6- valentine for you"

DolphinShip Lovers (Malay version)

Sungyu telah memberi mereka pratikal yang kuat, dengan peraturan yang perlu diketatkan. Semakin hari semakin tiada masa untuk mereka untuk rehat. malah mereka juga tidak cukup tidur kerana mengadakan latihan tarian setiap hari. Banyak jenis tarian juga mereka kena belajar. Selain itu, setiap mereka juga menjalankan aktiviti mereka mengikut position mereka. Woolim ent. akan memberi kejutan pada orang luar bahawa mereka boleh buat. Pengurus tidak mahu mereka melengah-lengahkan masa lagi.

 

Disebabkan sudah hampir sebulan mereka mengadakan pratikal tidak henti-henti, Sungyu membuat keputusan untuk membawa mereka berehat di jeju island. Pengarah Woolim bersetuju dengan cadangan Sungyu. Sebaik sahaja pengumuman dibuat, kegembiraan junior tidak terkira.

"AnAn, aku nak jumpa awak sebentar" Sungyu memandang serius ke arahnya. Yeonny mengeluh, faham apa yang akan dipersoalkan antara mereka berdua. Sungyun sunbae kelihatan serius, tidak pernah sekali pun memberi senyuman yang ikhlas dengan mereka semua. Mereka keluar setelah mendapat isyarat daripadanya.

"Awak ada masalah ke? Sejak kebelakangan ini pretasi awak semakin merosot. Apa yang telah terjadi?"

AnAn tertunduk. Sememangnya dia tidak dapat fokus setiap kali ada latihan. Dia asyik teringat dengan Hoya, fikirannya bercelaru dan tidak tenang memikirkan dengan masa lalu. Sungyu telahpun diberitahu oleh Sungyeol hal sebenar, sebenarnya Hoya merupakan ahli yang sangat sibuk kerana dia mempunyai jadualnya tersendiri. Adanya masa untuk bersama dengan kumpulan dan ada masa programnya sendiri.

"AnAn-sii?" Sungyu menghampirinya. AnAn mengangkat kepala.

"Mianhae, sunbae-nim"  AnAn tunduk. Sungyu mengeluh.

"Adakah hal ini berkaitan dengan Hoya?"

Sebaik sahaja mendengar nama Hoya, AnAn tersentak. Jantungnya berdebar-debar, kalau boleh dia mahu berusaha tenang dan tidak mahu mendengar nama itu lagi tetapi...

"Bukan..."

"AnAn... Aku dah tahu hal sebenar. Tapi, itu bukan salah awak berdua,"

AnAn menahan sebak. Betapa rindunya pada Hoya ketika itu, tetapi Sungyu mengunkit kisah lalunya lagi. Dia berusaha hendak lupakan Hoya kerana sejak latihan tempoh hari, Hoya tidak muncul lagi dalam latihan mereka. Dia berusaha hendak bertemu tetapi sukar kerana dikatakan Hoya sangat sibuk dengan kerjanya. Di saat itu AnAn mula ingin melupakan dia tetapi keadaannya tetap tidak tenang.

"Awak kena sabar," Sungyu memeluk AnAn yang mula menangis tidak dapat menahan perasaannya. AnAn mengerut, kesal dengan dirinya. Tidak dapat menahan perasaan di depan Sunbaenya sendiri.

"Aku rindu sangat dengannya..." AnAn tersedu-sedan menangis. Sungyu mengganguk faham, dia menepuk bahu AnAn.

 

"Sungyu-sii, aku nak..." Hoya terperanjat sebaik sahaja masuk ke dalam bilik mesyuarat. AnAn dan Sungyu tersentak segera melepaskan pelukan dan melihatnya. Mereka berpandangan.

"Maafkan aku kerana menggangu" Hoya segera keluar dengan wajah yang masih terkejut. AnAn ingin mengejarnya tetapi Sungyu menahannya.

"Biar aku jelaskan pekara ini"

AnAn mengganguk, risau dan serba salah di saat itu. Sungyu keluar mengejar Hoya.

"Hoya-sii, tunggu!" Sungyu menarik Hoya setelah beberapa kali memanggilnya.

"Apa?!" Hoya mendengus. Sungyu dapat merasakan Hoya benar-benar marah setelah melihat situasi sebentar tadi.

"Tolong jangan salah faham, dengar dulu penjelasan aku," tegas Sungyu.

"Tak perlu, aku dah faham kesemuanya. Aku dah lihat semuanya. Tak perlu jelaskan." kata Hoya melawan cakap Sungyu untuk pertama kali. Sungyu menahan geram dengan kelakuan Hoya.

"Benar ke kau tak nak dengar penjelasan aku?" Sungyu menghentikan langkah Hoya. 

"Buat apa aku nak dengar penjelasan awak yang..."

