5-Reason???

DolphinShip Lovers (Malay version)

Mizu pov

 

Aku menguap beberapa kali, penat setelah sekian lama menulis lirik lagu. Aku mengambil skarf aku dan memakainya kembali. Setelah mendapat idea daripada tempat persembunyian di hujung belakang tabir pantry dan aku berjaya menghasilkan sebuah lagu. Tempat ini jarang sekali orang tahu tempat ini. Aku mengambil tempat yang sunyi untuk mencari idea menulis lagu. Tiada sesiapa yang tahu aku berada di sini. Hehehe… aku tersenyum sendirian membaca lirik aku, aku agak berpuas hati dengan lirik baru aku.

 

“Sampai bila kau nak mengelak dari aku?”

“Apa maksud kau?”

 

Aku tersentak terdengar suara di sebelah tabir. Itu suara AnAn dengan… aku tak dapat mengenal suara itu yang satu.

“Aku minta maaf jika selama ini…”

“Lupakan, sejak kau tinggalkan aku, hubungan kita dah lama berakhir,” kata AnAn. Aku membuka sedikit tabir, ingin sekali mengetahui siapa lelaki yang bercakap dengan AnAn.

“Benar ke? Awak tak nak dengar penjelasan aku, kenapa aku perlu lakukan semua ini?”

 

Aku terkejut melihat Hoya sunbae yang serius bercakap dengan AnAn. Aku menekup mulut, agak terkejut.

“Aku dah lama tunggu, tapi awak tak muncul pun depan aku untuk jelaskan pada aku. Aku dah lama tunggu, awak tahu tak?!” AnAn menahan sebak. Hoya tidak menyangka AnAn akan berkata begitu. Rupanya dia telah menyakitkan hati AnAn selama ini. Tetapi semua hal tidak dapat dielakkan, sehingga terpaksa meninggalkannya.

“Tapi… Aku masih…” Hoya tergagap-gagap menjelaskan apa yang dia hendak berkata.

“Apa? Aku takkan percaya apa yang kau nak katakan”  AnAn memandang tajam.

“AnAn, please…!” Hoya mengerut. AnAn menolak Hoya.

Aku terdiam selepas mendengar segala perbualan mereka. Apa hubungan mereka berdua? Sepertinya mereka berdua mempunyai hubungan sebelum ini. Aku tertanya-tanya selepas mendengarnya. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Hmn…

 

Flashback

“Wah…! Hebatnya, aku percaya oppa pasti Berjaya suatu hari nanti” AnAn menepuk tangan teruja melihat tarian Hoya yang begitu hebat sehingga matanya tidak berkelip melihatnya.

“Ya ke? AnAn juga pandai menari, kalau boleh aku nak menari dengan AnAn suatu hari nanti” bisik Hoya sambil memeluk pingang AnAn. Mereka merupakan pasangan kekasih yang terkenal di sekolah sm, di mana kedua-dua mereka penari hebat dan juga pandai menari. AnAn juga sangat cantik, ramai lelaki meminatinya tetapi Hoya Berjaya menambat hatinya terlebih dahulu.

“Hee… Tak naklah, aku nak menari dengan Harry jer,” kata AnAn bergurau melibatkan senior mereka yang kacak menjadi kegilaan orang di sekolah itu. Serta merta Hoya melepaskan pelukan di pingangnya.

“Yalah tu… Aku nak sambung practice menari dulu” Hoya menarik muka masam. AnAn tersenyum, jelas sekali Hoya cemburu bila menyebut nama Harry. Harry sunbae juga menyukainya tetapi AnAn tetapi menolaknya kerana terlebih dahulu menyukai Hoya.

“Mianhae oppa… cemburu ke?,” AnAn menarik lengan Hoya.

“Cemburu sangat!” Hoya menarik hidung AnAn yang mancung itu. AnAn menjerit kecil, satu pukulan manja hinggap di lengan Hoya.

“Sakitlah,” AnAn mengesat hidungnya. Hoya ketawa kemudian membantu mengesat hidungnya.

