The Victim

Don't Drag Us to Hell (When the Nightmares Ignited)

 

Mereka berempat mula melangkah masuk ke dalam hutan tersebut dengan satu harapan,harapan yang membawa kepada pengakhiran penderitaan mereka.

Walaupun pelbagai cabaran yang mereka sedang hadapi,namun mereka tidak patah semangat untuk meneruskan misi mereka,iaitu mencari jawapan yang pasti berkenaan teka teki buku usang tersebut.

Kris menggenggam erat tangan Chanyeol.

“Takpe Yeol,ko boleh bertahan,berusahalah”,kata Kris sambil mengukir senyumannya yang tak pernah lekang.

Chanyeol hanya tersenyum tawar.

Suho pula yang berdiri di belakang Xiumin tidak henti-henti memandang sekeliling mungkin kerana dia risau akan sebarang kemungkinan yang mereka akan hadapi. Dia memeluk buku usang tersebut dalam dakapannya.

Beberapa jam kemudian,

“Korang…kejap….”,Xiumin memberhentikan langkahnya.

“Kenapa Umin?”,tanya Suho sambil memegang bahu rakannya itu.

Lalu,Xiumin menunjukkan peta yang dipegangnya kepada Suho.

“Peta ni lain macam la,tadi aku tengok sepatutnya kat depan ni ada satu tanah lapang,maksudnya kita akan sampai ke tempat yang bertanda darah ni”,Xiumin memandang muka Suho kerana kehairanan.

“Aku rasa…ni jalan yang kita lalu tadi…ko tak nampak ke ada kesan selipar ni”,Chanyeol memuncungkan mulutnya ke arah kesan tapak kaki di tanah.

“Takkanlah….”,Xiumin menelan air liurnya.

“…..kita dah sesat”,sambung Kris dengan selamba.

“Aku sensitif dengan perkataan tu…”,Xiumin menjeling.

“Habistu macam mana ni? Hari pun dah nak gelap.Hmmm…”,Suho mendengus.

Chanyeol mendapat idea.
“Korang,apa kata teruskan sahaja perjalanan,ikut je peta tu,manalah tahu dia saja main-mainkan kita…”,Chanyeol mengangkat keningnya.

Xiumin terdiam untuk beberapa seketika.

“Baiklah…”,akhirnya Xiumin memberi kata putus dan mereka berempat meneruskan perjalanan mereka semula.

Hari yang semakin gelap menyukarkan lagi perjalanan mereka.
“Alamakkkk!!! Sengal la lampu suluh aku ni…tak nak menyala pulak….”,Suho mengeluarkan bateri dari lampu suluhnya,dengan tidak semena-mena baterinya itu jatuh ke atas tanah.

“Xiumin,tunggu kejap! Bateri aku jatuh la”,Suho mencangkung dan meraba-raba tangannya di atas tanah untuk mencari baterinya.

“Suho-yah..tak payah la cari,kita dah kesuntukkan masa ni”,Xiumin menarik kolar baju Suho.

“Kejap…”,Suho tidak mempedulikan kata-kata Xiumin.

Tiba-tiba lampu suluh yang dipegang Kris dan Xiumin terpadam dengan sendirinya.

“Kris…aku rasa aku dah masukkan bateri baru dalam lampu suluh ni kan?”,tanya Chanyeol.

“A’ah…Umin,ko punya pun sama kan?”,tanya Kris kepada Xiumin.

“Ya…aduh! Susahlah kalau macam ni…malam ni genap malam yang terakhir,kalau kita terkandas kat sini sampai subuh…kemungkinan kita akan…hemph….”,Xiumin menggenggam peta tersebut hingga berkeronyok.

“…kita akan mati”,sambung Kris.

“Ko ni kan…sedap mulut je cakap, kalau kau nak mati sangat,pergi la mati!”,Xiumin menolak bahu Kris.

“Memang aku nak mati sangat pun! Susah la hidup macam ni! Kalau awal-awal aku tahu jadi macam ni,memang aku tak nak pergi pun!”,Kris mula menengking Xiumin.

“Korang! Tolonglah senyap! Pekaklah telinga aku!”,Chanyeol yang sedang perit menahan kesakitannya terpaksa jugak menjerit.

Namun,pergaduhan mula tercetus apabila Xiumin mula mengungkit kisah silam mereka. Mereka mula bertumbuk-tumbuk sehingga menyebabkan badan Chanyeol terjatuh ke atas tanah.

“Arghhh!! Kaki aku!!”,Chanyeol mengerang kesakitan yang bukan kepalang.

Tidak lama selepas itu,kedengaran suara Suho yang sedang menjerit ketakutan.

“Suho! Suho!”,Xiumin dan Kris berhenti bertumbuk tatkala mendengar jeritan Suho.

Keadaan yang gelap membataskan penglihatan mereka. Xiumin dan Kris mencari-cari kelibat Suho namun tidak kelihatan.

“Korang…argh...”,Chanyeol memanggil rakan-rakannya.

