni…” bebelku setelah telefon berdering berulang kali. Aku menutup mata dan kembali menyenyakkan diri.

Kring! Kring!

Telefon berdering lagi. Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Keluhan kasar dilepaskan.

“Kau nak apa!!” marahku setelah mengangkat telefon tanpa melihat ID pemanggil terlebih dahulu.

“Amboi cantiknya bahasa cik adik” perli si pemanggil.

Mataku membesar. Lalu dengan pantas aku melihat ID pemanggil. Nama ‘appa’ tertera di skrin telefon.

“Ohmydaddy” aku menggelabah.

“Amenda nya Yoora ni. Ni mesti tengah tidur kan?” tanya appa. Aku hanya tersengih.

“Hehe.. macam tak kenal je anak appa yang comel ni suka tidur”

“Yoora yoora.. haa ni appa nak pesan. Malam ni jangan keluar pergi mana-mana. Ada kawan appa nak datang. Kita dinner sama-sama. Haa bagitahu omma sekali” pesan appa.

“Alaa.. yeke? Yoora ingatkan nak dinner dengan goblin. Kitorang dah janji” pintaku. Memang betul pun yang kitorang dah janji. Tu sebagai bayaran sebab buat aku jadi girlfriend dia pagi tadi.

“Kamu ni, panggil Yeol betul-betul boleh tak? Biadap sungguh. Haa tak payah nak mengada-ngada. Esok pun boleh kan dinner dengan Yeol. Malam ni dinner dekat rumah” bantah appa.

"Yelah yelah. Appa menang" aku mengalah. 

 


 

"Yoora, nanti dah siap turun bawah eh tolong omma dekat dapur" panggil omma dari luar bilikku.

"Tengok lah kalau Yoora rajin" balasku. Main-main je. Relax lah. Saja nak gurau dengan omma aku yang tersayang tu.

"Amboiii bertuah punya anak. Omma tak kira. Turun tau!" kata omma sekali lagi sebelum aku mendengar bunyi tapak kaki omma melangkah pergi. 

Aku berdiri dihadapan cermin meja solekku. Menatap wajahku yang hanya dihiasi bedak debu Johnson Baby. 

"Hmm.. okay kot pakai macam ni. Kawan appa je pun yang nak datang. Bukan bakal mertua aku" kataku lalu membetulkan t-shirt lengan panjang berwarna hitam yang aku pakai. Aku memadankannya dengan seluar jeans pendek paras atas lutut.

 


 

"Wahhh sedapnya bau" aku berkata setelah masuk ke ruang dapur. Tanganku yang gatal ini mengambil sepotong kimbap. Omma memang akan buat kimbap untuk aku setiap kali dinner. Sebab aku tak akan makan benda lain selain kimbap. Aku ingatkan kimbap tu untuk aku. Tapi..

"Ish! Kimbap tu bukan kamu punya" omma mengetuk kepalaku menggunakan senduk. Nasib baik senduk tu bersih lagi. Baru je diambil dari dalam laci.

"Omma ni. Penderaan betul lah. Dah tu kimbap ni siapa punya kalau bukan Yoora punya? Appa mana makan kimbap masa dinner" lalu aku menyambar sepotong lagi  kimbap yang berada didalam pinggan dihadapanku.

"Penderaan kepala kamu. Kan omma dah cakap ni bukan kamu punya" sekali lagi omma cuba untuk mengetuk kepalaku menggunakan senduknya yang berkilat itu, tetapi aku sempat mengelak.

"Omma memang tak sayang Yoora lagi kan? Sanggup pukul Yoora sebab makan kimbap je. Dah lah.. biar Yoora keluar dari dapur ni" aku mengambil sepotong lagi kimbap dan terus berlari keluar dari dapur.

"Kim Yoora! Jangan kau berani nak masuk dapur ni lagi malam ni!" jerit omma dari dapur. Aku tidak mengendahkan omma dan berjalan menuju ke ruang tamu.

Aku duduk di atas sofa lalu mencapai remote tv. Button on ku tekan.

'Ding dong~ Ding dong~'

"Eh? Sejak bila remote ni ada sound effect bila tekan on?" iya, aku ingatkan bunyi tu datang nya daripada remote ini, tetapi aku salah.

 


 

Muncung aku sekarang ni kalau ukur, mungkin boleh mencecah 3cm. Menyampahnya dengan tetamu yang ada depan aku sekarang ni. Aku duduk disebelah omma.

"Hahaha yelah. Lama kita tak jumpa" kata kawan appa.

"Yelah. Tak sangka pula yang kita sebenarnya tinggal berdekatan je" kata appa pula. Aku hanya diam disebelah omma. 

"Wei" panggil satu suara. Aku menjelingnya sekilas.

 


 

 

 

Chapter 4.

Sorry lambat update.

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FansterBang
Aku letak dlm mood subcribers-only buat sementara waktu ni.

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 12: Daebak!!!! Oh authornim!! Saya baca awak punya ff ni pada 12/12/2016...Will u update or stop your the best ff????please update!!!!!
amalinnasuha07 #2
Chapter 12: Update soon
chnylvrus #3
Chapter 12: Cute je dorang ni..update soon author nim! /syg chanyeol/err tetiba je/sorry komen mrapu hoho.
baekielover #4
Chapter 12: Yehet...hoho.depa dh brbaik..
jadoo98 #5
Chapter 12: Chapter 12: hoi3...mntang2 dh brbaik mlela adngan bersweet2 gituw hahaha yela spe xnak kan klau bleh sy pun nak huhuhu update soon*tpuk tngan* ^_-
JeonAra #6
Chapter 11: Update soon!^^
jadoo98 #7
Chapter 10: update soon please...^_-
izatizatixoxo88 #8
Chapter 10: Daebak giler citer ni..update soon...