MHME - 002

My Husband Is My Enemy

 

"Luhan!"

Terkaku seketika dua orang makhluk yang sedang bertekak tadi apabila mendengar satu suara yang besar macam suara goblin. Tangan Luhan masih lagi mencubit pipi Yoora. Eh, tak nak lepas pulak dia.

"Woi korang dua ni dah kenapa? Duk main gosok-gosok pipi pulak ni? Tahu lah dah lama tak jumpa" ujar Chanyeol yang menghampiri mereka. Tersengih macam kepah busuk dah Yoora tengok si Chanyeol ni. 

Cepat-cepat Yoora menepis tangan Luhan. "Ish mana ada" nafi Yoora. Luhan hanya menjeling.

"Tak de masa lah aku nak main gosok-gosok pipi si pendek ni. Kalau flawless macam Song Hye Kyo ke, tak pe lah jugak" gurau Luhan. Saja nak tengok Yoora melenting.

Terbeliak mata Yoora mendengar pengakuan yang tak seberapa ikhlas daripada Luhan. Flawless apa muka Yoora. Tak de jerawat pun yang pernah hinggap di muka dia. Hm, macam tipu je. Okay okay.. Yoora ngaku memang pernah ada jerawat, tu pun satu dua jerawat miang je yang singgah. 

"Eeeeee! Goblin jom masuk kelas!" Yoora mendengus lalu menyepak betis Luhan. Dan melalaklah Luhan di situ seperti anak serigala yang hilang jalan pulang. "Aduh! Sakitlah!" jerit Luhan. Yoora hanya menjelirkan lidahnya.

Chanyeol hanya terkebil-kebil melihat gelagat dua orang rakannya itu. "Kita sama kelas ke tahun ni?" soal Chanyeol.

"Entah. Mana aku tahu" ujar Yoora selamba. Chanyeol mengetuk kepalanya, geram.

Buat kali kedua, kepala Yoora ditonyoh dan diketuk pagi ni. "Dah tu kau ajak masuk kelas dengan kau tu kenapa?" soal Chanyeol. Pelik dengan kawannya yang seorang ni. Suka sangat bercakap tak fikir dulu.

Yoora meniup rambut depan yang sedikit menutup pandangannya. "Suka hati aku lah. Dah lah aku blah dulu" Yoora pun berlalu pergi. Tak larat dia nak melayan dua orang lelaki yang ada dihadapannya itu.

Chanyeol hanya menggeleng kepalanya. Pening dia dengan perangai acuh tak acuh si Yoora ni. "Kau kelas mana tahun ni?" soalnya kepada Luhan.

"3-1. Tengok lah, ni Luhan" kata Luhan sambil menepuk-nepuk dadanya, bangga tahap lipan gulung. Chanyeol menyiku pinggang Luhan perlahan dan ketawa kecil. Matanya liar mencari namanya di dalam senarai nama tahun akhir itu. Dia tersenyum puas setelah melihat namanya berada dalam senarai kelas 3-2. Tak ada lah teruk sangat. Kelas nombor 2 daripada 8 kelas. Tak lah bengap sangat kan?

"Dah lah. Jom masuk kelas" ajak Chanyeol. Lalu mereka berlalu pergi.

 


 

Chanyeol berjalan masuk ke kelas 3-2. Nama sahaja kelas nombor 2 terbaik, tapi haru-biru. Lagi hingar-bingar daripada kelas hujung. Daripada luar sudah dapat didengari suara pelajar-pelajar kelas itu yang sedang berteriak sini sana. 

Mata Chanyeol pantas menangkap kelibat Yoora yang sedang tidur di hujung kelas. Dia tersengih nakal dan berjalan menghampiri Yoora.

"Kim Yoora!" sergah Chanyeol. Pantas Yoora bangun dari duduknya. "Selamat pagi cikgu!" jerit Yoora.

Satu kelas berhenti melakukan segala benda yang mereka buat dan memandang pelik ke arah Yoora. Chanyeol sudah ketawa terbahak-bahak sambil menepuk-nepuk kedua belah tangannya. Dan diikuti oleh rakan sekelas yang lain.

Yoora yang sudah sedar dari mamai mendengus geram. "Kurang ajar punya goblin!" Yoora memukul Chanyeol bertubi-tubi. Dia tak dapat jamin kalau badan Chanyeol lebam-lebam lepas ni. Dah tahu si Yoora ni ada belt hitam taekwondo, yang gedik-gedik main sergah dia tidur buat apa. Cari nahas aja.

