Bab 1

Hello Baby?

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, time-time macam ni mesti manusia tengah terlena dibuai mimpi termasuk la bap kecuali Jung Daehyun. Ingat tak dalam Tadaa It's BAP? Semua member tidur yang si Daehyun senyap-senyap tengok tv. la tu... Rutin harian dia kot. Boleh tahan ert si Dae ni. Seperti biasa, makanan mesti tak akan ketinggalan untuk 'menemani' Daehyun sambil tengok cerita '' dia tu. Tengah syok-syok tengok tv sambil makan jajan, tiba-tiba kedengaran tangisan budak kecil di luar dorm. Apa lagi tersentap ketakutan dia. Berani-berani kucing si Daehyun pergi ke pintu rumahnya. Dia menekapkan telinganya di pintu. 1, 2, 3, 4, ok. Lepas tu dia kembali ke sofa di depan tv.

"Bunyi kucing menangis kot..." terdesik keseraman dalam jiwa kentalnya. 'Tapi bunyi kucing kan meoww meoww?... fuhh baik aku tidur... penyelesaian yang terbaik'. Dia merasakan bulu tengkoknya meremang-remang. Dia segera menutup tv menggunakan remote control yang berada disebelahnya. Tangisan itu masih kedengaran. Semasa dia menoleh kebelakang di terlihat lembaga hitam dibelakangnya. Apalagi high note dia keluar la. Dengan high note dia sudah cukup boleh mengejutkan membernya yang lain. Daehyun menutup mukanya dengan tangan sambil terduduk di atas lantai.

"Pergi kau jembalang jangan ganggu umat manusia!" sambil tangannya menggeletar.

Lampu dibuka. "Yah yah yah! Jung Daehyun! Kau cakap aku jembalang?" Yongguk yang masih mamai memandang badi kearah Daehyun. Daehyun membuka sedikit matanya. 

"Fuhh hyung!!!! awat tak cakap~?" Terkeluar longhat Busannya.

"Aku terdengar macam-macam bunyi termasuk kau!" Yongguk menunding jari ke arah Daehyun. 

"Aniyo! Ada kucing tengah menangis kat luar!" Daehyun menjuirkan bibirnya kearah pintu.

"Kucing menangis? Dae kau jangan main-main boleh tak? Kau pernah dengar kucing menangis ke?" Mata Yongguk masih memandang badi ke arah Daehyun. Daehyun membuat muka blurnya. Yongguk dengan segera menuju ke arah pintu dan membuka pintu dormnya. Yang si Daehyun follow Yongguk sambil memegang baju tidur Yongguk. ALangkah terkejutnya, ada seorang baby yang berumur lingkungan 1tahun menangis teresak-esak di depan pintu mereka. Yongguk yang hendak memegang budak tersebut dihalang oleh Daehyun.

"Hyung jangan! entah-entah jembalang ke apa ke.... kita kena ambil kepastian dulu." Daehyun memusing belakang dan menunduk bahagian badannya untuk melihat dari celah kakinya. (faham-faham je la macam orang nak tengok sama ada benda tu ada kaki ke tak.. kalau tak ada kaki maksudnya hantu la tu) Daehyun menarik nafas lega. 

"Hyung dah boleh pegang dia bukannya jembalang." 

"Jembalang.. jembalang.. akan la baby secomel ni kau cakap jembalang.. ada jugak yang kena hempuk jepun kang." Yongguk mendukung budak itu untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Yongguk meletakkan baby itu di atas sofa. Akhirnya berhenti menangis juga baby tu.

Himchan, Youngjae, Jongup dan Zelo terjaga kerana terdengar kekecohan di ruang tamu. Mereka ke ruang tamu.

"Apahal kecoh-kecoh ni? aku nak tidur pun tak senang la..." Himchan menggosok matanya. "Woooooo! anak sape ni?" sambil membesarkan matanya. Apa lagi melalak la si baby tu apabila melihat muka derp Himchan. Yongguk menahan kemarahannya. 

"ala ala sayang jangan la nangis.." Yongguk mendukung baby tersebut dan menepuk lembut belakang baby. "Dah baik-baik budak ni berhenti nangis kau terkejutkan dia."

Jelas kelihatan api cemburu Zelo dimatanya. Dia memandang tajam ke arah baby yang didukung oleh Yongguk. Dengan baby pun nak jealous. Yang si Jongup masih blur. Entah kat zaman mana dah dia sekarang. Si Youngjae duduk disebelah Daehyun.

"Dae, mana kau jumpa baby ni?"

"Aku terdengar ada budak nangis tadi... lepastu dengan beraninya aku terus buka pintu lepastu ternampak la baby ni menangis melalak.." dengan bangganya dia menjelaskan kepada Youngjae. Kedengaran penipuan disitu.

"Maknanya kau hero la ni?" 

