3- ^_^

DolphinShip Lovers (Malay version)

HEY... THIS PICTURE FOR HANI!!!! :)

Keesokan paginya, Hani lebih awal bangun daripada semua orang. Dia sangat risau jika Shinshin benar-benar tidak menyertai kumpulannya. Cik Hen sudah bersedia menjemput Shinshin keluar dari bilik.

"Unnie... tolonglah jangan pergi..." Hani menangis, sekiranya Shinshin pulang peluangnya menjadi artis akan musnah. Cik Hen terpaksa memujuknya.

"Janganlah macam ni, kita kena yakinkan semula dengan Shinshin unnie" katanya. Hani menangis teresak-esak. Mizu terdiam melihat Hani yang sedang menangis. Hani masih muda dan tidak faham dengan keadaan Shinshin, fikir Mizu.

"Awak ni macam budak2 lah" kata Mizu tiba-tiba spontan. Hani memandang tajam.

"Yah...! Aku bukan macam kau. Aku dah lama tunggu peluang ini. Ini cita-cita aku!" katanya sambil menangis. Mizu mendengus geram.

"Kita kena juga faham situasinya..."

"Dahlah tu..." Cik Hen memarahi mereka berdua. Pagi2 buta dah bergaduh. kedua-dua mereka terdiam. Shinshin yang terdengar segala perbualan mereka pelahan-lahan keluar dari bilik. Mereka memandangnya.

"Mianhae..." kata Shinshin serba salah, disebabkan dirinya mereka bergaduh.

"Shinshin unnie... Tolong jangan pergi, aku merayu..." Hani merayu kepadanya. Cik Hen mengganguk memberi isyarat pada Shinshin.

"Hani-ah... Aku dah fikir semalaman, aku buat keputusan akan terima tawaran ini," kata Shinshin. Hani terkejut lantas memeluknya.

"Benar ke?"

Shinshin mengganguk tersenyum melihat Hani, manjanya... teringat adik di kampung. Hani melompat-lompat gembira.

"Baguslah, jadi kamu dah lengkap. Cuma yang dua orang itu belum kembali lagi ke sini" kata Cik Hen risau dengan Yeonny dan AnAn. Mereka cuma perlu tunggu kedua-dua sahabat itu. Mereka sangat terkenal dai segi bakat, sebab itu Woolim berusaha untuk mendapatkan mereka berdua. Tambahan pula kedua-dua mereka mempunyai rupa.

"Siapa mereka itu?" Shinshin teringin mengetahui kedua-dua ahli yang lain.

"Yeonny dan AnAn. Mereka berdua ni sangat hebat, terkenal di sekolah SM. Ramai yang nak mereka berdua masuk syarikat mereka." Cik Hen menjelaskan kepada Shinshin.

"Wah... Patutlah. Sunbae semalam aysik tengok mereka berdua sampai tak berkelip mata." kata Hani, matanya sudah kering. Cik Hen mengganguk senyum.

"Tapi, Shinshin Unnie pun cantik, comel. Aku ingatkan Unnie muda dari kami, tapi rupanya dah tua" kata Mizu melepas sahaja kata-katanya. Shinshin hanya senyum mendengarnya.

"Hmn... Sampai hati awak kata begitu. Tapi... Betul juga ya" kata Hani pula.

"Hei... kamu ni nak mengejek aku ke? Mentang-mentang aku ni kecil dari kamu," kata Shinshin menolak pingang, pura-pura naik angin. Mereka ketawa terbahak-bahak. Cik Hen turut ketawa melihat budak-budak di depannya. Meskipun dia belum berkahwin, tetapi dia dapat melihat kasih dan telatah anak-anak artis di depannya.

 

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#here... plz tinggalkan comment and tlg subcribes ya... ^_^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
cutegirl99 #1
Chapter 9: tolong update lagi....
SyikinSaranghaeExo
#2
Chapter 6: jjang ! update soon !
twiiter name apa erk? huhuhu
KJNYeol
#3
Chapter 1: best tlg sambung :)
BACKSTABBERME #4
hi , if you want to advertise your story .. just go to this URL http://www.asianfanfics.com/story/view/377221/n-a-advertise-advertisement and fill up the advertisement application form .. thanks:)
Yamiyami95
#5
Hope you guys interested my fanfic!!! :)
Actually i have another fanfic but i deleted, that very boring............ :(
This story is old my fanfic, so i want to share with you all.