The Urge Pain

Don't Drag Us to Hell (When the Nightmares Ignited)

 

Setelah sekian lama mereka berjalan akhirnya langkah mereka terhenti sebaik sahaja tiba di satu kawasan tanah lapang.

“Betul ke wei ni tempatnya?”,tanya Kris dalam nafas yang tercungap-cungap.

“Betul…betullah ni tempatnya…kat sini….”,Xiumin meneliti semula peta yang dipegangnya bersuluhkan lampu di tangan.

“Cuba kau suluh sekitar kawasan ni…”,Chanyeol memberi arahan.
Lalu, Kris pun menyuluhkan lampu ke arah kawasan tersebut, hanya tinggal kerangka rumah yang telah lama ditinggalkan.

“Aku rasa kita memang dah sampai….”,Chanyeol menelan air liurnya. Entah kenapa dia tidak lagi merasai pergelangan kakinya yang dirasai kebas sebelum ini hilang begitu sahaja.

“Aku…aku tak dapat berjalan lagi….kau….boleh potong kaki aku tak?”,bisik Chanyeol ke telinga Kris.

Kris tersentap mendengar kata-kata tersebut, lalu segera menoleh pandangannya ke arah rakannya itu.

“Kau suka kan ajak bergurau masa ni”, Kris mendengus tanda protes.

“Kau ingat aku nak bergurau? Aku….se..serius…urgh…”,Chanyeol mengetap bibirnya.

“….aku tak nak kuman dekat kaki aku ni merebak dekat tempat lain, jadi…aku tak de cara lain lagi selain….ko potong kaki aku…please!”,Chanyeol merintih meminta simpati.

 

Xiumin hanya memandang gelagat rakan-rakannya itu sambil tersenyum kelat. Dia masih lagi meninjau di sekitar kawasan tersebut jikalau dapat menemui sebarang petunjuk lagi…

“Baiklah jika itu yang kau fikirkan cara terbaik, kawan ku…”,Kris cuba menahan sebaknya dan mengusap kepala Chanyeol dengan perasaan berat hati.

“Nah…ambik la…”, tiba-tiba sahaja Xiumin menghulurkan sebatang kayu tebal yang nipis di hujungnya..agak tajam, kerana kelihatan seperti tombak.

Kris tergamam sebentar.
“Ma…mana kau dapat kayu ni?”,Kris memandang Xiumin dengan perasaan bercampur baur.

“Aku jumpa kat sekitar sini…kau tahu kat sini kan hutan…hmm”, Xiumin mengangkat keningnya.

Chanyeol dan Kris saling berpandangan.

“Cepatlah…masa makin suntuk ni…”,Chanyeol memandang ke langit di sebalik pokok-pokok yang tumbuh meninggi.
Hari semakin gelap. Derusan angin malam datang menjelma walaupun jam baru menunjukkan 6.45 petang.

Kris memapah Chanyeol untuk duduk di atas permukaan tanah.
Xiumin berdiri di sebelah mereka.

“Umin..kau tolong pegangkan lampu suluh ni untuk aku”, pinta Kris lalu menghulurkan lampu suluhnya kepada Xiumin.

Kris menghela nafas panjang. Perlahan-lahan kayu tersebut diangkat.

Xiumin menutup matanya, dia tak sanggup melihat keadaan sebegitu…

“ARRRRGGGGHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, Chanyeol menjerit kesakitan. Kesakitannya bukan kepalang, rasa seperti ditusuk berbilah-bilah pedang mencengkam dadanya.

Darah memercik ke muka Kris. Pantas dia mengusapnya menggunakan lengan bajunya.

Xiumin terkejut mendengar suara Chanyeol.

Darah tak henti mengalir dari kaki Chanyeol yang sudah putus.

Kris cepat-cepat mengalihkan pandangannya.
“Kau dah kenapa Kris?? “, Xiumin pelik melihat kelakuan Kris kerana membiarkan sahaja rakannya seperti itu.

Chanyeol mengalirkan air matanya kerana kesakitan yang teramat sangat.

