Bab 19 Mason's Mama

Hello Baby?

Daehyun yang berada disebalik pokok kelapa, menangis teresak-esak . Dia telah mendengar semua perbualan antara Youngjae dan Baekhyun. Pada mulanya dia mengekori mereka sebab dia takut-takut diaorang buat maksiat ke apa. tetapi lepas mendengar semua perbualan mereka, sesungguhnya Daehyun tak menyangka yang Baekhyun sangat menyayangi dirinya. Selama ini dia bersangka yang Baekhyun sengaja nak cari pasal dengannya ataupun nak menaraik perhatian dan kasih sayang eommanya sahaja. Daehyun menutup mukanya dengan tapak tangannya dan berlari masuk ke dalam rumah . Akan tetapi...

*Gedebukk* Dia terlanggar seseorang.

"Sorry" Daehyun terlanggar seorang perempuan. Perempuan itu menunuduk meminta maaf kepada Daehyun.

"Yah! Buta ke?!" Daehyun tetiba memaki hamun permpuan itu tetapi selepas dia megangkat kepalanya dan melihat perempuan itu terus marahnya hilang kerana dia sangat mengenali perempuan itu. "Noona~~~"

 

***

 

Mason tetiba menyebut 'mama' tanpa henti. Baekhyun dan Youngjae melihat Mason dengan pandangan pelik.

"Aiyoo Mason... dia ni rindu sangat ke dengan mama dia?" Baekhyun menyubit pipi gebu Mason. Youngjae pula menepuk lembut badan Mason sambil tersenyum.

"Mason!" Seseorang memanggil Mason dari belakang. Apa lagi dia bergerak-gerak la macam nak terjun dari badan Youngjae. Youngjae dan Baekhyun memandang ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya Youngjae melihat seorang perempuan yang cantik dan amat dikenalinya itu. "Noona!!!!!!!!!" 

"Youngjae-ah!" Sandara Park melambai ke arahnya dengan senyuman yang amat manis sekali.

"Dah lama tak jumpa noona .. Noona apa khabar?" Kata Youngjae sambil memberikan Mason kepada Sandara.

"Noona sibuk la... lagi ppun noona tengah sibuk nak uruskan persiapan kahwin noona..." Sandara tersenyum . "Mason rindu mama tak?" Sandara bertanya kepada Mason. Mason pula gembira sampai gigi dua batangnya terserlah. Sandara memeluk anaknya itu dengan sekuat-kuatnya. "Mama tak bermaksud nak tinggalkan kamu dengan papa kamu..."

Youngjae hampir sahja mengalirkan air matanya. Yela sape yang tak sedih kalau ibu dan anak berjumpa semula setelah lama berpisah. Baekhyun pula atas kepalanya banyak question mark. Dia tak faham dengan situasi yang terjadi.

"Youngjae-ah we need to talk.." Sanadara memandang Youngjae. Youngjae mengangguk dan memandang ke arah Baekhyun dan memberi isyarat mata kepadanya supaya dia beredar dari situ tetapi Baekhyun masih tak pergi jugak.

"Oit!" Youngjae menyiku lengan Baekhyun.

"Apa?" Baekhyun membuat muka tak bersalah.

"Kan Dara noona nak cakap dengan aku je..." 

"So?..."

"So kau bla la..." 

"Ohh ok..." Akhirnya Baekhyun pergi juga dari situ.

Youngjae memandang Sandara yang sedang syok bermain-main dengan anaknya. "Noona nak cakap apa?"

Sandara memandang Youngjae.."Jae-ah rasanya noona nak ambik balik Mason dari kamu semua."

Youngjae terkejut. "Mwo?!"

Sandara mengangguk lemah. "Noona rasa tu keputusan yang betul. Lagipun bakal suami noona memang nak jaga dia sangat. Lagipun dia dah banyak tolong noona masa time noona susah dengan Mason susah dulu."

"Tapi macam mana dengan papa Mason... Akan la nak pisahkan dia dengan appa dia kot?" 

Sandara berfikir sejenak. "Papa Mason tau tak yang Mason tu anak dia..."

Youngjae menggelengkan kepalanya. Dia tak sampai hatinak bagitau yang papa Mason tak menyukai anaknya sendiri.

Sandara mengeluh. "Memang dari dulu noona dah tau yang dia tak suka budak kecil... tu sebabnya noona tak bagitau yang noona mengandungkan anak dia. Kalau tak mesti dia paksa noona gugurkan kandungan noona."

"Aniyo! kalau kita bagitau dia Mason tu anak dia mesti dia sayang punye..."

Sandara tersenyum paksa. "Yela tu.... macam noona tak kenal dia."

"Noona apa kata kita bagitau dia..." Youngjae memujuk Sandara.

"Noona memang dah nekad nak bagitau dia... Dia kat mana sekarang?"

"Rasanya... dia kat dalam rumah Daehyun kot..." Youngjae menarik tangan Sandara. "Noona jom jumpa dia ok? Jae tau yang noona rindu dengan dia kan?"

