Choose
My Cold Sweet LoveTerbeliak mata Sehun apabila melihat Su Han yang sedang teresak-esak menangis diheret oleh seorang lelaki bersut.
“ma..macam mana Su Han ada dengan Puan?”.soal Sehun.
Puan Oh mengetap gigi apabila Sehun menggunakan panggilan Puan.
“mummy nak beri kamu pilihan..kahwin dengan Jiyeon..atau mummy takkan serahkan Su Han pada Sena”.
“gila ke??”.soal Sehun.
Sehun memandang Su Han yang wajahnya sudah basah dengan air mata.Bajunya juga sudah basah dengan peluh,mungkin kerana penat menangis.
“kalau kamu tak kahwin dengan Jiyeon..budak ni..takkan dapat jumpa Sena lagi ...dan...Sena akan sengsara...”.
Sehun mengetap gigi.Su Han mungkin dapat hidup tanpa dia tapi tak dapat hidup tanpa Sena.
“baiklah..aku setuju..kahwin dengan Jiyeon”.
Puan Oh mengukirkan senyuman puas.
“mama!...mama!”.Su Han berlari kearah Sena.
“sayang!”.
Pantas Sena memeluk Su Han erat.
Sena melihat kearah Puan Oh yang tersenyum lebar.
“kenapa mummy..buat macam ni?”.soal Sena.
Puan Oh memakai kaca mata hitamnya semula.
“rancangan aku dah terlaksana...bergembiralah dengan hidup kamu dengan penuh sengsara”.ujar Puan Oh sambil melempar satu sampul surat pada muka Sena dan berlalu pergi.
“sayang okey?”.soal Sena sambil mengucup dahi Su Han.
“o..okey”.
Su Han masih bergetar dan juga tergagap.Mungkin kerana takut sangat.Pantas Sena memeluk Su Han erat.
Sena pantas membuka sampul surat yang diberi Puan Oh tadi.
“surat cerai?”.
Comments