MHME - 010

My Husband Is My Enemy

POV Yoora

 

Majlis perkahwinan aku dengan Luhan baru sahaja selesai. Aku telah selamat bergelar ‘isteri’ kepada mamat hello kitty itu.Keputusan yang atuk buat ini memang betul-betul membuatkan aku terasa hati. Kenapa aku yang perlu kahwin? Jae Jin oppa kan ada? Dan dia merupakan abangku. Tapi kenapa aku yang kena kahwin dulu?

Aku langsung tidak diberikan peluang untuk bersuara apatah lagi untuk membantah. Atuk memang pentingkan diri sendiri. Omma dan appa juga begitu. Mereka tidak fikirkan aku yang masih bersekolah ini lagi ke? Tahun hadapan aku akan masuk ke universiti. Habislah musnah harapan aku. Eh! Sekejap. Siapa kata musnah? Ini Kim Yoora lah. Aku akan capai apa yang aku nak.

Tok! Tok! Tok!

Aku mengalihkan pandangan ke arah  pintu bilik. Itu pasti omma. Aku berbaring di atas katil dan menyelimutkan seluruh tubuhku. Malaslah aku ingin keluar. Aku masih marahkan semua orang kerana menjadikan aku sebagai kambing hitam untuk berkahwin kerana janji bodoh yang dibuat antara dua orang tua.

“Yoora. Jom keluar makan. Kamu tak makan daripada pagi tadi. Marilah makan. Nanti masuk angin perut tu” pujuk omma. Aku tetap mendegilkan diriku yang sememangnya semula jadi degil ini. Aku ingin mereka tahu yang aku tidak suka tentang apa yang telah mereka lakukan. Setelah 5 minit aku membatukan diri daripada termakan pujuk rayu omma, akhirnya omma mengalah. Dia melangkah keluar dari bilik tidurku.

Aku bangun dari pembaringanku dan duduk bersila. Aku memegang perutku. Hm, lapar. Tapi terpaksalah demi mogok kerana memaksa aku untuk berkahwin dengan mamat hello kitty tu. Bunyi pintu diketuk sekali lagi. Aku cepat-cepat menyelimutkan diri dan berbaring.

“Oi senget. Turun makan. Atuk dah panggil tu” aku amat mengenali pemilik suara tersebut. Selamba dia je panggil aku senget? Dah upgrade dah ke? Dulu pendek, lepas kahwin jadi senget? Betapa mendidihnya darah yang ada didalam saluran darahku ini.

‘Sabar Yoora. Hiraukan dia. Buat tak tahu je’ bisikku memberi ketenangan dan sokongan kepada diri sendiri.

Beberapa saat kemudian, aku merasakan bahawa katil disebelahku tenggelam sedikit. Barangkali Luhan duduk disitu. Kemudian aku merasa ada sesuatu yang menjalar dibawah selimutku. Dengan sepantas kilat, mataku terbuka luas. Woi agak-agak ah nak main raba-raba orang!

“Kau ni main raba-raba aku kenapa?” jeritku lalu berpaling ke belakang. Aku agak terkejut dengan perbuatan selamba Luhan.

“Apa main raba-raba? Kau isteri aku, suka hati aku lah nak raba kau ke, cium ke, nak….” Luhan menghentikan kata-katanya lalu menjongket-jongketkan keningnya dengan senyuman yang nakal dan berbaur tidak suci itu. Dia memandang seluruh badanku dengan pandangan yang langsung tidak innocent seperti mukanya itu.

“Byuntae!!!” jeritku lalu menutup badanku yang halus lagi mulus ini dengan selimut. Tidak pernah aku rasa dalam bahaya sebegini. Aku sedang berdepan dengan suami tanpa relaku yang kurang rencah dan byuntae-nya amat tinggi.

“Aku byuntae dengan kau je sayang” kata Luhan sambil menolak tubuhku kebelakang.

 ‘Omma! Apa mamat hello kitty ni nak buat dekat Yoora? Yoora masih dara! Tidak!!’ aku menggeleng-gelengkan kepalaku tanda protes dan menjerit di dalam sanubariku. Aku memejam erat mataku, menanti apa yang bakal berlaku nanti. Tiba-tiba Luhan menunjal dahiku sambil tergelak terkekek-kekek geli hati. Aku mengerutkan dahiku dan membuka sebelah mata.

