Bab 15 The truth

Hello Baby?

Jam menunjukkan hampir ke pukul 3pagi. Pukul tiga pagi...(tetiba nyanyi lagi P.Ramlee).

 

Brekkk. Van mereka betul-betul berhenti di depan rumah mak Daehyun. Rumah mak Daehyun dipenuhi dengan asap van dan habuk pasir ke tanah segala bagai. Yongguk segera keluar dari van dan membuka pintu untuk mereka membawa keluar Zelo yang masih tak sedarkan diri lagi. 

"Fuhh berat gila budak ni..." Yongguk mengeluh. Walaupun Yongguk ada six packs tak bererti dia mampu mengangkat maknae giant tu. Dia turut dibantu oleh Jongup tapi....

"Hyung saya betul-betul tak larat." Yeah Yongguk pun tak mampu nak angkat ini pula si Jongup. "Apa kata kita seret je la dia." Idea yang bernas. (zalim kau Uppie)

"Kalau itu je la jalan terakhir.. Terpaksa la.." Yongguk setuju dengan cadangan yang kurang bernas daripada Jongup.

"Woot! Kejam betul korang." Daehyun memarahi mereka. "Akan la nak seret Jello macam tu je..." 

"Habis kau nak angkat? Angkat la..." Yongguk menyilangkan tangannya dengan berlagaknya. 

Daehyun melihat tubuh badan Zelo yang masih terbaring di atas peha Jongup. "Errrr--maybe- aishh takpe biar Daedae ambik something kat rumah Dae tunggu kejap." Dia berlari ke perkarangan rumahnya.

"Apa yang dia nak ambik tu?" Himchan yang masih lagi mengoyangkan kakinya di dalam van sambil online Instagramnya. 

"Yang kau dok duduk situ je apahal?" Shoot kata-kata Yongguk memanah ke dalam lubuk jantungnya. Himchan terpanah.

"Abis kau nak aku buat apa? Basuh kain malam-malam ni?" Dia mula la membuat muka. "Yah! Mak Daehyun ni mana? Akan la nak kita mati kesejukan kan sini. Fuhhh sejukk.." Himchan mula menggosokkan tapak tangannya untuk menghangatkan tubuh badannya.

"Tak sopan betul budak ni... mak Daedae tengah tidur kot. Kan dah malam." Yongguk memarahi 'lagi' Himchan.

"Tapi aku tak tahan ni... dah la dalam van ni tak ada heater. Kuno gila." 

"Macam kau sorang je yang sejuk habis aku ni?"

"Hyung sudah la tu... Mason tengah tidur ni. Kalau dia bangun lagi susah.." Kini tiba pulak giliran Youngjae memarahi mereka. "Asyik bertekak je... bosan ar..." Dia mengerutkan dahinya. Walaupun suaranya tenang tapi sudah cukup membuatkan Himchan dan Yongguk terdiam. 

 

Meanwhile....

"Mana pulak kereta sorong ni...?" Daehyun mencari-cari sesuatu di kebun mini rumahnya. "Biasanya ada kat sini.. mana la mak aku ni letak." Dia terlanggar sesuatu. "Aucwh! Oh cangkul mak ai sakit duhhh" Dia mengeran kesakitan. "Aishh dah la aku rabun. Gelap pulak tempat ni.." Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki. Dia menoleh ke belakang tetapi keadaan gelap mana la dia nampak. Dia berusaha mengecilkan matanya sesepet Jongup untuk melihat apa benda yang berbunyi.

"PANG!!!" Sesuatu hentakan ke kepalanya yang boleh membuatkan otak dan segala urat sarat bergegar. "Awwcuhhh! SAKIT!!!!!!!!!" Daehyun melihat gerangan yang memukul kepalanya. "Kau???!!!!!!" Matanya berpinar-pinar dan muncul pelangi, bintang, burung berpusing-pusing atas kepalanya. Dia rebah.

 

***

 

Mereka terdengar bunyi kecoh. 

"Wei bunyi bising apa tu?" Youngjae mematikan keadaan sunyi itu.

"Eh bunyi tu dari tempat Daehyun kan?" Yongguk memandang ke arah tempat yang bising itu.

