The Clue

Don't Drag Us to Hell (When the Nightmares Ignited)

 

Xiumin melangkah masuk ke dalam bilik dengan perasan yang berdebar-debar.
“Chanyeol –ah…bangun la wei….kerja kita belum habis lagi ni…”,Xiumin cuba mengejutkan Chanyeol yang sudah terlena di atas katil.

“Xiumin…”,Chanyeol terjaga dari tidurnya sambil menguap-nguap kerana mengantuk.

“Tadi…Luhan datang balik”,kata Xiumin dalam nada yang perlahan. “Lu…luhan?”,mata Chanyeol terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata Xiumin.

“Kita dah tak cukup masa lagi…aku tak nak berlengah-lengah sebelum terlambat”,lalu Xiumin mengambil buku usang tersebut dan membuka helaian satu persatu. Chanyeol hanya memerhati kelakuan Xiumin.

“ahhhhh!!!!!”,tiba-tiba Xiumin teriak tidak tentu pasal sehinggakan buku tersebut tercampak ke atas lantai.

“Ke…kenapa Umin???!!!”,Chanyeol terpinga-pinga melihat Xiumin bertidak sebegitu.

“Ada….ada…u…ulat…”,Xiumin hanya memeluk tubuhnya,seperti ketakutan.
“Ulat jer??!! Ek’eleh….aku ingatkan apa…”,Chanyeol mengambil semula buku tersebut.

“Jangan!!! Jangan sentuh!!!”,Xiumin cuba menghalang Chanyeol.
“Ko ni kenapa? Pelik la kau ni Umin,kau yang kata kita mesti selesaikan teka-teki ni malam ni jugak”,Chanyeol mendengus.

Chanyeol tidak mempedulikan kata-kata rakannya itu,dia tetap mengambil buku tersebut,lalu,terus membuka helaian yang Xiumin buka sebentar tadi.

“Umin...ko ni dah kena sawan ke? Mana ada ulat??!! Ni…ni apa ni? Helaian kosong je..mana ada pape”,Chanyeol meneliti helaian tersebut.

“Tapi…tadi…tadi…ada ulat…hmmm”,Xiumin mengeluh kerisauan.

“Habis…binatang apa yang aku nampak tadi…ewwww”

Xiumin membuat gaya seperti mahu muntah. Chanyeol hanya menggeleng-geleng kepala melihat gelagat Xiumin.

“Tak de apa-apa tulisan pon…pelik sungguh…bukan sepatutnya ada tulisan ke kat sini?”,tanya Chanyeol. “Aku rasa dia dah terlangkau satu muka surat…tapi cerita yang ditulis tu betullah..takda yang tergantung”,Xiumin membuat andaiannya sendiri.

“Aku rasa x sedap hati la”,Xiumin menelan air liurnya sambil mengusap dadanya. Chanyeol pun tiba-tiba sahaja berpeluh-peluh seperti keadaanya di meja makan tengah hari tadi.

“Yeol…pinjamkan aku pemadam pensil kejap…”,pinta Xiumin.

“Nah…ko nak buat apa?”,Chanyeol menghulurkan pemadam pensilnya kepada rakannya.

Tanpa berlengah,Xiumin menggosok pemadam tersebut dia atas permukaan helaian yang kosong itu.
Dan,satu petunjuk yang tidak disangka telah ditemui. Xiumin dan Chanyeol memandang sesama sendiri.

“Tulisan apa ni?? Aku x faham langsung”,Chanyeol menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Macam tulisan cina…tapi,satu ape pun aku x faham…jadi,macam mana ni Yeol? Ni jela petunjuk yang kita dapat sekarang,kalau x selesaikan kita semua akan mati…aku x nak wei”,Xiumin menundukkan mukanya.

Dalam nada yang sayu,Chanyeol menahan air matanya daripada mengalir.

“Nak tak nak…kita terpaksa panggil dia…”,kata Chanyeol.

“Siapa??!!”,Xiumin mengangkat mukanya ke arah rakannya itu.

“KRIS”,jawab Chanyeol dengan ringkas.

“Tapi..kenapa ko nak babitkan dia??!! Dia tak de kena mengena dalam hal ni,cukuplah kalau aku sorang je mati! Aku x nak lihat kawan-kawan aku mati depan aku! Tolonglah!”,Xiumin tidak dapat mengawal perasaannya. Air matanya mengalir deras.

“Habistu siapa lagi kalau bukan dia??!! Aku…aku terpaksa buat keputusan ni,cuma aku harap Kris sudi bantu kita”,Chanyeol mengeluh panjang.

Xiumin bangun daripada tempat duduknya dan berjalan pergi ke pintu bilik.

“Jika ini sahaja pilihan yang kita ada,aku terima,aku redha…”,dia memalingkan mukanya ke arah Chanyeol.

