Bab 17 Jealous

Hello Baby?

Daehyun menatap lama lelaki yang berada dihadapannya yang sedang syok gile berbual dengan Puan Jung dengan mesra sekali. Dia paling tak suka kalau lelaki itu balik ke rumahnya. Not only tak suka je tapi memang benci pun. Kalau boleh dia ikutkan hati nak je dia halau mamat tu. Tapi disebabkan sedara terpaksa la terima je kehadiran tetamu 'tak diundang'. Lagi menyirap darahnya bila Youngjae tergedik-gedik duduk di sebelah mamat tu. Sakit hati weii... Of course la Daehyun jealous.

Jongup menyiku tangan Daehyun "Hyung, lelaki tu sape? Macam kenal je..." 

Daehyun malas nak melayan si Jongup tu. Dia hanya mendiamkan diri sahaja.

"Hyung...." Jongup tetap mendesak Daehyun sampailah Daehyun naik rimas dengan perangai budak blank kat sebelah dia.

"Dia tu sepupu aku belah mak aku punya ayah tiri moyang aku." 

Jongup hanya terangguk-angguk macam faham la sangat. "Tapi macam selalu nampak je lelaki tu... tapi kat mana eh?" Daehyun menyoal dirinya sendiri sambil jarinya mengetuk-getuk bibirnya yang comel itu.

Daehyun memandang Jongup macam nak sepak laju-laju je muka Jongup. Padahal mamat tu mereka dah biasa jumpa. "Kau tak kenal ke?? dia tu salah seorang member exo la..." 

"oooo.." Jongup membuat mulut berbentuk 'O'. "Tapi hyung...."

"Apa lagi?" 

"exo tu apa?" 

Pertanyaan Jongup membuatkan hati bengkak menanah. Dia menahan marahnya tapi tangannya tak dapat menahan daripada memukul kepala Jongup. Kesian Uppie...

"Ala susu dah habis la..." Youngjae melihat botol susu Mason yang dipegangnya. 

"Takpe... Saya tolong jagakan baby ni awak pergi la buat susu.." Baekhyun offer dirinya untuk memjaga Mason.

"Boleh ke? Terima kasih Baekhyun. Baiknya awak... Tak macam mamat depan ni tau makan je." Youngjae memerli Daehyun yang berada dihadapannya. Lalu dia pergi ke dapur untuk menyediakan susu untuk Mason. Daehyun menjeling.

Daehyun ke arah Baekhyun "Yah bagi aku budak tu!" 

"Takpe biar aku je yang jaga.."

"Yah kambing baik kau bagi budak tu kat aku!"

"Ewahh sedap je kau panggil aku kambing... kau ingat kau sape Dadih?"

"Yah nama aku bukan Dadih la Kambing!!!! Kau la kambing~ Baekkkk~ Baekkk" Daehyun mengejek sambil membuat bunyi kambing. Tapi sedap jugak dengar dia mengembek.XD

"YAH DAEHYUN KAU SIAP--" Baekhyun baru sahaja nak menghabiskan ayatnya. Puan jung menjerit dari dapur.

"DAEDAE BAEKKIE SUDAH-SUDAH LA BERGADUH TU... TIAP KALI JUMPA MESTI BERTEKAK MACAM LAKI BINI.." 

Daehyun terus berhenti mengembek. Dia membuat muka. Tetapi dia tetap berrebut Mason dengan Baekhyun. Yang Baekhyun pulak tak nak mengalah. Mereka berterusan menarik Mason. Kesian Mason. Jongup pula hanya melihat sahaja tanpa perasaaan. Mungkin dia kat alam lain kot.

Youngjae kembali membawa susu. Dia terkejut dengan aksi WWE mereka yang berebut. Sekali Youngjae menjerit bergegar seluruh galaksi dan juga boleh menyedarkan Kris dari alam galaxyfanfan nya.

Mereka berhenti berebut. Daehyun melepaskan Mason yang berada didalam dakapan. Daehyun membuat muka puppynya supaya Youngjae tak memarahinya.

"Yah apa korang buat tu huh?!" Youngjae meluru kearah meraka dan mengambil Mason dari Baekhyun. 

"Sorry.." Baekhyun menundukkan kepalanya. 

"Nonono... It's not your fault." Dia memberi senyum manis kepada Baekhyun. "Semuanya salah Daehyun. Sepatutnya dia tak sepatutnya berperangai kebudak-budakkan." Dia duduk disofa dan memberi Mason susu.

Daehyun terkejut. Hatinya pecah berderai. Youngjae sanggup menyalahkannya disebabkan Baekhyun. Padahal Baekhyun baru je dia kenal.

Baekhyun duduk disebelah Youngjae. Dia membantu Youngjae memegangkan susu Mason. Kalau tengok dari jauh mereka ibaratnya sepasang suami isteri yang baru mendapat anak. Sweet gitu.

