Chapter 002

Pembunuhan Di Sekolah: Jack The Ripper
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 002

Koridor yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar dilalui Taehyung dengan gaya yang selamba. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Beg sandangnya yang berwarna biru laut itu dibetulkan supaya kedudukannya tidak menyebabkan dia terjatuh nanti. Daripada bising dengan suara yang bercakap-cakap, kini koridor yang dilaluinya dipenuhi dengan bisikan. Mata-mata yang berada di situ juga memandangnya. Namun, Taehyung hanya berlagak biasa.

“Budak baru ke?” tanya seorang pelajar lelaki yang tiba-tiba sahaja menghalang jalan Taehyung menyebabkan dia terpaksa menghentikan langkahnya.

“Taklah. Budak lama,” balas Taehyung dengan selamba menyebabkan pelajar lelaki itu menarik muka masam.

“Kau budak baru kat sini, jangan nak berlagak pandai,” kata pelajar lelaki itu dengan nada yang nampak sangat geram dengan sikap Taehyung.

“Baiklah, baiklah,” Taehyung mengangkat kedua-dua belah tangannya bagaikan menyerah kalah kepada pihak lawan. “Aku pelajar baru kat sini. Nama aku Kim Taehyung. Kau boleh panggil aku Taehyung atau Tae,” ujarnya memperkenalkan diri.

“Kim Taehyung? Sedap nama kau. By the way, my name is Choi Seung Cheol. But, kau boleh panggil aku S.Coups. And, and and, aku ketua pembuli kat sekolah ni so, watch out!” balas pelajar lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai S.Coups dengan senyuman menyindir.

“Aku pulak, Kim Mingyu. Orang panggil aku as Mingyu,” sampuk satu suara yang datang entah dari mana. Taehyung beralih ke arah pemilik suara itu yang kini berada di sebelah kanan S.Coups.

“And, aku pulak Jisoo Hong. Panggil je aku Joshua because aku lebih suka panggilan tu,” sampuk satu lagi suara yang entah datang dari mana. Taehyung mengalihkan pandangan ke arah suara itu pula dan pemilik kepada suara itu berhenti di sebelah kiri S.Coups yang masih dengan senyuman sindirnya.

“Oh, kalau macam tu, tolong beri laluan kepada aku sebab aku nak pergi mendaftar as pelajar baru di sekolah ni,” kata Taehyung kepada mereka bertiga yang memang betul-betul menghalang laluannya kini.

“Lah, kami halang laluan kau ke? Mianhae,” ucap S.Coups lebih kepada menyindir. Taehyung hanya mampu bersabar.

“Taklah. Kau bagi laluan kat aku sekarang ni,” balas Taehyung dengan riak selambanya. Disebabkan hal itu, sengihan sindir S.Coups pudar digantikan dengan muka masam.

“Kau! Memang, kan? Aku dah kata jangan nak berlagak pandai kat sini, budak baru!” tempik S.Coups. Nadanya tinggi menyebabkan semua orang yang berada di situ terkejut kecuali Mingyu dan Joshua.

“Kau nak aku report polis tentang kegiatan membuli kau?” tanya Taehyung dengan lagak penyiasatnya.

Gelak tawa S.Coups, Mingyu dan Joshua terlerai dan mula memenuhi ruang koridor yang sunyi sepi itu. Pelajar lain yang turut berada di situ hanya mampu memandang tanpa masuk campur akan hal S.Coups dan gengnya. Semua orang takut akan kumpulan itu kerana mereka merupakan samseng sekolah.

‘Sakitnya hati aku! Kalaulah mereka bertiga ni tahu aku ni penyiasat, pasti mereka akan melutut kat depan aku supaya maafkan mereka kerana tak nak dimasukkan ke dalam penjara. Sabar jelah, Taehyung! Matlamat kau kat sini adalah siasat kes pembunuhan beramai-ramai tu bukan melayan budak yang belum matang’ pujuknya dalam hati kecilnya.

“Kau siapa? Pelajar baru je kot. Nak report polis konon. Entah-entah, polis pun tak layan kau,” ujar S.Coups selepas tawanya reda.

“Dahlah, malas aku nak layan budak mentah macam korang bertiga ni,” kata Taehyung dan mula menolak bahu S.Coups ke tepi supaya dia dapat berjalan menuju ke pejabat sekolah.

“Hey! Aku budak mentah? Kau tulah yang budak mentah!” terjerit-jerit si S.Coups apabila Taehyung berjalan meninggalkan mereka bertiga dan tidak mengendahkan mereka lagi.

“Aissh, tak guna betullah budak baru tu,” kata S.Coups dengan nada yang geram.

“Tulah. Dia tu siapa? Macamlah penyiasat atau polis,” balas Joshua. Mingyu hanya terangguk-anggukkan kepalanya.

Pintu pejabat sekolah dipandang Taehyung. Jiwanya berasa bergetar secara tiba-tiba. Dengan perlahan-lahan, dia membuka pintu. Angin sejuk daripada aircond dapat dirasakan apabila dia menjejakkan kaki ke dalam. Pintu itu kembali ditutup sebelum kakinya bergerak ke kaunter.

“Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” tanya seorang kerani perempuan di sekolah itu yang bertugas di kaunter. Namanya Miss Song (berdasarkan nametag yang dipakai).

“Err... Nama saya Kim Taehyung. Pelajar baru,” ujar Taehyung denga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Saya dah hbiskan cerita ni di Wattpad. Perlu ke sy update jgk di sini? Hurm

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Min_Arisu
20 streak #2
Just dropping by to say, what a beautiful poster you got there! :)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Uishh.... Bahaya laaa taehyung TTTT
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: rasanya cikgu yang jadi pembunuh.... hmmm
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 9: Ntah tak tahu siapa pembunuh. Cuma..saya rasa S.Coup bukan lah pembunuh misteri tu. Hehe..
Xia_Bing
#6
Chapter 9: Dah bace sampai 9 Chapter tapi still x dapat agak sape yang jadi pembunuh .