“Kau ni perasan betul lah. Kau ingat aku ada selera sangat ke dengan kau? Tengok saiz macam pakai cup A je” kata Luhan sambil memandang bahagian dadaku dengan penuh ke-byuntae-annya. Aku ternganga. Dia baru sahaja selesai… menghina aku dan dadaku ke tadi? Lelaki tidak tahu makna bersyukur ini harus diajar! Ini tidak boleh jadi. Aku harus mempertahankan hak wanita! Maksud aku…. Hak aku.

“Kurang rencah kurang perasa kau hina aku ke tadi?” tanyaku geram. Laju sahaja kata-kataku keluar daripada mulut kecilku ini. Aku menendang Luhan sehingga dia jatuh kebelakang dan aku bingkas bangun lalu menghimpap badannya. Aku kena belasah dia cukup-cukup malam ni! Aku menantikan dia untuk meronta-ronta dilepaskan, tetapi sebaliknya yang berlaku. Dia memeluk erat pinggangku sambil mengenyit matanya seperti orang terkena jangkitan kuman.

“Kalau ya pun, sabarlah sayang. Malam masih muda. Sekarang kita turun makan dulu eh?” Luhan bergolek ke tepi supaya aku berada di bawah badannya. Aku menelan liur. Aku tersilap langkah tadi. Memalukan kaum ibu sahaja!

Mukaku merah menahan malu bercampur geram. Alangkah sakitnya hatiku kerana ada sahaja sebab dan topik yang dia ingin balas. Aku menolak badannya kasar. Tiada respon. Uih, kuatnya mamat hello kitty ni. Aku ingatkan lembik sahaja. Muka macam kucing jalanan.

“Baik kau blah. Kalau tak aku jerit” ugutku sambil mengambil nafas panjang tanda bersedia untuk melakukan laungan tarzan. Luhan hanya tersenyum sinis dan memandangku dengan pandangan kalau-berani-jerit.

“Kalau kau jerit sekuat mana pun, dorang takkan kisah. Sebab apa? Sebab dorang akan ingat yang kita tengah bekerjasama dalam mencipta seorang cucu dan cicit buat mereka” Luhan mengenyitkan matanya. Sejujurnya, aku rasa nak cucuk mata dia dengan kuku aku yang tajam ini. Tapi bila difikirkan balik, sadisnya aku bila bersuamikan lelaki buta di usia yang masih terlalu muda ini.

“Dasar kucing miang. Jangan kau berani nak sentuh aku! Pergi lah” aku bersuara dengan suara yang mendatar dan menolak Luhan kebelakang. Aku mula melangkah meninggalkan Luhan di dalam ruangan tidur seorang diri. Aku tidak boleh berlama-lama disitu. Entah apa yang akan terjadi sekiranya aku masih berdua-duaan dengan kucing miang itu.

 

 

Aku duduk di kerusi kosong bersebelahan omma di meja makan. Semua memandangku sambil tersenyum manis. Dah terminum selori gula ke mereka semua ni? Aku menghiraukan mereka lalu memegang chopstick dan menggigitnya. Aku sudah lapar tahap hantu cina lapar ni. Tak nak makan lagi ke? Atuk berdehem. Aku mengalihkan pandanganku ke arahnya dan mengangkat keningku seolah-olah bertanyakan ‘kenapa?’.

“Suami kamu mana?” tanya atuk. Aku sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu atau boleh dikatakan tanda tidak kisah. Biarlah dimana dia berada pun. Buat apa aku ingin ambil tahu tentang kucing miang itu? Dah lah miang, ada hati nak menggoda aku dengan mengenyit-ngenyitkan matanya yang kelihatan seperti anak kucing jalanan yang meminta simpati daripada orang yang lalu lalang itu.

“Sorry semua. Saya pergi tandas tadi” Luhan yang entah dari mana muncul bersuara bersertakan senyuman yang kelihatan ikhlas dari luaran tapi menyembunyikan sejuta makna di dalamnya. Aku sekadar membuat muka menyampah dan memandang ke arah lain.

