Bab 3

Hello Baby?

"Uwek!!!! Mamamamamama" Mason menangis teresak-esak. Muka dia dah macam Opera Mini gayanya. Yongguk yang mendukung mula la dengan muka gelisahnya sambil menepuk-nepuk lembut badan Mason.

"Alola alola" nak pujuk punye pasal sampai terkeluar bahasa Matoki Yongguk. 

"Apa yang Mason merepek ni? mamammama mungkin dia rindu mama dia tak?" Daehyun berkata-kata dengan mulutnya penuh dengan makanan yang bernama Super Ring. Entah bila masa dia pergi ambil jajan pun tak tau la. "Rasanya dia lapar kot...? Mason nak tak jajan Super Ring papa Dae?" Perangai Dae dah mula dah. Sejak bila dia gelarkan diri dia papa? Kempunan nak kawin la tu..

"Sekali aku cepuk kau baru kau tau.. Tau makan je.. dia still baby lagi kalau perut dia sakit macam mana? Please la guna hotak hang tu sikit." Yongguk berloghat entah negeri mana. Daehyun menarik muka masam lemonnya.

"kkorang dari semalam tak tukar lampin. Memang la budak tu meroyan.." Slow je suara Himchan macam anak dara. 

"Ha'ah la..." Yongguk merapa punggung Mason. Kembang semangkuk lampinnya. "Terpaksa la aku kena pergi kedai..."

"Hyung nak ikut!!!" Daehyun menjerit. Semua member bap menutup telinga. Mereka memandang badi ke arah Daehyun termasuk lah Mason, sampai terhenti tangisan dia.

"Kalau nak ikut pun tak payah la terpekik terlolong. Ada juga yang kena terajang dengan tiger kang.." Yongguk menahan sabar dengan gelagat gedik Daehyun. Maybe orang Busan memang berperangai seperti ini la kot. Dalam bap Daehyun dengan Himchan yang selalu membuat darah Yongguk mengelegak naik. Yang si Youngjae, Zelo dengan Jongup masih lagi boleh dikawal. Tapi si HimDae ni memang diluar garisan khatulistiwa. Sabar Yongguk sabar.

"Alaaa nak ikut....." Tak tahu macam mana nak gambarkan muka Daehyun tapi yang pasti memang comel tahap gaban. 

"Yela.. yela..." Walaupun Yongguk selalu memarahi Daehyun tapi jauh dilubuk hatinya, dia tersangatla menyayangi Daehyun. Just perangai je macam jembalang tanah. "Sape lagi nak ikut hyung?"

Daehyun tetiba mengangkat tangan kanan Youngjae. "Youngjae kena ikut sekali..! Nanti dia boleh tolong aku! hihihi" Dia membuat muka kitty direct kat muka Youngjae.

"Okok let's go gang. Kita ada misi yang perlu dilaksanakan." Lagak Yongguk ala-ala general matoki.

"Hip hip Yes sir" DaeJae membuat gaya ala-ala anak buah general. "Kiri kanan kiri kanan kiri kanan" Mereka dah berkawad keluar dari dorm mereka....Macam nak pergi ke medan pertempuaran padahal just nak pergi econsave je kot. Melalut. 'Gedebanggg!' Daehyun menutup pintu macam nak gaduh. Ganas betul mamat flower boy ni.

"Yahhh! Kenapa mesti aku yang kena jaga baby ni?! Guk yeobo how dare you..." Himchan meraung dengan gaya Datin yang kalah loteri.

"Hyung.. jangan la menangis.. kita terima ketentuan takdir." Jongup memujuk Himchan. Yang pasti senyuman Jongup tak akan pernah tercabut di mukanya :-) .Himchan memandang kecik besar kecik besar je muka Jongup. 

Tertiba Mason menangis lagi. Dia memanjat ke badan Himchan. "Mamamamamamm huk huk waaaa uwekkk" Dengan drastiknya mata himchan memebesar dengan cepatnya.

"Yah!! Sape suruh kau naik ats badan aku..!!! Yah turun turun" Zalim sungguh cara Himchan.

"Hyung! Tak payah la nak marah dia. Dia kecik lagi kan.." Zelo mengambil bayi yang berada di badan Himchan. Walaupun Mason musuh tradisi zaman moden Zelo tapi sebenarnya dia sangat kasihan dengan Mason. Zelo mendukung Mason. Terima kasih kepada Yongguk kerana setiap masa mendukung Mason dihadapan Zelo sehingga dia pandai mendukung bayi. Zelo kau dah pas untuk menjadi suami. *Jom kahwin*

Jongup yang mengikut Zelo terhidu sesuatu. Yes sesuatu yang kurang menyenangkan. Kejap kejap! yang lebih senang difahami sebagai busuk gile babeyy. Zelo terhenti apabila melihat gelagat Jongup sambil hidungnya kembang kuncup kembang kuncup.