"Aduhhh dah lah. Sakit lah" Chanyeol mengaduh dan menahan badannya daripada dipukul oleh Yoora. Yoora berhenti. Dia memandang tepat ke arah Chanyeol yang tersengih, buat muka tak bersalah dia tu. "Last one. Sorry"

Pangggg! Aduh, peritnya yang Chanyeol rasa sekarang ni. Lengannya dipukul, ditampar dan didera oleh si kuat Kim Yoora. Nak pengsan aja Chanyeol rasa sekarang. 

"Kau ni perempuan ke apa haa? Cuba lembut sikit boleh tak?" soal Chanyeol.

"Sorry. Beyond my control" Yoora tersengih. "Lagipun salah kau. Siapa suruh sergah aku masa tidur. Ishhh! Kacau tahu tak! Aku baru je mimpi nak cium dengan si putera. Kau dah datang sergah. Lain kali tanya lah dulu!" terang Yoora. 

Chanyeol hanya memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsir. Dia tahu yang kadang-kadang Yoora ni tak berapa nak betul. Suka sangat mengarut. "Banyak lah kau putera. Putera apa? Putera katak?" terbahak-bahak Chanyeol ketawa.

Yoora mengetap gigi. Geram dengan kawan baik merangkap jirannya itu. Tapi dia tahu yang Chanyeol hanya bergurau. Mereka berdua dah berkawan sejak dua-dua masih dalam pampers lagi. Dah tahu sangat dah perangai masing-masing macam mana. Semua rahsia Chanyeol, Yoora tahu, dan begitu jugalah dengan Chanyeol. 

"Dah kau kenapa datang sini?" soal Yoora cuba untuk menukar topik.

"Tadi beria ajak aku masuk kelas, sekarang halau pulak. Haih" Chanyeol berpura-pura sedih. Dia menuju ke tempat duduk yang masih tidak berpenghuni di sebelah Yoora. Dia meletakkan beg galasnya di atas meja lalu duduk.

"Kau kelas ni ke?" berkerut kening Yoora menanti jawapan Chanyeol. "Ha'ah" balas si goblin ringkas.

"Ohh~ boleh tak nak peluk kau sekarang?" soal Yoora. Mukanya menunjukkan yang dia macam baru sahaja menang loteri. Kening Chanyeol bertaut. Tangannya laju dibawa ke dahi Yoora.

"Kau demam ke?" soalnya. 

Yoora mencebik, "Alaa salah ke aku nak peluk kau sebab gembira? Akhirnya ada jugak kawan dalam kelas ni. Penat aku tunggu si Naeun dengan Bomi. Tak sama kelas kot dengan dorang tahun ni" riak wajah Yoora sudah bertukar menjadi kelabu seperti awan yang mendung.

Chanyeol hanya menggelengkan kepalanya. Pelik perangai kawan dia yang seorang ni. Tak cerita pasal Luhan lagi. Pergh! Dia tu lagi mendabik dada, kalah army-army yang tengah duk buat latihan dekat kem sana nuh.

 


 

Sedang Yoora rancak berbual dengan Chanyeol, ada satu suara yang membingitkan telinga memanggil namanya. "Yooraaaaa!!" segera Yoora dan Chanyeol mengalihkan pandangan mereka ke arah pintu hadapan kelas.

"Bomiiiii!" sahut Yoora. Bomi pun berlari ke arah Yoora diikuti dengan Naeun dibelakangnya. "Son Naeun~" Yoora memanggil Naeun setelah nampak kelibat rakannya yang seorang itu.

Langkah Naeun terhenti apabila terlihat Chanyeol. Thump. Thump. Thump. Jantungnya berdegup kencang. Rasanya satu kelas boleh dengar degupan jantung dia sekarang.

Yoora dan Bomi bertukar pandangan dengan kening terangkat. Apa kena dengan kawan dia yang seorang ni? Ada main freeze ke? Tetiba berhenti tengah-tengah jalan.

"Yah Son Naeun" panggil Bomi. Naeun yang dari tadi beku seperti ais, tersentak dengan suara Bomi yang agak nyaring itu.

"Ha..aa? Ya, asal?" soal Naeun, terketar-ketar bibir dia.

"Kau dah kenapa? Tak gembira ke jumpa aku?" Yoora membuat raut muka sedih. Naeun ketawa kecil lalu menghampiri Yoora yang sedang berdiri di sebelah Bomi.

"Mana ada lah. Mestilah aku gembira jumpa kawan aku yang seorang ni" jawab Naeun sambil memeluk Yoora. Yelah rindu. Cuti sekolah haritu tak jumpa pun. Naeun pergi Spain, lawat keluarga mak cik dia yang tinggal di sana. Bomi pun sama. Dia sibuk tolong ibunya di kedai. Tak ada masa lah untuk lepak. Last-last, tinggallah Yoora dengan Chanyeol. 

