The Death Note

Don't Drag Us to Hell (When the Nightmares Ignited)

 

Chanyeol termenung sendirian di dalam bilik. Fikirannya kosong. Fikirannya terhuyung-hayang membayangkan akan jalan cerita yang di dalam buku usang tersebut sampai dia tidak sedar akan kepulangan Suho dan Xiumin dari pekan.

“Hoiiii!!!! Moh le makan!!! Korang tak lapar ke???”,teriak Suho dari dapur.

Namun…masih tiada sesiapa pun yang menyahut.

“Kurang asam jawa…memang sah pekak bin badak betullah budak2 dua ekor tu!!”,Suho mendengus.  “Takpe,biar aku je yang panggil diorang…”,kata Xiumin sambil mengambil seketul ayam goreng yang bersalut sos lada hitam ke dalam mulutnya.

“Hoii…kome,moh le makan…Suho tu dah lama bising2 kat dapur tu hah,kesian la kat dia”,Xiumin menundukkan badannya sambil membuat muka comelnya ke arah Chanyeol yang tengah duduk termenung di atas lantai.

Chanyeol merenung tajam tepat ke anak mata Xiumin menyebabkan dia berasa tidak selesa.

“Erk…jom la makan…”,Xiumin hanya mempedulikan sahaja renungan tersebut dan berjalan ke arah Kris yang nyenyak tidur di atas katil. “Sayang ku~~~ Ayam sedang menantimu…ahahaha”,Xiumin sengaja mendekatkan ayam goreng tersebut singgah di hidung Kris.

Terus kembang-kempis hidung Kris tatkala bau ayam goreng menerjah ke dalam rongga hidungnya.

Apalagi…tak smpai 3 saat,mamat Kris tu terus bangun dan merampas ayam Xiumin lalu segera memakannya.

“Hoi!!! Hoi!! Ayam goreng akuuuu!!!!”,Xiumin menjerit.

“Jom…kita makan,nnti Suho marah :p”,Kris lalu membuat muka selamba badak dan terus berjalan pergi ke dapur. Chanyeol masih terduduk kaku di atas lantai. “Aik…ko tak nak makan ke Yeol?”,tanya Xiumin. “Nanti aku pergila…”,Chanyeol memandang muka Xiumin sambil mengukir senyuman plastiknya.

Di meja makan, Chanyeol hanya mengambil sedikit sahaja lauk,nasi langsung tidak dijamah.Mukanya berpeluh-peluh. Member2 lain memandang pelik melihat kelakuan Chanyeol.

“Apasal ko ni? Lain macam je aku tengok? Ko pergi berkebun ke smpai berpeluh-peluh bagai ni hah? Tadi bukan kemain bising mulutnya,skrg plak diam je…”,perli Suho.

Chanyeol tidak berkata apa-apa,sebaliknya dia memandang semua muka member-membernya.

“?????????”,Suho,Kris & Xiumin saling berpandangan.

“Aku tak larat la nak makan…”,Chanyeol terus bangun dari tempat duduknya dan pergi mencuci pingganya di sinki.

“Kenapa dgn dia?? Kris…ko ada buat pape ke kat dia??”,Suho membuat muka nakalnya.

“Bongok!! Mana ada! Kesitu plak dia!”,Kris menunjukkan buku limanya ke arah Suho.

Pabila waktu malam menjelma………..

Chanyeol khusyuk melayan tv dengan semua member-membernya.

“Korang…ada jumpa headphone aku tak???”,Xiumin tiba-tiba teringat akan headphonenya.

“Laaa…ko lupa la tu,kan dah tertinggal kat dorm kita haritu kan?”,jawab Kris.

“Owh…lupa plak…hehehe…sowwyyy”,Xiumin tersenyum sumbing. “Ko pinjam je aku punya headphone…ada dalam beg galas aku tu hah…”,kata Chanyeol dgn selamba.

“Wokehh!!! Terima kasih chingguuyaaahh!!!”,Xiumin melompat keriangan.

“Woih!! Runtuh rumah ni nnti…kang sape nak ganti?? Aku jugakk…hemph!”,Suho menjeling. Xiumin mengajuk kata-kata Suho. Muka Suho terus masam mencuka.

Perlahan-lahan langkah Xiumin ke arah bilik rakannya itu,lalu membuka zip beg galas Chanyeol dan………dengan tak semena-mena dia telah menjumpai buku usang tersebut.