Perlahan-lahan pintu bilik sebelah dikuaknya.

Dia pelik melihat Kris yang terduduk kaku dia atas lantai.

“Kris…,ko x tido lagi?”,Xiumin hanya berdiri tegak di belakang Kris. Namun,masih tiada jawapan.

“Kris…owh Kris…”,Xiumin mencangkung sambil menggoncangkan badan rakannya itu.
“Oi…aku tertidur laa…kenapa ko kacau aku malam-malam buta ni…haa..macam mana dengan teka teki tu? Dah dapat jawapannya?”,Kris menguap tidak henti sambil membetulkan bajunya.

Xiumin terdiam seketika.

“Dah ke belum? Kenapa diam je?Hmmm…”,Kris memeluk tubuh Xiumin. Dia tahu akan perit dan derita yang sedang dialami rakannya itu.

“Maafkan aku Kris…Cuma…satu sahaja permintaan aku…sanggupkah jikalau kau mahu selamatkan nyawa kawan kau sedangkan perbuatan kau itu akan mengancam nyawa kau sendiri?”,Xiumin berbisik ke telinga Kris.

Kris terkedu mendengar kata-kata Xiumin.

“Ahahaha…apa kau merepek ni wei? Dah lah,aku nak tidur”,Kris menolak perlahan badan Xiumin.  Kris menyangkakan kata-kata tersebut hanya gurauan semata-mata.

“Kris…tolonglah bantu kiteorang…tolong…aku terpaksa  buat begini Kris…sebenarnya aku tak patut mungkir janji….tapi,aku terpaksa,maafkan aku kawan….”,Xiumin menggenggam erat tangan Kris.

Dengan perasaan dan keluhan yang teramat berat,Kris membuat keputusan untuk membantu mereka.

 

“Chanyeol….erk….hai?”,Kris menyapa Chanyeol tatkala melangkah masuk ke dalam bilik. Lalu,Chanyeol mendekati rakannya itu dan memeluk erat.

“Terima kasih kawan…ko lah kawan terbaik aku dalam dunia ni…”,Chanyeol mengukir senyuman yang sayu.

“Kris…aku nak mintak ko tolong selesaikan maksud di sebalik tulisan ni,sbb kiteorang x berapa fahamlah tulisan cina”,Xiumin menunjukan tulisan yang terdapat pada helaian kertas tersebut.

“Yang ni….maksudnya…hmmmm….”,Kris menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Apa maksudnya???!!”,Chanyeol dan Xiumin berkata serentak.

“Mampuslah korang berempat semua…pergi mati sahajalah”,kata Kris.

Tiba-tiba Chanyeol mencubit lengan Kris.
“Mak aih!!! Sakit siot!! Ko ni dah kenapa??!!”,Kris meninggikan suaranya.

“Shhh…jangan bising-bising lah!!!,Xiumin menghantuk kepala Chanyeol dan Kris. Dua-dua mengusap kepala masing-masing.

“Kris,apa yang ko merapu meraban tadi hah?”,Chanyeol mengangkat keningnya.

“Betullah aku cakap apa,merapu apa kebendanya…hmph!Aku dulu belajar kat sekolah orang cina la,aku dah pro tau!”,sempat lagi Kris bergurau.

“Berempat??? Maksudnya….takkan lah Suho pun terbabit sekali??!!”,Kris tiba-tiba mendapat kesimpulan di sebalik teka-teki tersebut.

“Tapi…tapi…dia kan…ala…kalau ‘Luhan’ tahu macam mana dowh??!! Mati aku nanti…”,Chanyeol menekup mukanya dengan bantal.

“Aku tak faham…aku tak faham…aku tak faham langsung!!!”,fikiran Xiumin jadi serabut pabila memikirkan semua perkara yang sedang menimpanya.

“Tulisan ni macam ditulis dengan objek tajam dan halus,tu sebabnya kita tak perasan sangat tulisan ni”,Kris menambah.

“Wei…aku risau lah dengan keadaan Suho tu…ko pergi tengok keadaan dia boleh tak? Senang citer,ko suruh dia tidur kat dalam bilik ni…”,Chanyeol memberi cadangan kepada Kris.

Kris hanya mengangguk dan hanya menuruti cadangan rakannya.

Hujan turun dengan lebat tengah malam itu,kilat tidak henti sabung menyabung membuat Kris berasa tidak selesa akan keadaan tersebut.

“Suho!!!! Suho-yaahhh!!!”,jantung Kris bagaikan mahu tercabut sebaik sahaja melihat Suho ingin melompat keluar melalui tingkap bilik. Kris cepat-cepat menarik badan Suho.

Chanyeol dan Xiumin berlari tergesa-gesa dan tersentap melihat keadaan tersebut.

