He's Back

Don't Drag Us to Hell (When the Nightmares Ignited)

 

Perlahan-lahan pintu dapur dikuak. Alangkah terkejutnya mereka mendapati bahawa ada seorang lelaki  dengan bajunya yang basah kuyup sedang berdiri tegak di hadapan mereka berempat.

Dan…

“Luhan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Mereka berempat terkejut beruk.Mereka terlalu terkejut sehinggakan mereka hanya menjerit nama rakan mereka yang telah pergi lima tahun lepas iaitu Luhan.

“Tipu….ni semua tipu kan??”,Suho menelan air lirnya dan cepat-capat dia memalingkan mukanya.

“Lu….luhan…itu ko ke???”,Xiumin bertanya kepada lelaki tersebut. Lelaki itu hanya berdiri kaku. Tangannya dan bibirnya terketar-ketar.

“Kalau ko bukan Luhan,kenapa ko datang ke sini? Kau mahu apa daripada kiteorang?”,Kris mula memberanikan dirinya.

Lelaki tersebut tetap pada kedudukan tempat dia berdiri,dia tidak bergerak ke mana-mana walaupun seinci. Xiumin cepat-cepat memeluk lelaki tersebut tanpa berfikir apa-apa.

“Aku tahu tu ko Luhan…kenapa ko kembali ke sini?? Kenapa jadi macam ni?”,Xiumin berbisik ke telinga lelaki tersebut. Chanyeol menarik baju Xiumin namun cepat-cepat ditepis Xiumin. “Hoi! Ko gila!! Tu bukan Luhan laa!!”,Chanyeol memarahi Xiumin dalam nada yg perlahan.

Lelaki tersebut tidak berkata apa-apa. Hanya anak matanya  seperti menunjukkan reaksi,seperti ingin memberitahu mereka sesuatu. Suho tanpa berfikir panjang menyuruh Xiumin membawa lelaki tersebut masuk ke dalam rumah mereka.

Apalagi,bulu roma Kris dan Chanyeol terus sahaja menegak tatkala lelaki yang menyerupai Luhan melintasi di hadapan mereka. Tiba-tiba sahaja lampu menyala semula. Mereka berempat memandang sesama sendiri tatkala melihat leher lelaki tersebut lebam kebiru-biruan.

Suho cepat-cepat menutup pintu dapur semula. Mereka semua berkumpul di dapur,sambil melihat seorang lelaki yang agak ‘pelik’ yang baru mereka jumpa sebentar tadi.

“Nah…ni tuala,pergi bersihkan diri dulu”,kata Xiumin sambil menghulurkan sehelai tuala.

“Tak payah”,tiba-tiba lelaki tersebut bersuara.

Mereka berempat memandang sesama sendiri. “Wei….suara dia sama mcm Luhan dowh…”,Chanyeol berbisik ke telinga Suho.

“Wae???”,Xiumin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Aku Luhan,kawan korang…aku nak mintak maaf sebab aku dah buat korang takut. Cuma tujuan aku datang ni aku nak bagitahu korang….sebenarnya……..”,belum sempat dia menghabiskan kata-katanya,tiba-tiba bunyi guruh dan petir sabung menyabung.

“Se…sebenarnya apa…Lu…Luhan??”,Suho menelan air liurnya. Dia tidak sanggup melihat rakannya yang telah mati muncul di hadapannya. Dengan mukanya yang pucat dan leher kebiru-biruan,satu gambaran yang amat menyeramkan bagi dirinya.

“Aku datang dengan satu tujuan….”,tiba-tiba Luhan lenyap di hadapan mereka.

Mereka berempat terpinga-pinga.

“Mana dia??????!!!!!”,Chanyeol dan yang lain tercari-cari kelibat ‘Luhan’ di dapur namun tiada.

“Aku kat sini………”,suara Luhan menerjah ke telinga mereka. Mereka semua mengalihkan pandangan kearah satu sudut.

Luhan mengukir senyumannya sambil memegang buku usang tersebut.

“Buku tu….mana ko jumpa??????”,Chanyeol terkejut melihat kelakuan Luhan.

“Aku datang nak ambik balik buku ni…aku nak bagi kat tuannya semula….”,kata Luhan dalam nada yang sayu.

“Tapi kenapa??? Kenapa dengan buku tu???”,Kris kebingungan kerana tak faham. Lalu,dia terus memandang tajam kearah Chanyeol. “Apa semua ni???”,Kris menggenggam tangannya.