"Himchan! Cepat ambik touch light." 

"Kat mana?" Himchan mengelongkar hampir seluruh van. "Tak ada pun?" 

"kat dashboard laaa!" Yongguk menunjukkan kearah dashboard. Himchan mengambil dan memberikan kepada Yongguk. "Youngjae! Kau dengan Jongup jaga Zelo dan Mason. Himchan kau ikut aku.!" Dia menarik tangan Himchan.

"Eee tak nak la takut.." 

"Yah apa nak takut nye... aku kan ada." Yongguk menatap muka Himchan.

"Betul? Kalau apa-apa terjadi macam mana?"

"Jangan risau. Selagi aku hidup selagi tu aku akan jaga kau." kata-kata Yongguk membuatkan hati Himchan tersentuh.

"Oh Yongguk...." Himchan mengenggam tangan Yongguk.

"Ya Himchan..." Mereka berpegangkan tangan ibarat pasangan Romeo and Juliet.

"Sweetnya hyung..." Jongup hampir sahaja mahu menangis melihat drama tak berbayar mereka.

"Hyung... apa ni buat drama tamil kat sini. Pergi la cepat." Youngjae menegur mereka.

"Oh ok cepat Himchan!" Mereka berlari ke tempat kejadian.

 

***

 

"Gelapnya.." Himchan berbisik. Dia memeluk tangan Yongguk.

Yongguk menyuluh ke arah badan Daehyun. "Ehh Daehyun!" Dia dan Himchan merapati badan Daehyun yang terbaring disitu. 

"Daehyun kau ok tak ni?" Himchan mengoyangkan badan Daehyun. "Waaaaaa Daehyun jangan tinggalkan aku! Aku banyak buat salah dengan kau. Aku admit yang aku terlalu jealous dengan kau sebab Yongguk panggil nama manja kau je. Dia tak pernah panggil aku dengan nama manja. Tapi aku janji aku tak jealous lagi... Daehyun kau tau tak, sebenarnya aku sayang sangat dengan kau. Aku betul-betul ni." Dia menangis tersedu-sedan. Like sobbing so hard la gitu. 

"Kau apahal? Merepek bagai? Dia belum mati la..." Yongguk memandang Himchan. "Ove---r weii" Yongguk mula mengeletar. 

"Kau dah kenapa?" 

"WOi korang nak mencuri eh?!" Seseorang meyergah mereka dari belakang. Himchan yang terkejut terus pengsan. Dah tiga orang pulak yang pengsan.

"Ehh tak--tak s-ayaa..." Yongguk tergagap-gagap. Dia tidak berani bertentang mata dengan orang itu. Tapi dia kuat kan semangat untuk melihatnya. "Saya... eh Puan Jung?" 

"EH kamu Yongguk? Buat apa kat sini?" Puan Jung iaitu mak kesayangan Daehyun. "Yah Taehyung! Bukak lampu cepat!" Dia menjerit ke anak sedaranya yang berada di tepi pintu. "Maaflah makcik malam-malam ni tak nampak."

"Ohh takpe.." Yongguk tersenyum.

"Sebenarnya tadi Taehyung cakap yang ada pencuri kat sini. Tu la makcik pergi check kot takut kan pencuri nak curi pasu ke pokok bunga makcik ni. Tu nasib baik Taehyung sempat belasah pencuri tu. Entah kat mana dia lari. Tup tup jumpa kamu. By the way mana Daehyun?" Setelah pangjang lebar bercerita baru nak tanya pasal anaknya.

"Makcik! Tuuuu~" Yongguk menunjukkan badan Daehyun yang pengsan. "Saya rasa yang Taehyung ingatkan pencuri tu Daehyun kot." 

"Waaaa anak ku~~ Jung Daehyun kenapa kau buat eomma macam ni? Daehyun bangun wahai anak ku kamu tidak tahu kan betapa rindunya eomma dengan kamu..." Yeah mak Daehyun pun menangis meratapi macam Himchan.

"Eomma.... Daedae belum mati la..." Daehyun membuka matanya. Dia bangun. "Adoiii sakitnya kepala aku... YAH! KAU! KAU PUKUL AKU KAN?! KAU MEH SINI! DAH LAMA AKU PANAS DENGAN KAU!!!!" Daehyun dengan gaya gangster yang tak berapa nak gangster tu memanggil Taehyung.