"Hyung! Kwencahana?" Jongup menepuk bahu Daehyun. 

Daehyun anya mendiamkan dirinya. Dia ke biliknya untuk melepaskan geram.

 

***

 

Bilik Daehyun

"Tak guna kau Baekkie! Kau nak rampas kawan aku sekarang! Kau ingat kau sape? Berani kau goda Youngjae aku! Tak guna! Tak guna!" Daehyun menumbuk-numbuk teddy bearnya yang tak bersalah tu. Dia geram sungguh dengan tindakakn Youngjae tadi. Hatinya berkecai...

Baekhyun mamat yang dari kecil dia telah hidup bersama-sama dengan kel;auarga Daehyun. Baekhyun rapat dengan keluarga Daehyun disebabkan dulu semasa kecil parents Baekhyun selalu keluar negara jadi keluarga Daehyun la terpaksa menjaga Baekhyun.Puan Jung menganggap Baekhyun sebagai anak dia sendiri walaupun Baekhyun itu anak sedaranya.

 

Flashback

Tadika

"Eomma Daedae nyanyi merdu kan?" Daehyun yang mengambil bahagian dalam pertandingan 'Nyanyian Kanak-Kanak Ria' bersama-sama Baekhyun.

Puan Jung hanya mengangguk sahaja. Dia membelai rambut kesayangan anaknya itu.

"Makcik! Baekkie pun nyanyi sedap kan?" Baekhyun memeluk kaki Puan Jung sambil jarinya dimasukkan dalam mulutnya.

"Ye Baekkie nyanyi pun sedap..."

"TAK! Dia nyanyi tak sedap langsung!" Daehyun membantah.

"Baekkie nyanyi sedap la!" Baekhyun mula tersedu-sedu.

"Tak! sebab suara kau tak sesedap cheese kek aku!" Daehyun menjerit membuatkan Baekhyun menangis. Baekhyun memeluk Puan jung seketat-ketaknya.

"Jung Daehyun kenapa buat hyung kamu menangis?" Puan Jung memarahinya. "Baekkie dah jangan nangis nanti makcik buatkan makanan favorite Baekkie ok?" Puan Jung memujuk Baekhyun yang teresak-esak iru.

Daehyun memandang tajam dan akhirnya tangisan kedengaran. Daehyun menangis sekuat hatinya. Dia jealous dia jealous. Makin kuat Daehyun menangis semakin kuat Baekhyun menangis. Mereka berlawan siapa yang paling kuat menangis. Naik migrain Puan Jung dikejekan oleh mereka.

 

Sekolah rendah.

"Tahniah Daehyun dan Baekhyun anda mendapat tempat pertama dalam kelas." Cikgu kelas mereka menepuk tangan. Baekhyun dengan gembiranya dia tepuk tangan sekuat hatinya. Budak kelasnya buat bunyi cengkerik 'krikk krikk' Dalam sejarah kelas mereka ada 2orang yang mendapat tempat nombor satu. Tak pernah dibuat dek orang.

"Cikgu mana ada orang dapat tempat pertama sekali dua orang cikgu! Tak adil la macam ni..." Daehyun membantah keras. Selalunya dia yang mendapat tempat pertama dalam kelas tak pun tempat kedua.

"Macam mana nak buat. Markah kamu berdua sama. Saya pun dah naik pening nak selesaikan masalah ni." Cikgunya malas nak melayan kerenah mereka berdua. Mesti ada je tak kena. Nak kata kan diaorang meniru tak pulak. Time peperiksa mereka duduk jauh sekali. Sorang kat depan sorang lagi kat belakang.

"Kalau macam tu cikgu biar saya je la dapat no satu. Daedae bagi no dua. Selsai masalah" Baekhyun memberi cadangan.

"Andwae! Asyik2 kau je yang dapat no satu! Aku pun nak no satu jugakk!" Daehyun meninggikan suaranya.

"Yah kau dah banyak kali dapat no 1 kan? Bagi la aku chance!!" Baekhyun pula menjerit.

Mereka akhirnya bergaduh sesama sendiri. Ini la rutin harian mereka kalau dapat keputusan. Mesti ada je yang tak puas hati. Cikgu mereka pun malas nak layan kerenah mereka berdua.

"CUKUP! Berhenti bergaduh! Kalau macam tu cikgu ambik keputusan." Cikgu mereka berdiri. Dia berdehem sedikit. "Cikgu ambik keputusan yang Niel akan yang dapat no satu. Memandangkan dia selalu berusaha untuk mendapatkan first place, cikgu rasa dia yang lebih layak. Selesai masalah. Dah-dah pergi siapkan kerja kamu semua.!"

"Tak mungkin...." Mereka pengsan serentak sebab tak dapat terima hakikat.

 

Sekolah menengah.

"Yah Taeyeon aku lagi cantik!"

"Tak! Hyosung lagi seksi cantik meletop kau memang keboom!"

