Bab 20 Mason's Papa

Hello Baby?

Flashback

Telefon Sandara Park berbunyi tanpa henti. Dia tidak menghiraukan langsung dengan punyi telefonnya kerana tujuannya hanya satu iaitu dia ingin ke dorm bekas kekasihnya. Dia pergi seorang diri dengan memandu kereta volkswagen katak berwarna hijau kepunyaan Park Bom. Mason pula menangis tanpa henti kerana dibawa entah ke mana oleh mamanya. Akhirnya dia sampai ditempat yang ditujunya. Dia melihat bangunan dorm mewah dimana bap tinggal disitu.

'Akhirnya sampai juga..' Dia menuju ke dorm bap. Dia meletakkan Mason dihadapan pintu dorm bap. Mason menangis makin kuat apabila mamanya meninggalkan dirinya di situ. Sandara tak sampai hati nak tinggalkan anak tunggalnya disitu. Dia mengalirkan air matanya.

"Mason sayang.... mama tinggalkan kamu kat sini bukan tak sayangkan kamu tapi mama nak kamu berjumpa dengan papa kamu. Kamu jaga diri ya nanti mama akan ambik kamu ya..." Sandara mencium pipi anaknya dan meniggalkan tempat itu.

 

***

Sandara duduk sendirian sambil menangis di bilik latihan 2ne1 dengan ditemani oleh sebungkus jagung Park Bom yang dirembatnya dari dorm mereka. Park Bom selalu cakap kalau dia sedih dia akan makan jagung untuk menenangkan hatinya so Dara try la cuba tapi sama je. Dia tetap rasa bersalah dengan perbuatannya meninggalkan Mason bersendirian di dorm bap. 

"Sandara!" Jiyong atau lebih dikenali sebagai G-Dragon/GD menjerit nama Sandara. Sandara tidak menyendahkan jeritan GD. Sandara masih dengan melantak jagung Park Bom itu. 

"Dara kenapa awak tak jawab call saya!?" GD menarik tangan Sandara. Sandara menundukkan kepalanya. "Mana awak bawak anak saya?! Awak letak dia kat mana?!!! Answer me Dara!"

"Ji! Mason bukan anak awak!!! Awak kena sedar tuuu! Dia anak saya dengan lelaki saya! Pasal Mason awak jangan nak masuk campur.." Sandara menolak badan GD. Dia menutup mukanya... "Saya dah bagi dia kat papa kandung dia."

"What???! Dara awak tak patut buat macam tu!!! Walaupun Mason bukan anak saya tapi saya dah anggap dia macam anak saya sendiri Dara!!! Bapak dia tak akan teriam dia!"

"JIYONG! HIMCHAN MESTI BOLEH TERIMA DIA! SAYA NAK ANAK SAYA KENAL DENGAN PAPA DIA SENDIRI! PLEASE UNDERSTAND ME JIYONG~~ PLEASE...." Sandara merayu sambil memegang tangan GD.

GD mengeluh. "Dara... you should tell me.. jangan buat sesuatu perkara dengan terburu-buru..." Dia memeluk Sandara.

 

***

Seminggu kemudian....

Youngjae menunggu dicafe berdekatan dengan bangunan YG. Entah kenapa tetiba Sandara nak berjumpa dengannya. Youngjae membetulkan gaya rambutnya dan bajunya supaya kelihatan kacak dari hyung-hyungnya yang lain. Maklum la... Daehyun pernah cakap yang Youngjae antara memebr yang paling tak handsome dalam bap. Masa tu Youngjae macam nak bagi pelempang je kat pipi gebu Daehyun tapi disebabkan Daehyun tu kawannya so hasratnya terbantut. Tapi sekarang Daehyun pula yang jealous dengan kecomelan Youngjae lagi-lagi kat pipi montel macam pao tu.

"Youngjae-ah lama ke tunggu?" Sandara duduk dihadapanya.

Youngjae yang tengah syok mengelamun terkejut dnegan kehadiran Sandara. "Huh? Noona! Tak la baru je..."

Sandara tersenyum melihat Youngjae yang terkejut tu.