"Haa yelah. Korang semua sibuk. Sanggup tinggalkan aku dengan si goblin tu" Yoora memuncungkan mulutnya ke arah Chanyeol yang sedang sibuk ber-selfie di pagi hari. Naeun hanya tersengih melihat gelagat Chanyeol.

Yoora dan Bomi yang perasan tentang perkara itu menyiku lengan Naeun perlahan. "Haaaa~ kau suka dia eh Naeun?" soal Bomi dengan kening yang saja diangkat-angkat. Terbeliak mata Naeun. Pipinya bertukar menjadi kemerahan setelah perbuatannya yang merenung Chanyeol itu disedari oleh kedua rakan baiknya. 

"Eh.. ma..mana..ada.. aku pandang padang tu lah" jawab Naeun, terbelit-belit lidah dia cuba mencari alasan. "Elelele~ Son Naeun, kalau dah tahu tak pandai menipu, jangan lah menipu. Obvious sangat tahu tak?" ujar Yoora. Lalu dia dan Bomi ketawa terkekek-kekek. Rasa seronok pula bila dapat menyakat si Naeun ni.

"Yelah yelah. Btw asal korang lambat ni? Nasib baik cikgu tak masuk lagi" soal Yoora, kehairanan. 

Bomi hanya mampu mengeluh. "Tadi Cik Yoon mintak tolong susun borang pelajar yang baru daftar masuk. Haa kelas kita ada seorang pelajar baru" terang Naeun. Yoora hanya mengangguk. Tak berminat pun nak tahu lebih lagi pasal pelajar baru tu. Nanti dia masuk kelas ni, kenal jugak kan?

Pintu kelas dibuka, menunjukkan Encik Shin yang sedang berdiri sambil memegang rotan di tangan. Semua pantas berlalu ke tempat duduk masing-masing. Takut dirotan pula dengan Encik Shin yang bengis macam singa tu. 

"Okay pelajar. Selamat pagi semua" ujar Encik Shin. Semua pelajar berdiri dan menundukkan badan tanda hormat.

"Selamat pagi cikgu" jawab semua serentak.

Chanyeol menyiku lengan Yoora, "Ini baru selamat pagi cikgu" merah muka Chanyeol menahan ketawa. Yoora hanya menjelingnya sebelum tangannya sekali lagi memukul paha si goblin tersebut. 

"Aaaa!" terlepas satu jeritan yang agak kuat daripada mulut Chanyeol. Cepat-cepat dia menekup mulutnya. Encik Shin memandang ke arahnya dengan pandangan pelik. "Ada apa Park Chanyeol? Apa yang aaa-aaa ni?" soal Encik Shin dengan nada serius.

"Tak ada apa cikgu" Chanyeol kemudian menundukkan sedikit kepalanya tanda meminta maaf. Dia menjeling tajam ke arah Yoora. 

Yoora hanya ketawa kecil dan menjelirkan lidahnya. "Siap kau masa rehat nanti" kata Chanyeol sambil tersenyum nakal.

 


 

 

Second chapter! Sudi-sudikanlah baca ya.

Thanks untuk siapa yang subscribe tu. Serious terharu :') lol

Maafkan aku kalau chapter ni agak bosan. Sebab ni pasal Yoora dengan si goblin, Chanyeol.

Next chapter baru ada YooHan moment. Ecceh, 

and yang pasal Naeun tu, dia suka Chanyeol ke? Omgeeeeee. 

Cuba teka? Kenapa jantung dia berdegup? Kenapa dia tersengih bila dia pandang Yeol?

Soalan macam tak berapa nak pandai. Hahaha

Dah baca, jangan lupa bagi feedback okay? Barulah tahu korang suka ke tidak. Best ke tidak cerita ni. 

Nah Luhan bagi flying kiss dekat korang semua. Lololo

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FansterBang
Aku letak dlm mood subcribers-only buat sementara waktu ni.

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 12: Daebak!!!! Oh authornim!! Saya baca awak punya ff ni pada 12/12/2016...Will u update or stop your the best ff????please update!!!!!
amalinnasuha07 #2
Chapter 12: Update soon
chnylvrus #3
Chapter 12: Cute je dorang ni..update soon author nim! /syg chanyeol/err tetiba je/sorry komen mrapu hoho.
baekielover #4
Chapter 12: Yehet...hoho.depa dh brbaik..
jadoo98 #5
Chapter 12: Chapter 12: hoi3...mntang2 dh brbaik mlela adngan bersweet2 gituw hahaha yela spe xnak kan klau bleh sy pun nak huhuhu update soon*tpuk tngan* ^_-
JeonAra #6
Chapter 11: Update soon!^^
jadoo98 #7
Chapter 10: update soon please...^_-
izatizatixoxo88 #8
Chapter 10: Daebak giler citer ni..update soon...