The beginning of the nightmares

Don't Drag Us to Hell (When the Nightmares Ignited)

Chanyeol melangkah masuk ke dalam rumah tersebut dengan langkah tersipu malu sambil memegang buku yang baru dijumpainya.

“Woih!! Ko pergi mana tadi hah?? Buat risau aku je tau tak!! “,Suho datang memarahi Chanyeol.

Chanyeol hanya tidak berkata apa-apa,sebaliknya dia hanya mencebik kata-kata Suho. “Tu hah tengok tu! Orang cakap kat dia tapi dia ejek kita pulak!! Kurang asam!!”,Suho hanya mendengus dan berlalu pergi ke dapur.

Chanyeol ketawa sesorang dan berdiri macam tunggul smbil menonton siaran kartun spongebob di tv . Xiumin yang leka menonton tv terus mengalihkan pandangannya kearah Chanyeol yang berdiri dibelakangnya.

“Wei yeollie…tu…ape kebendenye tu?? Mana hang kutip??”,Xiumin mahu mengambil buku tersebut daripada pegangan rakannya itu tetapi berjaya ditepis Chanyeol.
“Buku ni aku jumpa kat pokok mangga kat luar rumah ni hah?? Nape??”,Chanyeol menyorokkan buku tersebut dibelakangnya.

“Aku rasa lain macam la pasal buku tu…sebabnya…nenek aku pernah cakap,kita jgn sembarangan ambik apa-apa barang yang kita tidak pasti dari mana asal-usulnya…”,Xiumin mengulas kata-kata neneknya.

“Aku pasti dari mana asal-usulnya…”Chanyeol membuat kesimpulannya yang ntahpape.

“Dari mana??? Cer bagitau aku!”,Xiumin pulak beria-ia.

“Dari……….dari…..pokok mangga tu laa!!! Ahahahahahah XD”,Chanyeol ketawa terbahak-bahak manakala Xiumin pulak terdiam seribu bahasa.

“Aku seperti diperbodohkan oleh mamat sewel ni…”,Xiumin berkata di dalam hati.

Lalu,Chanyeol dengan perasaan yang terlalu gembira,terus masuk ke dalam bilik yang dia kongsi bersama Kris. Dia memegang buku tersebut dan menatapnya untuk beberapa seketika.

“Aku pun rasa macam yang Xiumin rasa…tapi…aku nak tahu sangat apa sebenarnya diari yang tertulis dlm ni…rupa mcm buku cerita pun ada..tapi..apasal tak de tajuk??? Tu yang aku pelik sangat…hemph…aku tak kira…aku mesti baca….”,Chanyeol meletakkan buku tersebut di dalam beg galasnya lalu membuka topinya.

“Pergh….panasnya!!! Penat betul harini….”,Chanyeol menjatuhkan badannya ke atas katil yang empuk. Tiba-tiba dia terdengar suara Kris mengerang kesakitan.

“Aaaahhhhh!!!! Sakit siot!!!!!!!!”,Kris mencubit punggung Chanyeol. “Aahahaha XD sori!!! Aku tak perasan pulak ko tgh baring kat atas katil ni!!! Lol!! Sori laaa!!! Ampun…”,Chanyeol mengukir senyumannya nak mintak belas kasihan.

“Ish…aku baru je la nak tidur…ko pulak sibuk je mengganggu ketenteraman aku…”,Kris menarik bantal dan sambung tidur.

“Hoi hoi!!! Cik abang sekalian~~~ Kita nak makan apa ni??”,Suho tiba-tiba masuk ke dalam bilik mereka.

“Ko jangan nak suruh aku okay!! Aku nak rehat kejap…”,Kris cepat-cepat menarik selimutnya. Chanyeol pulak hanya menggaru-garu kepalanya.

“Alaaa…cepat laa…barang-barang untuk masak pun tak beli lagi ni…”,Suho membuat muka sedihnya. Xiumin turut masuk ke bilik mereka.

“Weh…aku laparlaa…korang tak bawak pape makanan ke?? Aku cuma bawak manggi cup je laa dgn jajan sikit…lol…”,Xiumin memegang perutnya.