"Noona nak minum apa? nanti saya order kan.."

Ohh sokay... noona ada hal penting nak cakap dengan kamu."

"Hal apa?" Sebenarnya Youngjae jantung Youngjae berdudap-dudap macam nak meletup. 'Adakah noona nak confess dengan aku?'

"Sebenarnya ni pasal baby yang ada kat depan dorm korang.."

"Huh? Macam mana noona tau? Noona kenal parents dia ke?" 

"Sebenarnya baby tu anak noona..."

Penjelasan Sandara membuatkan hati Youngjae berkecai seribu. Omona omona... kepalanya seperti kena hentak dengan skateboard Zelo.

"Noona rau mesti Jae terkejut punya tapi ..."

"Kenapa noona buat macam tu?!! Noona tak berhati perut!"

"Jae.. noona buat macam ni sebab nak dia berjumpa dengan papa dia."

Youngjae memandang Sandara. "Papa dia?.." 

Sandara menganggukkan kepalanya. "Papa dia Ialah Kim Himchan."

Youngjae membesarkan matanya sebesar yang mungkin. "Biar betull......"

"Noona nak minta tolong Jae ni... tolong jagakan baby noona baik-baik."

Walaupun Youngjae macam tak dapat terima hakikat tapi dia tetap sudi membantu Sandara. "Baik la noona.... btw sape nama anak noona.?"

Sandara tersenyum. "Kim Mason."

"Mwo? Kami pun panggil dia Mason! Omo tak sangka nama yang dicadangkan oleh Jongup betul2 nama anak noona~~ Kuatnya telepati dia...."

Sandara ketawa. "Betul ke? hahah.."

"Noona nampak cantik bila ketawa." Youngjae menenung muka Sandara. Gatai mak ai.

"Jae-ahh kamu mesti selalu hantar pic Mason kat noona tau. Nanti noona rindu dengan dia."

Youngjae mengangguk "Yep yep noona!"

Sandara ketawa lagi dengan gelagat Youngjae. "Tolong ya? Suatu hari nanti noona akan ambik dia balik."

 

"Sandara~" Himchan terkejut dengan kehadiran Sandara iaitu bekas kekasihnya. 

"Himchan..." Sandara memandang Himchan.

 

***

 

"Macam mana awak boleh tau saya kat sini?" Himchan bertanya. Mereka berada dibalkoni bersama-sama dengan Mason.

"Youngjae bagitau..."

"Apa hubungan awak dengan dia? Boyfriend? or anak ikan?" Himchan membuat muka . Maklum la ex girlfriendnya ada hubungan dengan membernya sendiri.

"Himchan please jangan nak cari pasal ok.." Sandara menjeling. "Saya datang sini sebab nak ambik balik Mason."

"Apahal nak ambik budak ni pulak?"

"Sebab dia ank saya!"

"What?" Himchan membesarkan matanya. "Awak sanggup tinggalkan anak awak sendiri kat depan rumah kitaorang... mak jenis apa la... sebabkan awak la kitaorang susah tau!" 

"Saya buat macam tu sebab nak dia kenal siapa papa dia!" 

"Papa? Siapa? Yongguk? or Youngjae? Daehyun? Sebab diaorang je yang sayangkan Mason sangat."

"Himchan dia anak awak!!!! Awak masih tak sedar lagi ke?!" Sandara menjerit. Jeritannya membuatkan Mason menangis.

Himchan tersandar di dinding. Dia seolah-olah tak percaya dengan kenyataan Sandara. Kepalanya seperti ada buah durian terjatuh diatas kepalanya. Selama ini dia tak sedar yang Mason ni anak dia. Dia membenci anaknya sendiri. Dia tak mengambil kisah dengan kehadirannya. dan dia juga sedaya upaya untuk menjauhkan dirinya dengan anak kandungnya sendiri. 

 

Manakala...

Yongguk, Daehyun, Youngjae, Jongup dan Zelo sedang skodeng Himchan dan Sandara. Mereka mendengar perbualan mereka secara senyap-senyap disebalik dinding.