“Mianhae…”  Hoya tersenyum, AnAn tersentak. Wajah Hoya terlalu hampir dengan wajahnya. AnAn memberi senyuman manis, Hoya mudah cair bila melihat senyuman manis kekasih hatinya itu. Satu kucupan hinggap di bibir, AnAn menutup matanya, menerima kucupan kasih dari orang yang tercinta.

“Saranghae…” bisik Hoya senyum sambil membelai rambut panjang AnAn.

“Na do… Saranghae oppa,” AnAn memeluknya. Hoya tersenyum membalas pelukan AnAn. Bahagia kerana cinta, namun siapa sangka suatu ketika pasangan ini terpisah jua.

 

----------------------------

 

 

 

Kelas tarian

Hoya mengambil tempat untuk mengajar kerana Sungyu mempunyai program di luar. Mizu memandang AnAn yang cuba berusaha tenang.

“Baiklah, aku tunjukkan step yang seterusnya,” Hoya melangkah tariannya. Semua focus dengan langkah tarian itu. Hani cuba mengikutinya kembali langkah yang ditunjukkan oleh Hoya.

“Wah… Hani-ah, macam mana awak lakukan. Aku tak dapat lakukannya” Shinshin menggaru kepalanya. Dia lambat sedikit menghafal langkah yang diajar. Kedudukannya hanya tertumpu kepada nyanyian utama dalam kumpulan.

“Senang saja. Aku kan dah belajar step asas ini” kata Hani dengan bangganya. Yeonny dan AnAn juga mudah mengikuti tarian tersebut kerana mereka sudahpun terlatih. Mizu juga cuba melangkah pelahan-lahan. Hoya menyedari Mizu dan Shinshin agak lembab melakukannya, dia menghampiri mereka berdua dan mengajar secara pelahan-lahan.

“Begini, lakukan dengan kaki kanan dahulu kemudian…” Hoya mengankat tangan Shinshin dan memegang bahunya. Mizu jga turut serta.

“Unnie… bagusnya. Cepat juga unnie tangkap langkahnya,” kata Yeonny memuji Shinshin.

“Gomawo,” Shinshin tersengih. Mizu pula berusaha melakukannya, Hoya focus dengannya yang masih belum dapat melangkah dengan betul.

“Stop, Mizu-ah… sekali lagi ya” Hoya memberi tunjuk ajar sekali lagi. AnAn memerhati mereka berdua, teringat masa lalu. Rindu… Tetapi masa lalu itu tak mungkin akan dapat berulang. AnAn tertunduk, menahan sebak. Cemburu melihat aksi di depan biarpun hanya latihan.

“Sunbae… biar aku cuba sekali lagi,” Mizu menarik tangannya daripada genggaman Hoya.

“Er… baiklah” Hoya mengganguk. Mizu perasan air muka AnAn mula berlainan. Dengan keyakinan Mizu cuba mengingati apa yang diajar sebentar tadi, dia melakukan lagi tarian itu. Hoya menepuk tangan bila Mizu Berjaya melakukannya. Hani dan yang lain juga menepuknya.

“Wah… bagusnya. Awak dapat menari dengan baik.” Kata Hoya memujinya. Mizu mengganguk senyum nipis.

“Baiklah, sampai di sini sahaja tarian kita,”

“Cepatnya habis, sunbae… kami masih belum puas lagi” Hani merungut biarpun hanya dua jam mereka bersama belajar menari. Hoya tersenyum dengan telatah Hani yang manja.

“Mianhae… aku memang guru untuk kamu semua. Tetapi aku masih ada hal yang perlu diuruskan di luar.”

“Uruskan di luar? Pasal apa tu?” Shinshin cuba mengorek rahsia dari guru kesayangan mereka itu.

“Hanya hal penting.” Katanya.

“Mesti hal girlfriend kan,” Hani mengenakannya.

“Dahlah, kamu masih ada peluang untuk rehat. Jadi…”

“Sunbae-nim, ada teman wanita tak?” Mizu mengangkat tangan bertanya secara formal. Sengaja menanyakan hal itu. Semua memandang Hoya menantikan jawapannya. Yeonny memandang AnAn.

