Chapter 014

Pembunuhan Di Sekolah: Jack The Ripper
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 014

 

Malam itu,

“Coups, boleh tak kau tolong ambikkan air kat water cooler?” arah Jin seraya tangan kanan menghulurkan sebuah cerek yang diperbuat daripada besi kepada S.Coups. Ketua pembuli itu memandang, tidak puas hati. Namun, dia tetap bangun dan mencapai cerek tersebut sebelum berlalu pergi menuju ke arah water cooler yang terletak di blok A yang berdekatan dengan padang.

“Thanks, Coups!” sempat lagi, Jin berterima kasih kepada S.Coups dengan separa menjerit. Senyuman terhias di bibirnya.

“Kau nampak baik dengan dia. Sejak bila rapat ni?” tanya Gyujin yang berada tidak jauh daripada Jin yang sedang memotong sayur sawi itu.

“Takdelah. Aku tak rapat pun dengan dia. Ahli kumpulan kena bantu kumpulan dia untuk menyelesaikan beberapa perkara. So, takkan nak suruh S.Coups duduk dan tengok sahaja,” balas Jin.

“Oh ye tak ye juga,” kata Gyujin seraya tangan kanan menggaru kepala yang tidak gatal.

“Jin, kau ada nampak S.Coups tak?” tanya Taehyung yang datang ke arah Jin dan Gyujin sambil membawa pisau dan papan pemotong daging.

“Aku baru je suruh dia ambil air kat water cooler. Waeyo?” balas Jin dengan pertanyaan di akhir ayat.

“Takdelah, Aku ingat nak minta tolong dia potong daging. Kau pun tahu kan yang dia, kalau tak tengok dan duduk. Pasti dia akan merayau entah ke mana,” apa yang dia sampaikan, hanyalah tanggapannya sahaja.

“Nantilah aku suruh kalau dia datang sini,” kata Jin. Sesekali matanya memerhati ke arah blok A. Mana tahu, ketua pembuli itu muncul nanti.

“Tak payahlah. Aku buat sendiri.”

“Okey.”

“Kau perasan sesuatu tak, Jin?” tanya Gyujin setelah kelibat Taehyung hilang dari pandangan mereka berdua.

“Perasan apa?” tanya Jin.

“Aku nampak kan, Taehyung yang baru je masuk sekolah ni dah boleh rapat dengan S.Coups. Biasanya, S.Coups payah nak rapat dengan orang lain kecuali geng dia. Kau tak rasa pelik, ke?” terang Gyujin.

“Tak juga. Aku ada dengar beberapa hari selepas Taehyung masuk, diorang bergaduh teruk kot sampai Luhan yang jadi mangsa. Tak silap aku, S.Coups cuba nak bunuh Luhan dan Taehyung yang leraikan pergaduhan tu,” sahut satu suara dari arah belakang mereka berdua, menyampuk perbualan mereka.

“Ish, kau ni pun! Terkejut kami. Kalau ye pun, bagilah salam dulu ke apa ke,” kata Jin apabila kelibat J-Hope yang berdiri di belakang mereka menyapa pandangan.

“Hehehe... Sorry.”

“Takpelah. Dah, stop talking! Jom kita siapkan kerja kita ni. Lagi cepat kita siap, lagi cepat kita dapat makan,” Jin bersuara seraya tangannya lincah mengaul kuah kari yang dimasak menggunakan gas stove yang disediakan pihak sekolah.

Tanpa disedari mereka, ada sepasang telinga yang mendengar perbualan mereka. Pemilik sepasang telinga itu tidak menyenangi perkara yang dibualkan oeh mereka.

 

Setelah perut masing-masing penuh dengan makanan, mereka bertujuh berbaring di atas tikar yang berada di hadapan khemah mereka. Pihak sekolah memang menyediakan sebidang tikar di hadapan khemah masing-masing bagi memudahkan para pelajar untuk mencari tempat bagi menjamu selera.

Kedudukan mereka yang berbaring di atas tikar adalah seperti ini:

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Saya dah hbiskan cerita ni di Wattpad. Perlu ke sy update jgk di sini? Hurm

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Min_Arisu
20 streak #2
Just dropping by to say, what a beautiful poster you got there! :)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Uishh.... Bahaya laaa taehyung TTTT
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: rasanya cikgu yang jadi pembunuh.... hmmm
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 9: Ntah tak tahu siapa pembunuh. Cuma..saya rasa S.Coup bukan lah pembunuh misteri tu. Hehe..
Xia_Bing
#6
Chapter 9: Dah bace sampai 9 Chapter tapi still x dapat agak sape yang jadi pembunuh .