“Kenapa ko nak pulangkan balik buku ni kat tuannya? Siapa pemilik sebenarnya buku ni??”,tanya Xiumin. “Kenapa aku nak pulangkan balik?? Korang nak tahu sangat?”,wajah Luhan yang asalnya tenang kini bertukar sedikit keruh.

“Kalau korang nak tahu….aku bagi korang dalam masa 3 hari 3 malam. Korang semua kena selesaikan semua teka teki yang ada dalam buku ni….kepada yang sudah baca atau terbaca cerita dalam buku ni,terutama Chanyeol dan Xiumin………….kepada Kris dan Suho………………”,Luhan meletakkan buku usang tersebut di atas lantai.

Lalu dia mengambil sebilah pisau dan menoreh sedikit hujung jari telunjuknya. Perlahan-lahan darah mengalir dari hujung jarinya dan dia pun menulis ayat pada kulit hadapan buku usang tersebut.

“JANGAN BACA BUKU NI ATAU KORANG AKAN MATI”

Selepas itu,Luhan pergi ke pintu dapur dan terus lenyap.

“Luhan…..aaahhhhh”,Suho terus jatuh pengsan.

“Suho….suho…..aduhhhh….”,Kris menggoncang badan Suho namun tidak berjaya. Chanyeol dan Xiumin mengambil buku usang tersebut dan membaca tulisan yang telah ditulis oleh ‘Luhan’ sebentar tadi.

“……….3 hari 3 malam…..teka teki apa yang ada dalam buku ni??”,Chanyeol memandang Xiumin. Xiumin hanya mengangkat bahunya.

“Aku nak ko simpan elok-elok buku ni,jangan bagi Suho dan Kris baca…Jadi,hanya kita berdua je….yang akan mati….pergh….menyesal aku baca buku ni…Luhan pun satu kenapa la dia baru muncul???? Kalau dia muncul awal-awal kan bagus…tak de lah kita berdua jadi mangsa korban buku ni….T^T”,Xiumin mengeluh.

“Wei…korang tidur sama-sama ye…aku ada hal nak bincang dengan Chanyeol”,kata Xiumin kepada Kris. “Aku??? Dengan Suho? Okay,tapi…sape nak angkat budak ni?? Dia pengsan dowh!”,Kris cuba mengangkat badan Suho namun tak berdaya.

“Hemph! Biar aku angkat!!”,Chanyeol menepis badan Kris dan mengangkat badan Suho masuk ke dalam bilik.

Selepas itu,Chanyeol dan Xiumin berbincang di dalam bilik.Hanya mereka berdua sahaja.Tingkap dan pintu bilik tertutup rapat. Xiumin memandang Chanyeol dengan pandangannya yang sayu.

“Kita mulakan sekarang….”,Xiumin membuka helaian buku tersebut. Isi kandungannya sama.

“Alang-alang kita jadi mangsa,aku nak habiskan cerita kat dalam buku ni,boleh?”,Chanyeol meminta izin daripada Xiumin. Xiumin berat hati mahu memberikan buku tersebut kepada Chanyeol.

“Nah…”,Xiumin menghulurkan buku tersebut. “Lepas ko dah habis baca,biar aku baca pulak ye…”,Xiumin tersenyum tawar.

Chanyeol membaca buku tersebut.Xiumin hanya termenung memandang buku usang itu. Dia meneliti setiap inci rupa kulit buku tersebut.

“Yeollie….kejap….aku nak tunjuk sesuatu…..”,Xiumin mengambil buku tersebut daripada pegangan Chanyeol.

“Ko nampak tak ada kesan terbakar kat setiap bucu buku ni??? Ko tak perasan ke?”,Xiumin menunjukkan kesan bakar pada bucu buku tersebut. “A’ah…bau pun macam bau kena bakar…..takkan la ada orang cuba bakar buku ni??? Aku rasa…..”,Chanyeol membuat kesimpulan.

“Ada orang yang dah baca buku ni sebelum kita berdua!!!!!”,kata Chanyeol dan Xiumin serentak.

“Aku rasa ada orang cuba bakar buku ni la….tapi….kenapa ya???”,Xiumin mendengus.

“Aku pun tak tahu….hemmm….”,Chanyeol memicit-micit kepalanya.

Tiba-tiba………………….

“Chanyeol…..aku rasa lain macam la dengan leher aku ni…ko cuba tengok leher aku???”,tanya Xiumin kerana dia tiba-tiba sahaja berasa tidak selesa.