“Alang-alang dia tgh leka tu…aku boleh la baca buku ni! Ahahahaa!!!”,Xiumin bersorak ria di dalam hati. “Hemph…nmpaknya buku ni mmg pelik,cover dia kosong,tak de tajuk…jap…dah bertanda?? Jadi,,Chanyeol dah baca smpai muka surat…….”,Xiumin terus menyelak halaman yang telah dilipat pada bucu kertas pada buku tersebut.

“…….sampai muka surat ni!!”,Xiumin terus membaca isi kandungan buku tersebut.

 

 

Tiba-tiba pegangan kami terlepas.

Aku cuba memanggil namanya banyak kali tapi dia tidak menyahut. Joon Myeon menyelinap masuk ke dalam semak tersebut.Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Chanyeol telah hilang di dalam lingkaran semak-samun tersebut.

Apakah semua ini???!!!!

Semua dah jadi tidak menentu!!

Aku buat keputusan untuk membakar buku tersebut.Mujurlah ada lighter dalam poket aku.Lalu,aku menyuruh Joon Myeon mengumpul daun-daun yang berguguran dan aku mula membakarnya.

Kami hanya mampu menangis dan terduduk memikirkan kenapa kejadian ini berlaku dalam hidup kami.

Aku dan Joon Myeon mengambil keputusan untuk pergi daripada rumah tersebut.

Kami berlari dengan sepenuh tenaga kami.

Kami berlari tidak tentu arah sehinggalah kami tergelincir ke dalam gaung. Antara kami tiada sesiapa pun yang terselamat.

Sehinggalah suatu hari pasukan penyelamat menemui mayat kami bergelimpangan tersangkut di jurai-jurai ranting pokok.

Tetapi,mereka masih tidak dapat menjumpai mayat Xiumin dan Chanyeol……………

 

“Xiumin???????????Apasal nama aku….dalam ni??? Member-member aku semua dlm ni….mati?????? Ni semua cerita tipu kan??? Apasal seram sgt??”,Xiumin menggaru-garu kepalanya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh yang begitu kuat dan kilat saling sambar-menyambar. Xiumin terus mendakap buku usang tersebut. “Aishh..buat terkejut aku je la,nak hujan lebat agaknya ni…”,Xiumin mengusap dadanya.

“Wei….ko tipu aku kan???”,suara Chanyeol tiba-tiba melintas di gegendang telinganya.

“Aku….aku cuma…nak…”,Xiumin tak tahu nak cakap apa kat Chanyeol.Lidahnya tiba-tiba kelu.

“Ko tipu aku kan????!!!!!!!!!!”,Chanyeol terus berubah menjadi singa. Mukanya merah padam seperti menahan marah. “Tak…aku nak ambik headphone je…”,Xiumin masih memeluk erat buku tersebut.

“Tu…apa tu hah??? Kenapa ko baca hah!!!!!”,Chanyeol menarik kolar baju Xiumin. “Sorry….aku tak bermaksud nak tipu ko…tapi…aku rasa lebih baik kita buang je buku ni….”,Xiumin terketar-ketar kerana ketakutan.

“Maksudnya…ko dah baca smpai habis la cerita kat dalam buku tu?? Jadi macam mna?? Happy ending kan??? Ko suka kan endingnya!!! Bagitau la!!!!”,Chanyeol terus menarik kolar baju Xiumin.

“Diorang…..diorang semua…..mati…………….”,Xiumin terus terdiam.

“Ko kata apa???????”,Chanyeol seperti tidak percaya. Tak lama selepas itu,semua lampu dalam rumah itu terus terpadam. Tatkala itu,kedengaran suara Kris menjerit kerana terkejut akan suasana di dalam rumah tersebut gelap-gelita.

“Weh…korang…ada lampu suluh tak???”,Kris dan Suho menerjah ke bilik mereka.

“Ada…ada…”,kata Suho selepas menjumpai lampu suluhnya di dalam beg. “Kenapa tiba-tiba tak de elektrik ni?? Takkan bekalan terputus kot??”,tanya Kris. “Entah…”,jawab Suho dengan ringkas. “Napa budak dua orang tu senyap jer?? Xiumin!! Chanyeol!!!”,teriak Suho.

“Kiteorang ada…”,Chanyeol menyahut panggilan Suho. “Takkan aku sorang je yang bawak lampu suluh??”,Suho menyuluh muka membernya sorang-sorang. “Woih!! Sakit mata aku tau tak!”,marah Xiumin. “Jap…aku ada satu…”,Xiumin mengambil lampu suluh dari beg galasnya.

