MHME - 007

My Husband Is My Enemy

 

"Haa! Tu dia! Tu dia!" jerit Chanyeol disebelah telingaku yang halus lagi mulus ini. Kalau aku pekak suatu hari nanti, ni semua salah dia.

"Tak payah lah. Jom lah balik" kataku. Aku sedang melihat Junhyung yang makin hampir dengan kedudukan aku dan Chanyeol sekarang. Jantung aku dah berdegup tak tentu arah ni. Apalah nasib aku bila berdepan dengan dia nanti.

"Dah cepat. Dia dah nak sampai tu" gesa Chanyeol.

"Aku takut lah. Tak nak.. Yeol.. tak nak" aku membuat muka aegyo mautku. Dengan harapan setinggi Namsan Tower, aku harap Chanyeol cair.

"Tak payah buat muka tak senonoh kau tu. Hodoh je aku tengok" katanya sambil terhendap-hendap mengintai Junhyung dari tepi semak. Semak? Eh bukan! Yang pokok banyak daun yang besar dekat sekolah selalu ada tu. Apa? Bushes? Ah apa-apa je lah.

Junhyung semakin dekat. Tekanan darah aku makin naik. 

"Chan--" sebelum aku sempat nak habiskan ayat aku, Chanyeol terlebih dahulu menolak badanku meluru kearah Junhyung. Dan...

 

Bam!

 

"Aduhhh" sakitnya kepala aku. Kurang ikan masin punya Chanyeol. qwertyityuiopasdk#$%^*% betul!!  

Aku mendongak. Dan... itu dia!!! Muka Junhyung macam nak telan aku.

"So.. sorry" tergagap-gagap aku mengungkapkan kata maaf.

"Buta ke?" soal Junhyung. Kalaulah pandangan boleh membunuh, aku rasa aku dah mati sekarang ni.

"Bukan bukan! Bukan aku buta. Ada orang tolak aku tadi!" nafiku dengan penuh semangat yang membara dalam diri. Aku menunjuk-nunjuk ke arah semak yang aku dan Chanyeol bersembunyi sebentar tadi. Eh, hilang?! 

Tak guna punya goblin! Jeritku dalam hati.

Junhyung hanya memandangku dengan pandangan menyampah dan berlalu pergi. Nak pergi dah? 

"Junhyung! Tunggulah! Aku nak kawan dengan kau!" jeritku sambil mengejar Junhyung yang sudah jauh ke hadapan.

Junhyung menghentikan langkahnya setelah beberapa kali aku memanggilnya. Penat aku. Dah lama tak exercise ni.

"Kau nak kawan dengan aku? Boleh ke?" soalnya sambil tersenyum sinis. Aku terkedu. Kenapa? Tak boleh ke nak kawan dengan dia? Aku menggaru-garu kepalaku.

"Kenapa? Tak boleh ke? Boleh je aku rasa. Kau orang jugak kan?" soalku dengan penuh semangat. Jarang tau aku cakap guna highnote. Tapi sekarang ni aku tengah excited nak kawan dengan mamat ni, so terguna highnote. Hihi

Junhyung hanya tersenyum sinis dan berjalan pergi. Mamat ni kan!

“Aku anggap tu sebagai ‘okay’ daripada kau!” laungku setelah susuk badan Junhyung semakin menjauh dariku. Aku tersenyum bangga. Akhirnya aku berjaya tegur Junhyung tanpa dimalukan di khalayak ramai. Sungguh aku terharu.

Selepas peristiwa dimana aku menegur Junhyung, aku tak habis-habis mengacau hidupnya yang tak berapa nak menarik tu. Mula-mula dia buat perangai sombong kera dia, tapi lama-kelamaan dia macam boleh terima niat aku yang nak berkawan dengan dia. Mungkin dia dah nampak keikhlasan dalam hati kecilku ini kot?

Berbalik kepada cerita asal, haa macam tu lah ceritanya macam mana aku boleh kenal dengan si Junhyung merangkap prince charming aku ni.

“Sorry lambat! Basikal ni tiba-tiba buat hal. Jealous lah tu aku datang nak jumpa kau” seloroh Junhyung sambil menyepak tayar depan basikalnya. Dia melabuhkan punggungnya disebelahku.

“Pandai pulak basikal kau nak cemburu sampai pancit kan?” gurauku. Junhyung hanya ketawa. Senyumannya, gelak-tawanya yang membuatkan aku senang berkawan dengan Junhyung. Adakah aku sudah jatuh cinta?

“Kau dah lama sampai?” soalnya. Aku melihat kearah jam tanganku lalu menggeleng.

“Tak adalah lama sangat. Satu jam yang lepas” jujurku. Mata Junhyung membulat. Comel!

“Gila kau tak lama! Seriously I’m sorry. Nanti aku belanja kau ayam?” Aku pura-pura berfikir. Saja nak bermanja dengan prince charming aku jap. Ewww, untuk pengetahuan kau orang, aku bukan minah gula okay!

“Okay aku tuntut nanti! Dah lah jom!” ajakku. Junhyung kelihatan blur.

“Jom? Mana?” dia ni makan selori semut ke apa sebelum datang jumpa aku ni?

“Kata nak ajar aku naik basikal” aku mengetuk perlahan kepala Junhyung. Tak sanggup nak ketuk kuat-kuat. Kata sayang? Err

“Oh okay-okay. Maaf tuan puteri. Patik terlupa” Junhyung bangun pantas menarik aku dan basikalnya pergi dari situ.

