Breaking the Clue

Don't Drag Us to Hell (When the Nightmares Ignited)

 

Malam tersebut merupakan malam yang panjang buat mereka. Apatah lagi Xiumin yang dari tadi hanya terdiam seribu bahasa selepas mengetahui yang dia akan mati dahulu.

“Nampaknya aku kena pergi sekarang….selamat tinggal…”,ucap Luhan sebelum hilang dibawa angin malam yang dingin.

“Tapi…tapi nanti dulu Luhan…jangan pergi!!!”,teriak Xiumin,namun apakan daya,Luhan telah pun hilang begitu sahaja seperti debu berterbangan.

Kris bingung melihat situasi tersebut sambil memegang buku usang tersebut dalam dakapannya.

Xiumin mencari bayangan Luhan ke luar tingkap,namun disebabkan kegelapan malam dan angin hujan yang begitu dingin membatasnya untuk mencari Luhan,lalu,dia segera menutup tingkap.

Suho pula sudah rebah dan badannya mula dibasahi peluh.

Cepat-cepat Chanyeol mengangkat badan rakannya itu ke atas katil,manakala Xiumin pula mengambil sehelai kain yang lembap,lalu diletakkan di atas dahi Suho.

Mereka bertiga duduk termenung,tidak tahu memikirkan akan cara penyelesaian di sebalik kejadian yang telah berlaku,fikiran mereka betul-betul buntu.

Kris masih tidak berpuas hati lagi,lantas dia segera membelek setiap helaian buku tersebut hingga ke kulit belakang,namun tiada petunjuk baru ditemui,hanya kesan terbakar pada hujung bucu buku dan tulisan cina itu sahaja petunjuk yang ada.

Namun,petunjuk tersebut hanya sekadar petunjuk yang tidak membawa ke arah pengakhiran derita mereka.

Xiumin dan Chanyeol hampir berputus asa,namun pada Kris pula, masih ada cara lagi untuk menyelesaikan semua ini namun mungkin memakan masa sedikit,dan memerlukan kesabaran,serta mentaliti yang kuat.

Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi,namun mereka bertiga masih tidak dapat melelapkan mata.

“Aku tak tahu apa nak buat dengan petunjuk-petunjuk yang kita dapat tu….aku langsung tak tahu macam mana nak selesaikan teka-teki yang Luhan cakapkan tu”,Xiumin mengeluh.

Kris masih lagi membelek helaian buku usang itu buat kesepuluh kalinya,tiba-tiba sahaja dia berasa hairan setiap kali melihat dua muka terakhir dalam buku tersebut.

Chanyeol dan Xiumin hanya memerhatikan kelakuan Kris.

“Ada yang tak kena ke Kris?”,tanya Chanyeol.

“Ada…cuba korang check dua muka surat ni…aku rasa lain macam dowh”,Kris memberikan buku tersebut kepada mereka berdua.
Lalu,Chanyeol dan Xiumin menyemak dengan penuh teliti.

“Tak de apa-apa pon…ko jangan nak main-main Kris”,tegur Chanyeol.
Xiumin hanya memandang Kris dengan wajahnya yang kosong.

“Korang tak percaya cakap aku? Memang kita nampak kosong,tapi sebenarnya…ada tulisan…rasanya…”,Kris membuat andaiannya.

Tatkala selepas itu,tanpa teragak-agak,Kris terus mengoyakkan dua halaman tersebut. Apalagi…terkejut beruk si Chanyeol dan Xiumin.

“Hoi!!! Kenapa ko koyakkan hah?? Ko nak mati???!!!”,Xiumin menarik kolar baju Kris.

“Buat apa ko nak risau sangat,memang aku ditakdirkan mati jugak,nak buat macam mana…heheh”,Kris tersenyum sumbing. Lalu,satu halaman yang baru dikoyakkan diletakkan di bawah cahaya lampu.

Maka…..terteralah tulisan-tulisan pada kertas tersebut.

“Apakah????!!!”,Chanyeol ternganga.

“Macam mana ko boleh terfikir idea ni weh?!! Hebatlah ko!”,Xiumin menepuk bahu Kris sambil tersenyum.

“Entahlah,aku mengikut gerak hati aku je…”,Kris tersimpul malu.


Mereka bertiga meneliti beberapa tulisan serta nombor-nombor tersebut…alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bahawa kertas yang mereka lihat itu adalah senarai nama mangsa yang telah mati akibat membaca buku ini,beserta tarikh dan waktu kematian.