Kris segera mengendong badan Chanyeol.
“Maafkan aku Yeol,aku…aku tak bermaksud nak bertelagah dengan Umin tadi”,Kris mula dihantui rasa bersalah.

“Kau tak payah nak mintak maaf kat aku,sekarang ni kita kena cari Suho!”,Chanyeol mengerutkan dahinya kerana kakinya mula berasa kebas.

Lampu suluh yang dipegang Xiumin dan Kris menyala semula.
“Haa…dah okay pun! Suho-yah!! Mana kau!!”,Xiumin berteriak memanggil nama Suho.Namun selepas itu,suara Suho sudah sayup-sayup kedengaran.

“Suho!! Mana kau…..”,Kris terkedu apabila menyuluhkan ke satu dahan pokok.

“Ti…tidak…tidaaakk…tu bukan dia….”,Chanyeol memalingkan mukanya ke tanah.

“Korang...kenapa ni?”,Xiumin datang ke arah mereka.

Tiba-tiba buku usang tersebut jatuh dari atas dan terkena tepat di atas kepala Xiumin.

“Aduh! Buku ni…Suho yang pegang tadi kan?”,tanya Xiumin dan dia segera mendongak sambil menyuluhkan ke atas pokok.

Xiumin tergamam. Fikirannya mula bercelaru.
“Takkanlah itu…Suho!!!!!!”,Xiumin terduduk di atas tanah sambil menangis.

Suho telah dijumpai tergantung di atas dahan pokok. Badannya ditusuk dengan satu lagi dahan yang tajam sehingga menembusi perutnya.

Darah mula mengalir jatuh ke tanah.

“Kenapa semua ni patut berlaku??!!”,Chanyeol mula menitiskan air matanya kerana dia kehilangan lagi seorang kawan yang amat disayanginya.

“Ni semua salah aku…aku yang mencetuskan pergaduhan tadi”,Xiumin memeluk tubuhnya.
“Umin,bukan salah kau,ni semua salah aku jugak..mari…kita perlu teruskan perjalanan”,Kris menarik lengan Xiumin.

“Tapi…takkan kita nak biarkan mayat dia macam tu je??!! Kau gila?!”,Xiumin menepis tangan Kris.

Chanyeol menghulurkan tangannya juga kepada Xiumin.

“Marilah kawan,kita perlu teruskan,misi kita belum selesai”,kata Chanyeol dalam nada yang tenang.

Xiumin memadang wajah rakan-rakannya sambil mengesat air matanya daripada terus menangisi pemergian Suho.
Dia menghulurkan tangannya dan bangun semula.

Xiumin memeluk Kris dan Chanyeol dengan erat.

Dengan berat hati,mereka bertiga terpaksa meninggalkan kawasan tersebut,membiarkan sahaja mayat rakan mereka dalam keadaan begitu.

Chanyeol menoleh kebelakang sambil memandang tubuh Suho yang dalam keadaan mengerikan itu. Air matanya tidak dapat bertahan lagi,terus sahaja mengalir deras sehingga membasahi baju di bahu Kris.

Lalu,dia segera menutup kedua-dua matanya.

“Oh Tuhan,aku tak sanggup kehilangan rakan lagi…tolonglah bantu kami”

 

-to be continued-


-selitkan gambar Suho yang tgh sedih sebab author matikan watak dia..lmao-

okay,kepada readers yang aku hormati,thanks sbb korang dah baca sampai chappie ni :3 /tepuk tangan/
aku nak bgtau je yang aku akan hiatus,jadi harap korang boleh tunggu untuk beberapa bulan (?) u,u

sobs...btw,harap korang bersabar utk aku update fanfic ni,

sayang korang! xoxo <3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minbaekhyun
#1
Chapter 10: nasib baikkkkk.
sayhershe
#2
Chapter 10: Part kaki chnyeol kena potong mmg ngeri.. sadis giler.. thanks author sbb selamatkan dorang.. huhu *menangis*
young_angely #3
Chapter 10: huhuhu.....best...suspen betol...xD
DiamondSakura
#4
Chapter 10: Ya Allah! Terkejut aku dibuatnya! >< ingatkan ending nya diorang semua mati macam tu jek. btw, good job author-nim! Penuh suspens yow cerita ni! XD
cuma nak tanya sikit, maknanya budak laki yg pernah buli budak pempuan tu member exo ke???
LyanaLya #5
Chapter 10: Woww.. daebak lah citer authornim ni. Nasib chanyeol dpt halang dorng dri pegi rumah tu..Huhu T.T
balqis_sehun
#6
Chapter 10: Yay habis pon citer ni... Nasib baik diorang tak pergi kat rumah tu... Fuh selamat...
Byun_Bacon99
#7
Chapter 10: huhu ... dah tamat T^T Dae to the Bak ff ni /thumbs up/
miss_almond #8
Chapter 10: Hebat . Full of mystery . I love it .
jiumin #9
Chapter 10: huhu..habis pon.. thumbs up..