Please Comeback (Finale)

Don't Drag Us to Hell (When the Nightmares Ignited)

 

Xiumin perlahan-lahan membuka matanya. Dari jauh dia dapat melihat cahaya. Dia seakan-akan terdengar suara budak perempuan menangis.
“Su…suara sape tu??”, Xiumin memandang sekeliling.

Dia mengagahkan dirinya untuk bangun. Xiumin memeluk badannya yang tidak berbaju itu. Dia mula menggigil kesejukkan.

Lama kelamaan suara itu semakin dekat. Semakin mengganggu fikirannya.
Dia melihat badan Kris dan Chanyeol  yang sudah tertiarap di atas permukaan tanah.

Darah mengalir deras dari pangkal peha Chanyeol yang kudung itu.

“Bangun lah korang!! Cepat lah bangunnn!!”, Xiumin menggoncang badan rakan-rakannya. Kris terbatuk-batuk.

“Urghh….Xiumin…arghh…”, Kris terjaga lalu menghidu bau darah. Kepalanya sudah mengalir darah kerana  kepalanya terhentak dengan batu semasa tergelincir tadi.
“Huhuhu….isk iskk…”, suara kanak-kanak tersebut menyergah ke gegendang telinganya.

Kris memandang sekeliling.

“Su…suara sape tu??”, Kris memandang Xiumin.
“Kau…kau pun dengar??”, Xiumin memegang bahu Kris.

Kris hanya mengangguk.
“Yeol…bangun lah wei…please…..”,Kris menolak badan Chanyeol. Badannya semakin lemah.
“Kau tolong jangan tinggal kan kiteorang…”, Xiumin terduduk hampa.

Angin yang kuat tadi muncul semula. Tiba-tiba muncullah seorang kanak-kanak perempuan berbaju putih sambil menangis teresak-esak.

Xiumin mengagahkan dirinya untuk mendekati budak itu. Kris cepat-cepat menarik seluar Xiumin.
“Hoi..jangan tarik lah…seluar aku londeh nanti”, Xiumin menjeling ke arah Kris.

“Jangan lah pergi! Lagipun….entah sape budak perempuan tu….”, jelas Kris.
Kris duduk di sisi Chanyeol yang sudah terbaring sambil menggoncang badan rakannya itu. Namun masih tidak berhasil.

“Adik…erm..siapa kamu??”, Xiumin dengan beraninya menegur budak tersebut.

Budak itu berhenti menangis lalu mendongak memandang muka Xiumin. Xiumin terkedu.

Matanya merah, mukanya pucat yang teramat, rambutnya yang kusut masai di samping terdapat kesan tompokan darah pada bajunya serta berkaki ayam.

“KAMU SEMUA PATUT MATI!!!!”

Pekik budak perempuan itu. Pekikan tersebut membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya berasa gerun. Xiumin terus terduduk melihat wajah budak itu yang tiba-tiba sahaja berubah seram.

“Kenapa kami perlu mati??? Apa salah kami???”, Xiumin memandang sayu .

“MEMANG KAMU SEMUA PATUT MATI!!! KAMU PATUT TERIMA HUKUMAN!! BAIK KAMU SEMUA MATI SEKARANG!!!”

Pekik budak perempuan tersebut. Kris mengetap bibirnya. Dia kini dihantui perasaan takut. Lebih takut jika nak dibandingkan dia berjumpa ‘luhan’ pada malam kelmarin.

“Ke..kenapa kami patut mati? Kami tak tahu apa-apa…tolonglah jangan apa-apakan kami…”, kata Xiumin dalam nada yang sebak.

Budak perempuan itu menangis semula. Wajahnya berubah normal. Air mata mengalir dari kelopak matanya.

“Sebenarnya….sebenarnya…isk isk……..”

//Flashback//

Sekitar tahun 1920

“Aku sedang bermain di rumah ku waktu itu. Keluarga aku selalu tiada di rumah. Siang petang pergi bekerja di pasar sahaja. Langsung tak pedulikan aku. Mereka selalu bertengkar di malam hari. Tapi bukan setakat itu sahaja, jika keluarga ku tiada di rumah, ada sekumpulan budak-budak ini suka menceroboh masuk ke rumah aku. Mereka membuat sesuka hati mereka.

Bersepah rumah aku…barang semua pecah-pecah. Bila keluargaku pulang, mereka memarahi aku. Memukul badan aku sekuat hati mereka tanpa rasa belas kasihan….”, budak tersebut menangis teresak-esak lalu menyambung lagi.