Sandara memegang bahu Youngjae. "Jae-ah gomawo sebab tolong noona selama ni. Mesti Mason banyak meragam kan? SOrry la menyusahkan kamu semua."

"Ala small matter je... lagipin Jae suka dengan Mason. Mason pandai." Dia mengusap pipi Mason yang comel itu. Sebenarnya Youngjae dah lama suka dengan Sandara Park tapi dia memendamkan perasaanya sebab Sandara telah pun bercinta dengan salah seorang hyungnya. Sampai la satu hari, Sandara datang meminta tolongnya untuk menjagakan Mason disebabkan terdesak dan untuk menyatukan Mason dengan bapanya sendiri. Walaupun papa Mason tak menyetahui yang Mason tu anaknya. Youngjae sebenarnya hendak memberi tahu kepada papa Mason iaitu salah seorang hyungnya tetapi dia tak sanggup nak tengok hyung-hyungnya bertelaga antara satu sama lain. Bukan dia tak tau perangai hyung-hyungnya yang pelik semacam tu.

 

***

 

Himchan dan Yongguk sedang mengawal diri daripada tertidur. Mereka terpaksa menemani Jongup untuk menonoton cerita Frozen. Dah naik jemu dengan kartun ais tu...~

Yongguk pula tengah bertafakur mengawal nyantuknya itu. Dia tak sampai hati nak sakitkan hati Jongup jadi dia sanggup menemani Jongup walaupun dia dah boleh hafal semua jalan cerita termasuk la dialog cerita tu. Dah boleh tolong lakon kan lagi...

"Let it goo~~ let it go~~~" Jongup bernyanyi dengan hati gembira. Zelo yang disisnya sudah lama pengsan sebab tak tahan nak layan cerita tu... kalau dah tengok cerita Frozen berpuluh-puluh kali sae yang tak rasa nak muntah. *tapi bukan aku lol*

"Uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!" Daehyun melalak disitu juga. Taehyung sedang memujuknya. Taehyung dan tau dah kenapa dia menangis. Daehyun dah menceritanya semuanya kepada Taehyung. Walaupun dia selalu bergaduh dengan Taehyung tapi dia agak rapat jugak dengan Daehyun.

"Sudah la hyung~~" Taehyung menepuk lembut bahu Daehyun.

Himchan yang panas hati membaling bantal ke arah Daehyun. "Kau memekak je laaa boleh senyap tak?" Dah la dia panas dengan perangai Jongup yang memaksa dia menonton cerita Frozen lepastu Daehyun pulak memekak. Naik jammed otak dia.

Sedang mereka semua tengah bersuka duka di ruang tamu itu, Youngjae memasuki rumah sambil membawa Sandara dan Mason. Semua mereka berdiri. Ada yang melopong dan sudah pasti Zelo terus bangun dari tidurnya.

"Hyung~~ Sandara noona nak jumpa...." Kata Youngjae kepada salah seorang hyungnya.

 

 

 


Hi kali ni short chaper XDD Ok ok sorry... next chapter ialah chapter terakhir sobb sobb sobss ;_; Sila tunggu ye... btw shout out to new upvoters farafafaxoxo Irakira and sfk_614 *throws confetti* Selamat membaca dan please comment ye? ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bysyyui
Sesiapa nak sequel or nak special chapter sila la komen ye ^^

Comments

You must be logged in to comment
Kikiaaa94
#1
Chapter 1: Kasihan Zelo. Tenang la, hyung tak akan melupakan baby Zelo. Hyung sayang sekali pada Zelo
Kikiaaa94
#2
Quote Jelo and Daehyun cem apalah XD
Kikiaaa94
#3
Chapter 13: Saya teringat upin dan ipin ketika Daehyun bernyanyi. Lucu la ini cerita, saya sampai tertawa
kamboja #4
English version please,.....
JunAra
#5
Chapter 20: Hye.. New reader here. Sy suka sgt Dgn Fanfic nI ! Semua element ada funny, horror, sad, love, friend easy word it is perfect ! Cuma sy xberapa suka bila tau Himchan ada anak luar nikah (luluh haty Saya Y.Y) *bdak bwah umor lah katakan*
Papapun sy harp akak akan bwt Fanfic psal BAP lgy.. Sy akan setia membaca nye
firmanhaziq
#6
Chapter 21: Gila lah ni malay fanfics pertama yg sya baca dan ianya daebak. I love daejae so much. Thank you for make this beautiful story. And saya lagi muda kak hehehehehe
ondubuliya
#7
actually im indonesian but i know malay XD this fic is so funny, really XD i cant stop laughing XD sequel pls authornim :3
Exotic_Baby_99
#8
Chapter 21: sequel sequel sequel juseyoooo..... Wooo Jello nakalnye >_<
hafzadeena #9
Chapter 20: Daebak!!! ^-^(mohon buat sequel;))