“Ka…kaki aku dah tak ada!! argghhh….”,Chanyeol memegang pehanya.

“Bertahanlah Chanyeol….tolonglah….”Xiumin menanggalkan bajunya dan membalut kaki Chanyeol yang sudah kudung separuh.

“Kris…aku tahu ko tak sanggup tengok darah tapi kalau sekarang pun kau masih nak layan benda camtu pergi mampus je la!”, Xiumin memapah Chanyeol perlahan-lahan.

Kris cuba menenangkan dirinya, lalu segera memapah Chanyeol.
“Maafkan aku Yeol…”,Kris rasa bersalah.

“Takpe la…kau dah bantu aku pun…emphhh….urghhh….”, Chanyeol menggenggam tangannya. Dia kini sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati…
“Yeol….tolong jangan buat aku camni…”, Kris memandang anak mata Chanyeol. Dia seperti dapat merasai kesakitan yang dialami rakannya itu.

 

Dengan tidak semena-mena ,mereka terdengar bunyi ngauman harimau dari jauh.

“Korang…perlahan kan suara…”, Xiumin memandang sekeliling.

Memang tiada apa-apa pun di sekitar tersebut .Hanya bunyi tapak kasut mereka dan bunyi serangga di dalam hutan itu.

“AAAAUUMMMM…..”

Ngauman tersebut kedengaran lagi. Kini memaksa mereka bertiga untuk mencari tempat perlindungan.

Mereka terpaksa berlindung di kawasan rumah tersebut. Hanya di sebalik timbunan dinding papan yang telah dimakan anai-anai.

Mereka bertiga duduk mencangkung sambil lampu suluh dipadamkan.
Lampu suluh Kris terlepas dari genggamannya lalu diraba-raba di atas lantai dalam keadaan yang gelap gelita.

Dia menelan air liurnya. Peluh mula membasahi dahinya.

“Urghh…”,Chanyeol merengek kesakitan.

“kejap…apa ni…”, Kris memegang ‘sesuatu’ dan meminta Xiumin menyalakan lampu ke arahnya.

Mereka tergamam tatkala melihat Kris memegang tengkorak.

Kris terkejut beruk lalu melepaskan tengkorak tersebut sambil membuat seperti mahu muntah.

“Apa semua ni…kenapa…ada tengkorak??”,Xiumin hairan. Kris menjumpai lampu suluhnya lalu segera mengambilnya.

“Aku pun tak tahu”, Kris menjawab ringkas.
“Jap….ade dua rangka manusia…lengkap berpakaian?? huh??”, Xiumin mendekati rangka-rangka tersebut.

“Mak aih…berani gila dia ni…T.T”,kata Kris di benak fikirannya.

 

“Baju…baju ni…Chanyeol ah…”, Xiumin menyuluhkan lampu ke arah muka Chanyeol.

Muka Chanyeol sudah pucat lesi. “Ke…kenapa?”,Chanyeol sudah bersandar di dinding.

“Takkan lah….baju tu….aku…pernah bagi kat sehun….”, kata Chanyeol sambil memerhatikan pakaian yang dipakai salah satu rangka di situ.

“Jadi…..rangka ni…”, Xiumin dan Kris berpandangan.

“SEHUN DAN LUHAN????!!!!”

Serentak mereka menjawab.

“Luhan…Sehun…kiteorang dah jumpa dan kiteorang akan tunaikan hasrat korang!”, Xiumin tiba-tiba sahaja bersemangat.

“Kau nak buat apa wei?”, fikiran Kris sudah buntu.

“Kita letak rangka ni dalam keadaan sepatutnya…jadi…kita kena tanam…”,terang Xiumin.

“Tapi…tapi….kita dah tak cukup masa!”, Kris mengeluh.

“Buat je la bodoh!”, Chanyeol tersenyum sinis.
“Kau ni kan…ishh…ye la ye la….”, Kris lantas berdiri tegak lalu mengangkat rangka tersebut tanpa sebarang perasan geli.

