Chapter 013

Pembunuhan Di Sekolah: Jack The Ripper
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 013

Kelibat S.Coups tidak kunjung tiba menyebabkan Taehyung sedikit susah hati. Dia menghentikan tugasannya. Dipandangnya sekeliling ruang perpustakaan namun kelibat ketua pembuli itu tidak juga muncul.

Dia melihat jam pada pergelangan tangannya. Sah! Dah sepuluh minit dia menghilang. Akhirnya Taehyung mengambil keputusan untuk berhenti melakukan kerjanya dan berlalu pergi mencari S.Coups.

Dikumpulnya beberapa kertas origami yang dicarinya sebentar tadi lalu diletakkan ke dalam poket jaketnya. Langkah kakinya diatur menuju ke luar perpustakaan. Kasut kanvas berwarna biru laut yang tersusun kemas di atas rak kasut dicapai lalu disarungkan ke kedua-dua belah kakinya dalam keadaan tergesa-gesa.

Taehyung berlari anak menuju ke tangga yang terletak di hujung bangunan. Tiba-tiba, sepasang tangan menghalangnya dari sebelah kanan menyebabkan lariannya terhenti. Dipandangnya ke arah siapa yang menghalangnya.

“Nak pergi mana? Nampak macam tergesa-gesa je ni,” tanya Luhan sedar akan Taehyung yang nampak kelam-kabut seperti kehilangan anak.

“Aku nak cari S.Coups. Dia... Entah kemana. Aku ciao dulu,” ujar Taehyung tanpa mengendahkan lagi Luhan yang tertinggal seorang diri di situ.

“Taehyung, Taehyung,” gumam Luhan seorang diri seraya menggelengkan kepalanya.

Sudah merata tempat dia cari S.Coups, namun tak juga ketemu. Dia mengeluh kecil. Akhirnya dia berhenti di laluan koridor yang menempatkan beratus loker milik pelajar. Dia berjalan perlahan sambil memikirkan sebab kenapa S.Coups tiba-tiba sahaja menghilangkan diri.

“Weh, S.Coups! Kau okey ke tak ni? Tiba-tiba je ajak aku jumpa kat sini?” suara seseorang menangkap deria pendengaran Taehyung menyebabkan dia terus berhenti di hadapan sebuah pintu bilik yang sedikit terkuak. 

Dia cuba mengintai di dalam bilik atau lebih tepat lagi kelas itu. Kelihatan kelibat S.Coups sedang duduk di atas meja guru manakala Joshua berdiri di hadapannya sambil menyilangkan tangan ke dadanya. Wajah Joshua kelihatan serius.

Taehyung cuba mendekatkan telinganya untuk mendengar dengan lebih lanjut.

“Aku hampir terlepas cakap pasal diorang kat Taehyung,” ujar S.Coups sambil meraupkan mukanya beberapa kali.

“Biarlah kalau dia nak tahu pun,” sampuk satu suara yang lain. Taehyung cuba melihat wajah lelaki itu yang terlindung dengan badan S.Coups. Suaranya kedengaran familiar pada pendengarannya. 

“Kalau dia tahu, dia akan mati. Simple,” balas S.Coups.

Taehyung yang berada di luar kelas itu sedikit terkejut dengan apa yang disampaikan S.Coups.

“Kau pun tengok kan Dong Hyuk mati. Tu sebab dia tahu siapa pembunuh sebenar. Kalau kau nak Taehyung mati, bagitahulah dia. Dengan kau sekali kot dia bunuh,” balas S.Coups dengan nada yang tidak main-main.

“Kau syak dia penyiasat, kan? Kau sendiri yang cakap,” sampuk Joshua kembali. Dia memandang tepat ke mata S.Coups.

“Ya, memang. Tapi kalau firasat je yang kata macam tu, tak boleh juga. Kita kena ada bukti yang kukuh barulah boleh buktikan yang dia tu penyiasat,” kata S.Coups.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Saya dah hbiskan cerita ni di Wattpad. Perlu ke sy update jgk di sini? Hurm

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Min_Arisu
20 streak #2
Just dropping by to say, what a beautiful poster you got there! :)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Uishh.... Bahaya laaa taehyung TTTT
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: rasanya cikgu yang jadi pembunuh.... hmmm
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 9: Ntah tak tahu siapa pembunuh. Cuma..saya rasa S.Coup bukan lah pembunuh misteri tu. Hehe..
Xia_Bing
#6
Chapter 9: Dah bace sampai 9 Chapter tapi still x dapat agak sape yang jadi pembunuh .