MHME - 12

My Husband Is My Enemy

Suasana hening seketika. Hanya bunyi nafas yang kedengaran. Luhan telah menarik aku kebelakang sekolah setelah aku berpura-pura merindui Chanyeol sebentar tadi.

Dia kelihatan marah. Tapi kenapa? Aku hanya main-main. Salahkah aku untuk merindui kawan baik aku sendiri? Tidak bukan? Lagipun Chanyeol juga merupakan sahabat karibnya.

“Kau.. kenapa bawak aku datang sini?” matanya aku tenung. Dia kelihatan keliru. Aku sendiri tidak dapat membaca apa yang sedang bermain dimindanya ketika ini.

Nafas dihembus kasar. Lubang hidungnya kembang kempis akibat nafasnya yang tidak keruan.

“Kau ni buta ke apa?” tanyanya sambil mengetap bibir.

“Buta? Buta apasal pulak? Aku tengah tengok kau ni kan” aku sendiri keliru dengan pertanyaan dia. Jenis soalan apa yang telah dia tuju kepadaku sebentar tadi?

Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya. Matanya turut dipejamkan. Kemudian anak matanya meliar untuk mencari anak mataku. “Aku suka kau” ringkas.

Aku terkebil-kebil.

Aku suka kau? Luhan suka aku?

Lu pondHan suka aku?

Aku mengamati muka comel Luhan yang berada hanya beberapa cm daripada aku. Setelah otak aku berjaya memproses apa yang telah disampaikan olehnya, ketawaku meletus. Aku tidak pasti apa yang kelakar tetapi aku terasa geli hati.

“Kau jangan bergurau boleh tak?” tanyaku. Tawaku masih bersisa.

Dahinya berkerut. “Aku tak bergurau” tegasnya.

“Apa kau tak nampak sebelum ni yang aku selalu ada dengan kau? Dekat mana kau ada, dekat situ jugaklah aku ada. First day sekolah aku peluk kau depan semua orang, sebab aku nak tunjuk dekat semua yang aku sukakan kau sorang je. Malam yang aku curi first kiss kau tu, aku sengaja. Sebab aku nak buat kau jadi milik aku. Dan malam tu jugak papa aku cakap yang aku kena kahwin. Kau tahu tak aku menangis sebab aku ingat aku memang takkan pernah bersama dengan orang yang aku cinta. Kau pernah tak rasa patah hati Yoora? Malam tu hati aku pedih sangat. Tapi bila aku dapat tahu yang kau bakal isteri aku, hati aku terus berbunga. Aku seolah-olah mati hidup semula” dia berhenti.

"Tak boleh ke kau terima aku?" sambungnya.

Lidahku kelu. Mindaku sedang memproses semua kata-kata yang telah keluar dari mulutnya. Mukanya aku tenung. Dapat aku lihat keikhlasan daripada matanya. Entah mengapa, hatiku berdegup kencang. Apakah perasaan ini?

Aku sukakan Luhan ke? Tidak mungkin kan?

Setelah tiada jawapan yang keluar dari mulutku, Luhan kemudiannya melepaskan satu keluhan. Kepalanya ditundukkan dan dia berlalu pergi.

“Ahhhh! Apa kau dah buat ni Yoora??” aku mengetuk-ngetuk kepalaku sendiri. Aku kesal kerana tidak berterus terang.

Aku berjalan pergi dengan kepala yang ditundukkan. Hati aku terasa pedih. Aku bencikan Luhan ke? Keluhan berat aku lepaskan.

"Pagi-pagi dah mengeluh. Nanti cepat tua" tegur satu suara yang agak serak basah. Aku menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Junhyung. Satu senyuman tipis aku ukirkan.

"Senyum lagi sekali. Tadi tu macam tak ikhlas" seloroh Junhyung lalu menghampiriku. Aku tersengih lebar mendengar kata-katanya. Ada sahaja benda yang dia akan cakapkan bila aku tiada mood. 

"Macam ni baru Kim Yoora yang aku kenal" sambungnya lagi sambil memeluk bahuku dan membawaku menuju ke kelas. Aku hanya tersengih dengan gelagatnya yang comel itu.

