Chapter 005

Pembunuhan Di Sekolah: Jack The Ripper
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 005

Today, 22 June, 12:35 p.m : ChimChim

Weh, Tae! Esok kau free tak? ;)

Mesej daripada Jimin dibaca sepintas lalu sebelum dia menghempas kembali telefonnya ke atas katil. Keluhan berat dilepaskan tatkala terbayang wajah S.Coups yang menahan marah. Kejadian pada waktu pulang sekolah itu membuatkan Taehyung berasa sedikit kesal.

Wajah S.Coups yang menahan marah benar-benar merunsingkan hatinya. Belum pernah wajahnya nampak tegang sebegitu seperti dia memang sudah berdendam lama dengan Luhan. Akibat fikirannya serabut, dia terus mencapai kembali telefon bimbitnya sebelum membuka kembali pesanan Jimin.

Today, 22 June, 02:45 p.m : Taetive

Esok aku sekolah tapi malam ni aku free ><

 

Pesanannya ditaip laju sebelum menekan butang send. Tidak sampai beberapa saat, mesejnya sudah dibalas oleh Jimin.

 

Today, 22 June, 02:46 p.m : ChimChim

Weh, lambat siot kau balas.. ok, malam ni kita jumpa <3

 

Taehyung tersenyum nipis membaca pesanan ringkas yang dibalas Jimin. Kemudian, dia menaip dengan laju bagi membalas mesej daripada kawannya. Lalu butang send ditekan.

 

Today, 22 June, 02:46 p.m :Taetive

Ok, set.. kita jumpa kat tempat biasa :-)

 

Kali ni, pesanannya hanya dibluetickkan. Jimin tidak membalas pesanannya. Telefon bimbitnya kembali diletakkan ke atas katil manakala dia terus berdiri bagi menyalin pakaian dan membersihkan diri memandangkan dia baru sahaja sampai ke rumah.

“Coups, tu bukan Taehyung ke?” tanya Joshua apabila dia terpandang satu kelibat yang seperti Taehyung. S.Coups yang sedang menyedut minuman terus memandang ke arah tempat yang ditunjukkan Joshua begitu juga dengan Mingyu.

Kelihatan seorang lelaki memakai kacamata hitam beserta dengan topi berwarna hitam ala-ala penyiasat serta memakai sweater yang berwarna koko cerah sedang berjalan menuju ke suatu tempat yang agak tersorok daripada orang ramai. Gayanya kelihatan kasual sahaja. Wajah pemuda yang ingin dijumpai tidak kelihatan dengan lebih jelas kerana terselindung di sebalik dinding sebelah kanan yang menutup sebahagian kedai.

“Siapa orang yang nak dia jumpa tu?” tanya Mingyu. Pandangannya masih tidak beralih daripada memerhati Taehyung beserta seorang lagi lelaki.

“Aku rasa aku nak buat surprise kat si budak baru yang berlagak tu,” kata S.Coups beserta senyuman sinisnya.

“Kau nak buat apa?” tanya Joshua teruja. S.Coups tidak membalas malah hanya bibirnya yang terukir dengan sebuah senyuman misteri.

Pintu kafe yang selalu dikunjunginya ditolak dari dalam dan terhasillah bunyi loceng berlaga sesama sendiri. Taehyung berhenti di hadapan pintu sekejap bagi mengenal pasti kedudukkan Jimin yang berjanji mahu bertemunya di sini. Apabila dia ternampak lambaian tangan daripada Jimin, barulah senyuman terukir di bibirnya. Dia terus berlalu ke meja yang agak tersorok daripada pandangan pelanggan lain.

“Weh, sorry sebab lambat. Biasalah jem,” ujar Taehyung sebaik sahaja sampai di hadapan Jimin yang duduk berhadapan dengan laptop berjenama Lenovo-nya.

“Takpe. Aku pun baru sampai. Ha! Ni apa cerita? Mana laptop kau? Jangan kata nak kongsi dengan aku,” kata Jimin, bergurau. Tangannya pantas memegang erat laptopnya seolah-olah tidak mahu dilepaskan laptop miliknya.

“Aku bawalah laptop kesayangan aku,” balas Taehyung, segera mengeluarkan laptop berjenama Apple-nya dari dalam beg sandang yang turut diberikan sekali dengan laptop yang dibelinya.

“Ada apa-apa perkembangan tak kat sekolah tu?” tanya Jimin. Taehyung mengendahkan soalan Jimin malah dia membuka laptopnya lalu menekan butan on pada sebelah kiri laptop tersebut.

“Belum lagi. Cuma suspek sudah ada,” balas Taehyung seraya mengerling sekilas ke arah Jimin.

“Siapa...” ayat Jimin terhenti apabila ada satu suara menyampuk percakapannya dengan Taehyung.

“Berjumpa lagi kita kat sini, Kim Taehyung-sshi,” Taehyung dan Jimin terus mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut. Jelas terpancar di riak wajah Taehyung bahawa dia terkejut dengan kehadiran lelaki di hadapannya namun cepat dikawalnya.

“Kau buat apa kat sini?” tanya Taehyung seraya melemparkan pandangannya ke arah Joshua dan Mingyu yang berada di belakang S.Coups.

“Macam kau. Keluar bertemu dengan kawan-kawan,” kata S.Coups dengan senyuman sinisnya. Kerusi kosong di hadapan Taehyung terus diduduknya manakala Joshua dan S.Coups duduk di meja belakang yang kosong.

“Oh, by the way, siapa ni?” tanya S.Coups. Pandangannya jatuh ke wajah Jimin. Senyuman sinis masih terhias pada bibirnya.

Taehyung memandang sebentar ke arah Jimin sebelum berkata, “Dia abang aku, Kim Jimin,” tanpa ragu-ragu, Taehyung terus memperkenalkan diri kawannya sebagai abangnya.

“Malangnya abang kau,” ujar S.Coups, perlahan. “Apahal kau bawak laptop bagai ni? Bincang pasal apa? Takkanlah cari pasal sekolah kot,” sambung S.Coups. Di akhir ayatnya, dia seperti menyindir Taehyung.

“Laptop? Ha! Laptop ni aku nak kasi kat abang aku sebelum dia pergi overseas,” balas Taehyung, lancar tanpa ragu-ragu. Jimin yang berada di sebelah terpaksa menganggukkan kepalanya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Saya dah hbiskan cerita ni di Wattpad. Perlu ke sy update jgk di sini? Hurm

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Min_Arisu
20 streak #2
Just dropping by to say, what a beautiful poster you got there! :)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Uishh.... Bahaya laaa taehyung TTTT
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: rasanya cikgu yang jadi pembunuh.... hmmm
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 9: Ntah tak tahu siapa pembunuh. Cuma..saya rasa S.Coup bukan lah pembunuh misteri tu. Hehe..
Xia_Bing
#6
Chapter 9: Dah bace sampai 9 Chapter tapi still x dapat agak sape yang jadi pembunuh .