"Aku bla dulu...." Taehyung lari masuk ke dalam rumah. Yeah sebenarnya Taehyung ialah sepupu Daehyun. Dia merupakan ahli kumpulan BTS ala rookie yang femes tu. Kan muka dia sebijik macam Daehyun. Sebab mereka tu sepupu. Dari kecil Taehyung selalu menziarahi makcik dan sepupu kesayangannya.

"Dah dah la tu Daehyun... Taehyung bukan sengaja pun... jom masuk. Dah la sampai pagi-pagi buta ni. Mesti la orang ingatkan penyamun. Lain kali kalau dah sampai bagitau. Dah nanti eomma letak minyak gamat eh.. Jangan la merajuk ok?" Puan Jung dah mula nak bebel. Sebiji macam anaknya.

"Taehyung jahat! Dia pukul Daedae dengan pasu! Nasib baik bekas pasu tu plastik tau..." Daehyun mula la nak mengedik dengan mak dia. 

"Ehemm Dae pasal Zelo macam mana?" Yongguk mengingatkan Daehyun dengan maknaenya yang masih lagi tak menyedarkan dirinya didalam van.

"Ohhhh lupa pulak! Eomma kawan Dae pengsan kat dalam van tu sebabnya Dae ke sini nak cari kereta sorong. Eomma mana kereta sorong?" 

"Kamu teruk betul sampai nak letak dia kat kereta sorong. Nanti eomma suruh Taehyung tolong kamu. Yang budak ni macam mana?" Puan Jung melihat Himchan yang masih lagi pengsan.

"Ohh takpe saya angkat dia." Yongguk mengangkat Himchan. Ceh confident sungguh nak angkat Himchan. 1 2 3 ok semput kau.

"Hyung... nak Dae tolong tak?"

"fuhh takpe la... kita tinggalkan dia kat sini dulu... lepas kita settlekan Zelo baru angkat dia."

 

***

 

Dengan bantuan Taehyung, Jongup, Youngjae, Yongguk dan Daehyun akhirnya berjaya juga mereka mengangkat Zelo sampai ke bilik tetamu.

"Ahhh boleh tahan berat budak ni." Taehyung mengeluh.

"Baru angkat sikit dah mengeluh. Belum lagi aku suruh kau angkat beg aku lagi... Sekarang kau pergi angkat beg aku kat dalam van sekarang!" Daehyun mengarah sepupunya.

"Daehyun..." Puan Jung memandangnya sambil mendukung Mason yang masih tidur. "Taehyung dah kamu pergi tidur sekarang."

"Yes yes! Ok jaljayo ahjumma! Yah Daehyun *merong*" Taehyung menjelirkan lidahnya dan berlari ke dalam biliknya.

"Eomma tengok Taehyung...!"

"Cuba la mengalah sikit.. kamu kan tua dari dia. Perangai tak berubah." Puan Jung memukul lembut kepala Daehyun. "Makcik buatkan air susu untuk kamu."

"Takpayah susah -susah la makcik." Youngjae menolak dengan sopan.

"Dah alang-alang makcik nak ke dapur takpe la.. kamu berehat la dulu." Puan Jung memberikan Mason kepada Daehyun. "Letak baby kat atas tilam kesian dia dari tadi tidur tak lena."

Daehyun menletakkan Mason bersebelahan Zelo. Dia menyelimutkan Mason yang masih lagi terlena. 

"Hyung macam mana ni? Zelo tak sedar dari tadi." Jongup yang berada ditepi katil melihat Yongguk dengan keadaan gelisah. 

"Biar je la dia tidur dulu maybe dia penat kot... Hyung pun penat ni. Hyung nak tidur dulu..."

"Hyung bilik hyung kat sebelah. Hyung sharing dengan Himchan hyung." Daehyun menunjukkan bilik Yongguk.

Apbila daehyun menyebut nama Himchan baru Youngjae teringat kat Himchan. "Ehmm hyung... rasanya kita terlupa pasal himchan la.. dia pergi mana?"

