It's My Turn

Don't Drag Us to Hell (When the Nightmares Ignited)

 

Mereka bertiga terdiam seketika tatkala mendengar kata-kata daripada rakannya itu.


“Ko dah buat bulu roma aku tegak,terima kasih Yeol”,Suho menjeling Chanyeol.
Tiba-tiba seorang lelaki yang bermotosikal memberhentikan motornya dia perkarangan rumah tersebut.

Dengan pantas,Xiumin menjengok ke luar tingkap dan memalingkan wajahnya semula ke arah Chanyeol dengan wajah yang amat risau.

“Kenapa??”,Chanyeol menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Pak…pakcik yang ko cakap dah meninggal tu ada kat luar rumah….”,Xiumin menelan air liurnya.

“What the….”,Chanyeol terus meluru ke luar tingkap dan melihat pakcik tersebut sedang berdiri tegak di sisi motosikalnya.

“Apa kita nak buat ni??”,Suho memeluk tubuhnya kerana ketakutan.

“Kita kena….”,belum sempat Chanyeol menghabiskan kata-katanya,tiba-tiba Kris berjalan ke arah muka pintu.

“Kris!! Nanti dulu!”,Chanyeol cuba menghalang Kris,namun, tanpa berfikir apa-apa,dia terus sahaja membuka pintu rumah.

“Pak cik…”,Kris memberanikan dirinya sambil melihat tubuh pakcik tersebut yang berdiri kaku di hadapannya.

Pakcik tersebut sebaliknya diam sahaja.Matanya pula melilau seperti mencari kelibat seseorang,ataupun seperti sedang memerhatikan keadaan sekeliling rumah tersebut.
Kris sendiri tidak pasti.

“Pak cik?”,Kris memanggil semula namun keadaannya masih sama.

“Bagi buku tu cepat!”,pakcik tersebut tiba-tiba bersuara lantang. Apalagi,terkejut la si Kris tu.
Yang lain hanya menunggu di dalam rumah,membiarkan sahaja rakannya melayani pakcik itu.

“Ya!ya!!”,Kris berpusu-pusu mendapatkan buku tersebut di dalam bilik.

“Kenapa Kris??”,tanya Xiumin.

“Buku tu…mana buku tuuuu!!”,Kris menyelongkar barang-barang di dalam almari.

“Rilekslah…ko nak buat apa ni?? Ko jangan sembarangan bagi buku kat pakcik tu…entah-entah dia orang jahat ke?”,kata Xiumin.

“Tak…aku rasa tak…aku takut la tengok muka pakcik tu”,Kris memandang Xiumin sambil mendengus.

“Korang..pakcik tu….ada…ada kat dalam rumah…”,Suho mengetap bibirnya.

Lalu,Kris dan Xiumin keluar dari bilik dengan tangan yang kosong.

Sekarang mereka berempat berdiri di hadapan pakcik tersebut dengan perasaan yang amat gementar.

“Kenapa pakcik datang sini? Bukan ke pakcik patut datang hujung minggu ni,lagipon kami bercuti kat sini dalam seminggu,pakcik dah lupa?”,Chanyeol cuba mengukir senyumannya walaupun berasa amat seram melihat keadaan itu.

“Aku nak korang tutup semua tingkap dan pintu kat dalam rumah ni”,pakcik tersebut tiba-tiba sahaja memberi arahan.

“Kenapa pakcik?”,tanya Kris.

“Jangan banyak tanya! Aku kata tutup,tutup je la!!”,pakcik tersebut tiba-tiba sahaja meninggikan suaranya.

Mereka berempat tersentap mendengar kata-kata pakcik itu.

“Nak je la aku maki orang tua ni,dah mati pun tak sedar diri”,Kris mencebik.

“Oi,mulut ko tu jaga sikit! Kang dia sumpah ko jadi batu,aku tak boleh nak tolong!”,Suho memarahi Kris dalam nada yang perlahan.

Selepas itu,keadaan di dalam rumah gelap-gelita selepas pintu dan semua tingkap ditutup. Keadaan yang gelap gelita itu membuatkan mereka berempat tidak senang duduk,masing-masing memegang tangan dan baju sesama sendiri.

“Pegang lah tangan aku!”,Suho menepuk bahu Chanyeol.
“Tangan aku berpeluh lah!”,Chanyeol mengesat tanggannya yang berpeluh di bajunya dan memegang semula tangan Suho.

“Mana buku usang tu?”,tanya pakcik tersebut.

“Ada…ada kat sini…”,Chanyeol mengeluarkan buku tersebut dari dalam bajunya.

“Penat-penat je la aku cari dalam bilik,rupa-rupanya ada kat dia…”,Kris mengeluh.

“Jangan takut dengan pakcik…pakcik tau kome semua tak nampak apa-apa sekarang ni,tapi jangan risau”,pakcik tersebut mengambil buku tersebut daripada Chanyeol,lalu membukanya.

Dengan tidak semena-mena,ada cahaya terpancar daripada buku tersebut tatkala buku tersebut di buka oleh pakcik tersebut.

