Chapter 008

Pembunuhan Di Sekolah: Jack The Ripper
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 008

Taehyung termenung di sebuah perhentian bas berdekatan dengan Estin Highschool. Dia keluar secara senyap-senyap: ketika semua pelajar dan guru terlalu ralit melihat pihak polis berada di dalam kawasan sekolah. Sememangnya Taehyung seorang yang pakar dalam menghilangkan diri tanpa disedari sesiapa. Walaupun begitu, Taehyung bukanlah seorang yang sempurna. Kekadang, dia pernah terkantoi ketika aktiviti menghilangkan dirinya dijalankan. Waktu itu, Taehyung berusia 13 tahun. Dia pernah ingin ponteng sekolah hanya kerana bosan mendengar bebelan cikgu yang memang suka membebel sebelum memulakan sesi pembelajaran. Nasiblah bukan cikgu yang dia kantoi tetapi kawannya. Kalau tak, dah lama dia dikenakan hukuman.

Pon! Pon!

Bunyi hon daripada sebuah kenderaan yang diberi nama kereta mengejutkan Taehyung yang berada dalam lamunan. Terus kepalanya didongakkan untuk melihat pemilik kereta yang telah menghon beberapa kali sehingga menganggu lamunannya. Sebuah kereta Audi berwarna merah darah menyapa pandangannya. Itu kereta Jimin!

Segera Taehyung bangun daripada duduknya lalu bergerak menuju ke arah pintu kereta sebelah kiri pemandu. Pintu kereta dibuka sebelum dia mula melabuhkan punggung di atas seat sebelah pemandu.

“Weh, apa yang berlaku?” tanya Jimin sebaik sahaja Taehyung duduk di sebelahnya. Wajah sahabatnya dipandang: menanti jawapan yang akan keluar daripada mulut sahabatnya itu.

“Kau nampak kat sana tu?” tanya Taehyung seraya pandangannya dihalakan ke arah Estin Highschool. Melalui pagar utama sekolah tersebut, kawasan halaman sekolah jelas dapat dilihat walaupun pagar mengelilingi bangunan dan halaman sekolah tersebut.

“Ada kereta polis?” kata Jimin apabila matanya menangkap beberapa buah kereta polis yang tersadai berdekatan dengan dewan sekolah.

“Kau rasa apa yang berlaku?” tanya Taehyung malas mahu menceritakan kejadian yang baru berlaku di sekolah tersebut.

“Kejadian pembunuhan? Kejap! Serius? Kejadian pembunuhan berlaku sekali lagi?” tanya Jimin, terkejut.

“Yup. Ada kejadian pembunuhan yang baru sahaja berlaku,” balas Taehyung menjawab pertanyaan Jimin.

“Beramai-ramai?” tanya Jimin.

“Nope. Seorang je,” ujar Taehyung.

“Pelik!” kata Jimin lebih kepada dirinya sendiri.

“Dah, jomlah kita pergi! Weh, Min! Kau bawa aku pergi pejabat Inspektor Choi. Aku kena jumpa dia sekarang ni. Penting,” kata Taehyung. Jimin hanya menganggukkan kepalanya sebelum kereta Audi berwarna merah darah itu meluncur laju membelah jalan untuk menuju ke sebuah destinasi yang ingin dituju.

“Sampai pun kau,” ujar Inspektor Choi tatkala kelibat Taehyung menyapa pandangannya selepas pintu pejabat miliknya dibuka oleh penyiasat tersebut. Taehyung tidak membalas malah, dia segera menuju ke arah meja Inspektor Choi dimana terdapat dua kerusi berhadapan dengan kerusi milik Inspektor Choi.

“Duduklah,” arah Inspektor Choi apabila Taehyung hanya berhenti di tepi meja miliknya. Terus penyiasat tersebut duduk di salah sebuah kerusi yang ada di hadapan Inspektor Choi.

“Ada apa tuan nak jumpa dengan saya?” tanya Taehyung, sopan.

“Aku nak kau ambil fail biru ni,” kata Inspektor Choi sebelum fail berwarna biru dihulurkan ke arah Taehyung. Dengan segera, Taehyung mencapai juga fail tersebut.

Inspektor Choi memberi ruang kepada Taehyung untuk membelek-belek isi fail tersebut. Wajah Taehyung penuh dengan kerutan apabila membacanya: menandakan bahawa dia sedang fokus dalam mentafsir dan membaca isi dalaman fail tersebut.

“Kau sendiri yang saksikan pembunuhan yang berlaku ke atas seorang pelajar pagi tadi, kan?” tanya Inspektor Choi apabila Taehyung sudah membelek halaman fail tersebut yang menunjukkan beberapa  keping gambar mayat yang pernah berlaku di Estin Highschool beberapa minggu yang lalu.

“Ya,” balas Taehyung.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Saya dah hbiskan cerita ni di Wattpad. Perlu ke sy update jgk di sini? Hurm

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Min_Arisu
20 streak #2
Just dropping by to say, what a beautiful poster you got there! :)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Uishh.... Bahaya laaa taehyung TTTT
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: rasanya cikgu yang jadi pembunuh.... hmmm
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 9: Ntah tak tahu siapa pembunuh. Cuma..saya rasa S.Coup bukan lah pembunuh misteri tu. Hehe..
Xia_Bing
#6
Chapter 9: Dah bace sampai 9 Chapter tapi still x dapat agak sape yang jadi pembunuh .