Kris menelan air liurnya,tangannya mula menggigil.

“Wei,peganglah kertas tu elok-elok,aku tak boleh nak baca”,Chanyeol memegang tangan Kris sambil memandang kehairanan melihat rakannya itu.

 

1.  ……….   15 Okt 1920 00:30

2.  ……….   15 Okt 1920 01:40

3.  ……….   15 Okt 1920 02:05

4.  ……….   15 Okt 1920 02:10

13. Luhan    30 Nov 2008 00:15

14. Sehun   30 Nov  2008 01:40

15. Chen     30 Nov 2008 02:05

16. Baekhyun 30 Nov 2008 02:10

17. Xiumin  

18. Chanyeol 

19. Kris

20. Suho

 

“Apa…apa semua ni…Baekhyun dan yang lain-lain ada dalam senarai ni…mereka mangsa buku ni? Tapi….bila???!!!”,Xiumin mengelamun.

“Ko….korang…aduh,kepala aku….”,kedengaran suara Suho memecah suasana.

“Ko dah bangun? Ko okay ke Suho?”,tanya Kris sambil memegang tangan rakannya itu.

“Aku okay,cuma aku rasa pening-pening sikit…kenapa dengan korang semua ni? Muka macam kena marah dengan mak je…”,gurau Suho.

Mereka bertiga terdiam.

“Kertas apa yang ko pegang tu Kris? Meh aku nak tengok kejap…”,Suho duduk bersila di atas katil sambil menghulurkan tangannya ke arah Kris.

Tanpa berkata apa-apa,Kris mengulurkan kertas tersebut kepada Suho.
Suho hanya diam seribu bahasa kerana kebingungan,lalu Kris meminta kertas itu semula dan meletakkannya di bawah cahaya lampu.

Suho memandang Kris dengan perasaan yang amat takut.

“Baekhyun,Chen,Luhan & Sehun…korang ingat tak kejadian lima tahun lepas? Aku rasa ada kena mengena dengan buku ni dan jugak…..rumah moyang Baek”,kata Suho sambil menekup mukanya.

“Tapi….kenapa mayat Luhan dengan Sehun masih tak jumpa lagi? Part tu yang aku pelik sangat tu!”,bentak Chanyeol.

“Aku pun tak tahu….”,Suho menjawab dengan hati yang berat.

“Kalau aku tahu kejadian macam tu berlaku kat diorang semua…aku tak akan bagi diorang semua pergi rumah tu”,kata Kris.

“Agak-agaknya….rumah moyang Baek kat mana ye?”,sambung Kris.

“Aku rasa…..rumah homestay yang kita duduk ni lah tapak asal rumah moyang Baekhyun”,Suho menghela nafas yang panjang.

“Ko tipu kan?”,Xiumin yang dari tadi diam,tiba-tiba sahaja bersuara.

“Aku tak pasti Xiumin,tapi aku cuma rasa x sedap hati sejak kita duduk kat rumah ni”,kata Suho. Dia cuba meyakinkan Xiumin bahawa dia tidak sesuka hati membuat andaian sendiri.

Mereka semua hanya mendiamkan diri,masing-masing memeluk tubuh,hinggalah mereka semua tertidur kerana kepenatan.

 

Pada keesokkan paginya, mereka hanya bersarapan pagi dengan roti kosong beserta kopi panas.
Masing-masing tiada selera makan. Fikiran mereka hanya tertumpu pada buku tersebut.

Chanyeol membuka pintu dapur. Suasana belakang rumah tersebut tak ubah seperti kawasan kampung.Belakang rumah tersebut dipenuhi semak samun dan kebun pisang yang sudah terbiar.

“Suho….meh sini kejap,aku nak tunjuk ko satu pemandangan yang menarik..”,Chanyeol mengukir senyuman tak ikhlasnya kepada Suho.

“Kenapa?Kenapa?”,Suho menjenguk ke luar.

“Apa ni? Ni yang ko kata homestay?”,Chanyeol mencubit lengan Suho.

“Laaa…dah namanya homestay paling murah di dunia,aku pilihlah yang ni,korang pun kata okay kan? Itupun sebab ada astro dengan Wifi… Aishhh!!”,Suho mencubit lengan Chanyeol semula.

“Aku rasa sampai harini sajalah percutian kita…aku tak nak lalui semua ni lagi”,kata Suho dalam nada yang perlahan.