“Dan…begitu juga lah hari-hari yang seterusnya…budak-budak itu datang semula tapi masa itu mereka membawa aku keluar dari rumah tersebut dan mengheret aku ke sebuah kawasan lapang….”

“Heiii…kau kan budak patut terima hukuman lah!!!”, kata seorang budak lelaki.
“Kau tahu tak?? Pasal mak ayah kau lah kami jadi macam ni tahu tak???!!!”, seorang lagi budak lelaki melepaskan sepakan ke arah perut aku.

Aku terkapai-kapai menahan kesakitan.
“Saya…saya tak bersalah…tolonglah…urghh…”,aku memegang perutku.
“Tiada maaf bagimu wahai budak mentah!!”, seorang lagi budak lelaki yang bertubuh gempal melempang pipi aku.

Dan seorang lagi budak lelaki berbadan kurus menarik rambut ku sambil mengeluarkan gunting dari poketnya.
“Hahahaha….cantiklah rambut awak~~”, kata budak lelaki itu lalu terus menggunting rambut aku.


Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri akhirnya mereka pergi begitu sahaja tatkala terdengar bunyi tapak kaki manusia melalui kawasan tersebut lalu aku terjumpalah satu buku di tepi semak dan aku membawanya pulang”

“Jadi…apa yang berlaku lepastu?”, Kris bersuara.

“Akhirnya aku mengambil keputusan untuk bersama  buku itu, aku menulis diari aku didalamnya, jika aku ditakdirkan mati…dan mereka berempat menjumpai buku kesayangan aku tu….aku takkan maafkan mereka sampai bila-bila! Aku bersumpah yang mereka mesti mati!…. Satu hari apabila keluarga aku keluar bekerja, aku mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Aku bawa buku diari aku sekali. Itu sahaja simpanan yang aku ada waktu itu. Aku berjalan tanpa tujuan.

Masa aku keluar rumah itu…aku terserempak dengan budak-budak tak guna tu! Mereka menolak badan aku yang kerdil ni sehingga terjatuh ke dalam longkang. Kepala aku berdarah, aku tak dapat melihat apa-apa lagi…seluruh duniaku gelap-gelita…aku dapat lihat badan ku yang sudah kaku dalam longkang tersebut…tak lama kemudian malam itu….mereka berempat ditimpa kecelekaan…..dan…..akhirnya hajat aku tercapai”, budak perempuan tersebut tersenyum sambil memandang Xiumin dan Kris.

“Hajat? Hajat apa?”, Xiumin mengerutkan dahinya.
“HAJAT AKU ADALAH AKU MAHU MEREKA SEMUA MATI!”, kata budak perempuan itu lalu wajahnya berubah seram.

“TAPI AKU TAK SANGKA KAMU SEMUA BELUM MATI LAGI! SEKARANG TERIMA AJAL KAMU SEMUA!!”, budak perempuan itu datang ke arah Kris tanpa menjejak tanah.

Tiba-tiba Kris dapat merasakan badannya terangkat.

Perlahan-lahan dia membuka mata. Alangkah terkejutnya mendapati bahawa dirinya kini berada di awangan.

“Lepaskan kawan aku!!! Lepaskan dia!!”, Xiumin sempat menarik hujung seluar Kris namun tidak berdaya tatkala dahan kayu yang patah mengenai kepalanya. Xiumin terus jatuh pengsan di situ tak sedarkan diri.

“Lepaskan…lepaskan aku!!!”, Kris meronta-ronta. Budak tersebut datang kepada Kris lalu mencekik leher Kris sekuat hatinya.

“Urghhh…tolong…aku tak pernah buat apa-apa salah…”, kata Kris. Nafasnya kini tersekat-sekat. Matanya berpinar.

“LEPASKAN….LEPASKAN KRIS!!!”, jerit seseorang.

“Chan….Chanyeol??”, bisik Kris di dalam hati. “Dia…masih hidup??”, Kris tersenyum sambil matanya pandang ke arah langit yang gelap.

Budak perempuan tersebut mengalih pandangannya ke arah Chanyeol yang terbaring di atas rumput lalu melepaskan Kris dari ketinggian 3 meter.

Kris terjatuh ke tanah. Badannya terasa patah-patah.

“KAU TAK MATI LAGI???”, budak perempuan tersebut membeliakkan matanya sehingga biji matanya hampir terkeluar.

