2- Confuse

DolphinShip Lovers (Malay version)

Shinshin  masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh Cik Hen, Mizu dan Hani berpandangan. Anggapan mereka Shinshin benar-benar tidak kembali ke syarikat itu adalah salah. Hani segera menghampiri Shinshin menjemputnya duduk.

 

"Unnie, janganlah risau. Sebenarnya aku dan Mizu unnie juga sama nasib dengan unnie. Cuma kami berminat nak jadi artis ni dah lama tapi keluarga tak benarkan. Inipun sebab Ceo telah menolong kami dan juga berjaya memujuk keluarga kami." kata Hani bercerita dengan masalah yang sama. Shinshin terdiam mendengar, Hani tersenyum melihat Shinshin. Cantik, comel dan bertubuh kecil. Pada mulanya, sangkaannya Shinshin muda darinya tetapi rupanya Shinshin lebih tua darinya.

 

"Cantik bilik ini..." Shinshin meninjau setiap ruang dalam bilik.

"Agaknya mereka sediakan untuk kita kot" Hani mengekori Shinshin dari belakang. Shinshin menghampiri Mizzu yang sejak tadi lagi sedang menulis sesuatu.

"Awak sedang buat apa tu?" Shinshin duduk di sebelah Mizu.

"Huh? Unnie, aku sedang tulis lagu. Ini hobi aku." kata Mizu tersengih. Shinshin mengambil salah satu kertas di atas meja. Sesekali dia mengganguk, liriknya amat hebat. Mungkin bakat Mizu ke arah penulis lirik lagu. Tapi, mesti dia juga pandai nyanyi lagunya sendiri.

 

"Mesti awak dibawa ke sini kerana pandai cipta lagu, betul tak?" Shinshin sengaja menanya soalan itu kepada Mizu. Mizu mengganguk kemudian menyambung lagi menulis lagunya.

 

"Sebenarnya Mizu unnie minat menyanyi dan juga mencipta lagu. Tapi Papanya tidak benarkannya. Mizu unnie ini terkenal di sekolahnya, sehinggalah Ceo dapat tahu bakatnya. Ceo berjaya memujuk papanya." kata Hani.

 

"Benar ke?" Shinshin memandang Mizu.

"Hmn... Tapi, papa aku nak tengok, jika aku gagal dalam dunia hiburan aku akan kembali ke kehidupan biasa."

"Kehidupan biasa?" kerut Shinshin tidak faham maksudnya.

"Aku akan menjadi gadis biasa, normal seperti masyarakat di luar. Aku tak nak begitu, aku nak menjadi sesuatu yang lebih hebat. Unnie tak pernah terfikir ke nak jadi sesuatu yang unnie tak pernah sangka akan berlaku?" Mizu memandang Shinshin. Hani tersenyum, Mizu juga memabantunya untuk memujuk Shinshin agar dapat terus berada dalam syarikat Woolim. Shinshin terdiam mendengar kata-kata Mizu. Bingung dengan keadaan dirinya, tidak tahu mahu buat keputusan ketika itu. Biarpun mama telah membenarkannya menjadi artis tetapi sanggupkah dirinya membiarkan mama dengan adik-adik di kampung hidup sendirian? Shinshin mengeluh. bingung...

 

------------

 

Yeonny mengejar AnAn dari belakang.

"AnAn, sampai bila awak nak mengelak dari dia? Dia tak bersalah dalam hal ini. Awak kata nak jadi artis yang terkenal. Dapat jumpa dia..."

"Diamlah Yeonny! Aku memang nak jadi artis, tapi aku tak nak satu syarikat dengan dia." AnAn mendengus duduk. Yeonny terdiam mendengar kemarahan AnAn.

"Maaflah, aku pun bingung juga nak terima tawaran mereka. Tapi awak dah lupa ke yang kita dah tandatangan kontrak dengan syarikat Woolim itu." Kedengaran keluhan Yeonny, AnAn menarik muncung.

 

"Kalau aku tahu yang dia berada di sana... aku takkan terima tawaran ini." Keluh AnAn. Yeoony mencebik.

"Eleh... Dah lama tahu dia berada di situ pun," Kata Yeonny.

"Aaarrggghhhhh.... Apa-apalah!!!" Jerit AnAn melepaskan tekanannya. Yeonny menutup telinganya. AnAn selalu begini, jika ada apa-apa masalah semua dilepaskan dengan jeritannya. 

"Yah...! Dahlah tu..." Pujuk Yeonny geram dengan sikapnya. Semuanya dia juga terpaksa pujuk AnAn.

 

"Jadi? nak ke tak? Mama aku memang galakkan aku masuk dunia hiburan. Kan, kita berdua ni dah lama jadi trainee di sekolah latihan tarian dan vokal SM." Kata Yeonny. Mereka berdua merupakan pelatih sekolah SM tetapi terlebih dahulu mendapat tawaran dari Woolim sebelum mereka menghadiri uji bakat SM.

 

"Aku tak tahulah, Yeonny..." Keluh AnAn. Yeonny turut mengeluh, tetapi apa yang dikeluhnya itu adalah keputusan AnAn yang belum lagi muktamad. Yeonny setia menunggu keputusan dari AnAn. Jika tidak Yeonny juga tidak akan turut ikut syarikat Woolim itu.

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#Siapakah c 'dia' yang membuatkan AnAn bingung dengan keputusannya sendiri? hehe...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
cutegirl99 #1
Chapter 9: tolong update lagi....
SyikinSaranghaeExo
#2
Chapter 6: jjang ! update soon !
twiiter name apa erk? huhuhu
KJNYeol
#3
Chapter 1: best tlg sambung :)
BACKSTABBERME #4
hi , if you want to advertise your story .. just go to this URL http://www.asianfanfics.com/story/view/377221/n-a-advertise-advertisement and fill up the advertisement application form .. thanks:)
Yamiyami95
#5
Hope you guys interested my fanfic!!! :)
Actually i have another fanfic but i deleted, that very boring............ :(
This story is old my fanfic, so i want to share with you all.