MHME - 006

My Husband Is My Enemy

 

“Yoora!!”

Kedengaran satu suara memanggil namaku. Aku menoleh kearah suara tersebut. Aku melambai-lambai kearah Junhyung. Dah sampai dah prince charming aku!

Siapa Junhyung? Oh sorry! Lupa nak cerita macam mana aku boleh kenal dengan prince charming aku tu.

Macam ni cerita dia…

 

Flashback

 

“Class, make sure to finish your work by tomorrow. If not, I’ll pinch you” kata Puan Jeon, guru bahasa Inggeris kami.

Tok. Tok. Tok.

Encik Shin tiba-tiba masuk. Semua terkedu. Termasuklah aku.

“Dah kenapa dia masuk waktu macam ni? Ada orang buat hal ke?” bisikku pada Chanyeol.

“Mana aku tahu. Aku tak jaga dia” kata Chanyeol sambil mengangkat-angkat bahunya. Eh mamat ni! Aku tanya elok-elok macam tu kau jawab?

“Attention class! Kita ada pelajar baru hari ni” kuat betul suara cikgu rimau ni. Tersentak aku dengan Yeol.

“… Junhyung, masuk” arah Encik Shin kepada ‘mungkin-lelaki’ yang ada di luar kelas. Dia mengatur langkah masuk dan berdiri di sebelah Encik Shin.

Ya, betul tu. Dia lelaki. Bukannya apa, nama tak semestinya menentukan jantina. Pernah masa sekolah rendah dulu, nama classmate baru aku Jinyoung. Aku ingatkan lelaki, rupanya perempuan. Haih…

Aku hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Pandangan je kosong, tapi hati tak.

Handsome.

Handsome nya…” memang itu yang aku sedang fikirkan. Tapi… tu bukan suara aku. Garau semacam je. Aku menoleh ke kananku.

Yeol… aku tak tahu pula yang kau… gay? Hancur musnah harapan aku nak kahwin dengan dia bila aku tak jumpa jodoh aku nanti.

.....

 Tu yang selalu kami cakapkan. Heheh..

Chanyeol yang sedar dirinya diperhatikan sejak dari tadi, tiba-tiba menunjal dahiku.

“Kau jangan nak fikir macam-macam eh” bentak Chanyeol. Aku memandangnya dengan pandangan nakal.

“Tak pe. Aku takkan bocorkan rahsia ni. Aku janji tak bagitahu sesiapa” aku mengangkat tangan seperti hendak membaca ikrar.

“Kepala kau! Balik nanti tak nak belanja aiskrim!” rajuk Chanyeol.

“Alaa.. lek ah. Aku main-main je” Chanyeol hanya memekakkan telinga.

“Baiklah Junhyung. Sila perkenalkan diri kamu” suara Encik Shin yang lantang itu menghentikan perbualan kami.

Yong Junhyung imnida” katanya. Ringkas. Suara dia.. emph! y. Muka dia cold. Apa lagi yang aku boleh describe tentang dia? Walaupun dia tengah bercakap je, dia nampak y. Nampak gayanya, prince charming aku dah sampai!

“Baiklah Junhyung, awak boleh duduk di sebelah Minhyuk” arah Encik Shin.

Eh! Dia duduk dekat belakang aku dengan Yeol je? Assa!

 


 

“Hai Junhyung. Nama I Min Ah” sapa Min Ah dengan penuh gediknya sambil menghulurkan tangan, nak salam lah konon. Aku yang dengar pun rasa nak gugur bulu telinga.

Junhyung hanya memandang Min Ah dengan pandangan kosong. Lalu dia menumpukan perhatian kepada latihan matematiknya.

“Sombongnya you ni… I yang lawa ni pun you tak pandang” kata Min Ah lagi. Duk tergedik-gedik dengan prince charming aku macam kucing kena miang buluh tu kenapa? Prince charming aku? Ehem! Sejak bila uhuks.

Aku dengan Chanyeol dah meluat. Rasa nak muntah unicorn pun ada.

“Dekat rumah kau tak de cermin ke?” soal Junhyung tiba-tiba. Eh, dah kenapa dia tanya Min Ah ada cermin ke tidak? Eh, dia suka Min Ah ke? Dia nak puji Min Ah lawa ke? Hesh ini tidak boleh jadi!

“Tak ada lah you. Kenapa? You nak bagi I pinjam cermin you ke?” balas Min Ah. Loya buruk konon. Eh loya ah tekak ni, loya!

“Oh patutlah. Apa kata kau pergi pinjam mak tiri snow white punya cermin? Lain kali cermin muka tu dulu sebelum nak mengaku yang diri kau tu lawa” bidas Junhyung. Haa.. amik kau! Kuat suara Junhyung menyatakan isi hatinya. Satu kelas memandang kearah mereka berdua.

You main-main je kan ni?” soal Min Ah cuba menutup malu.

“No. I am not. So tolong blah daripada sini? And… apa nama kau tadi?” soal Junhyung. Dia ni suka si Min Ah tu ke? Dari tadi duk tanya soalan yang nampak macam caring tapi berapi.

“Min Ah. Shin Min Ah” ujar Min Ah, bangga.

“Ouh.. Min Ah…”

“Sedapkan nama I?” tanya Min Ah. Junhyung hanya tersenyum senget.

“Tak. Patutlah kau ni macam minah senget je aku tengok. Tulah, lain kali ingat eh. Nak letak nama anak tu, letak nama yang baik-baik sikit” sekali lagi Junhyung membedil Min Ah dengan kata-katanya yang berapi.

Min Ah yang malu segera beredar dari tempat Junhyung dan keluar kelas. Pergi tandas nangis kot.

Ish tough betul mamat sorang ni. Alert! Hati Yoora cair.