Selepas Sandara memberi tau yang Himchan sebenarnya papa kepada Mason. Semua mereka terkejut beruk. 

"Woo hyung awesome...." Tetiba Jongup berkata-kata. Yongguk memandang badi ke arah Jongup.

"Tak sangka hyung expert pasal benda tu sampai dapat anak.... bila masa dia buat huh?" Zelo si naif pula memberi komen.

"Kan? Mesti hyung ni mahirkan? kenapa dia tak ajar kita?" Jongup dengan gaya innocent la sangat tu.

"Yah yah!" Yongguk memearahi Jongup dan Zelo. Maklum la merka ni member paling muda. Mereka sepatutnya tak perlu ataupun TAK BOLEH ambik tau pasal benda yang 'dewasa' ni.

Zelo dengan Jongup mendiamkan diri bila kena marah dengan Yongguk.

"INI SEMUA MAKSIAT! TAK SANGKA KAWAN AKU TERJERUMUS DENGAN PERKARA-PERKARA DOSA INI. OHH TUHAN KU TOLONG AMPUN KAN DOSA KAWAN KU INI..." Yongguk berdoa. Tetiba dia over pulak.

Youngjae membuat muka tak tau je... maklum la dia dah lama tau pasal benda ni. So buat apa nak buat over terlebih macam diaorang semua.

"ehh kejap-kejap... mana Daehyun hyung?" Zelo bertanya kepada Youngjae. Dia mencari-cari kelibat Daehyun yang menghilang secara tiba-tiba.

"entah-entah..." Baru sahaja Youngjae nak menghabiskan ayatnya. Yongguk tetiba meraung.

"Daedae!!!!!!!!!!!!! kenapa kau pengsan lagi?!" Yongguk menggoyangkan badan Daehyun berulang-ulang kali.

"Baru nak cakap dia dah betul-betul pengsan.... masalh betul mamat ni" Youngjae meletakkan tapak tangannya didahinya.

 

Berbalik kepada situasi Himchan dan Sandara.

"Tak payah nak drama sangat la Kim Himchan." sandara memujuk anaknya yang tengah melalak tu. "Sebelum saya terlupa saya nak bagitau awak something ni."

Himchan memandang sayu kearah Sandara. 

"Saya akan berkahwin tak lama lagi..."

"WHAT?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tak boleh! Awka tak boleh kahwin!" Himchan memegang bahu Sandara.

"Kenapa tak boleh?"

"Sebab saya suka awak lagi!"

"Tapi saya tak suka awakkkk Himchan.! Saya tak akan lupakan macam mana awak tinggalkan saya dulu..."Sandara menolak tangan Himchan.

"Saya tak tau yang awak mengandung anak saya... betul Sandara.. saya betul-betul tak tahu.." 

"Tak payah nak ungkit perkara lama Himchan... saya dah bahagia sekarang dengan dia." 

Himchan memegang kepalanya. Dia dah dapat teriam hakikat sebab ada lelaki lain yang dapat tawan hati bekas kekasihnya itu. Dirinya tergugat sebab dia ras dia la lelaki paling gentleman dan lelaki idaman malaya.

"Siapa yang awak akan kahwin?"

"Jiyong aka G-Dragon."

Himchan membebsarkan matanya kepuluh kali besar daripada mata D.O. "Apa?"

"Jiyong yang selama ni jaga saya dan Mason bila kami susah... dan dia adalah lebih layak jadi papa Mason.! Awak jangan risau saya akan bawa Mason baik dengan saya dan dia tak akan ganggu hidup awak lagi. Selamat tinggalkan Himchan." Sandara meninggalkan Himchan yang seperti orang gila disitu dan membawa Mason bersama-sama dnegan dirinya.

"Sandara!! Mason anak kuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Himchan menjerit dan akhirnya dia pengsan.

Jongup dan Zelo berlari ke arah Himchan yang pengsan itu.

"Hyung jangan la mati dulu..." Jongup menangis.

"hyungg sebelum mati ajarkan la kitaorang menjadi 'dewasa' dahulu." Zelo pulak menangis disisi Himchan.