"Hyung kenapa?" 

"Hyung ada ter bau something yang busuk la..."

"Huh?" Zelo menelan air liurnya. Terserlah adam applenya XD. Himchan yang meraung kehilangan suami terhenti. Dia merapati Jongup dan Zelo. Dia terhidu sesuatu yang menyengat hidung mancungnya.

"Woooo bau apa ni......" Himchan mengepit hidungnya menggunakan jari runcingnya. "Hyung rasa ini bau tahi. Jongup pergi check!"

"Tapi hyung..."

"Ini la takdir yang perlu kau tempuhi." Himchan menepuk bahu Jongup. "Cepat la.." Dia menolak Jongup ke arah Zelo.

Zelo dengan muka geli geliman masih lagi mendukung Mason. Jongup membuka sedikit seluar Mason. Huh harum semerbak. Asap berkepul-kepul keluar ke arah muka Jongup. Dia batuk sebijik macam atuk tua. Dia menutup kembali seluar Mason. Dia memandang ke arah Himchan dengan mata sepetnya terkelip-kelip. Tidak lupa juga dia memandang ke arah Zelo dan Mason. Mason masih lagi menangis sambil jari didalam mulutnya.

"Setelah dipersetujui oleh Baby Mason dan keputusan telah keluar." Banyak cakap pulak si Moon ni. Himchan dan Zelo tertunggu-tunggu keputusannya. Macam nak umumkan pilihan raya jew.

"Akhirnya.........." Jongup tersenyum sampai mata dah tak nampak. "Dia berak.. :-D" Jongup gembira. Huh? gembira. Memang semua orang termasuk dia sendiri tak faham emotion Jongup. Jongup kau ok tak? Ini bukan sesuatu yang mengembirakan.

"Waht!!/? Ahhhhh!" Himchan meraung kembali. Zelo dengan drastiknya meletakkan Mason di atas permaidani.

"Eotteokhae!...." Mood Zelo gedik teraktif kembali. Gaya bapa mithali Zelo switch off. Himchan dan Zelo berpelukan.

"Jangan la peluk-peluk lagi -_- Kita kena selesaikan masalah ini." Jongup meleraikan pelukan mereka. Mason meraung makin lama makin kuat bunyi dah mirip siren ambulans dah.. Himchan terasa kesian. Terasa ok.

"Mesti dia tak selesa kan?" Himchan memandang Mason. "Terpaksa la kita jalan kan misi kemanusiaan."

"Maksud hyung....? Ahhh maldo andwae.." Jongup dan Zelo memandang tidak percaya dengan kata-kata yang terpancul keluar dari mulut ibu tiri jahat Himchan. Sesuatu yang tidak boleh dipercayai.

 

***

Supermarket Econsave.

Mereka membahagikan tugas untuk mencari barang yang diperlukan. Yongguk mencari lampin bayi. Youngjae memilih baju bayi. Dan Daehyun ditugaskan untuk mencari susu dan makanan bayi. Sah itu memang tugas utama dan matlamat utama Daehyun as a Food Monster. Bukan ditugaskan tapi memang dia yang gedik-gedik nak sangat. 

"Hyung hyung hyung!" Daehyun berlari kearah troli Yongguk. Tangan dia penuh dengan makanan. Repeat again makanan. Dia meletakkan semua makanan yang dibawa di dalam troli. 

"Yahh! Aku suruh kau cari susu baby or makanan baby bukannya...." Belum sempat Yongguk nak habiskan perkataan dia, Daehyun dah menayangkan ramen di depan muka dia. Bergetar jiwa zahir batin Yongguk.

"Ramen ramen!" Dia merampas ramen dari tangan Daehyun. Good job Daehyun kau dah buat Yongguk menggedik macam kau. Gelak tawa jahat Daehyun kedengaran. Youngjae pulak datang dengan timbunan baju bayi yang comel-comel belaka.

"Hyung tengok ni semua baju ni comel gile... tak tahan betul.." Youngjae pulak meletakkan baju itu ddalam troli. Troli itu dah terlebih muatan. Dengan makanan Daehyun lagi dengan baju selonggok lagi. 

"Ok hyung jom la kita balik kesian diaorang kena jaga baby Mason.." Youngjae mengajak Yongguk balik.