Daehyun mendepakan tangannya disofa dan menyilangkan kakinya ala -ala presiden yang kekenyangan. "Biasa la.. aku kan hero semasa. Tengok kaki ar.."

"Kena tipu je kau dengan mamat penakut tu, Jae. Dia mengegel ketakutan ada la.." Yongguk memberitahu perkara sebenarnya. 

Youngjae memandang badi ke arah Daehyun "Berani kau tipu aku, Dae". Apa lagi si Daehyun buat muka la.. gedik.

***

Hampir sejam telah berlalu, baby itu masih menangis tanpa henti disebabkan ketakutan tahap gaban dengan muka Himchan. Yongguk yang risau dengan keadaan baby itu kebuntuan.

"Ahh stress 3X!" Zelo memegang kepalanya. "Bila la dia nak berhenti nangis ni?" dia mengerutkan dahinya.

"Rasanya baby ni lapar kot..." Apabila sekian lama Jongup mendiamkan diri akhirnya bersuara juga dia. Mungkin dah sampai kat dunia asalnya. Semua member bap memandang ke arah Jongup.

"Aku ingatkan kau tidur tadi? Ke kau tengah cakap dalam mimpi?" Daehyun melihat mata kecik Jongup untuk memastikan sama ada dia tidur atau pun tidak.

"Ha'ah maybe dia lapar kot.. tapi nak bagi dia apa? Kat rumah kita mana ada makanan baby..." Yongguk yang masih lagi memdukung baby itu.

"Ahh kwenchana.. tunggu sekejap." Daehyun berlalu ke dapur.

Selepas 10 minit.

Daehyun kelihatan membawa secawan susu dan biskut. 

"Nah! cepat bagi dia susu..." Daehyun memberikan cawan dan biskut kepada Yongguk. Yongguk terasa aneh dengan biskut yang diberi Daehyun.

"Baby cracker? Kau makan makanan baby ke?" Setelah Yongguk habis cakap semua member bap memandang ke arah Daehyun dan Yongguk.

"Hahahha ada fans bagi kat aku... boleh tahan sedap la jugak.." Daehyun mengaru kepalanya. Daehyun menipu. Sebenarnya semasa dia tengah shopping beli makanan dia terjumpa baby cracker. Dia usha-usha baby cracker tu and then dia beli la.. katanya perutnya berbunyi kelaparan apabila terjumpa baby cracker tu.

"Mwo?!" Kata Youngjae, Yongguk, Himchan dan Zelo serentak. Kecuali Jongup yang tersenyum sambil mengangkat kedua-dua ibu jarinya (thumbs up).

"Jangan nak batak terkejut sangat la.. aku semua benda makan kecuali batu dengan kayu.. Hyung cepat la bagi baby ni makan kesian dia lapar.."

Yongguk meniup sedikit air disup itu dan menguapkan kepada baby. 1 2 3 akhirnya baby itu berhenti menangis dak ketawa dengan comelnya. Daehyun, Youngjae, Jongup dan Yongguk menepuk tangan sambil ketawa kegembiraan. Sempat lagi mereka mencium pipi putih gebu baby itu. Himchan dan Zelo hanya memandang ke arah mereka dengan muka masam. 'Gembira la sangat korang.... aku sure yang budak tu akan buat bencana kat kita nanti' suara hati Himchan. 'Happy la sangat budak tu kan? kena ulit dengan hyung aku..ingat comel sangat la tu... takpe ni hari kau..' suara hati Zelo pula.

Yongguk, Daehyun, Jongup dan Youngjae bermain dengan baby tu sampai baby itu tidur akibat kekenyangan + kepenatan. 

"Akhirnya tidur jugak baby ni.." Yongguk menarik nafas lega.

"Comelnya bila dia tidur.." Youngjae dan Daehyun membelai pipi montel baby itu.

"Hyung apa kata kita namakan baby ni nak tak?" Daehyun memberi cadangan yang tersangat la bernas.

"Kita nak nama kan dia apa eh?" jari yongguk mengetuk-ngetuk bibirnya. Sekshi gitu.

"BangDae! bersempena dengan nama hyung dengan aku. Kita kan jumpa dia dulu.. kan kan?" Cadangan kurang bernas Daehyun. 

"Tak sesuai la... lain lain" Youngjae object nama yang diberi oleh Daehyun. Daehyun buat muka lagi. Gedik.

"Hyung, baby ni boy ke girl?" Jongup bertanya soalan yang menguji minda mereka.

"Entah.." Yongguk melihat baby itu.

"Hyung try la tengok lelaki ke perempuan." Daehyun memaksa Yongguk.

"Kau la tengok... aphal pulak aku.." 

"Ala malu la..." Muka Daehyun yang blushing. Dia memegang pipunya.

Jongup dan Youngjae memandang semacam ke arah Daehyun.