“Hmn… kamu ni nakal betul. Aku ada teman wanita. Tapi, aku tinggalkannya kerana atas beberapa sebab.”

Mereka berpandangan.

“Atas beberapa sebab? Kenapa sunbae tinggalkan dia?” Hani berasa hairan.

“Aku tinggalkan dia ketika itu…” belum habis dijelaskan pengurus memanggilnya untuk program seterusnya. Mereka mengeluh.

“Nampaknya aku memang tak boleh ceritakan pada kamu. Hal ini adalah peribadi bagi aku.” Kata Hoya.

“Tunggu dulu, adakah sunbae masih mencintainya?” Mizu menghalang Hoya seketika. AnAn tersentak memandang Mizu. Semua menunggu jawapan, Hoya menjeling AnAn sekilas kemudian mereka yang lain.

“Ya, aku masih mencintai dia. Tapi aku tak tahu sama ada dia masih mencintai aku atau tak” kata Hoya sejurus kemudian meninggalkan mereka.

“Wow… setianya Sunbae, tapi kesian gadis itu. Agaknya kenapa Sunbae tinggalkan dia ya?” Hani tertanya-tanya.

“Entahlah.”Mizu mengankat bahu. AnAn masih terkejut mendengar kata-kata Hoya sebentar tadi. Tidak menyangka Hoya masih mencintainya, namun sebab-sebab dia meninggalkan dirinya masih tidak diketahui. Yeonny menepuk bahu AnAn. Risau dengan kawan baiknya itu.

“Awak tak apa-apa ke?”

AnAn menggeleng senyum pahit.

 

 

“Dia masih mencintai awak” kata Yeonny memberi kotak minuman kepada AnAn . mereka menuju ke meja makan.

“Tapi, apa sebabnya dia tinggalkan aku?” AnAn mengeluh.

“Aku dah kata dengar dulu penjelasan dia, tapi kau tak nak dengar” kata Yeonny menggeleng, memang sikap rakan baiknya itu sangat degil.

“Agaknya, sunbae yang lain juga tahu hal ini,” kata Yeonny memberitahunya. AnAn mengerut.

“Apa?”

“Ani… Semalam Sungyeol oppa Tanya pasal awak. Aku terkejut juga bagaimana dia tahu, dia kata semua ahli dah tahu tentang hubungan kamu. Cuma dia tak nak beritahu aku apa sebabnya. Biar Hoya sendiri beritahu awak,” kata Yeonny menjelaskan kepada AnAn.

“Biar betul??? Malunya…” AnAn menekup mukanya.

“Tak apalah, sabar sajalah” kata Yeonny kesian melihat kawannya. AnAn mula menangis mengenangkan nasibnya terpaksa menahan rindu saban hari. Biarpun jarang berjumpa dengan Hoya, namun gambar kumpulan infinite sudah dapat mengubati rindunya.

“AnAn…” Yeonny menepuk bahunya. AnAn mengesat air matanya.

“Aku rindu dengannya” Kata AnAn terluah juga keegoaannya selama ini. Yeonny segera memeluknya agar bersabar.

 

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aigooo...... hehehe long time no edit my story.

BAP ALBUM WILL COME OUT!!!! YEAH.... !!!!! AWW....

mYUNGSOO ALREADY IN RUNING MAN, HE IS VERY CUTE THERE... HEHEHE

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
cutegirl99 #1
Chapter 9: tolong update lagi....
SyikinSaranghaeExo
#2
Chapter 6: jjang ! update soon !
twiiter name apa erk? huhuhu
KJNYeol
#3
Chapter 1: best tlg sambung :)
BACKSTABBERME #4
hi , if you want to advertise your story .. just go to this URL http://www.asianfanfics.com/story/view/377221/n-a-advertise-advertisement and fill up the advertisement application form .. thanks:)
Yamiyami95
#5
Hope you guys interested my fanfic!!! :)
Actually i have another fanfic but i deleted, that very boring............ :(
This story is old my fanfic, so i want to share with you all.