Jam ditanganku menunjukkan sudah pukul 6:30 petang. Alamak! Aku dah lambat. Aku janji dengan omma pagi tadi nak balik pukul 6. Sekarang dah lewat 30 minit. Habislah aku!

Aku memberhentikan basikal Junhyung yang aku tunggang. Ehem! Untuk pengetahuan kau orang, aku dah pandai naik basikal! Yeayyy! Terima kasih Junhyung sebab ajar aku.

“Junhyung, aku kena balik. Dah lewat sangat ni” kataku sambil memandang kearah Junhyung.

“Tak pelah. Jom balik. Kita sambung hari lain. Nanti tak pasal-pasal princess aku kena wrestling dengan omma dia” gurau Junhyung lalu mencuit hidungku. Aku mengembangkan hidungku tanda geli menyebabkan Junhyung ketawa terbahak-bahak.

“Dah lah jom!”

 

Aku membuka pintu hadapan perlahan-lahan. Mana tahu kalau-kalau omma tiba-tiba serang hendap masa aku masuk. Omma dah lah suka buat cerita perang dengan aku.

Aku menarik nafas lega setelah batang hidung omma tiada di ruang tamu.

“Awalnya balik?” langkahku terhenti semasa melintasi ruang dapur. Terus aku masuk dan duduk di meja makan.

“Lah.. awal ke? Yoora ingatkan dah lewat. Kalau tahu tadi boleh balik pukul 8 malam”

“Ada jugak yang makan senduk ni karang” omma dah bagi trigger warning tu. Aku rasa nak ketawa tapi ditahan.

“Basikal Junhyung pancit lah ma” jujurku. Omma tergelak. Keningku bertaut. Apa yang kelakar dengan basikal pancit? Entah. Aku sendiri tidak pasti.

“Kamu berat sangat sampai basikal Junhyung boleh pancit” kutuk omma. Aku hanya tersenyum kelat. Omma ni kan, ada saja topik yang nak kutuk aku.

“Basikal dia pancit sebab tak nak bagi Junhyung jumpa Yoora. Dia jealous” kataku lalu aku bangun meninggalkan ruang dapur dan menuju kearah bilik tidurku.

“Perasannya” dapat didengari suara omma yang sedang mengutukku dari dapur. Aku mengendahkan kata-kata omma dan masuk ke dalam bilik tidurku. Badanku sudah melekit. Uniform sekolah yang aku pakai sejak dari pagi aku buka dan terus tualaku capai. Masa untuk mandi. Nanti appa balik nak makan malam bersama.

Usai makan malam, kami anak-beranak duduk di ruang tamu sambil menikmati tembikai yang sangat enak lagi manis. –Sejak bila aku cakap Bahasa puitis ni? Hm-

“Esok kita kena balik ke kampung. Ada benda yang atuk nak bagitahu” appa bersuara. Aku tidak menumpukan perhatian kepada kata-kata appa kerana aku sedang asyik menonton rancangan kegemaranku, iaitu pororo. Omma dan appa memang tak akan ku layan sekiranya aku tengah dating dengan pororo.

“Yoora, kemas baju malam ni. Esok pagi kita dah kena bertolak” appa bersuara lagi. Kali ini sedikit kuat kerana dia tahu yang aku tak dengar akan apa yang dia katakana sebentar tadi. Aku menoleh sambil mengerutkan dahi. Baru aku teringat! Esok dah janji dengan Naeun dan Bomi nak pergi Myeongdong.

“Kenapa pa? Atuk sakit ke?” soalku sambil menyuapkan sepotong tembikai ke dalam mulut.

“Bertuah punya budak. Kamu nak ke atuk kamu betul-betul sakit? Atuk ada benda nak bagitahu kita. Katanya penting. Tapi tak tahu lah sampai mana tahap kepentingannya tu” terang appa panjang lebar. Aku hanya mengangguk.

Nampaknya terpaksalah batalkan niat nak buat eye-shopping dengan Naeun dan Bomi esok.

 


 

 

Selamat hari raya korang.

Disebabkan sekarang tengah raya dan view cerita ni dah 1000++, aku nak buat double update.

Yeayyyy! Lol

 

 

 

 

 

 

 

                                                                    

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FansterBang
Aku letak dlm mood subcribers-only buat sementara waktu ni.

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 12: Daebak!!!! Oh authornim!! Saya baca awak punya ff ni pada 12/12/2016...Will u update or stop your the best ff????please update!!!!!
amalinnasuha07 #2
Chapter 12: Update soon
chnylvrus #3
Chapter 12: Cute je dorang ni..update soon author nim! /syg chanyeol/err tetiba je/sorry komen mrapu hoho.
baekielover #4
Chapter 12: Yehet...hoho.depa dh brbaik..
jadoo98 #5
Chapter 12: Chapter 12: hoi3...mntang2 dh brbaik mlela adngan bersweet2 gituw hahaha yela spe xnak kan klau bleh sy pun nak huhuhu update soon*tpuk tngan* ^_-
JeonAra #6
Chapter 11: Update soon!^^
jadoo98 #7
Chapter 10: update soon please...^_-
izatizatixoxo88 #8
Chapter 10: Daebak giler citer ni..update soon...