Mereka berempat tergamam.

Pakcik tersebut tersenyum lalu,wajahnya berubah seperti seorang remaja yang cukup mereka kenali.

“Sehun???!!!!”,Suho ternganga untuk beberapa seketika.

“Maafkan aku,bukan niat aku nak terkejutkan korang…tapi…aku kena tolong korang semua sebelum terlambat…tugas Luhan dah selesai,sekarang giliran aku pula untuk bantu korang semua”,Sehun memandang satu persatu rakannya.

“Muka…muka ko calar balar…”,Chanyeol memandang sayu melihat wajah Sehun.

Sehun hanya tersenyum,lalu terus membuka helaian dalam buku tersebut.

“Sebenarnya aku nak bagitahu cerita disebalik kesan-kesan terbakar kat setiap bucu buku ni”,Sehun menundukkan kepalanya.

“Kenapa? Siapa punya angkara?”,tanya Kris.

“Baekhyun pernah cuba membakar buku ni,tapi…”,Sehun mengeleng-geleng kepalanya.
“Lepas tu??”,Chanyeol membulatkan matanya,dahinya berkerut-kerut.

“Aku tak boleh cerita sebab masa dah suntuk,aku datang ni cuma nak bagitahu…mengikut jalan cerita kat dalam buku ni…sepatutnya…Xiumin dah mati. Semuanya sebab Luhan yang datang tolong…Xiumin bernasib baik sebab dapat ubah semua ni…mengikut nasib yang sudah ditetapkan,sesiapa yang membaca buku ni akan mati,tiada sesiapa pun yang terkecuali”,Sehun menerangkan dengan penuh teliti.

“Jadi,lepas ni aku la?”,Chanyeol menunding jari ke arah dirinya sendiri.

Sehun mengangguk.

“Terpulanglah pada korang semua,aku cuma nak cakap lepas ni korang perlu berhati-hati,Xiumin pula,jangan terlalu lega sebab kau memang tak akan mati,tapi ingat,kau kena bantu yang lain juga”,Sehun berjalan ke arah muka pintu.

“Korang…cepatlah selesaikan semua ni….aku nak korang selamatkan aku dengan Luhan…..tolong….”,Sehun membuka pintu dan berjalan ke arah motosikal.

Wajahnya berubah semula kepada seorang pakcik tua.

“Selamat bercuti~”,dia melambai-lambai tangannya dan pergi membawa motosikalnya sebelum bayangannya lenyap entah kemana.

Mereka berempat bingung.

“Aku tak faham…ni semua mimpi ke? Kenapa pakcik tu? Haa?? Sehun?? Alamak…peliknyaa…”,Suho terduduk di atas lantai di tengah-tengah rumah tersebut.

“Korang!!! Aku jumpa petunjuk baru!!”,Xiumin mengambil buku tersebut,lalu menunjukkan helaian yang mengandungi petunjuk yang baru dijumpainya.

“Peta apa ni??”,Kris meneliti helaian tersebut.

“Sehun bagi kita petunjuk ni…dia yang buka helaian ni tadi,tapi…aku tak tahu nak buat apa dengan peta pelik ni”,Xiumin memuncungkan mulutnya.

“Dia kata….yang kita kena tolong dia dengan Luhan? Tolong selamatkan mereka?”,Suho berkata perlahan.

“Selamatkan untuk apa?”,Suho menambah.

Xiumin dan Kris memandang sesama sendiri.

“Ada kesan darah la kat sini!”,Chanyeol menunjukkan satu tanda di dalam peta tersebut.

“A’ah…tapi…ada hutan la tengah-tengah peta ni…kesan darah tu ada kat hujung peta ni”,kata Kris.

“Nak tak nak,kita kena pergi dari rumah ni sekarang!! Aku nak balik!! Aku dah tak tahan!!”,Suho berdiri lalu meninggalkan rakan-rakannya.

“Nak pergi mana tu??”,teriak Kris.

“Pergi mati”,Suho berkata dengan selamba.

Kris berjalan mendekati Suho.
“Suho…kita betul-betul tak cukup masa ni,cuba la serius!”,Kris menggocang tubuh Suho.

Suho mendiamkan dirinya.

“Jom! Kita perlu buat sekarang jugak! Cuma peta ni je jalan penyelesaiannya! Ambik je la apa-apa peralatan yang korang ada,lampu suluh mesti bawak!”,Xiumin seperti bersemangat lalu membuka pintu dapur rumah tersebut.

“Biar aku pegang buku ni”,Chanyeol memeluk buku usang tersebut.

“Aku perlukan peta tu”,kata Xiumin kepada Chanyeol.

Chanyeol terus mengoyakkan halaman yang mengandungi peta di dalam buku tersebut.

Lalu,dengan perasan yang berat hati dan berdebar-debar,mereka berempat meninggalkan rumah tersebut. Xiumin berada di hadapan sekali sementara yang lain ikut dibelakangnya.