“Kau tunggu sini ye Yeol…kalau ade apa-apa kau jerit je”, kata Xiumin.
Chanyeol hanya mengangguk tanda faham.

Mereka berdua segera mengorek tanah hanya menggunakan tangan.
“Ahh pedihnya tangan aku…”, jari Kris sudah mengalir darah.

“Takpe Kris…sikit lagi, tak payah dalam sangat…kita buat satu je”, terang Xiumin.

Akhirnya setelah siap, mereka menanggalkan baju dari rangka-rangka tersebut dan memasukkan ke dalam satu kubur. Mereka mengambus semula tanah tersebut.

Mereka terduduk kepenatan.

“Korang…dah ke..belum??”,  suara Chanyeol memecah suasana.
Mereka segera mendapatkan Chanyeol. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam.

“Jom…kita tak boleh tunggu sini lama-lama”, kata Kris.

“Luhan…Sehun…kiteorang dah tunaikan permintaan korang…jadi…kiteorang beredar dulu ye..”, Xiumin memeluk buku usang tersebut.

Perlahan-lahan mereka membuka langkah, sambil meninggalkan kawasan rumah usang tersebut.

Angin malam semakin lama semakin kuat, menerbangkan daun-daun kering. Mereka bertiga mula menggigil kesejukkan.
“Aku tak dapat bertahan lama….”,Chanyeol merintih.

“Sikit je lagi…tahan la sikit…”,desak Kris.

Tiba-tiba angin malam yang sepoi-sepoi bahasa tersebut kini bertukar ganas. Seperti menghalau mereka keluar dari hutan tersebut.

Angin tersebut menyebabkan mereka bertiga terjatuh ke atas tanah.

“Arghhh….sakitnyaaaa”, Chanyeol tidak dapat bertahan lama, pandangannya mulai berpinar.

Dari hujung sudut pandangannya, dia dapat melihat satu cahaya yang bersinar, kelihatan seorang budak perempuan berpakaian serba putih…sambil menitiskan air matanya.

“Adakah ajal ingin menjemput ku pulang?”

 

Chanyeol akhirnya rebah di atas tanah sambil air matanya mengalir ke pipinya.

-To be continued-

 


"Mungkin ini jalan terakhirku...."

 

Assalamualaikum (sorry for non-muslim)

ShiMatoki is back dear readers!!
So how about the new chapter??
best tak...best la kot..agaknya...hahaha
dah lama tak perah otak nak menulis fanfic, dek menghadap buku dan komputer buat programming T^T
mata aku dah makin rabun nmpak gayanya...hahahah

ok la trimas sbb sudi tunggu berbulan bulan lamanya...
and see you guys in the next chapter!!!

sign out, ShiMatoki :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minbaekhyun
#1
Chapter 10: nasib baikkkkk.
sayhershe
#2
Chapter 10: Part kaki chnyeol kena potong mmg ngeri.. sadis giler.. thanks author sbb selamatkan dorang.. huhu *menangis*
young_angely #3
Chapter 10: huhuhu.....best...suspen betol...xD
DiamondSakura
#4
Chapter 10: Ya Allah! Terkejut aku dibuatnya! >< ingatkan ending nya diorang semua mati macam tu jek. btw, good job author-nim! Penuh suspens yow cerita ni! XD
cuma nak tanya sikit, maknanya budak laki yg pernah buli budak pempuan tu member exo ke???
LyanaLya #5
Chapter 10: Woww.. daebak lah citer authornim ni. Nasib chanyeol dpt halang dorng dri pegi rumah tu..Huhu T.T
balqis_sehun
#6
Chapter 10: Yay habis pon citer ni... Nasib baik diorang tak pergi kat rumah tu... Fuh selamat...
Byun_Bacon99
#7
Chapter 10: huhu ... dah tamat T^T Dae to the Bak ff ni /thumbs up/
miss_almond #8
Chapter 10: Hebat . Full of mystery . I love it .
jiumin #9
Chapter 10: huhu..habis pon.. thumbs up..