1-Kiddnap me???

DolphinShip Lovers (Malay version)

Shinshin... :)

"Yah...! Lepaskan aku!!!!" Shinshin menjerit sekuat hati bila tiga orang bodyguard telah mengeretnya masuk ke sebuah bangunan. Disebabkan badannya kecil, dia tidak mampu melawan tiga orang berbadan besar itu.

"Omma...!" Shinshin menjerit memanggil mamanya. Tetapi apakan daya, dia telah diculik dari Busan dan menuju ke Seoul. Shinshin tahu orang yang mengheretnya bawa masuk ke dalam bangunan besar ialah orang yang memaksanya masuk menjadi penyanyi. Banyak kali dia menolak tetapi orang itu juga menyiasat tentang latar belakang keluarganya. Memang keluarganya orang yang susah tetapi dia tidak mahu meninggalkan mamanya di kampung.

"Yah...! Boleh diam tak?" Myungsoo geram mendengar jeritan yang menyakitkan telinga semua orang. Satu bangunan syarikat Woolim dengar jeritannya. Shinshin mendengus menarik tangannya dari genggaman bodyguard tadi. Sekumpulan infinite di depannya memandangnya dengan sinis. Shinshin membetulkan rambutnya yang berserabut.

"Tak sangka Ceo bijak memilih, mereka semua ni comel2. Tapi mereka ni ada bakat ke?" Sungyeol tertanya sendirian. Tiada sesiapa yang menjawab soalannya. Shinshin memandang sebelahnya, ingatkan dirinya seorang saja. Rupannya ada empat orang gadis yang diculik sepertinya.

"Kim Shinshin, umur dua puluh tahun. Dari Busan."

Shinshin tersentak mendengar namanya disebut. "Siapa???" Sungyu memerhati mereka berlima. Shinshin menggankat tangan. Bulat mata mereka, tidak menyangka gadis kecil itu berumur dua puluh tahun sudah. malah mukanya benar-benar babyface.

"Kenapa? Eh... Kamu ni, dahlah culik aku sesuka hati masa kerja. Ingat aku nak turut semua yang kamu mahu ke?

Shinshin memberontak lagi, semua orang mengeluh. Empat gadis yang lain hanya mendiamkan diri. Myungsoo menghampiri Shinshin sehingga membuatkan Shinshin terdiam kerana renungannya yang tajam buatnya gerun.

"Kalau awak nak beredar sekarang, boleh. Tapi, ini panggilan dari mama awak" Myungsoo memberikan telefon bimbitnya. Shinshin mendengus lalu mengambil telefon itu.

"Hello... Shinshin-ah,"

Suara mamanya yang serak kedengaran gembira.

"Omma?" Shinshin tidak menyangka mamanya menelefonnya.

"Shinshin-ah, mianhae... Pergilah kejar impian kau tu. Jangan risau dengan omma kat sini. Omma boleh jaga diri,"

"Apa maksud Omma ni?" Shinshin mengerut.

"Mereka berjanji akan tolong Shinshin capai cita-cita, jadi bergembiralah ya Shinshin."

Belum sempat Shinshin menjawab, mamanya menutup panggilan. Apa ni? Sebelum ini Omma tidak sama sekali benarkan aku jadi artis tapi kali ini Omma tiba-tiba benarkan pula...

"Apa yang kamu telah lakukan terhadap Omma aku?" Shinshin memandang Myungsoo. Myungsoo mengankat bahu malas menjelaskannya. Dia mengambil telefonnya.

"Aku tak nak jadi artis," Shinshin mahu keluar dari bilik itu.

"Baiklah, Shinshin. Ingat, keluarga awak bukannya orang senang. Omma awak benarkan awak jadi artis kali ini sebab dia yakin awak boleh bantu keluarga awak. Awak fikirkan semula"

Shinshin tersentak, langkahnya terhenti. "Aku tak peduli, aku tak percaya yang mama aku benarkan aku seara tiba-tiba. aku tak percaya" Shinshin keluar juga dari bilik itu. Sungyu mengeluh, rupanya Shishin seorang yang keras hati.