Mereka berempat terpaksa melalui kebun pisang yang sudah lama terbiar di belakang rumah tersebut.

Tatkala selepas itu,kaki Chanyeol tiba-tiba ditarik ke dalam semak di dalam kebun pisang tersebut.

“Chanyeol ah!!”,Suho dan Kris terkejut melihat rakannya ditarik ke dalam semak. Xiumin yang berada di hadapan,segera menoleh ke belakang.

“Ahhh!!! Tolong aku wei!!!! Aku tak nak mati!!!!!”,Chanyeol menjerit ketakutan.

Kris dan Suho cuba sedaya menarik tangan Chanyeol,namun tidak berhasil.

Xiumin segera membantu rakan-rakannya menarik tangan Chanyeol.
Dia tidak henti menjerit kerana ketakutan.

“Kaki aku!!!”,Chanyeol tidak bertahan lama lagi,dia dapat merasakan yang kakinya itu seperti mahu putus akibat ditarik ke dalam semak itu.

Kris dan yang lain-lain tidak berputus asa. Mereka menarik badan rakannya itu dengan sepenuh kudrat yang ada.

Mujurlah akhirnya Chanyeol dapat diselamatkan. Namun,kakinya mengalami kecederaan parah.

“Aku…aku rasa aku tak dapat berjalan lagi….”,Chanyeol mengelap tangisannya.

“Chanyeol….”,Kris segera memimpin rakannya itu.

“Jangan risau Yeol,kiteorang ada,yang penting kau selamat,bertahanlah!”,Kris memegang tubuh rakannya itu dengan erat.

Chanyeol terpaksa berjalan hampir sejam dengan keadaan kakinya yang cedera parah.

“Kita berhenti kat sini dulu”,kata Xiumin setelah sampai di seberang sebatang sungai.

Mereka berempat berehat di bawah sebatang pokok.

Chanyeol bersandar pada pokok sambil mengerut-ngerut dahinya kerana kesakitan yang amat sangat.
Xiumin mengambil sapu tangannya dan membasahkan kain tersebut dengan air sungai,lalu dia mencuci luka di kaki Chanyeol.

“Arghhh!! Sakitnya!!”,Chanyeol mengerang kesakitan.

“Sabar Yeol….”,Kris cuba menenangkan rakannya itu.

Setelah 15 minit berlalu,Xiumin berdiri semula dan berkata kepada rakan-rakannya,

“Seberang sungai ni adalah hutan belantara…aku tak tahu la kejadian apa yang bakal berlaku lepas ni,tapi aku nak korang..tolong jangan berpisah! Jangan buat perkara terlarang bila masuk hutan tu! Aku…aku tak nak siapa-siapa mati,walaupun risikonya amat tinggi…aku takut…sebab,kemungkinan kat dalam hutan tu ada macam-macam benda…”

Xiumin menghulurkan tanggannya ke arah Chanyeol.

“Together as one”,Xiumin mengukir senyumannya,Chanyeol membalas senyuman tersebut walaupun perit.

Sebenarnya hanya Xiumin seorang sahaja yang tahu kenapa mereka berempat perlu menjalani semua ni.

 

“akan ku tunaikan permintaan mu wahai Sehun,aku dan rakan-rakanku akan menyelamatkan kau dan Luhan”,

kata Xiumin jauh di sudut hatinya.

 

-to be continued-


"and it's my turn to help them,and I won't let it happen again"

 

Akhirnya aku update gak~

/tears of joy/

sori sebab lambat sangat update,aku mmg teramat sibuk dengan urusan rl aku T^T

jadi,yeah,tinggal beberapa hari sebelum aku mau hiatus,aku kena siapkan jugak

fanfic ni~

ahaha...tata~ mmuuaahhh~~

adios amigos~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minbaekhyun
#1
Chapter 10: nasib baikkkkk.
sayhershe
#2
Chapter 10: Part kaki chnyeol kena potong mmg ngeri.. sadis giler.. thanks author sbb selamatkan dorang.. huhu *menangis*
young_angely #3
Chapter 10: huhuhu.....best...suspen betol...xD
DiamondSakura
#4
Chapter 10: Ya Allah! Terkejut aku dibuatnya! >< ingatkan ending nya diorang semua mati macam tu jek. btw, good job author-nim! Penuh suspens yow cerita ni! XD
cuma nak tanya sikit, maknanya budak laki yg pernah buli budak pempuan tu member exo ke???
LyanaLya #5
Chapter 10: Woww.. daebak lah citer authornim ni. Nasib chanyeol dpt halang dorng dri pegi rumah tu..Huhu T.T
balqis_sehun
#6
Chapter 10: Yay habis pon citer ni... Nasib baik diorang tak pergi kat rumah tu... Fuh selamat...
Byun_Bacon99
#7
Chapter 10: huhu ... dah tamat T^T Dae to the Bak ff ni /thumbs up/
miss_almond #8
Chapter 10: Hebat . Full of mystery . I love it .
jiumin #9
Chapter 10: huhu..habis pon.. thumbs up..