“Tapi,bagaimana dengan buku tu?”,tanya Chanyeol.

Suho berlalu pergi dan menelefon pak cik yang menjaga rumah tersebut,namun beberapa kali panggilan tidak dijawabnya.

“Suho…ada masalah ke?”,tanya Kris yang masih duduk di meja makan.

“Aku cuba call pakcik haritu,tapi dia langsung tak angkat”,kata Suho sambil mengeluh.

“Alahh..dia sibuk kot”,Xiumin mencelah sambil menghirup kopi panas.

“Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami”,Suho mengajuk suara perempuan yang menjawab melalui panggilan tersebut.

“Alaaa…macam mana ni? Dahlah belum bayar lagi,kang kite blah macam tu je,nnti hidup kita tak berkat”,Suho membuat kesimpulan.

“Pinjamkan aku motor kejap weh”,pinta Chanyeol.

“Nak pergi mana?”,tanya Kris dan Suho serentak.

“Aku nak pergi pekan kejap”,kata Chanyeol dengan selamba.

“Erk…nah kunci motornya,ko jangan nak melencong pergi tempat lain,ni kawasan kampung!”,nasihat Suho kepadanya.

“Aku tahulah~”

Chanyeol menghidupkan enjin motosikal dan berlalu pergi.

Setibanya dia di pekan,dia bertanya kepada beberapa orang mengenai rumah tumpangan yang di dudukinya itu…alangkah terkejutnya dia mendengar jawapan daripada penduduk di situ mengatakan bahawa tempat itu tidak wujud langsung!

Chanyeol masih tidak berpuas hati,namun jawapan mereka semua sama sahaja.
Pabila ditanya mengenai pakcik yang mereka kenali itu,mereka memberitahu,pakcik tersebut telah meninggal dunia dua tahun lalu.

Chanyeol kebingungan. Fikirannya terhuyung-hayang.

“Kalau yang lain tahu macam mana???!!!”

Dengan perasan yang bercampur baur,Chanyeol meninggalkan pekan tersebut dan munuju semula ke rumah tersebut.

“Chanyeol ah!!”,teriak rakan-rakannya tatkala melihat Chanyeol sudah pulang.

“Kenapa muka ko masam je weh? Ada berita buruk ke?”,tanya Xiumin.

“Korang….sebenarnya…rumah yang kita duduk sekarang ni langsung tak wujud….pakcik yang kita jumpa haritu sebenarnya dah meninggal dua tahun lepas….”,kata Chanyeol dengan tenang.

Kris tersedak mendengar kata-kata Chanyeol.

“Biar betul???!!!”,Kris,Suho dan Xiumin tergamam dan saling memandang sesama sendiri.

“Adakah ini semua mimpi???!!! Tapi…tapi….”Suho tidak dapat mengawal perasaannya dan hanya termenung keseorangan.

 

-to be continued-

 


Update lagi~~ Yehet!

Thanks sbb korang masih setia membaca fanfic ni!

Saya suka saya suka! XD

Semoga kita bertemu lagi di chappie seterusnya!

(tak sabar aku nak merepek lagi ahahhah) /slapped/

bye bye! <3

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minbaekhyun
#1
Chapter 10: nasib baikkkkk.
sayhershe
#2
Chapter 10: Part kaki chnyeol kena potong mmg ngeri.. sadis giler.. thanks author sbb selamatkan dorang.. huhu *menangis*
young_angely #3
Chapter 10: huhuhu.....best...suspen betol...xD
DiamondSakura
#4
Chapter 10: Ya Allah! Terkejut aku dibuatnya! >< ingatkan ending nya diorang semua mati macam tu jek. btw, good job author-nim! Penuh suspens yow cerita ni! XD
cuma nak tanya sikit, maknanya budak laki yg pernah buli budak pempuan tu member exo ke???
LyanaLya #5
Chapter 10: Woww.. daebak lah citer authornim ni. Nasib chanyeol dpt halang dorng dri pegi rumah tu..Huhu T.T
balqis_sehun
#6
Chapter 10: Yay habis pon citer ni... Nasib baik diorang tak pergi kat rumah tu... Fuh selamat...
Byun_Bacon99
#7
Chapter 10: huhu ... dah tamat T^T Dae to the Bak ff ni /thumbs up/
miss_almond #8
Chapter 10: Hebat . Full of mystery . I love it .
jiumin #9
Chapter 10: huhu..habis pon.. thumbs up..