 

Seusai makan malam, aku menuju ke bilik tidurku untuk mengambil cardigan kelabuku. Aku sudah berjanji untuk melepak di rumah Chanyeol. Lagipun aku ingin mengelak daripada Luhan. Sejak peristiwa di sekolah pagi tadi, dia langsung tidak menegurku. Aku nak tegur pun terasa segan. Apa yang harus aku buat? Mari pergi minta bantuan Chanyeol~

"Tok tok tok~ Chanyeol~ bukak pintu mariiiii" jeritku dari luar. Kedua-dua belah tanganku berada didalam poket cardigan. Aku tidak mengetuk pintu rumahnya. Hanya suara yang memanggil. Aku malas lagipun sejuk.

"Tak nak beli tak nak beli! Tolong pergi dari sini" kedengaran suara Chanyeol disebalik pintu sebelum dia ketawa terbahak-bahak. 

"Bukaklah sejuk gila" akhirnya pintu dibuka. Aku melangkah masuk. Mata meliar memerhati sekeliling. Ini bukannya kali pertama aku mengunjungi rumah Chanyeol tapi sudah menjadi satu tabiat untuk memerhati dekorasi rumahnya yang unik dan kemas itu. Ibunya seorang penggemar kayu jati, jadi perhiasan didalam rumah dia kebanyakkan diperbuat daripada kayu.

"Omma mana? Unni mana? Appa mana?" tanyaku sambil melangkah menuju ke dapur. Selamba lipas bukan? 

"Pergi jumpa family bakal mertua Yura noona" jawab Chanyeol yang sedang membuntuti aku. Aku hanya menge-oh-kan sahaja. Keluarga Chanyeol ibarat keluarga aku sendiri. Lagipun kakak dia mempunyai nama yang sama denganku, cuma ejaannya sahaja yang lain.

Gelas diambil lalu aku menuangkan susu strawberry ke dalamnya. Susu itu diteguk untuk beberapa kali sebelum nyah didalam perutku. "Luhan tak nak cakap dengan aku lagi" kataku sambil mencuci gelas yang baru digunakan. 

"Tulah kau. Aku dah kata jangan. Tengok padan muka" katanya sambil mengunyah gula-gula getah. 

"Apa yang jangan? Gila" tanyaku. Disebabkan aku tidak menjumpai tisu atau mana-mana kain lap tangan, jadi aku mengeringkan tanganku menggunakan baju Chanyeol. Matanya membulat.

"Hey you so not good. Baju baru ni!" jeritnya lalu menepis tanganku. Aku hanya menjelirkan lidah dan berlalu ke ruang tamu. Bersembang di dapur membuatkan aku terasa tua dari umur sebenar.

Punggung dilabuhkan di atas sofa. Lalu kaki diangkat dan aku duduk bersila. 

"Bukan ke dia marah kau sebab kau peluk aku pagi tadi? Habislah aku. Luhan tak nak kawan aku dah lepas ni" Chanyeol melabuhkan punggungnya di atas karpet. Aku mengeluh panjang. Bersedia untuk bercerita.

"Bukan sebab tu" ringkas. Keningnya bertaut. Riak wajahnya kelihatan keliru. 

"Dia confess dekat aku tadi" aku menunduk. Mukaku terasa panas. Jantungku berdegup kencang.

"Woahh~ dan?" tanyanya sambil tersengih lebar.

"Dan aku tak tahu nak buat apa!!" aku menjerit didalam bantal. Kini, giliran Chanyeol pula untuk mengeluh. Aku mengangkat mukaku dan memandangnya.

"Kau terima jelah dia. Lagipun dia suami kau. Korang dah kahwin dah pun" Chanyeol menasihati aku. Pandanganku jatuh memandang lantai. Aku patut terima Luhan? Kenapa aku nak terima dia?

Sedangkan aku terima dia dah lama. Hmm,

 

Pintu bilik dikuak perlahan. Luhan tiada diruang tamu jadi jawapannya... dia di dalam bilik. 