 

 

Selesai membantu omma mengemaskan dapur dan meja makan, aku meminta diri untuk naik ke bilik tidur. Omma tersenyum penuh makna sebelum mengangguk perlahan. Aku hanya mampu mengerutkan dahiku. Oh janganlah berkerut selalu. Aku tidak inginkan kedutan diwajah pada usia muda ini.

Aku menguap kecil. Badanku harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum aku pergi belayar ke alam mimpi. Aku mencapai tuala mandiku yang tersidai ditepi bilik air. Aku sedang bergembira menyanyi lagu Happiness didalam bilik air dan segalanya aku bersihkan dengan teliti. Mandi perlulah bersih kan? Tak kisahlah berapa jam pun aku mandi.

Aku memakai tuala dibadanku dan keluar dengan hanya tuala membaluti tubuhku. Aku terlupa untuk membawa baju masuk ke dalam bilik air. Luhan masih dibawah sebentar tadi. Sedang berbual rancak dengan atuk dan appa. Tak mungkin dia sudah naik. Aku menyanyi kecil dan melangkah keluar bilik air. Nyanyian dan langkahku terhenti apabila aku melihat sekujur tubuh yang sedang mengiring diatas katil memandang ke arahku dengan pandangan penuh nafsu.

Gulp! Dapat didengar air liur yang sebesar bola golf itu aku telan. Se.. sejak bila dia naik? Dan kenapa aku tak dengar bunyi pintu dikuak mahupun ditutup? Luhan bangkit dari katil dan perlahan-lahan mengatur langkahnya ke arahku sambil meng-scan aku dari atas hingga bawah. Siap jilat bibirnya yang kecil dan pink itu. Ya Tuhan. Kenapa aku dapat suami byuntae macam dia ni? Apa dosa aku di zaman lalu? Aku menangis di dalam hati.  Aku mengetatkan peganganku pada tualaku seerat-eratnya. Tanganku menggeletar ketakutan.

“Yoora” panggil Luhan lembut dengan nada seperti menggoda didalam intonasinya. Aku hanya mampu menelan air liur yang terasa berduri ini. Aku seakan-akan pasrah dengan apa yang akan terjadi pada malam disaat aku bergelar isteri kepada mamat kucing jalanan yang miang ini.

 


 

Hey hey hey

Sorry sangat-sangat lama tak update! SPM lagi seminggu je L Ni pun sebab aku kesiankan korang. Dah lama tunggu chapter seterusnya. Sorry okay?

Ni chapter last aku update sebelum SPM. Aku janji aku akan sambung cerita ni lepas SPM nanti.

Apa-apa pun pujian dan kritikan anda amat saya nanti-nantikan. Apa yang akan terjadi pada Yoora pada malam tu? *angkat kening* hahaha

Doakan aku supaya lulus dengan cemerlang dan dapat 6A okay dalam SPM ni ya? Kenapa 6A je? Sebab subjek tambahan aku tidak cukup untuk menyakinkan aku bahawa aku akan dapat straight A’s. Hahahaha okay lah.

Tata~ Jumpa lepas SPM okay? *flying kiss*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FansterBang
Aku letak dlm mood subcribers-only buat sementara waktu ni.

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 12: Daebak!!!! Oh authornim!! Saya baca awak punya ff ni pada 12/12/2016...Will u update or stop your the best ff????please update!!!!!
amalinnasuha07 #2
Chapter 12: Update soon
chnylvrus #3
Chapter 12: Cute je dorang ni..update soon author nim! /syg chanyeol/err tetiba je/sorry komen mrapu hoho.
baekielover #4
Chapter 12: Yehet...hoho.depa dh brbaik..
jadoo98 #5
Chapter 12: Chapter 12: hoi3...mntang2 dh brbaik mlela adngan bersweet2 gituw hahaha yela spe xnak kan klau bleh sy pun nak huhuhu update soon*tpuk tngan* ^_-
JeonAra #6
Chapter 11: Update soon!^^
jadoo98 #7
Chapter 10: update soon please...^_-
izatizatixoxo88 #8
Chapter 10: Daebak giler citer ni..update soon...