"hyung letak kat mana pendrive hyung yang banyak video tuu? kitaorang nak tengok jugakk!" Jongup tetap berusaha meyedarkan Himchan.

"Oiii budak ! Wah wahhh kau merepek bagai!" Youngjae menarik telinga Zelo dan Jongup.

"Awucchhh sakit hyung sakit!" Kata Zelo.

"Dahh cepat tolong angkat himchan hyung masuk dalam rumah . Cepat!"

"Ya hyung" Kata Zelo dan Jongup serentak dan mereka segera mengangkat Himchan.

"Bapak arrr berat gila hyung macam angkat lori aku rasa..." Zelo merungut.

"Shuuutttt!" Jongup suruh Zelo senyap. "nanti Himcha hyung dengar mati kita..."

"Opppss"

 

Meanwhile....

"Sandara please laaaa~~~~ jangan pisahkan saya dengan Mason....!" Yongguk merayu sambil memegang kaki Sandara. 

"Yongguk please la.... saya kena pergi sekarang...."

"Pleasee saya sayang sangat kat Mason... pleasee" Yongguk menangis tersedu sedan. Hilang kjejantanan mu.

"Yongguk... awak boleh jumpa Mason bila-bila masa je... please la jangan pegang kaki saya... sayan nak jalan ni" 

Akhirnya Yongguk melepaskan kaki Sandara.

"Thanks Gukkie kerana sudi jaga dan sayangkan Mason and selamat tinggal Gukkie." Sandara meninggalkan rumah itu bersama-sama Mason.

"MASONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!" Yongguk menjerit sekuat hatinya memanggil nama Mason. Jeritannya apat mengalahkan high note Daehyun. 

 

 

 

Akhirnya Mason telah pun kembali dengan mamanya.

Himchan kita sudah tahu yang Mason itu adalah anaknya.

BAP telah pun berpisah dengan Mason.......

 

 

 

-THE END-

 

 

 

 

 

 


Yeah final chapter. Huhuhu sedihnya XD sorilah kalau ending dia tak best dan menyakitkan hati kamu semua XDDD Btw terima kasih kepada semua reader yang membaca, yang memberikan komen dari chapter 1 sehingga la chapter 20 ini. Tak lupa juga kepada upvoters. terima kasihhh. btw saya rasa saya nak buat special chapter untuk cerita ni. Siapa nak sequel cerita ni? Kalau nak... nanti saya buat kalau tak nak takpe...... btw readers sekalian.... komen la untuk chapter terakhir ni. Byeeeee ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bysyyui
Sesiapa nak sequel or nak special chapter sila la komen ye ^^

Comments

You must be logged in to comment
Kikiaaa94
#1
Chapter 1: Kasihan Zelo. Tenang la, hyung tak akan melupakan baby Zelo. Hyung sayang sekali pada Zelo
Kikiaaa94
#2
Quote Jelo and Daehyun cem apalah XD
Kikiaaa94
#3
Chapter 13: Saya teringat upin dan ipin ketika Daehyun bernyanyi. Lucu la ini cerita, saya sampai tertawa
kamboja #4
English version please,.....
JunAra
#5
Chapter 20: Hye.. New reader here. Sy suka sgt Dgn Fanfic nI ! Semua element ada funny, horror, sad, love, friend easy word it is perfect ! Cuma sy xberapa suka bila tau Himchan ada anak luar nikah (luluh haty Saya Y.Y) *bdak bwah umor lah katakan*
Papapun sy harp akak akan bwt Fanfic psal BAP lgy.. Sy akan setia membaca nye
firmanhaziq
#6
Chapter 21: Gila lah ni malay fanfics pertama yg sya baca dan ianya daebak. I love daejae so much. Thank you for make this beautiful story. And saya lagi muda kak hehehehehe
ondubuliya
#7
actually im indonesian but i know malay XD this fic is so funny, really XD i cant stop laughing XD sequel pls authornim :3
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 21: sequel sequel sequel juseyoooo..... Wooo Jello nakalnye >_<
hafzadeena #9
Chapter 20: Daebak!!! ^-^(mohon buat sequel;))