Chapter 011

Pembunuhan Di Sekolah: Jack The Ripper
Please Subscribe to read the full chapter

 CHAPTER 011 

Kelihatan para pelajar sudah mula berada dalam sebuah bulatan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Taehyung yang baru sahaja sampai: terkejut apabila semua orang sudah memenuhi kumpulan masing-masing. Dia menjadi sedikit buntu. Dipandangnya ke arah sekeliling. Para pelajar yang berada di dalam bulatan: ada yang menoleh memandang ke arahnya, ada yang membuat hal masing-masing dan tidak kurang juga kepada yang memandangnya dengan pandangan pelik.

Pandangannya terarah kepada seorang lelaki yang duduk di atas pentas di dalam dewan Starlight sambil memandangnya tajam. Taehyung berasa sedikit kekok dengan pandangan lelaki itu. Beberapa saat kemudian, lelaki itu memanggil Taehyung supaya ke hadapan. Bukan lelaki itu sahaja berada di situ tetapi masih ada dua-tiga orang berada berdekatan dengannya. Akhirnya, dia sendiri mengambil keputusan untuk menuju ke arah lelaki itu memandangkan dia sendiri tidak tahu dia berada dalam kumpulan mana.

“Kamu pergi mana? Kamu tahu tak kamu lewat berapa minit?” tanya lelaki itu, tegas apabila Taehyung sudah berada di hadapannya.

“Maafkan saya, Sir N,” ujar Taehyung, perlahan. Kepalanya ditundukkan: memandang lantai dewan.

“Cakap jujur dengan saya. Kamu pergi mana sebentar tadi?” tanyanya lagi. Taehyung menggigit bibir bawahnya.

“Sa... saya tolong Miss Song angkat kotak,” jelas Taehyung, jujur walaupun sedikit gagap.

“Kerani tu?” tanya Sir N meminta kepastian. Taehyung menganggukkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan guru lelaki tersebut.

Kedengaran keluhan kecil terbit dari bibir guru lelaki itu. Dia kembali memandang wajah Taehyung yang masih tidak mengangkat muka. “Baiklah. Kamu tahu kamu berada dalam kumpulan mana?” tanya Sir N.

“Tak,” jawab Taehyung, ringkas.

“Kamu berada dalam kumpulan 4. Ahli kumpulan kamu ialah S.Coups, Joshua, Jin, Chanyeol, Wooshin, Gyujin dan J-Hope. Kumpulan ni tidak boleh ditukar tanpa izin guru, jadi kamu suka atau tak kamu kena juga berada dalam kumpulan ni,” terang Sir N berdasarkan kertas yang dipegangnya.

Taehyung mengeluh kecil dan jelas dapat didengar oleh Sir N. Bahu Taehyung ditepuk beberapa kali membuatkan anak muda itu terkejut lantas mendongakkan kepala. Wajahnya terlakar kehairanan.

“Saya tahu apa yang terjadi antara kamu dan S.Coups. Harap kamu dapat bersabar dengan sikapnya,” ujar Sir N.

Taehyung hanya menganggukkan kepala. Bukan dia tidak mahu satu kumpulan dengan S.Coups. Cuma dia bimbang sekiranya identitinya dapat dihidu oleh ketua pembuli itu. Dia tak nak perkara sebegitu berlaku. Lagipun, dia pernah syak lelaki itu suatu waktu dahulu. Dia juga bimbang sekiranya lelaki itu benar-benar pembunuh.

“Dah, kamu boleh pergi ke kumpulan kamu untuk sesi ice breaking,” kata Sir N apabila Taehyung masih tidak berganjak daripada tempat dia berdiri.

“Nae,” balas Taehyung segera mencari-cari kumpulannya. Wajah S.Coups dicari.

Beberapa saat kemudian, wajah orang yang dicarinya kelihatan. Dia segera menuju ke arah bulatan yang berada berdekatan dengan pintu dewan sebelah kiri. Wajah S.Coups direnungnya sekejap. Kelihatan S.Coups hanya termenung tanpa menghiraukan ahlinya.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Kakinya kembali melangkah menuju ke arah kumpulannya. Tibanya di hadapan mereka be

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Saya dah hbiskan cerita ni di Wattpad. Perlu ke sy update jgk di sini? Hurm

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Min_Arisu
20 streak #2
Just dropping by to say, what a beautiful poster you got there! :)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Uishh.... Bahaya laaa taehyung TTTT
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: rasanya cikgu yang jadi pembunuh.... hmmm
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 9: Ntah tak tahu siapa pembunuh. Cuma..saya rasa S.Coup bukan lah pembunuh misteri tu. Hehe..
Xia_Bing
#6
Chapter 9: Dah bace sampai 9 Chapter tapi still x dapat agak sape yang jadi pembunuh .