“Kau nak buku ni kan??”, Chanyeol segera mencapai buku usang tersebut yang terletak betul-betul di sisinya.

“PULANGKAN BALIK BUKU TU KAT AKU!!!”, pekik budak perempuan itu semula.

“Tolonglah lepaskan kawan-kawan kami! Kami tak bersalah! Kalau engkau tak nak berbuat demikian…..”, Chanyeol memberi amaran kepada budak tersebut. Lalu, dia menggagahkan dirinya. Dia hendak mengoyak buku usang tersebut.

“Tolong….jangan koyakkan….tolonggggg!!!!”, budak perempuan itu bertukar suara seperti anak-anak kecil. Dia mula menangis teresak-esak.

“Jadi…tolong lepaskan kawan-kawan kami…”, rintih Chanyeol.

Lalu budak perempuan tersebut datang kepada Chanyeol lalu mengambil buku usang tersebut.

“Buku ni milik saya….saya tak nak ia jatuh ke tangan orang yang tak bersalah….maafkan saya….saya takkan ganggu kamu semua lagi”, budak tersebut berjalan meninggalkan kawasan itu di dalam kegelapan malam. Chanyeol mengeluh panjang.

“Tak…kawan-kawan aku semua….tidaaakkk….”, mengalir air matanya tatkala melihat rakan-rakannya sudah terbaring kaku di atas tanah.

“Ini semua salah aku…aku tak nak mahu semua ni berlaku…kenapa???”, Chanyeol menggenggam tangannya. Sakitnya tidak tertahan lagi. Akhirnya dia mengalah. Dia tertewas. Dia tak berdaya menahan kesakitan lagi. Perlahan-lahan matanya tertutup.



 

 

“Hoi!!! Bangun lah kintan payung!!!”, jerit Tao di telinga Chanyeol.

“Ahhh!!! Bising lahh…kenapa ni kenapa? Aku kat mana??”, Chanyeol menggosok-gosok matanya. Dia melihat sekeliling.

Dia kini berada di perkarangan rumah Baekhyun. Terbuntang matanya tatkala melihat rakan-rakannya berada di hadapannya.

“Déjà vu!!”, jerit Chanyeol.

“Kau ni kena sawan ke apa hah budak??”, Baekhyun menolak kepala Chanyeol.
Chanyeol seakan-akan tidak percaya akan semua ini. Dia menelan air liurnya sambil mengusap mukanya.
“Lempang pipi aku weyh…”, pinta Chanyeol.

Belum sempat Baekhyun mahu menampar pipi Chanyeol, Tao cepat-cepat menepis.
“Takpe…biar aku buat…dah lama sangat aku nak lempang dia…hahaha”, ketawa Tao macam orang gila.

“Aduhh!!! Sakit la sial!!”, Chanyeol memegang mukanya. Semua membernya kat situ bergelak sakan.

“Korang….sapa nak join aku esok??”,tanya Baekhyun sambil memandang semua member.

Chanyeol,Suho,Luhan,Chen,Sehun dan Kyungsoo mengangkat tangan.

“Cop!! Jap!! Aku nak cakap sesuatu sikit”, Chanyeol memandang setiap wajah rakan-rakannya. Satu-persatu dia perhati. Luhan tersengih sorang-sorang mengingatkan dia akan kejadian waktu tu.

“Baek…jap aku nak bincang dengan kau sikit”, ajak Chanyeol. Baekhyun hanya menuruti.
Mereka berdua berdiri beberapa meter dari pondok tersebut.

“Aku nak tanya sekarang pukul berapa dan tahun bila??”, Chanyeol memandang Baekhyun. Peluhnya tiba-tiba sahaja menitis.

“Aik? Kau dah kenapa? Tadi bising-bising je…pastu tido…pastu tanya benda yang pelik-pelik”,Baekhyun menjeling.

“Yahhh…cakap je la”, desak Chanyeol.

“Sekarang pukul 11.50, 29 November 2008…so??”, Baekhyun mengangkat keningnya.
Chanyeol tergamam seketika lalu memeluk Baekhyun dengan erat. “Eh eh…kenapa budak ni??”, terkejut Baekhyun.