"Kejap kejap sape nanti nak bayar semua ni?.." Yongguk meraba poketnya. "Hyung lupa nak bawak wallet la..." Yongguk memandang ke arah Youngjae dengan Daehyun. Dengan gaya comel puppy nya. Yongguk berharap salah seorang dari adik-adiknya ada yang membawa duit. Youngjae memandang Daehyun.

"Wallet aku pun tertinggal.. Kau daehyun?" Saat-saat ini muka Daehyun terkulat-kulat. 

"Ehmmehmm aku tak bawa duit la.." Daehyun hendak melarikan diri. Dia pun tak bawa wallet sebab dia ingat Yongguk nak belanja semua ni. Tapi sememang mereka bertiga tak bawak wallet. Aduai... masalah negara timbul..

"Bukan kau selalu bawak credit card mak kau ke?" Sememangnya Daehyun tak akan tinggalkan credit card eommanya yang digunakan saat-saat terdesak.

"Ha'ah la.. jangan la kedekut Daehyun. Kita tengah terdesak ni. Kau tak kesian ke dengan Mason.?" Kata-kata Yongguk membuatkan hati Daehyun tersentuh. 

"Baik la... nasib baik aku bawa. Kalau tak mati kita kat sini." Daehyun mengeluarkan credit card eommanya. 

"Tak sangka kau baik, DaeDae" Youngjae dan Yongguk memeluk Daehyun sambil menangis kegembiraan.

"Aku memang baik korang tak tau ke?" Pura-pura menangis.

"Bla la kau.. Jom pergi bayar." Youngjae dan Yongguk meninggalkan Daehyun sambil menolak troli macam suami isteri tengah shopping.

"Yahh aku memang baik laaa!" Daehyun menghentakkan kakinya. Gedik dia tetap tak akan hilang.

 

***

Ruang tamu selerak dengan baju kain ibarat taufan ganas menyerang dorm mereka. Kelihatan Himchan kepenatan terbaring di situ. Jongup dengan Zelo tengah melayan gelagat Mason. 'Gedebangg!' Pintu terbuka luas-luas. Daehyun sememangnya hendak merobohkan pintu dorm mereka. Daehyun, Youngjae dan Yongguk membawa banyak plasttik ditangannya.

"Walawei bersepahnya rumah! Korang buat apa ni?" Yongguk memarahi mereka. Himchan malas nak layan Yongguk dek kerana kepenatan. "Ala ala Mason comelnya dia. Gembira nampak? Chak chak!" Yongguk mendukung Mason. Semasa dia mengangkat Mason dia terasa sesuatu dia punggung. Dia memusing Mason. Kelihatan patung tiger di jadikan lampin Mason. Muka Yongguk menahan kemarahan dah serupa lava Gunung Merapi gitu... 

(RIP kepada Tiger Yongguk yang sudah menjadi lampin rasmi Mason) kkk Yongguk jangan marah nanti cepat tua.

 

"YAHHHHHH SAPE YANG BUAT SEMUA NI! TIGER KU OHHH TIDAKKKKK!" Yongguk memberi Mason kepada Youngjae dan dia tergolek-golek di permaidaninya. Hilang kejantanan Yongguk. Mood gedik switch on.

"Hyung jangan la macam ni.." Zelo memujuk Yongguk. "Sebenarnya Himchan yang buat..."

"Huh?" Mulut semua ternganga termasuk baby Mason. Himchan terus terbangun dan menggaru kepalanya.

 

Flash back.

"Woahh hyung daebak la.. pandai cebok kan baby... nampaknya boleh la ambil alih tugas Youngjae." Zelo menepuk tanganya. Himchan yang telah memandikan Mason walapun dia tak suka baby tapi disebabkan eommanya pernah menjaga anak sedaranya so dia mahir la sedikit pasal bayi ni.

"Dari pada kau duk menepuk sana menepuk sini.. baik korang cari lampin. Kalau budak ni kencing masak aku..." Himchan mengelap badan Mason. Macam mak mak gitu.. Biasala isteri Yongguk kata kan la..

"Hyung, kita mana ada lampin....." Lembutnya suara Jongup.

"Ye tak ye jugak kan..?" Mereka terlupa yang Yongguk, Daehyun dengan Youngjae tengah beli barang. Kalau tunggu kalau mason terkucil macam mana?. Aishh. Himchan pergi mencari sesuatu dibilik Yongguk. Dia mengelongkar almari tetapi tiada apa yang boleh digunakan as lampin. Dia terpandang ke arah patung Tiger Yongguk. Dia teringat akan cerita 'Mr Bean and the Baby'. Dia mengambil gunting dan menkeluarkan isi patung tiger.