Aku mengambil nafas panjang dan menghulurkan kepala untuk mengintai. Luhan sedang baring di atas sofa sambil lengannya diletakkan di atas dahi. Dengan langkah berhati-hati, aku masuk. Aku tahu dia hanya berpura-pura tidur, jadi aku mendekatinya.

"Luhan" panggilku. Namun, tiada respon yang diberikan. Aku menundukkan badanku dan mendekatkan mukaku dengan mukanya. Betul ke dia tidur ni? Aku masih mengintai mukanya disebalik lengannya yang menutupi mata serta dahinya itu.

Tiba-tiba badanku ditarik kedalam satu pelukan. Mataku membulat. Aku terjatuh diatas badan Luhan dengan tanggannya yang memeluk pinggangku erat. Mataku ditenung. Dapat aku rasa pipiku sedang panas. Barangkali sudah merah seperti tomato ceri.

Dugeun. Dugeun.

"K.. kau.. buat apa ni?" tanyaku perlahan. Suara tak mahu keluar. 

"Sorry pasal tadi. Aku emo sangat" jelasnya. Suara dia tenang saja. 

"Oh.. tak pe. Sebenarnya.. aku pun ada benda nak bagitahu kau" terus terang sajalah Yoora~ Luhan mengangkat keningnya tanda untuk aku meneruskan percakapan.

"Ak.. aku—" aku mengambil nafas sedalam-dalamnya.

"—dah lama terima kau sebenarnya" aku mengalihkan pandangan. Tak nak lah bertentang mata dengan dia. Aku malu!!

Senyuman terukir di bibir Luhan. Lalu dia mengeratkan lagi pelukannya. "Thank you. Aku janji aku tak akan main kayu tiga" bahunya aku gigit. Apa? Kayu tiga? Amboi... aku baru je bagitahu yang aku terima dia sekarang dah pasang niat nak main kayu tiga.

Aku mencebik bibir. Aku cuba melepaskan diri dari pelukan Luhan, tetapi apakan daya aku sebagai seorang wanita comel. Luhan kuat sikit berbanding aku.

"Aloo gurau je" dia memegang kedua belah pipiku lalu mataku ditenung. Aku malu. "Meh sini sayang sikit" guraunya lagi.

"Ishh dah lah. Tidur" aku bangkit dan menarik telinganya. Dia memuncungkan mulutnya sambil menggosok-gosok telinga.

"Nak tidur atas katil boleh?" dia meminta kebenaran. Tapi belum sempat aku menjawab, dia sudah terbaring di atas katil. Selimut menutupi dada dan tangannya didepakan seolah-olah memanggil aku untuk tidur di dalam pelukannya.

Muka geli aku tonjolkan. Tapi hati sebenarnya suka. Jadi aku pergi sajalah.

Jangan salah sangka. Kami hanya tidur innocent saja ya kamu semua~


 

Chapter 12 is up!

Apa pendapat kalian?

Dorang dua dah baik ke? Uuuuu~

Jangan lupa comment apa pendapat korang. 

Dan siapa yang subscribe tu, sayang korang hahaha

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FansterBang
Aku letak dlm mood subcribers-only buat sementara waktu ni.

Comments

You must be logged in to comment
SufiSuga83 #1
Chapter 12: Daebak!!!! Oh authornim!! Saya baca awak punya ff ni pada 12/12/2016...Will u update or stop your the best ff????please update!!!!!
amalinnasuha07 #2
Chapter 12: Update soon
chnylvrus #3
Chapter 12: Cute je dorang ni..update soon author nim! /syg chanyeol/err tetiba je/sorry komen mrapu hoho.
baekielover #4
Chapter 12: Yehet...hoho.depa dh brbaik..
jadoo98 #5
Chapter 12: Chapter 12: hoi3...mntang2 dh brbaik mlela adngan bersweet2 gituw hahaha yela spe xnak kan klau bleh sy pun nak huhuhu update soon*tpuk tngan* ^_-
JeonAra #6
Chapter 11: Update soon!^^
jadoo98 #7
Chapter 10: update soon please...^_-
izatizatixoxo88 #8
Chapter 10: Daebak giler citer ni..update soon...