Yongguk membulatkan matanya. "Alamak Himchan kat luar laaa... kan dia pengsan."

"Ha'ah laaa jom cepat angkat dia. Kan mati kesejukan mamat tu" Daehyun terus keluar dari bilik dan Yongguk follow dari belakang begitu juga dengan Jongup.

"Laaa Himchan pun pengsan jugak? Pulakkk" Youngjae mengeluh.

 

***

 

Dapur rumah Daehyun.

"Eomma!" Daehyun menyergah eommanya dari belakang.

"Aishh Daehyun kalau eomma ada sakit jantung la ni kena heart attack." Puan Jung mengurut dadanya.

"hihi" Daehyun hanya tersengih.

"Kawan kamu sudah tidur ke?" 

Daehyun mengangguk laju. "Kecuali Dae sebab mata ni tetiba rasa susah sangat nak tidur." Dia mengambil cawan dan menuangkan air susu segar yang dikeluarkan oleh maknya dari peti sejuk  ke dalam cawan. "Eomma bila Taehyung balik sini? Bukan dia busy ke?"

"Baru semalam dia balik. Macam tau tau je kamu nak balik sekali."

Daehyun mencebik. "Menyibuk jee..." 

"Daehyun eomma nak tanya ni.."

"Tanya la.."

"Macam mana kawan kau si Zelo tu pengsan..?"

"Ohh tadi kita orang pergi rumah Pakcik Mat soya lepas tu tetiba je dia pengsan."

"Kamu buat apa kat sana?"

"Kitaorang terjumpa pak mat lepastu kitaorang tumpangkan dia."

Puan Jung diam seketika.

"Eomma esok boleh tak belikan soya Pak mat? Dae rindu la dengan air soya dia..." 

"Daehyun kamu tak tahu ke yang Pak mat soya dah meninggal 2 tahun lepas?"

Kata-kata Puan Jung membuatkan mata Daehyun terbeliak. "Huh?!"

 

 

 


Saya tahu jalan cerita kali ni serabut sikit. Sebenarnya kepala saya sakit sangat lately ni. Maybe terlalu banyak tidur kot XD maklum la dah time cuti sekolah XD Homeworks dah la menimbun macam gunung everest stress3X! Pasal Taehyung aka V tu saya sengaja buat dia jadi cousin Daehyun. Entah la tetiba tangan ni nak manaip nama Taehyung. XD btw 3 Jun ni BAP comeback. Adoaiiii dah mula busy ni XDDDDDDDDDD hahah btw selamat membaca tau ^^ sori la kalau chap ni tak best 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bysyyui
Sesiapa nak sequel or nak special chapter sila la komen ye ^^

Comments

You must be logged in to comment
Kikiaaa94
#1
Chapter 1: Kasihan Zelo. Tenang la, hyung tak akan melupakan baby Zelo. Hyung sayang sekali pada Zelo
Kikiaaa94
#2
Quote Jelo and Daehyun cem apalah XD
Kikiaaa94
#3
Chapter 13: Saya teringat upin dan ipin ketika Daehyun bernyanyi. Lucu la ini cerita, saya sampai tertawa
kamboja #4
English version please,.....
JunAra
#5
Chapter 20: Hye.. New reader here. Sy suka sgt Dgn Fanfic nI ! Semua element ada funny, horror, sad, love, friend easy word it is perfect ! Cuma sy xberapa suka bila tau Himchan ada anak luar nikah (luluh haty Saya Y.Y) *bdak bwah umor lah katakan*
Papapun sy harp akak akan bwt Fanfic psal BAP lgy.. Sy akan setia membaca nye
firmanhaziq
#6
Chapter 21: Gila lah ni malay fanfics pertama yg sya baca dan ianya daebak. I love daejae so much. Thank you for make this beautiful story. And saya lagi muda kak hehehehehe
ondubuliya
#7
actually im indonesian but i know malay XD this fic is so funny, really XD i cant stop laughing XD sequel pls authornim :3
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 21: sequel sequel sequel juseyoooo..... Wooo Jello nakalnye >_<
hafzadeena #9
Chapter 20: Daebak!!! ^-^(mohon buat sequel;))