 “Aha!! Ni dia!”,Xiumin menyuluh lampu suluhnya ke arah muka Suho. “Terang gila bapak!!!”,Suho menutup matanya.

“TAPTAPTAP!!!!”

Kedengaran seperti ada yang sedang mengetuk bumbung rumah tersebut.

Mereka berempat terus terkejut beruk. “Bu…bunyi apa tuh???”,Kris mendekatkan badannya ke Chanyeol. “Bunyi ranting pokok jatuh kot…ala..rilekslaaa…”,Xiumin cuba membuat gaya coolnya kerana dalam seumur hidup dia…dia tak pernah mempercayai benda-benda karut terutamanya hantu.

“DUMDUMDUM”

“Bunyi apa plak tuh???”,Suho menelan air liurnya. “Aku rasa tu datang dari pintu dapur…….”,Chanyeol turut menelan air liurnya.Badanya mula berasa panas.Peluh mula membasahi bajunya.

“Jom………”,Xiumin mengajak member-membernya pergi ke dapur.

“Ko gila???? Aku tak nak pergi!! Baik aku duduk dalam bilik ni smpai pagi esok!”,Kris melepaskan tangan Xiumin.

“Aku tak kira…jom!!!”,Xiumin memaksa Kris,Suho dan Chanyeol untuk pergi ke dapur. Mereka berempat berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur yang gelap-gelita. Hanya cahaya kilat yang kadang-kala dapat dilihat melalui tingkap dapur tersebut.

“DUMDUMDUM!!!”

Ketukan tersebut kedengaran lagi.Kali ini semakin agresif. Xiumin menyuluh ke arah pintu dapur. “Ko…korang…aku nmpak ada bayangan manusia kat luar laaa……..”,Chanyeol menunjukkan bayangan manusia yang dijumpainya melalui tingkap dapur.

“Aku rasa tak sedap hati laa…..”,Xiumin menundukkan mukanya.

 

“DUMDUMDUM!!!!!!!!!!DUMDUMDUM!!!!!!!!”

Mereka berempat terkejut smpai Kris menjerit macam orang gila… “Sorry…sorry….”,Kris minta maaf atas kelakuannya yang penakut tu.

Xiumin yang berada berdekatan dengan pintu dapur mula memberanikan diri. Dia berjalan menuju ke pintu dapur.

“Woi!! Sengal!! Ko nak buat apa hah???”,Suho marah kepada Xiumin.

“Korang diam boleh tak???”,Xiumin meninggikan suaranya. “Ko jangan bukak pintu tu weh!! Pleaseee!!!”,Chanyeol menyorok di belakang Suho.

“Jangan risau…aku cuma nak……………………….”,Xiumin terus membuka pintu dapur tersebut dan…………………..

 

-TO BE CONTINUED-


 

Whoa whoaa!! ahaha...sorry sbb buat korang sakit jantung!!! ahaaha XD

Jumpa korang semua di chappie seterusnyaaaaa!!!!

huahuahaaaaahaaaa!!!! *creepy face + evil laugh*

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minbaekhyun
#1
Chapter 10: nasib baikkkkk.
sayhershe
#2
Chapter 10: Part kaki chnyeol kena potong mmg ngeri.. sadis giler.. thanks author sbb selamatkan dorang.. huhu *menangis*
young_angely #3
Chapter 10: huhuhu.....best...suspen betol...xD
DiamondSakura
#4
Chapter 10: Ya Allah! Terkejut aku dibuatnya! >< ingatkan ending nya diorang semua mati macam tu jek. btw, good job author-nim! Penuh suspens yow cerita ni! XD
cuma nak tanya sikit, maknanya budak laki yg pernah buli budak pempuan tu member exo ke???
LyanaLya #5
Chapter 10: Woww.. daebak lah citer authornim ni. Nasib chanyeol dpt halang dorng dri pegi rumah tu..Huhu T.T
balqis_sehun
#6
Chapter 10: Yay habis pon citer ni... Nasib baik diorang tak pergi kat rumah tu... Fuh selamat...
Byun_Bacon99
#7
Chapter 10: huhu ... dah tamat T^T Dae to the Bak ff ni /thumbs up/
miss_almond #8
Chapter 10: Hebat . Full of mystery . I love it .
jiumin #9
Chapter 10: huhu..habis pon.. thumbs up..