Ulang suara. Hati Yoora cair.

Okay, mengada.

Dah nak dekat 2 minggu Junhyung pindah sini. Tapi aku tak pernah nampak dia dengan sesiapa. Yelah, sesiapa tu kawan dia lah. Dia ni anti-social ke?

Aku pun tak sempat nak tegur dia lagi sebenarnya. –‘Eleh yeke tak sempat? Bukan takut ke?’-

Mana pula datang suara si penyibuk ni? Korang diam. Aku tak cerita baru tahu. –‘Okay’-

Yelah, aku takut. Kau tengok je lah muka dia tu. Cold macam lembu jantan yang tengah lapar. Hurk!

“Yoora!” sergah Naeun. Kalau aku tertampar jangan tanya kenapa.

“Kau ni kan! Kalau aku tertampar, tersepak atau tertumbuk kau macam mana?” marahku. Naeun mencebik.

“Garangnya kau ni. Macam manalah nanti kalau kahwin” kata Naeun.

“Yah Son Naeun. Merepek apa kau ni?”

“Tak de apa. Eh, kau bila nak tegur budak baru tu? Kalau tak, kau lah orang pertama yang pergi tegur bila ada budak baru” tanya Naeun tiba-tiba. Aku berhenti menulis. Sebenarnya aku tengah buat kerja matematik tadi.

“Kau gila apa? Nak aku kena halau macam yang Min Ah kena 2 minggu lepas? Erghh no way” aku menggeleng-gelengkan kepala dan jari telunjukku. Tanda tidak setuju.

“.. tercalar maruah aku” aku membuat muka seram tapi bodoh. Hm ada ke?

Naeun hanya mencebik. Tarik muncung baru tahu. “Haa lagi satu soalan” Aku baru nak pegang pensil, dia dah tanya balik. Aku hanya membuat muka apa-dia-soalan-kau-yang-tak-pernah-nak-habis-tu?

“Aku tengok kau dengan Luhan dah lama tak gaduh. Kalau tak, sekolah ni kecoh dengan korang dua orang je. Dah pencen ke?” aku berfikir sejenak.

Ha’ah lah. Sejak peristiwa dia curi first kiss aku dekat laman omma haritu, dia dah tak ada cari gaduh dengan aku. Kalau terserempak atau selisih dengan dia pun, dia buat bodoh je. Mungkin dia malu kot?

Ah! Lantak lah dia. Aman sikit dunia aku.

“Entah. Dia dah taubat mungkin” ujarku selamba.

Ya, tiada siapa yang tahu pasal peristiwa hitam tu. Err, lain macam je bunyi peristiwa  hitam. Okay, tiada siapa pun yang tahu tentang kejadian malam tu. Chanyeol pun tak tahu. Kalau aku bagitahu, mahu tak kecoh satu dunia si goblin tu kerjakan?

Haa, bercakap pasal Chanyeol, mana pulak si goblin tu hilang?

“Chanyeol mana?” tanyaku. Naeun hanya mengangkat bahu.

“Yo-yo-yoora~” sapa Chanyeol yang entah dari mana muncul.

“Kau panggil aku macam tu sekali lagi…” aku mengecilkan mataku dan melihat tepat wajahnya.

“Apa? Apa?” balas Chanyeol dengan nada main-main.

“… aku mandulkan kau malam ni” kataku selamba.

“Yoora..” panggil Chanyeol dengan nada tidak percaya. Aku memandangnya dengan pandangan kau-pehal?

“Jangan.. aku tak ready lagi. Aku masih dara” katanya tiba-tiba sambil memeluk tubuh. Mata Naeun sudah membulat. Aku dah biasa dengan lawak bodoh Chanyeol ni, tapi Naeun...

Maaf Naeun! Sebab biar Chanyeol rosakkan telinga kau yang masih suci tu!

Tak semena-mena kepala Chanyeol aku hempuk dengan buku teks matematik yang tebal itu.

Sudah sekian lamanya kami bertiga berborak, tiba-tiba Chanyeol menyuarakan satu pendapat yang tak berapa nak pandai, atau lebih senang, pendapat bodoh.

“Kita bet nak? Kau kena juga tegur budak baru tu hari ni” ujar si goblin. Mataku terus membulat. Mulut dah serupa serombong kapal.

“Kau pahal? Nak bet-bet bagai. Kalau aku tak nak?”

“Kalau kau tak nak--” dia berfikir sejenak.

“… aku bagitahu Luhan yang kau suka dia!” katanya sambil menepuk tangan. 

Mataku membulat lagi, tanda tidak percaya. Budak ni dah gila ke apa?

 


 

 

Korang semua, sorry lambat update!

Sorry sangat-sangat. 

Jangan lupa subscribe dan comment ya!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FansterBang
Aku letak dlm mood subcribers-only buat sementara waktu ni.

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 12: Daebak!!!! Oh authornim!! Saya baca awak punya ff ni pada 12/12/2016...Will u update or stop your the best ff????please update!!!!!
amalinnasuha07 #2
Chapter 12: Update soon
chnylvrus #3
Chapter 12: Cute je dorang ni..update soon author nim! /syg chanyeol/err tetiba je/sorry komen mrapu hoho.
baekielover #4
Chapter 12: Yehet...hoho.depa dh brbaik..
jadoo98 #5
Chapter 12: Chapter 12: hoi3...mntang2 dh brbaik mlela adngan bersweet2 gituw hahaha yela spe xnak kan klau bleh sy pun nak huhuhu update soon*tpuk tngan* ^_-
JeonAra #6
Chapter 11: Update soon!^^
jadoo98 #7
Chapter 10: update soon please...^_-
izatizatixoxo88 #8
Chapter 10: Daebak giler citer ni..update soon...