Mereka turut membantu Kris,namun tidak berjaya kerana Suho meronta-ronta.

“Lepaskan aku!!!!!!!!!!!!!”,Suho berteriak,biji matanya yang merah seperti mahu terkeluar.

“Kau bukan Suho!!!Tolonglah keluar daripada badan rakan aku!! Tolonglahh!!!”,Kris cuba memeluk tubuh Suho namun cubaannya masih gagal.

“Ko tipu!! Korang semua penipu!!!”,Suho masih meronta-ronta.

Chanyeol dan Xiumin berusaha memegang tangannya namun berjaya ditepis Suho.
Tiba-tiba Suho berjalan ke arah Xiumin.

“Dalam citer ni sepatutnya kau yang mati dulu kan??”,Suho tersenyum sendirian lalu menangkap badan Xiumin yang sudah terbaring di atas lantai.

Lalu,dia mencekik leher Xiumin.

“Tidakkk!!! Jangan !!!”Chanyeol dan Kris sedaya upaya menarik Suho daripada berbuat demikian.

Tiba-tiba angin sejuk yang datang dari arah tingkap masuk ke dalam bilik tersebut dan…

“Luhan!!!!!!!!!!”,mata Kris terbuntang luas melihat tubuh Luhan sedang berdiri tegak di hadapan Suho.

"Owh...kau rupanya Luhan,mereka sepatutnya mati…kau tak perlu bantu mereka sebab kau pun dah mati,kau x dapat buat apa-apa pun”,Suho mengukir senyumannya.

 

“Walaupun hanya roh aku yang tinggal,tapi ini sahaja yang aku mampu buat…maafkan aku Suho”,roh Luhan masuk ke dalam badan Suho.

 

Selepas beberapa minit,Suho akhirnya rebah ke atas lantai.
Xiumin mengusap lehernya.


“Mujurlah Umin x apa-apa…”,Kris memeluk Xiumin.

Luhan muncul kembali di hadapan mereka bertiga.

“Terima kasih…Luhan sebab kau dah selamatkan nyawa aku,tapi…aku rasa bersalah…maafkan aku sebab aku dah mungkir janji”,Xiumin mengalirkan air matanya.

“Memang korang berempat berkait rapat dengan buku tu, tapi tadi…mujurlah aku sempat datang.
Sebenarnya yang merasuk tubuh Suho adalah pemilik sebenar buku tersebut.”,kata Luhan.

“Pemilik sebenar??!! Tapi kenapa tak nak ambik balik sahaja buku tu??”,Chanyeol mencelah.

“Dia tahu aku datang bantu korang semua…dia nak korang semua mati,terutamanya orang pertama yang akan mati dulu berdasarkan buku tersebut…iaitu Xiumin”,Luhan menundukkan mukanya.

Xiumin terkedu mendengar dia yang akan mati dulu.

“Biar aku sorang sahaja yang mati…aku tak nak yang lain mati! Aku tak mahu semua tu berlaku!!”

Bentak Xiumin dalam hati.

 

-TO BE CONTINUED-


Annyeong~

Fuhh...akhirnya dapat jugak aku update fanfic ni XD

maaf sbb aku dah buat korang tunggu sebulan lebih...lewls

hope korang enjoy baca,dan terima kasih sbb komen

kerana komen2 anda membuat saya bersemngat utk mnruskan fanfic ni!

yeahhh!!

-sign out,ShiMatoki :D

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minbaekhyun
#1
Chapter 10: nasib baikkkkk.
sayhershe
#2
Chapter 10: Part kaki chnyeol kena potong mmg ngeri.. sadis giler.. thanks author sbb selamatkan dorang.. huhu *menangis*
young_angely #3
Chapter 10: huhuhu.....best...suspen betol...xD
DiamondSakura
#4
Chapter 10: Ya Allah! Terkejut aku dibuatnya! >< ingatkan ending nya diorang semua mati macam tu jek. btw, good job author-nim! Penuh suspens yow cerita ni! XD
cuma nak tanya sikit, maknanya budak laki yg pernah buli budak pempuan tu member exo ke???
LyanaLya #5
Chapter 10: Woww.. daebak lah citer authornim ni. Nasib chanyeol dpt halang dorng dri pegi rumah tu..Huhu T.T
balqis_sehun
#6
Chapter 10: Yay habis pon citer ni... Nasib baik diorang tak pergi kat rumah tu... Fuh selamat...
Byun_Bacon99
#7
Chapter 10: huhu ... dah tamat T^T Dae to the Bak ff ni /thumbs up/
miss_almond #8
Chapter 10: Hebat . Full of mystery . I love it .
jiumin #9
Chapter 10: huhu..habis pon.. thumbs up..