“Aku tak nak kehilangan kawan-kawan aku lagi….betullah yang aku bukan hanya sekadar bermimpi tadi”

“Hoi!!! Cepat lah sikit!! Apa lagi nak buat berdua tuuhhh???”, teriak Chen dari jauh. Chanyeol meleraikan pelukan tersebut.
“Weyh…aku bukan apa lah, cuma nak cakap esok aku ingat nak ajak korang pergi jalan-jalan dekat….Sunway Lagoon? nak takk???”, Chanyeol terpaksa mengukir senyumannya. Dia terpaksa merancang aktiviti ni pada saat-saat genting.

"Aik...aku baru je nak ajak pergi rumah moyang aku...bapak aku suruh pergi sana lepas habis exam ni...tapi kalau kau dah cakap macam tu....aku ikut kau je la weyhhh!!!! Nape tak bagitau awal-awal! Ishh!!", Baekhyun mencebik lalu berlari ke arah pondok dengan perasaan begitu teruja.

“KORANGGG!! CHANYEOL  AJAK KITA PERGI SUNWAY LAGOON!! HOORAAYYY”, jerit Baekhyun dengan perasaan begitu teruja. Habis terkejut mereka semua. Ada yang terlompat-lompat, ada yang berguling-guling dan ada yang menangis kegembiraan (tau2 la sape…hahaha)

Chanyeol tersenyum sendirian.

"Nampaknya ini bukan mimpi...tapi ini adalah masa yang lalu....kau dapat ubah masa depan. Aku sungguh.....tak percaya benda ni semua akan berlaku hanya kerana buku usang tu", Xiumin datang ke arah Chanyeol sambil memeluk bahu rakannya itu.
"Xiumin?? Aku ingat....aku sorang je...betul ke semua ni???", Chanyeol membeliakkan matanya.

Xiumin hanya tersenyum sambil mengangguk. "Takpelah Yeol, biar kita berdua je tahu....yang pasti kita dapat bersama mereka semula", kata Xiumin lalu meninggalkan Chanyeol yang berdiri kaku di situ.

“Aku dapat selamatkan kawan-kawan aku daripada semua tu berlaku…yang pasti aku akan pastikan sesiapa pun takkan jejak ke rumah tu lagi! Selamanya!!”, Chanyeol menggenggam tangannya.

“Yeol!! Apa yang tercegat lagi tu! Meh sini join the club lah!”, teriak Kai.

“Owh…okay okay!!”, Chanyeol berlari ke arah kawan-kawannya  dengan perasaan yang tenang sambil mengukir senyuman seperti menahan sebak.

“Akhirnya aku dapat bersama mereka semula…nampaknya itu bukan mimpi dan disebabkan itu aku dapat ubah semua ini...aku akan pastikan tragedi ini takkan berlaku lagi sampai aku mati!!!"

-THE END-


Whoa whoa...dah habis ghupenye...Alhamdulillah...hehehe
Thanks a lot to all my readers yang sanggup tunggu fanfic ni habis berbulan lamanya T^T sobs
for the upvote,komen tu tersangat-sangatlah aku suka baca xD BEST!!

hope korang enjoy baca citer ni..klau aku wat korang tersinggung, maafkan aku...kekeke
lol abaikan...erm...aku tak tau nak cakap apa lagi
so....that's all kot...
THANKS GUYS!!! LOVE YOU!!! <3

/muahh setepek/

papai~ xoxo

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minbaekhyun
#1
Chapter 10: nasib baikkkkk.
sayhershe
#2
Chapter 10: Part kaki chnyeol kena potong mmg ngeri.. sadis giler.. thanks author sbb selamatkan dorang.. huhu *menangis*
young_angely #3
Chapter 10: huhuhu.....best...suspen betol...xD
DiamondSakura
#4
Chapter 10: Ya Allah! Terkejut aku dibuatnya! >< ingatkan ending nya diorang semua mati macam tu jek. btw, good job author-nim! Penuh suspens yow cerita ni! XD
cuma nak tanya sikit, maknanya budak laki yg pernah buli budak pempuan tu member exo ke???
LyanaLya #5
Chapter 10: Woww.. daebak lah citer authornim ni. Nasib chanyeol dpt halang dorng dri pegi rumah tu..Huhu T.T
balqis_sehun
#6
Chapter 10: Yay habis pon citer ni... Nasib baik diorang tak pergi kat rumah tu... Fuh selamat...
Byun_Bacon99
#7
Chapter 10: huhu ... dah tamat T^T Dae to the Bak ff ni /thumbs up/
miss_almond #8
Chapter 10: Hebat . Full of mystery . I love it .
jiumin #9
Chapter 10: huhu..habis pon.. thumbs up..