"Yang tak guna???! Yah... Lee Ho Won!!! Kau ni benar2 keterlaluan tahu tak!" Sungyu memberi satu tumbukan di pipinya. Beberapa ahli kumpulan mereka yang melihat kejadian itu segera menghampiri berdua.

"Hyung, hentikan..." Sungyeol menarik Sungyu. Hoya yang terduduk atas lantai mengesat pipinya. Cecair darah mula meleleh di bibirnya.

"Dengar betul2 sini Ho Won, kau ni jangan nak berpura-pura sibuk. Sedangkan dia di sana berusaha hendak nak jumpa kau tapi kau...! Senang nak salah faham dengan situasi sekarang."

"Apa maksud ni, Hyung?" Woohyun tidak faham apa yang dikatakan oleh Sungyu. Hoya berdiri memandang tajam ke arah Sungyu.

"Sejak bila kau mula masuk campur dalam hal ini?"

"Hoya-sii, kami semua dah tahu hal ini. Jadi tak guna awak nak berlindung lagi. Sejak dari dulu lagi kami dah tahu. Hoya, jangan nak seksa dia dengan hal-hal awak kat luar. Cuba luangkan masa untuk mereka atau dia," kata Sungyeol.

"Apa maksud awak?" Hoya tidak faham apa yang mereka cuba nak sampaikan."

"Prestasi AnAn sejak kebelakangan ini semakin merosot. Malah badannya semakin kurus, hal ini kami dapati bila timbangan beratnya turun secara mendadak. Hal ini membahayakan kesihatannya," kata Sungyu mendengus. Akhirnya dia menjelaskan juga kepada Hoya. Hoya tersentak mendengar.

"Apa kamu kata?" kerutnya.

"AnAn merupakan junior yang paling merosot hyung, masih tak faham ke? Dia jadi begini disebabkan Hyung" kata Myungsoo tiba-tiba muncul pula. Hoya terdiam. Tidak menyangka sampai begitu sekali terjadi.

 

-------------------------------------

JEJU ISLAND

 

"Wah... Cantiknya!!!!" Hani berlari menuju ke pantai diikuti oleh ahlinya yang lain. AnAn  berjalan pelahan-lahan menuju ke batu. Yeonny tidak mahu menggangu kawan baiknya itu. Sejak mereka menjadi pelatih Woolim ent. rakan baiknya itu telah banyak berubah. Jika stress dia tidak lagi banyak menjerit tetapi banyak mendiamkan diri dan lebih kepada main piano untuk menghilangkan stressnya.

"Oppa... Mianhae," AnAn mengesat air matanya di pipi. Entah mengapa terlalu mudah dirinya untuk mengalir air mata. Sejak kejadian tempoh hari, AnAn banyak mendiamkan diri. Member Infinite juga tidak mahu menegurnya. Begitu juga member yang lain kerana mereka dilarang menganggu kerana mahu memberinya ketenangan.

Hoya juga menyertai program ke Jeju itu menyedari AnAn banyk mendiamkan diri dan langsung tidak memandang lagi. Sungyu menasihatnya agar mendekatinya.

"Hyung, bukan ke hari ini valentine day? Hyung masih ada peluang untuk mendekatinya" kata Sungjong tiba-tiba datang memberi idea. Hoya tersentak kemudian tersenyum mendengarnya.

"Benar katanya, malam ini adalah hari terakhir hari kekasih. Mulakan hubungan kamu berdua" kata Woohyun pula. Hoya mengganguk bertambah yakin kerana semua ahlinya mula membantunya.

 

malam itu....

"Aik, mana AnAn Unnie?" Hani memandang sekeliling.

'Hmn... Aku rasa something akan berlaku malam ini" Kata Yeonny tersenyum.

"Apa maksud Unnie?" Hani bingung tidak faham apa yang dikatakan olehnya.

"Awak masih budak, kalau tak faham tak perlu faham" kata Mizu memperbetulkan skarfnya di leher. Hani mencebik dengan Mizu yang berlagak dewasa.

"Shinshin, bawa mereka semua sekali turun makan malam kat bawa" Myungsoo tiba-tiba muncul.

"Tapi, AnAn belum..."

Turun je..." kata Myungsoo dengan dingin sekali. Shinshin mengganguk.

Mereka turun sekali gus, terpaksa meninggalkan AnAn. Biasanya mereka akan menunggu antara satu sama lain, tetapi kali ini mereka terpaksa meninggalkannya.

AnAn keluar dari bilik, hairan ke mana semua ahlinya pergi. Dia turun ke bawah tingkat, tetapi tidak ada orang.

"Yeonny-ah... Shinshin Unnie..." AnAn menjadi takut keseorangan di rumah tumpangan itu. Panggilannya tidak ada seorang pun menyahut. AnAn keluar ke luar taman, dia terlihat sejambang bunga rose bunga atas meja. AnAn memandang sekeliling, dia menghampiri bunga itu.