“Hemph…korang ni memang teruk laa…takpela,biar aku je yang pergi…”,Suho melepaskan nafasnya yg panjang dan mengambil kunci motor yang sudah disewa. “Suho…nak ikut skali boleh??? :3”,Xiumin mencuit bahu rakannya itu.

“Yela…jom..Chanyeol!!! Jaga rumah ni baik-baik!!! Kalau ada pape emergency call je aku tau! Tau!!”,Suho menunjukkan isyarat ‘call’ menggunakan isyarat tangannya ke  arah Chanyeol.

Lalu,Suho pun menghidupkan enjin motosikal dan berlalu pergi.

“Tinggal kiteorang berdua je dalam rumah ni…”,kata Chanyeol keseorangan. Fikirannya hanya tertumpu kepada buku usang tersebut. “Aku tak kira….aku mesti tahu apa isi kandungan dlm buku tu sekarang!!!”,Chanyeol tidak terfikir akan nasib yang bakal menimpanya akibat tindakannya yang tergesa-gesa itu.

Dia perlahan-lahan memasuki ke biliknya smbil melihat tubuh Kris yang nyenyak tidur di atas katil. Lalu,dia segera mengambil buku tersebut dan membacanya di atas lantai…

Ceritanya bermula dengan sekumpulan lelaki yang baru menjalani sebuah kursus perkhemahan yang terletak berdekatan dekat hutan….aku adalah antara ahli di dalam kumpulan tersebut.

Ya,hanya kami berempat sahaja. Sedang kami memasang khemah,tiba-tiba kami telah diancam oleh seekor harimau.

Jadi kami pun berlari sepantas kilat untuk menyelamatkan diri.

Kawan aku,namanya Joon Myeon…dia telah menjumpai sebuah rumah usang yang terletak di tengah-tengah di hutan belantara itu.

Sewaktu kami tiba di rumah tersebut,tiba-tiba kawan aku,Chanyeol menjumpai sebuah buku buruk yang terletak atas lantai di dalam rumah tersebut.

“Aik??? Chanyeol??? Aahaha…famousnya nama aku ni…”,Chanyeol tersenyum sumbing.Lalu,dia meneruskan bacaannya.

 

Lalu,kami pun mula membacanya….Mak Jah (bukan nama sebenar) ada satu anak tunggal.Dia telah kematian suami.Hanya mereka berdua sahaja hidup sebatang kara.

Tapi,kasihan . Dia tidak mampu menampung perbelanjaan anaknya sampai anaknya hidup terbiar sehinggalah dia dewasa.

Nama anaknya Min Seok. Tapi Min Seok dah terpengaruh dengan rakan-rakannya.Dia sudah menjadi penagih dadah.

Sampai suatu hari….dia datang ke rumah untuk minta Mak Jah sejumlah wang. Tapi Mak Jah tak mampu…

Min Seok tetap berdegil.Dia menyelongkar laci ibunya tapi tiada apa-apa yang dia dapat.

Jadi…akibat amarah nafsu syaitan, dia telah mencekik Mak Jah sehingga mati.

 

Selepas kami membaca cerita tersebut,tiba-tiba hujan turun dengan lebat pada malam itu.

Tetapi,kami berempat terdengar satu ketukan yang kuat dari pintu rumah tersebut.Kami amat terkejut pada masa itu.

Bunyi derusan hujan yang lebat tidak dapat menenggelamkan bunyi ketukan tersebut.

Seperti seseorang yang sedang menunggu kami di luar.

Jadi,kawan aku yang namanya Xiumin memberanikan dirinya dan membuka pintu tersebut.

Tetapi tiada sesiapa pun. Sedar tak sedar, tiba-tiba Xiumin lenyap di depan mata kami. Kami jadi tak tentu arah.Kami semua pergi keluar di dalam hujan tersebut dan mencari Xiumin di sekitar rumah tersebut.

Tapi kami gagal.