"Ok jumpa.." Dia memakaikan Mason tiger yongguk.

"Hyung! Kalau Yongguk marah macam mana?" Zelo terkejut dengan aksi berani Himchan.

"Korang diam-diam je la..." Himchan menutup mulut Zelo. Jongup blank lagi.

 

"Woahhh awesome la hyung! Berani mati betul.." Daehyun menbuat thumb up. "Nasib baik bukan teddy bear aku.." 

"Berani kau Himchan......!!!!" Yongguk menyerang Himchan macam seekor tiger kelaparan.

"Hyung sabar la... Betul jugak tindakkan Himchan. Kalau dia terberak sekali lagi macam mana?" Youngjae menahan Yongguk dengan ditangan sebelahnya mendukung Mason.

"Betul tu hyung... Himchan hyung jugak yang tolong cebokkan Mason. Kalau bukan Himchan siapa lagi yang sanggup hyung? Nak tunggu hyung mesti la lambat :-)" Jongup pula berkata-kata.

Selepas mendengar kata-kata dari Jongup, Yongguk tersedar. Tiger hanya la tiger. Tapi Himchan yang tak suka dengan Mason pun berani nak cebokkan Mason. Tell me siapa yang sanggup nak tolong cebokkan baby? Youngjae? Itu pun belum diketahuai keikhlasannya. Hati kebapaan Yongguk tergugat. Dia memeluk Himchan.

"Huhuhu terima kasih Himchan.....Aku terlalu marah tadi. Tapi kau sebenarnya baik." Yongguk menangis. "Tapi janji dengan aku satu perkara." Dia meleraikan pelukannya.

"Janji apa?"

"Nanti gaji kau belikan tiger besar gedabak untuk aku.."

Walaupun Himchan annoying dengan tiger tapi disebabkan Yongguk, dia sanggup berjanji. Himchan megangguk laju. 

"Terima kasih Himchan." Mereka berpelukan semula. Zelo dengan Jongup tearing macam tengah tengok 'Jejak Kasih'. Yang Daehyun dan Youngjae jugak berpelukan dengan Mason. Tangan Daehyun terdapat jajan snek. sambil sambil dia berpelukan sempat juga dia menyuapkan snek didalam mulutnya. Entah bila masa dia ambil jajan tu aku tak tau. Terharu sungguh gayanya. Sememangnya Daehyun seorang foods mithali. 

(Bayangkan yang Yongguk *Tiger* peluk Himchan *Pooh*)

Swetttt...

 

 

 


sorry saya cakap chapter ni kat balai polis kan? sorry la tetiba muncul idea lain XD dapat bayang kan tak yang Himchan jadi mak mithali dan yongguk jadi bapa mithali.? Terima kasih sebab masih sudi membaca ^^ *jadi jongup sikit*

 

Dictionary:-

  1. Yeobo - Sayang or suami/isteri
  2. Eotteokhae - Macam mana ni?
  3. Maldo Andwae - Tak mungkin 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bysyyui
Sesiapa nak sequel or nak special chapter sila la komen ye ^^

Comments

You must be logged in to comment
Kikiaaa94
#1
Chapter 1: Kasihan Zelo. Tenang la, hyung tak akan melupakan baby Zelo. Hyung sayang sekali pada Zelo
Kikiaaa94
#2
Quote Jelo and Daehyun cem apalah XD
Kikiaaa94
#3
Chapter 13: Saya teringat upin dan ipin ketika Daehyun bernyanyi. Lucu la ini cerita, saya sampai tertawa
kamboja #4
English version please,.....
JunAra
#5
Chapter 20: Hye.. New reader here. Sy suka sgt Dgn Fanfic nI ! Semua element ada funny, horror, sad, love, friend easy word it is perfect ! Cuma sy xberapa suka bila tau Himchan ada anak luar nikah (luluh haty Saya Y.Y) *bdak bwah umor lah katakan*
Papapun sy harp akak akan bwt Fanfic psal BAP lgy.. Sy akan setia membaca nye
firmanhaziq
#6
Chapter 21: Gila lah ni malay fanfics pertama yg sya baca dan ianya daebak. I love daejae so much. Thank you for make this beautiful story. And saya lagi muda kak hehehehehe
ondubuliya
#7
actually im indonesian but i know malay XD this fic is so funny, really XD i cant stop laughing XD sequel pls authornim :3
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 21: sequel sequel sequel juseyoooo..... Wooo Jello nakalnye >_<
hafzadeena #9
Chapter 20: Daebak!!! ^-^(mohon buat sequel;))