“Tak de pape pon…dah la…aku nak tidur~”,Chanyeol menarik selimutnya.

“Aku nak pergi dapur kejap……nak minum air~~”,Xiumin lalu berjalan pergi ke dapur.

Dia menuang air ke dalam gelas dan meneguknya beberapa kali.

“Fuhhh…leganyaaa….”,

 Dengan tak semena-mena, Xiumin terasa bahunya disentuh seseorang. Bulu romanya tiba-tiba sahaja menegak.

“Okay,aku benci perasaan ni….”,Xiumin berkata di dalam hati.

Luhan muncul kembali di hadapannya. Keadaannya sama seperti tadi.

“Lu…Luhan…ko buat aku terkejut….”,kata Xiumin terketar-ketar.

“Maafkan aku kawan….ko tahu kan apa yang dah tercatat dalam buku tu……Sebenarnya,buku tu dah disumpah….dan….aku lah salah sorang mangsa sumpahan buku tu…..aku patut bagitahu korang awal-awal….tapi aku dah terlambat……..maafkan aku….Cuma aku datang kembali nak bantu korang selesaikan teka-teki di sebalik sumpahan buku ni dan….aku nak minta bantuan korang………

Berjanji lah dengan aku yang korang akan jaga buku tu,dan jangan bagi yang lain baca……….

Selepas 3 hari 3 malam,selagi korang tak dapat selesaikan teka-teki tersebut,korang berdua akan terima padah………….

Lepas ni akan berlaku kejadian yang pelik-pelik yang ko sendiri tak akan terfikir….tapi aku datang kat korang sebab nak halang daripada benda tersebut berlaku…

Aku berjanji………walaupun hanya roh aku yang tinggal tapi aku akan sedaya upaya bantu rakan-rakan aku…..

Aku akan datang kembali sekiranya aku diperlukan,dan aku akan pergi jika aku tidak lagi diperlukan….

Selamat tinggal Xiumin…..”,kata Luhan dan lenyap semula.

Xiumin menundukkan mukanya.

“Aku….aku tak mampu hadapi semua ni…kenapa???? Dan kenapa semua ni patut berlaku??? Aku langsung tak faham!!!”,Xiumin menghentak meja makan.

“Hoi…yang ko mengelamun tak tentu pasal ni kenapa??? Moh le tido…btw,ko cakap dengan sapa tadi????”,tanya Kris kepada Xiumin sambil menggosok-gosok matanya.

“Dengan….kawan kesayangan kita….”,Xiumin mengukir senyumannya.

“Oh my oh my…..”,Kris tersentap mendengar kata-kata Xiumin dan terus berlari masuk ke dalam biliknya semula.

-TO BE CONTINUED-

 

 


"I'm back again to solve all this mess"

 

yeahhh!!!! Finally update jugak fanfic ni :D

thanks sbb korang sudi sabar menunggu update fanfic aku yang agak seram + pelik sikit lolololol

btw,thanks yang sudi upvote dan saya enjoy sgt baca komen korang semua!!!

okay,semoga kita bertemu di chappie seterusnya!!

Tata!!!

ShiMatoki :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minbaekhyun
#1
Chapter 10: nasib baikkkkk.
sayhershe
#2
Chapter 10: Part kaki chnyeol kena potong mmg ngeri.. sadis giler.. thanks author sbb selamatkan dorang.. huhu *menangis*
young_angely #3
Chapter 10: huhuhu.....best...suspen betol...xD
DiamondSakura
#4
Chapter 10: Ya Allah! Terkejut aku dibuatnya! >< ingatkan ending nya diorang semua mati macam tu jek. btw, good job author-nim! Penuh suspens yow cerita ni! XD
cuma nak tanya sikit, maknanya budak laki yg pernah buli budak pempuan tu member exo ke???
LyanaLya #5
Chapter 10: Woww.. daebak lah citer authornim ni. Nasib chanyeol dpt halang dorng dri pegi rumah tu..Huhu T.T
balqis_sehun
#6
Chapter 10: Yay habis pon citer ni... Nasib baik diorang tak pergi kat rumah tu... Fuh selamat...
Byun_Bacon99
#7
Chapter 10: huhu ... dah tamat T^T Dae to the Bak ff ni /thumbs up/
miss_almond #8
Chapter 10: Hebat . Full of mystery . I love it .
jiumin #9
Chapter 10: huhu..habis pon.. thumbs up..