"Kenapa awak semua buat kami macam ni?" AnAn pula bersuara.

"Apa?"

"Kamu culik kami atas bukan keinginan kami. Rupanya cara kamu tidak adil bagi orang di luar. Aku tak nak jadi artis di sini" kata AnAn turut keluar. Yeonny bingung, lalu mengejar AnAn. Rakan baiknya dari kecil lagi itu buang tabiat. Yeonny tahu apa sebabnya mengapa AnAn tidak mahu menjadi artis di syarikat itu. Namun, itu hanyalah kisah silam.

"Macam mana ni?" Hani pula paling muda yang bersemangat ingin menjadi artis tetapi ahli yang lain pula tidak mahu menjadi artis. Mizu menarik muncung membetulkan skarfnya.

"Aku pula tak tahu mengapa aku berada di sini," kata Mizu kepada Hani.

"Ne?" Hani tersentak.

"Kamu berdua, sila masuk ke bilik kamu. Cik Hen akan membawa kamu ke sana" arah Sungyu sambil mendengus bila tiga orang lagi keluar. Hani dan Mizu mengganguk mengikut Cik Hen. perancangan dari awal lagi telah gagal kerana kesilapa kecil mereka.

---------------

Shinshin memeluk tubuh, tubuhnya mengeletar kesejukan. Bandaraya sangat sibuk, Shishin tidak tahu jalan balik ke Busan. Perjalanan mengambil masa yang lama. 'Omma... Kenapa tiba-tiba je benarkan aku jadi artis?' getus Shishin menguis kuku ibu jari kakinya. Dia duduk mencangkung di tepi pondok bustop. Orang yang sedang menunggu  bus hairan melihat kelakuan. ''Ingat, keluarga awak bukannya orang senang'' kata-kata Sungyu terngaiang-ngiang di kepalanya. Shishin mengeluh tunduk memeluk kakinya.

"Sampai bila awak nak duduk sini? Awak tahu ke jalan balik Busan?"

Shinshin mengerut mendongak melihat suara lelaki di depannya. Myungsoo berdiri di depannya.

"Awak ekori aku ke?" Shinshin menggosok matanya. Myungsoo menariknya agar berdiri depannya.

"Arr...Sakitlah!!!" Jerit Shinshin mendengus.

''Ikut aku sekarang juga, takkan awak nak bermalam sini juga" Myungsoo menariknya dengan dingin. Beberapa peminat terkejut melihat mereka. mujurlah mereka tidak sempat mengambil gambar mereka berdua sebelum masuk dalam bus.

Shinshin mendiamkan diri, Myungsoo yang dingin marah dengan kelakuannya yang dingin. Pemandu yang biasa bercerita dengan Myungsoo mendiamkan diri juga. Shinshin merindui mamanya, rindu dengan suasana dengan yang huru-hara dengan adik-adiknya. Tidak menyedari air matanya mengalir di pipinya. Shinshin mengesat air mata bila kereta berhenti di hadapan syarikat. Myungsoo membuka pintu untuknya. Shinshin keluar dengan lemah.

"Masuklah dulu, Cik Hen akan bawa awak masuk ke dalam bilik. Esok awak akan dihantar pulang ke Busan" kata Myungsoo menepuk bahunya. Shinshin terdiam. Cik Hen memberikan isyarat supaya mengikut. Myungsoo mengeluh melihat Shinshin. Serba salah kerana berkeras dengannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

# ^_^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
cutegirl99 #1
Chapter 9: tolong update lagi....
SyikinSaranghaeExo
#2
Chapter 6: jjang ! update soon !
twiiter name apa erk? huhuhu
KJNYeol
#3
Chapter 1: best tlg sambung :)
BACKSTABBERME #4
hi , if you want to advertise your story .. just go to this URL http://www.asianfanfics.com/story/view/377221/n-a-advertise-advertisement and fill up the advertisement application form .. thanks:)
Yamiyami95
#5
Hope you guys interested my fanfic!!! :)
Actually i have another fanfic but i deleted, that very boring............ :(
This story is old my fanfic, so i want to share with you all.