Chapter 007

Pembunuhan Di Sekolah: Jack The Ripper
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 007

KEESOKANNYA,

Berpusu-pusu pelajar berlari menuju ke sesebuah tempat yang dia sendiri tidak tahu kemana. Taehyung yang baru sahaja sampai ke sekolah dihambat perasaan pelik dengan kelakuan pelajar yang tergesa-gesa berlari menuju ke sesuatu tempat. Mengapa ramai pelajar yang berpusu-pusu menuju ke arah timur blok? Dia yang tidak tahu apa-apa itu sekadar mengikut para pelajar menuju ke sana. Ketika dia sampai ke tempat kejadian, dia mendapati ramai pelajar perempuan menekup mulutnya: air mata mengalir di pipi mereka. Wajah mereka jelas menampakkan bahawa mereka berada dalam ketakutan. Tidak kurang juga yang mula menjerit kerana ketakutan. Ada yang berbisik: mula membuat spekulasi sendiri. Suasana jadi tidak tentu arah.

Bahu lelaki yang berada di sebelahnya dicuit untuk menarik perhatian. Lelaki yang berada di sebelahnya memandang ke arah Taehyung. “Boleh saya tahu, apa yang sedang berlaku sekarang ni?” tanya Taehyung.

“Kau tak tahu ke?” tanyanya menyebabkan Taehyung segera menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan lelaki tersebut.

“Ada pembunuhan lagi yang berlaku. Baru je semalam. Tu yang kami bergegas ke sini,” terangnya. Taehyung yang mendengar itu nampak terkejut dengan apa yang disampaikan oleh pelajar tersebut.

“Berlaku lagi?” tanya Taehyung, perlahan: lebih kepada diri sendiri.

Taehyung tidak kekal di situ. Malah dia terus berjalan menuju ke hadapan. Dimana tempat kejadian berlaku. Dia terus bergerak, menyelusuri beberapa orang pelajar yang berebut-rebut untuk melihat dengan mata sendiri. Beberapa kali perkataan ‘tumpang lalu’ keluar daripada mulutnya bagaikan meminta izin untuk menuju ke tempat terjadinya pembunuhan tersebut. Setelah berhempas-pulas menuju ke hadapan: berebut dengan ramai orang, akhirnya dia sampai juga di sana.

Kelihatan mayat seorang pelajar lelaki tergantung di kipas dengan wajah yang terjelir lidah. Di bawahnya terdapat sebuah kerusi dan meja yang sudah tidak tersusun dengan kemas. Kematiannya cukup mengerikan. Dengan matanya  yang hampir sahaja tersembul keluar. Badannya serta wajahnya penuh dengan darah. Organ-organ dalamannya juga sudah dikeluarkan daripada badan. Satu garis panjang dari dadanya sehingga ke bawah pusatnya kelihatan terbuka. Yang tinggal hanyalah jasadnya yang kaku. Memang mengerikan cara kematian pelajar tersebut. Caranya juga kelihatan sama seperti kematian pelajar beramai-ramai di bilik gym. Cuma hanya sedikit sahaja perbezaan pembunuhan kali ni dengan pembunuhan beramai-ramai yang menggunakan 90 peratus kaedah Jack The Ripper.

Taehyung memerhati sekeliling. Mencari-cari pembunuh sebenar yang mungkin berada dalam khalayak ramai ketika ini. Tiba-tiba, pandangannya jatuh pada wajah Luhan. Jelas nampak riak wajahnya terkejut. Mulutnya ditekupkan dan matanya dipejam. Mungkin tidak sanggup untuk melihat mayat yang mati dengan sadis. Kemudian, pandangannya mula jatuh kepada wajah S.Coups yang berdiri tidak jauh daripada Luhan. Dia nampak seperti relaks tapi cukup untuk menggambarkan yang dia juga nampak terkejut. Hanya daripada pandangan matanya sahaja Taehyung dapat menekanya.

“Apa yang berlaku ni?” tanya satu suara yang amat dikenalinya. Pandangannya jatuh pula pada pemilik suara tersebut yang cuba bergerak: melihat apa yang telah berlaku. Cikgu Hyuk!

Namun, cikgu Hyuk tidak berseorangan tetapi ditemani seorang guru lelaki yang turut dia kenali iaitu Sir N. Matanya singgah pada wajah Sir N. Jelas menampakkan yang guru sementara tersebut nampak terkejut dengan apa yang disaksikan di hadapan matanya. Mulutnya ditekup sebelum pandangan jatuh ke atas lantai seraya kepalanya digelengkan beberapa kali. Cikgu Hyuk juga nampak terkejut lalu matanya segera dipejam rapat. Nampak seperti guru tersebut takut akan sesuatu. Mungkin beliau takut akan darah?

“Perhatian kepada semua pelajar. Sila berkumpul di dewan Starlight sekarang jugak. Ulang suara. Perhatian kepada semua pelajar. Sila berkumpul di dewan Starlight sekarang jugak,” suara daripada corong pembesar suara kedengaran.

Setelah pengumuman dibuat, kelihatan ramai pelajar yang berkumpul ditempat kejadian mula beransur pergi. Hanya beberapa orang sahaja lagi masih berada di sana. Pelajar perempuan yang agak lemah semangat juga melangkah pergi walaupun mereka turut rasa ingin tahu atas motif apa pembunuhan itu berlaku lagi.

Semasa Taehyung ingin berkalih pergi, matanya secara tiba-tiba tertancap pada kerusi yang sudah terbalik di bawah kaki mayat tersebut. Ada satu tulisan yang telah dicoretkan dengan pisau di kaki kanan mayat. Matanya dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas namun tulisan tersebut terlalu kecil sehinggakan dia sendiri tidak nampak apa yang ditulisnya. Agak-agaknya, apa makna tulisan tersebut?

Kakinya terpaksa jua melangkah menuju ke dewan Starlight. Terpaksa! Bukan atas kehendaknya. Bukannya dia tidak mahu menyiasat tulisan yang kurang jelas itu namun dia tidak dapat pergi dengan lebih dekat memandangkan dirinya tidak tahu siapa si pembunuh yang telah melakukan kerja-kerja sebegini. Kerjanya membahayakan nyawanya. Jadi, dia perlu lebih berhati-hati untuk menangkap si pembunuh tanpa perlu membongkarkan identitinya sebagai penyiasat.

“Weyh, budak baru!” panggil satu suara menyebabkan dia segera berkalih ke arah pemilik suara tersebut.

“Kenapa, Sekup?” tanyanya. S.Coups yang berdiri tidak jauh daripada Taehyung segera menarik muka masam.

“Kau ni memang biadap, kan?” ujarnya. Taehyung tersenyum sinis.

“Taklah. Ada apa kau panggil aku ni, S.Coups?” tanya Taehyung mula membetulkan panggilan nama musuhnya itu.

“Erm, boleh aku minta tolong kau?” tanyanya lebih kepada meminta sesuatu.

Baru sahaja Taehyung mahu membalas pe

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Saya dah hbiskan cerita ni di Wattpad. Perlu ke sy update jgk di sini? Hurm

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Min_Arisu
20 streak #2
Just dropping by to say, what a beautiful poster you got there! :)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Uishh.... Bahaya laaa taehyung TTTT
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: rasanya cikgu yang jadi pembunuh.... hmmm
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 9: Ntah tak tahu siapa pembunuh. Cuma..saya rasa S.Coup bukan lah pembunuh misteri tu. Hehe..
Xia_Bing
#6
Chapter 9: Dah bace sampai 9 Chapter tapi still x dapat agak sape yang jadi pembunuh .