Aku masih lagi memegang buku tersebut. Tiba-tiba Chanyeol pula seperti ditarik seseorang dengan kasar dari dalam semak samun.

Dia menjerit meminta pertolongan.Aku dan Joon Myeon berusaha menarik badannya tapi kami tak mampu.

Chanyeol menyuruh kami melepaskan tangannya.

Tetapi aku tetap tak mahu berbuat demikian. Chanyeol tidak henti-henti menyuruh kami melepaskan tangannya. Mukanya sudah brcalar-balar disebabkan terkena duri dalam semak tersebut.

Darah mengalir dari lukanya.

Aku ingat lagi kata-kata terakhir Chanyeol…

“Lepaskanlah aku…mungkin aku ditakdirkan mati begini…selamat tinggal Wu Fan dan Joon Myeon…..aku sayang korang…koranglah kawan terbaik aku dalam dunia ni…jangan lupa kirim salam pada kakak aku…ckap kat dia,belikan tiket kosert 2ne1 ye ”,dia sempat mengukir senyumannya.

“Bongoklah ko!”,Joon Myeon memarahi Chanyeol.

 

 

Baru sampai separuh cerita yang dibacanya itu,Chanyeol lalu terus menghempaskan buku tersebut ke lantai dengan sekuat hati menyebabkan Kris yang lena tidur terus terbangun.

“Woih…apa bising-bising nih???”,Kris meninggikan suaranya.

“Tak de pape…ada kerengga dalam bilik ni tadi,,susah sgt nak mati,tu yang aku hampuk dia dengan buku ni hah…ahaa…mati pon!”,Chanyeol saja mereka-reka cerita dia.

“Bagus sgt la tu…”,Kris sambung melayan mimpinya di siang-siang hari begini.

Chanyeol terdiam untuk beberapa seketika smbil merenung tajam kea rah buku tersebut.

“Ko fikir ni benda lawak ke hah?? Apasal nama aku dan member2 aku ada dlm buku tu?Kenapa diorang mati?? Apasal plak ada group favourite aku dlm tu?? Apasal buku ni tahu aku ada kakak???

Ish…Tak mungkin!hei…aku ni…bodoh..apasal plak bleh terpegaruh ngan cerita yang mengarut macam tu…yang pasti…ada part yang aku belum habis baca….tapi….aku takut….apa yang akan terjadi lepas ni??? Semua watak2 dlm cerita tu mati ke???”,Chanyeol mengusap mukanya dan meletakkan semula buku tersebut di dalam beg galasnya semula.

 


-To be continued-

ahahaha...mcm mana???

okay tak? harap korang suka sequel baru aku ni :3

sobs,sobs *terharu* sbbnya dah ade sudi yg vote fanfic aku ni walaupun aku masih blom release pape chpter pon. :)

Papai!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minbaekhyun
#1
Chapter 10: nasib baikkkkk.
sayhershe
#2
Chapter 10: Part kaki chnyeol kena potong mmg ngeri.. sadis giler.. thanks author sbb selamatkan dorang.. huhu *menangis*
young_angely #3
Chapter 10: huhuhu.....best...suspen betol...xD
DiamondSakura
#4
Chapter 10: Ya Allah! Terkejut aku dibuatnya! >< ingatkan ending nya diorang semua mati macam tu jek. btw, good job author-nim! Penuh suspens yow cerita ni! XD
cuma nak tanya sikit, maknanya budak laki yg pernah buli budak pempuan tu member exo ke???
LyanaLya #5
Chapter 10: Woww.. daebak lah citer authornim ni. Nasib chanyeol dpt halang dorng dri pegi rumah tu..Huhu T.T
balqis_sehun
#6
Chapter 10: Yay habis pon citer ni... Nasib baik diorang tak pergi kat rumah tu... Fuh selamat...
Byun_Bacon99
#7
Chapter 10: huhu ... dah tamat T^T Dae to the Bak ff ni /thumbs up/
miss_almond #8
Chapter 10: Hebat . Full of mystery . I love it .
jiumin #9
Chapter 10: huhu..habis pon.. thumbs up..