"Biar aku je la tengok" Youngjae merelakan dirinya menerima cabaran itu. Setelah selesai check akhirnya keputusan telah pun keluar. "Namja!"

"Yeahhh!" Daehyun bersorak.

"Kau dah kenapa? Nak kena penampar jepun ?" Yongguk memarahi Daehyun. Daehyun menundukkan kepalanya.

"Kita namakan dia Mason je la.." Jongup punya cadangan nampaknya diterima baik oleh Yongguk, Daehyun dan Youngjae.

"Ada bantahan? Himchan hyung? Zelo..?'" Daehyun yang ala-ala ahli parlimen gitu. Zelo dan Himchan menjeling sahaja.

"Jangan nak gembira sangat la.. nak letak nama bagai.. dia kat sini sehari je.. esok kita hantar je dia kat balai polis." Muka Himchan yang meluat melihat baby tersebut. Sebenarnya Himchan bukannya benci dengan baby itu cuma dia sebenarnya takut dengan baby. Kira fobia la.. Dia cakap dia geli dengan saliva baby. Yongguk hanya tidak mengendahkan komen Himchan.

"Ok so from now on kita panggil dia 'Mason baby' ok?!" Jerit Daehyun yang gembira. Yelah semua member bap anak bongsu tak pernah merasa ada adik. Jongup, Youngjae, Yongguk dengan Daehyun memang la excited + over dos happy. tapi bukan bagi Himchan yang fobia dengan baby dan Zelo yang takut hyungnya tidak lagi mengambil berat pasalnya. Zelo ibaratkan baby dalam bap. Sentiasa disayangi oleh hyungnya. Tapi since baby itu hadir walaupun baru beberapa jam sahaja, Zelo terasa tergugat dengan baby itu.

""Hush!!!" Youngjae meletakkan jari dibibirnya. "Nanti Mason terjaga.."

"Ok Siapa nak tidur dengan Mason malam ni?" dengan segera Daehyun, Youngjae dengan Jongup mengangkat tanganya.

"Kita tidur ramai-ramai malam ni ok!" Cadangan Yongguk disambut baik. Dengan gelojohnya Daehyun pergi ke biliknya dan mengambil bantal, selimuta dan sama waktu dengannya keluar ke ruang tamu. 

"Aku nak tidur sebelah Mason." Daehyun menolak Youngjae.

"Hek'eleh aku yang cop dulu.." Youngjae menolak Daehyun balik. Yongguk yang melihat mereka bergaduh macam nak sepak je diaorang. Yang Jongup kembali blur.

"Dah dah tidur je la.. dah pukul 2 pagi dah... esok kita kena uruskan hal Mason lagi.." Yongguk mengambil tempat disebelah Mason.

Himchan dengan Zelo memasuki biliknya. Mereka tidak berminat untuk tidur bersama-sama dengan mereka. 

Akhirnya mereka dibuai mimpi yang indah.............

 


 

Hello reader and silent reader. Sorry sebab lambat nak update actually saya busy dengan sekolah. Maybe dapat update bila weekend je... yela kena siapakan homeworks dulu. Lagipun tahun ni saya ambil SPM (SayaPeminatMyungsoo). Btw terima kasih kena membaca. Sila-sila la comment ye.. :))) 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bysyyui
Sesiapa nak sequel or nak special chapter sila la komen ye ^^

Comments

You must be logged in to comment
Kikiaaa94
#1
Chapter 1: Kasihan Zelo. Tenang la, hyung tak akan melupakan baby Zelo. Hyung sayang sekali pada Zelo
Kikiaaa94
#2
Quote Jelo and Daehyun cem apalah XD
Kikiaaa94
#3
Chapter 13: Saya teringat upin dan ipin ketika Daehyun bernyanyi. Lucu la ini cerita, saya sampai tertawa
kamboja #4
English version please,.....
JunAra
#5
Chapter 20: Hye.. New reader here. Sy suka sgt Dgn Fanfic nI ! Semua element ada funny, horror, sad, love, friend easy word it is perfect ! Cuma sy xberapa suka bila tau Himchan ada anak luar nikah (luluh haty Saya Y.Y) *bdak bwah umor lah katakan*
Papapun sy harp akak akan bwt Fanfic psal BAP lgy.. Sy akan setia membaca nye
firmanhaziq
#6
Chapter 21: Gila lah ni malay fanfics pertama yg sya baca dan ianya daebak. I love daejae so much. Thank you for make this beautiful story. And saya lagi muda kak hehehehehe
ondubuliya
#7
actually im indonesian but i know malay XD this fic is so funny, really XD i cant stop laughing XD sequel pls authornim :3
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 21: sequel sequel sequel juseyoooo..... Wooo Jello nakalnye >_<
hafzadeena #9
Chapter 20: Daebak!!! ^-^(mohon buat sequel;))