"Mianhae, I LOVE YOU" AnAn tersentak melihat nama Hoya tertera pada kad itu.

"Happy valentine Day" Hoya pelahan-lahan menghampiri AnAn.

"Huh...?" AnAn terperanjat melihat Hoya.

"Maafkan aku, kerana selama ini..." belum sempat Hoya menjelaskan AnAn serta-merta memeluknya. Terkejut Hoya dibuatnya. Ternyata, AnAn banyak berubah sepanjang mereka berpisah.

"Mianhae... aku cuma rindukan awak," AnAn mengesat air matanya dan menjauhkan sedikit dari Hoya.

"AnAn, aku yang bersalah dalam hal ini, awak tak bersalah. Tolong maafkan aku" kata Hoya mengerut.

"Oppa... Kenapa tinggalkan aku dulu? kenapa?" AnAn ingin tahu sebabnya selama ini yang membuatnya tertanya-tanya.

"Aku juga nasib seperti kamu, dipaksa menjadi artis untuk Woolim. Dan mereka akan berjanji membantu keluarga aku yang susah," kata Hoya menjelaskannya.

'Kenapa Oppa tak beritahu aku selama ini?" AnAn menahan geram.

"Sebab sebelum ini, awak mengelak dari aku. Macam mana aku nak jelaskan perkara ini?" katanya. AnAn terdiam, Hoya menghampirnya. Memang benar kata Sungyu, AnAn semakin kurus dan tidak bermaya. Semuanya salah dirinya.

"Mianhae..." kata Hoya. AnAn menahan sebak mengingatkan kisah lalunya.

"Oppa... aku benar-benar rindukan oppa..." AnAn tidak dapat menahan perasaannya. Hoya mengganguk lalu memeluknya seerat mungkin.

"Aku juga rindukan awak" bisiknya menahan sebak. AnAn memukul bidang dada Hoya sambil menangis.

"Jangan buat lagi macam ni tau" katanya manja sekali. Hoya tertawa kecil, sangkaannya silap. Sikap manja AnAn masih tidak berubah lagi.

"Hmn... Aku janji" Hoya mengganguk sambil mengesat air mata AnAn di pipi.

"Wah.... Romantiknya!!!" Sungjong menepuk tangan diikuti oleh ahli yang lain. Begitu juga ahli AnAn, gembira melihat pasangan itu bersama semula.

"Yeah... Akhirnya kamu berdua bersama juga, tahniah!" Sungyeol ketawa.

"Apalagi, cium3!!!" Hani menjerit.

"Yah...! Hani-ah..." AnAn merona merah di pipinya.

"Apa salahnya, hari ini kan hari valentine day kan?" kata Sungyeol memandang Yeonny.

"Err... Betul tu," katanya malu. Mereka ketawa kemudia sebulat suara menyuruh mereka berdua cium. Hoya dan AnAn tersengih malu.

"Hei... nak malu-malu lagi ke?" Dongwoo mengenakan mereka. Hoya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Happy valentine day, sayang" Hoya pelahan-lahan mencium bibir AnAn. Hani menjerit kecil melihatnya, mereka tersenyum lebar melihat pasangan di depan mereka. AnAn tersengih malu.

"Wah...! Tahniah kawanku" kata Yeonny segera memeluk AnAn setelah Hoya menciumnya dan AnAn ketawa gembira mengganguk memeluk Yeonny.

Mizu tersenyum melihat pasangan itu, dari situ dia mendapat lagi ilham untuk menulis lagu. Namun, tanpa disedari seseorang asyik memandangnya sejak tadi lagi. Mizu langsung tidak sedar akan pandangan itu. Pandangan itu amat tajam dan tidak disenangi oleh orang apabila mereka mengetahuinya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hi... i trying to write it before the valentine day end tonigth.

Deabak!!! i already look mv BAP huuhhu... tomorrow is their performance! i can't wait!!!! hehehe

after this fiction i'll write some fiction for BAP... hehehe i promise!!!

sorry if some my word you not understand but you still can ask me k.... :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
cutegirl99 #1
Chapter 9: tolong update lagi....
SyikinSaranghaeExo
#2
Chapter 6: jjang ! update soon !
twiiter name apa erk? huhuhu
KJNYeol
#3
Chapter 1: best tlg sambung :)
BACKSTABBERME #4
hi , if you want to advertise your story .. just go to this URL http://www.asianfanfics.com/story/view/377221/n-a-advertise-advertisement and fill up the advertisement application form .. thanks:)
Yamiyami95
#5
Hope you guys interested my fanfic!!! :)
Actually i have another fanfic but i deleted, that very boring............ :(
This story is old my fanfic, so i want to share with you all.