Chapter 001

Pembunuhan Di Sekolah: Jack The Ripper
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 001

Inspektor Choi melemparkan sebuah fail ke atas meja kerjanya. Taehyung yang berada di hadapan meja kerja Inspektor Choi hanya memandang fail itu dengan mata yang terkebil-kebil. Tangannya langsung tidak bergerak untuk menyentuh fail yang nampak misteri itu.

“Kamu tahu ni fail apa?” tanya Inspektor Choi yang kini memandang ke luar jendela sambil kedua-dua belah tangannya disilangkan dan diletakkan di belakang badannya.

“Fail yang melibatkan kematian?” tanya Taehyung, hanya berteka dengan Inspektor Choi.

“Ya, betul tu! Aku nak kau siasat kes kematian yang berlaku,” ujar Inspektor Choi. Lalu dia memandang tepat ke arah Taehyung dan mula mendekatkan wajahnya dengan Taehyung. “Kes kematian beramai-ramai di sebuah sekolah tinggi di bandar Seoul,” sambung Inspektor Choi dengan nada berbisik.

“Berkaitan dengan Jack The Ripper?” tanya Taehyung inginkan jawapan.

“Yup, that’s right! Kes ni sama dengan kes Jack The Ripper yang sudah lama menghilang sejak bertahun-tahun yang lalu,” balas Inspektor Choi.

“Dia kembali lagi?” tanya Taehyung lagi. Bila difikirkan kembali, mustahil untuk Jack The Ripper yang dahulu muncul dan membunuh pelajar sekolah.

“Tak! Aku rasa ni bukan kerja Jack The Ripper yang sebenarnya tetapi ada yang menyamar sebagai dia,” ujar Inspektor Choi berlandaskan fikiran akal waras.

“Jadi, dia seorang pelajar dan menyamar sebagai pembunuh tu?” tanya Taehyung.

“Mungkin,” balas Inspektor Choi dengan ringkas.

“Tuan! Keputusan forensik sudah keluar!” seorang polis wanita memberitahu hal yang berkaitan dengan forensik kepada Inspektor Choi yang berbual-bual dengan Taehyung setelah pintu bilik Inspektor Choi dibuka.

“Okey, nanti saya akan menyusul,” balas Inspektor Choi dan wanita polis itu pun menganggukkan kepala dan mula berlalu pergi meninggalkan tempat bermesyuarat antara Taehyung dan Inspektor Choi.

“Saya nak kamu menyamar sebagai pelajar dan siasat siapa Jack The Ripper yang sebenar,” kata Inspektor Choi sebelum kelibatnya berlalu pergi dari situ.

“Baiklah, Tuan!” Taehyung terus berdiri dan memberi tanda hormat dengan tabik kepada Inspektor Choi walaupun dia sudah berlalu pergi.

“Ni ke sekolahnya?” tanya Taehyung kepada dirinya sendiri. Bangunan sekolah yang megah kini menyapa pandangannya. Kertas ditangannya diteliti. Estin Highschool. Alamat yang betul dan tepat. Suasana sekolah nampak agak menyeramkan. Tetapi kenapa suasana sekolah nampak sunyi macam takde pelajar yang hadir ke sekolah?

“Annyeong, anak muda. Kamu buat apa kat sini?” sapa seseorang menyebabkan kertas yang dipegang Taehyung hampir-hampir sahaja ingin jatuh ke tanah. Dia terus berpaling ke belakang dan kelihatan seorang warga tua lelaki sedang memandangnya seperti inginkan jawapan.

“Err... saya pelajar baru kat sekolah ni. Saya cuma hairan aje sebab sekolah ni nampak sunyi,” balas Taehyung malas mahu beritahu tujuan asalnya.

“Oh, kamu tak tahu ke? Sekolah ni kan cuti hari ni kerana ada kes pembunuhan malam semalam,” ujar lelaki tua itu.

“Oh, ye ke? Maaflah. Saya tak tahu pulak. Yalah, saya baru je berhijrah ke sini beberapa hari yang lalu. Belum kenal lagi kawasan tempat tinggal yang baru. Nasiblah ahjussi ada, kalau tak, tak tahulah macam mana,” kata Taehyung dengan senyuman. Warga tua itu hanya menganggukkan kepalanya dan senyuman terukir di bibirnya.

Kemudian, figura lelaki tua itu berjalan pergi meninggalkan anak muda yang ditegurnya itu di situ. Namun belum sempat dia mahu pergi lebih jauh, tangannya dipegang kejap oleh Taehyung. Mata lelaki muda itu memandang tepat ke mata lelaki tua itu sebelum bersuara dan bertanyakan soalan yang ingin ditanya.

“Tadi, ahjussi ada cakap pasal kematian, kan? Boleh saya tahu apa punca kematian yang berlaku dalam sekolah ni?” tanya Taehyung dengan nada karismanya sebagai pegawai penyiasatan.

“Ahjussi tak tahu sangat pasal hal ni. Kebetulan, ahjussi terdengar orang berbual-bual menyatakan ada kes pembunuhan beramai-ramai yang terjadi kat sini. Itu yang pak cik bagitahu kamu. Kata orang, kes pembunuhan ni sama dengan kes Jack The Ripper. Seram pulak ahjussi bila dengar nama yang sudah lama terkubur tu muncul semula,” jelas warga tua itu. Taehyung menganggukkan kepalanya.

“Dendam ke?” tanya Taehyung, tiba-tiba.

“Tak tahulah pulak ahjussi ni. Yalah, ahjussi ni dah tua. Tak mampu dah nak siasat soal ni. Cuma tahu berdasarkan orang cakap,” kata lelaki tua itu sebelum jam tangan yang sudah pudar warnanya dikerling. “Ahjussi pergi dululah. Nak sambung kerja menyapu sampah. Anak pun kalau boleh pergilah balik dulu. Esok mungkin sekolah ni akan dibuka,” sambung lelaki itu dan dibalas anggukan oleh Taehyung yang masih berdiri di situ.

Taehyung hany

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Saya dah hbiskan cerita ni di Wattpad. Perlu ke sy update jgk di sini? Hurm

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Min_Arisu
20 streak #2
Just dropping by to say, what a beautiful poster you got there! :)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Uishh.... Bahaya laaa taehyung TTTT
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: rasanya cikgu yang jadi pembunuh.... hmmm
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 9: Ntah tak tahu siapa pembunuh. Cuma..saya rasa S.Coup bukan lah pembunuh misteri tu. Hehe..
Xia_Bing
#6
Chapter 9: Dah bace sampai 9 Chapter tapi still x dapat agak sape yang jadi pembunuh .