"Tak! Taeyeon!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

"HyosunG!!!!!!!!!!!!!!!" 

Mereka menarik rambut sesama sendiri. Rakan sekelasnya melihat aksi mereka.

"Yah kamu berdua berdiri!" Cikgu Add Math nya memjerit kearah mereka. "Berani kamu bergaduh time saya mengajar!" 

"Maaf cikgu..." Mereka menundukkan kepala

"Kamu berdua buat latihan saya kat luar kelas kalau tak siap kamu tak boleh masuk kelas.!"

"Baik cikgu" Mereka berjalan keluar dari kelasnya sambil membawa buku latihan Add math.

"Kau punya pasal la ni.." Daehyun menolak badan Baekhyun.

"Apahal pulakk? kau arr" Baekhyun menolak kembali badan Daehyun.

"Kau yang cari pasal dulu.." 

"Tak kau ar.."

Sekumpulan pelajar perempuan lalu dihadapan mereka. Pelajar-pelajar perempuan tu tersenyum-senyum melihat jejaka yang mak ai kacak gila kau. "Tengok tu Kingka sekolah kita la..." salah seorang membisik ketelinga kawannya. "A'ah la.. handsome gila.." Kawannya membalas.

"Kau dengar tu budak tu cakap aku handsome." Kata Baekhyun dengan bangga.

"Perr perasan gila mamat ni. Excuse me diaorang cakap aku handsome bukan kau. Muka macam tak berapa nak siap ada hati cakap diri sendir handseome."

"Yah aku memnag lagi handsome dari kau!"

"Tak aku lagi handsome! Budak perempuan panggil aku Busan Wobin tau. Ada ke orang panggil kau Busan Wobin? Tak kan?"

"Eleh tapi muka aku kiut miut.. perempuan suka lelaki kiut macam aku!"

"Yah! Aku lagi comel dari kau la! Sekali aku buat bbuing2 habis budak perempuan sekolah ni pengsan."

"Aku rasa diaorang muntah darah ada la.. ahahaha" Baekhyun ketawa sekuat hati.

Daehyun tak dapat menahan geramnya dan dia belasah Baekhyun. Mereka bergaduh bergaduh dan bergaduh selama-lamanya....

 

"Kau tengok Baekkie... kau ingat kau sorang boleh main kotor dengan aku?" Daehyun tersenyum sinis. "Aku akan pastikan Youngjae kembali ke tangan aku.."

 

 

 

 

 

 


Hi guy! Sorry late update. Busy dengan sekolah la... sekarang dah la kena balik lewat jee ada kelas tambahan. ;_; Penat gilee.. XD

Dear ans7892 next chapter baru ada banyak sikit DaeUp ok? Sori la chap kali ni tak banyak DaeUp moment  ;_;

Thank you for new upvoters mieza_jongin and piqahbyg97 ^^ *throws heart*

p/s Congrats kepada Baekhyun dan Taeyeon yg dah official dating. ;_; Saya sebenarnya sedih bukan disebabkan Baekhyun tapi Taeyeon... Saya ship Taeyeon dengan GD sebab saya terlalu fanatik baca fanfic 'Scandal' ;_; GTae hanya di alam aff sahaja XD

Promote new fanfic: Saya nak promote cerita baru saya pasal BAP jugak XDD  yg pasti tak ada oc XD ► Housemates

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bysyyui
Sesiapa nak sequel or nak special chapter sila la komen ye ^^

Comments

You must be logged in to comment
Kikiaaa94
#1
Chapter 1: Kasihan Zelo. Tenang la, hyung tak akan melupakan baby Zelo. Hyung sayang sekali pada Zelo
Kikiaaa94
#2
Quote Jelo and Daehyun cem apalah XD
Kikiaaa94
#3
Chapter 13: Saya teringat upin dan ipin ketika Daehyun bernyanyi. Lucu la ini cerita, saya sampai tertawa
kamboja #4
English version please,.....
JunAra
#5
Chapter 20: Hye.. New reader here. Sy suka sgt Dgn Fanfic nI ! Semua element ada funny, horror, sad, love, friend easy word it is perfect ! Cuma sy xberapa suka bila tau Himchan ada anak luar nikah (luluh haty Saya Y.Y) *bdak bwah umor lah katakan*
Papapun sy harp akak akan bwt Fanfic psal BAP lgy.. Sy akan setia membaca nye
firmanhaziq
#6
Chapter 21: Gila lah ni malay fanfics pertama yg sya baca dan ianya daebak. I love daejae so much. Thank you for make this beautiful story. And saya lagi muda kak hehehehehe
ondubuliya
#7
actually im indonesian but i know malay XD this fic is so funny, really XD i cant stop laughing XD sequel pls authornim :3
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 21: sequel sequel sequel juseyoooo..... Wooo Jello nakalnye >_<
hafzadeena #9
Chapter 20: Daebak!!! ^-^(mohon buat sequel;))